Skip to main content

Takziah MH17



Semalam tepat jam 12 tengah malam aku terus tidur . Mengantuk sangat . terus tak peduli nak scroll handphone ke apa ke . Sahur pun tak bangun sebab malam before ni aku tak tido langsung siapkan kerja . So semalam bila dah tidur tu memang tak sedar pape la . Pagi tadi pun akak aku kejut berkali - kali baru aku bangun . Time tengah iron baju nak pergi kerja , aku terdengar berita pasal MH17 ni kat astro awani . Aku ingat aku salah dengar . Tanya akak aku , dia mengiyakan . Sentap weyh . Rasa terkejut sangat . Pedihnya kehilangan MH370 masih menebal , sekarang MH17 pula menyusul . Tertanya sendiri , apa motif MH17 ditembak . Sampai ofis , aku scroll Facebook & other social media , baca regarding this . Seriously rasa nak nangis . Kenapa banyak sangat yang  terjadi dalam masa singkat ni . Apa nak jadi pada kita semua . Esok - esok kita tak tahu tragedi apa pulak bakal menimpa . Sungguh aku rasakan bahawasanya sekarang ni Malaysia dalam posisi terancam . Terancam oleh kuasa - kuasa negara luar . Seolah - olah Malaysia ni selalu dijadikan mangsa dan bila - bila masa kelak , tak mustahil perkara lagi teruk boleh terjadi . Yela , bila  negara ditimpa hal sebegini , maka makin senang la pihak luar nak ambik kesempatan terhadap negara kita . Ya Allah . Mintak jauh dari terjadi semua tu . Ye , aku ada terbaca kononnya ada pihak tersalah tembak pesawat MH17 sebab dorang ingat itu adalah pesawat perang . Dan aku rasakan itu sangatlah tak make sense . How come boleh tersalah ? Hati aku ni kuat untuk taknak percaya bahawasanya dorang tersalah tembak . Aku taknak la pepandai buat andaian . Apa yang aku tulis ni basically adalah apa yang bermain kat fikiran aku je . Bukannya nak buat theory ke apa ke . It just a thought , persoalan yang bermain - amin kat fikiran aku ni . 



Kesian sangat kat family mangsa . Dah la bulan Ramadhan ni , tak lama lagi raya . Tapi family dorang terpaksa berdepan dengan kehilangan yang menyayat hati ni . Ditembak . Pesawat dengan isi - isinya sekali meletup macam tu je . Sekelip mata je hilang nyawa . Ya Allah , moga Kau tempatkan mereka semua dalam kalangan orang beriman . Moga Kau tabahkan hati keluarga mereka . MH370 dan MH17 , kehilangan yang cukup besar sepanjang aku hidup kat Bumi Tuhan ni . Mintak jauh dari semua tragedi macam ni dari berlaku lagi . Ya Allah , Kau lindungilah kami semua .


Comments

Rara Zack said…
Terkejut gak dengar malam tadi.. :(
QasehnyaRania said…
kan mmg terkejut .sy tahu melalui wasap kengkawan pada mlm kjadian tu.
salam takziah dan alfatihah.
sama sama la kita berdoa utk kesejahteraan negara kita bersama.
ejulz said…
Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…