Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Buat kacamata baru di Aris Optometrist, Bachok.

Sedar tak sedar dah 10 tahun aku menjalani kehidupan seharian dengan bantuan kacamata. Dalam bahasa mudahnya, dah 10 tahun aku rabun. Mula dapat tahu diri ni rabun masa tingkatan Tiga. Dalam tempoh 10 tahun ni aku sendiri dah lupa berapa banyak spek yang aku tukar. Ada yang patah, ada yang pecah, ada yang tukar sebab nak tambah power spek.

Setahun dua kebelakangan ni, masalah silau mata aku bertambah-tambah. Mana tidaknya, kerja pun sehari-harian memang menghadap skrin laptop. Perasan mata makin teruk ni sebab asyik migraine. Bila jumpa doktor, doktor cakap mungkin disebabkan masalah silau mata tu. Yela, before ni aku kalau keluar jalan-jalan tak pakai spek pun. Pakai spek bila tengok tv or buat kerja je. Rela penglihatan terbatas semata-mata tak nak rasa buruk bila pakai spek, hahah. Tak sedar benda tu semua bagi kesan buruk dekat kesihatan diri. Bila dah kena bebel dengan doktor, makanya baru sedar. So nekad nak kena sentiasa pakai spek, dan cuba jaga kesihatan mata ni. Kenapa bila…