June 2019 - emilinda

Thursday, June 27, 2019

Doorgift Kenduri Kahwin Saya

June 27, 2019 13
Doorgift Kenduri Kahwin Saya
Assalamualaikum. Okay, hari ni nak cerita sikit tentang doorgift masa majlis perkahwinan saya hari tu. Banyak sangat nak cerita pasal wedding haritu, tapi saya mulakan dulu dengan doorgift. Sebenarnya dari zaman single lagi memang saya suka usha trend doorgift yang orang bagi kalau pergi mana-mana wedding. Lepas tu mula la berangan, kahwin nanti nak bagi itu la, ini la. Pendek kata kalau ikutkan angan-angan tu, nak bagi benda elok-elok dan berguna aje untuk tetamu. Dan kalau boleh memang nak packing sendiri doorgift tu. TAPI, bila dah sampai masa untuk saya plan sendiri wedding saya, rupanya tak macam yang saya angan-angankan sebelum ni pun. Kenapa? Sebab kekangan bajet dan masa. Pasal bajet tu malas nak ulas panjang-panjang, biasalah untuk rakyat marhaen macam kita ni haha. Untuk urusan kahwin, memang akan pakai banyak duit. Untuk yang belum kahwin, sila take note ye. Kadang kita rasa duit yang kita simpan dah cukup untuk cater semua, tapi rupanya ada kos ad-hoc yang mungkin kita terlepas pandang.


Sejak kami buat keputusan untuk bertunang lagi saya dah mula survey pasal doorgift ni. Saya buat satu senarai doorgift, lepastu survey harga. Masa survey harga ni memang kena call / email pelbagai pihak vendor la. Salah satu doorgift yang kononnya saya nak bagi adalah roti/muffin. Saya call kilang Gardenia dan Massimo untuk dapatkan harga dan make sure dorang boleh hantar terus ke rumah kat kampung ke tak. Yes, boleh hantar tanpa extra charge. Tapi, end up tak jadi pun sebab fikir roti ni cepat expired, in case lepas kenduri nanti banyak tak habis, membazir la pulak. Lagi pulak katanya dorang akan hantar sehari atau 2 hari sebelum majlis. Majlis saya tu musim raya, jalan jammed. Buatnya roti tu tak kunjung tiba, tak ke haru? Hahah, tak keruan la pengantin selagi roti tu tak sampai. So roti/muffin memang dah keluar dari list. Btw produk Gardenia kalau nak beli harga borong, kuantiti minima adalah 300 pek. Untuk belian borong macam ni memang boleh dapat lagi murah dari harga pasaran. Korang call je Puan Mala (0351613228) untuk mintak quotation harga.

Nak bagi kicap pulak, bila call ke kilang kicap..katanya dorang tak deliver sampai ke Kelantan. Kena pergi ambil sendiri kat kilang. Jenuh la nak punggah banyak-banyak bawak balik Kelantan, hahah. Kicap pun terkeluar dari senarai.

Saya ada survey jugak few other items yang bukan makanan. Tapi mak saya kalau boleh nak doorgift tu dalam bentuk makanan jugak. Dan wajib ada gula-gula ye, sebab mak cakap orang tua biasanya lepas makan nasi memang cari benda manis macam gula-gula. Baiklah mak. Memang style kat kampung kalau kenduri biasa orang bagi barang makanan macam jajan segala bagai tu. Bila dah macam tu, saya fikir nanti nak beli ziplock bag dan biskut atau kacang dalam tin, lepas tu pakat packing ramai-ramai. Barulah rasa meriah kannn. But again, masa memang tak cukup untuk buat semua tu. Saya balik kampung pun seminggu sebelum majlis. Adik-beradik pun mostly balik kampung beberapa hari sebelum raya. Majlis saya pada hari raya ke-tiga. Memang tak sempat kalau nak packing sendiri. Dengan kesibukan raya lagi.


Dalam tengah duk pening fikir pasal doorgift tu, Alhamdulillah saya jumpa Instagram @jajanborongsweetshop yang menerima tempahan buat doorgift serta hamper. Kedai ni based dekat Shah Alam. Kalau tengok kat Instagram dia, ada macam-macam jenis doorgift yang boleh ditempah termasuklah cookies/kekacang dalam ziplock macam perancangan awal saya tadi. Tengok pada harga pun way cheaper than other shops. Boleh dapatkan doorgift kat kedai ni dengan harga serendah 90sen je. Actually saya dah jumpa banyak Instagram bisnes yang buat servis yang sama macam @jajanborongsweetshop ni, tapi harganya kemain ye mencekik. Lepastu kalau tengok page dan Instagram dorang, pun macam jarang berupdate. Kira macam was-was lah nak berurusan. Tapi @jajanborongsweetshop ni kalau dilihat pada social media page nya, memang trusted. Social media hari-hari berupdate, dan dari postingnya memang sentiasa ada order yang masuk. Dah bertahun pengalaman dalam menyediakan doorgift /hamper ni. Pemilik kedai ni namanya Kak Niza, sangatlah baik dan peramah. Walaupun saya berurusan dengan Kak Niza ni hanyalah melalui Whatsapp, tapi dari segi cara dia reply mesej tu kita boleh rasa tau dia ni jenis yang baik dan peramah.


Suami pergi pickup doorgift kat Shah Alam

So kesudahannya doorgift untuk majlis perkahwinan saya ni memang saya dapatkan dari kedai @jajanborongsweetshop . 1100pcs Ziplock doorgift, 100pcs Cookies In Box untuk VIP, dan 100pcs Marshmallow Cone untuk kanak-kanak. Lega tau bila akhirnya dah finalize pasal doorgift ni. Serious selagi tak setel pasal doorgift ni, memang tak senang hati. Yela, banyak benda lagi nak kena fikir soal majlis kahwin tu nanti. Yang mana boleh kita permudahkan, kita permudahkanlah. Trust me, doorgift ni tempah lebih praktikal berbanding packing sendiri. Lagi-lagi kalau korang ada kerja hakiki, tak sempatnya nak buat semua tu. So bila dah finalize tu, tinggal confirmkan tarikh nak pick up doorgift dari pihak kedai jela. Nasib baik dekat Shah Alam je, encik tunang (now husband) tolong pergi ambil doorgift ni 2 minggu sebelum majlis. Terpaksa ambil lebih awal sebab the next weekend tu memang dah nak gerak balik Kelantan dah.

Cookies in box

Marshmallow cone for kids

So tak payah pening-pening fikir siapa nak tolong packing barangan doorgift ni, siapa nak tolong tampal sticker bagai..hehe. Ambil yang dah siap je, jimat masa jimat tenaga. Harga tak jauh beza pun kalau kita buat sendiri. So lagi berbaloi tempah dari kedai macam ni. Tak la kalut nanti. Untuk ziplock doorgift tu kita boleh pilih nak isi kat dalam tu cookies ke, kekacang ke. Untuk doorgift saya ni, saya, saya request untuk campur. Ada tetamu yang dapat ziplock bag mengandungi cookies, ada yang dapat kekacang. Eh tapi yang cookies tu sedap betul ye, tak pasti pulak cookies apa yang pihak Kak Niza guna. Tapi bukan budak-budak je suka, makcik budak ni pun suka!

Ziplock bertali

Request nak ziplock yang ada tali sebab mak cakap kalau takde tali, susah orang nak pegang sambil cedok nasi

For those yang bakal berkahwin, atau kot nanti korang nak buat apa-apa majlis yang memerlukan ada doorgift/hamper, saya sarankan korang follow rapat-rapat social media kedai ni. Kenapa? Sebab Kak Niza ni suka buat promosi untuk tempahan doorgift dan hamper. Memang boleh jimat banyak la kan kalau boleh dapat dengan harga promosi. Boleh follow social media kedai ni.


Oh btw kat atas tadi saya ada mention pasal mak saya nak ada gula-gula juga untuk doorgift kan? Hehe yang tu saya beli je gula-gula kat kedai borong, isi dalam plastik bunga-bunga sekali dengan air mineral Sea Master 250ml. Air mineral ni saya call kilang RO Water Sdn Bhd tanya kalau nak beli in bulk macam mana. Then pihak kilang bagi no phone pembekal Sea Master kat Kelantan. Boleh dapat harga RM5.80 untuk 24pcs (which is jatuh harga dalam RM0.24 je setiap satu). Untuk orang Kelantan, boleh beli dekat Edaran SNW Sdn Bhd (09-7481336). Walk-in je kat gudang di Kota Bharu, lepas tu mintak dorang hantar ke rumah. Free penghantaran. Untuk negeri lain, korang boleh call kilang RO Water Sdn Bhd (03-9076 8826) , mintak no pembekal di negeri korang.

Tuesday, June 18, 2019

Finally Married

June 18, 2019 24
Finally Married


Alhamdulillah, saya dah pun selamat diijabkabulkan pada 6 Jun 2019. Rasa macam tak percaya pulak dah jadi isteri orang. Fasa kehidupan dah berubah. I am Puan Emi now! This is so awkward, haha. Masih rasa kekok. Sometimes kalau tengah sembang dengan kawan, masih tersasul refer him as "tunang emi".

Berdebar ke tak masa nak akad nikah? Eh tak sempat nak rasa berdebar pun lah sebab mostly persiapan perkahwinan buat sendiri. So agak sibuk fikir macam-macam, risau kalau terlupa itu ini,, so yeah tak sempat nak rasa berdebar sangat pun. Tengok-tengok dah sah jadi isteri orang. Everything went well, alhamdulillah. Serious rasa lega gila bila dah setel kesemua majlis. Akad nikah buat waktu malam kat masjid berdekatan. Keesokannya terus majlis walimatul urus kat rumah sendiri. Selang dua hari kemudian, majlis menyambut menantu kat rumah mertua.

Kesemua majlis nampak smooth je tapi sebenarnya at the very last minute there's few things happened not as per our plan which is memang boleh spoil mood and all, but alhamdulillah we managed to handle it calmly. Memang nak cerita, tapi nantilah akan diceritakan di entry lain. Memang rasa nak review banyak benda pasal vendor-vendor yang terlibat semasa perkahwinan saya, untuk rujukan orang lain dan juga untuk tatapan sendiri kelak.


Yang penting, semua dah setel. Kami dah pun secara rasminya bergelar suami isteri. Terima kasih yang tak terhingga untuk keluarga kedua-dua belah pihak yang bertungkus-lumus tolong menjayakan majlis kami. Mak ayah paling penat kot, dengan tak cukup tidur. Memang biasanya tuan rumahlah yang paling penat kan. Adik beradik, ipar duai pun turut sama menyumbang tenaga & pertolongan. Bila fikir balik rasa terharu. Dengan anak-anak saudara sekali pakat duk tolong. Tak lupa untuk saudara mara & orang kampung jugak yang datang tolong. Majlis walimatul urus kami tak melibatkan catering pun. So faham-faham jela, memang penat sikit.

Keluarga besar saya

Terima kasih untuk yang gigih hadir ke majlis kami, walaupun jalan jammed sebab musim raya. Terima kasih juga for all the prayers and wishes. Mohon didoakan yang baik-baik untuk kami.