Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Johan and His Cats Studio - Tempat wajib bagi penggemar kucing

Sejak kecil aku sememangnya tak boleh dekat dengan kucing. Bukan allergic, tapi sedikit rasa takut dan geli terhadap makhluk Tuhan yang satu ini. Pandang dari jauh boleh tapi andai kucing tu datang dekat, sah-sah aku yang lari dulu. Geli dengan bulu dia, dan takut kalau kucing tu terkam dan cakar aku. Sesetengah kucing kan memang aggressive sikit. Kalau kat kedai makan, mahunya aku angkat kaki dan duduk bersila bila ada kucing yang bermain di bawah meja. Sejujurnya bukan kucing sahaja, tetapi aku juga seorang yang penggeli terhadap binatang yang berbulu. Tak boleh nak pegang, geli sangat. Bulu bear takpe, yang tu tak geli sebab tahu bear tu tak hidup. Kat rumah aku sememangnya takde bela kucing. Dulu masa kecik-kecik pernah la adik aku bela kucing kejap. Tapi sekejap je, lepas tu tak bela dah. Anak-anak saudara aku pun mostly sama penakut macam aku kecuali Aina. Yang lain semua takut kucing. Simptom fobia/takut pada kucing ni dipanggil Ailurophobia. Ailurophobia ni apabila seseorang …

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

Indeed Labs Vitamin C24 membantu melawan pencemaran dan radikal bebas dari merosakkan kulit.

Makin hari keadaan bumi makin kronik. Cuaca tak menentu. Pencemaran makin berleluasa. Siapa yang harus dipersalahkan? Sikap penghuni Bumi itu sendiri. Manusia makin galak melakukan aktiviti yang boleh merosakkan alam sekitar sekaligus merosakkan bumi yang kita huni. Tidak punya kesedaran terhadap kesan jangkamasa panjang. Lihat saja pada situasi di negara kita sekarang. Cuaca tak menentu. Pencemaran dimana-mana. Seolah amat sukar sekali untuk mencari permukaan bumi yang bersih tanpa pencemaran. Setiap hari keluar dari rumah untuk meneruskan rutin harian, banyak bahaya yang menanti kita diluar. Bukan sahaja bahaya yang boleh dilihat dengan pandangan mata kasar, tetapi juga bahaya yang tidak boleh dilihat. Sinaran UV, radikal bebas, pencemaran alam dan yang seumpamanya adalah merupakan contoh bahaya yang tidak kita sedari dengan pandangan mata kasar. Tak nampak dilihat, tetapi dapat dirasai kesannya.
Perkara-perkara seperti sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran alam tanpa kita sedar…

Friends of Burger, Sunway Putra Mall.

Sekitar dua minggu lepas, aku dan Ekin singgah ke Sunway Putra Mall selepas waktu kerja. Rasanya dah lama tak menyinggah ke Sunway Putra Mall, padahal satu stesen LRT je dari ofis. Dekat sangat. Dari tempat aku menyewa pun tak jauh sangat. Kiranya Sunway Putra Mall tu tengah-tengah antara ofis dan tempat tinggal aku sekarang. Dulu rajin jugak aku menyinggah cuci mata kat situ, yang mana end up aku selalunya akan terbeli something. Tujuan asal aku dan Ekin singgah ke Sunway Putra Mall adalah untuk ke outlet Golden Rose kat dalam mall tu. Ekin nak beli Golden Rose Velvet Matte Lipstick, akibat terpengaruh dengan lipstick kesukaan aku tu. Aku pula pada awalnya nak beli brow definer sahaja, tapi terbeli mascara sekali.  Nasib baik kosmetik Golden Rose tu affordable. Lepas dah beli apa yang dihajati, kami pusing-pusing sambil fikir nak makan kat mana. Ternampak ada kedai makan baru buka, FOB. Nampak macam okay, so let's give a try. Oh by the way, ini bukan review berbayar mahupun spon…

AEON Mall Kota Bharu, pertama di Kelantan

Bila bekerja jauh dari kampung halaman, memang kena pandai-pandai atur cuti la. Cuti panjang tak boleh nak pergi bercuti ke sana sini dengan kawan, dah sah-sah pulang ke kampung halaman. Kadang ada cuti pendek pun kena manfaatkan untuk pulang ke kampung, jumpa emak ayah tersayang. Entry kali ini merupakan sambungan kepada entry lepas, tentang pengisian sewaktu balik ke Kelantan around last two weeks. Walaupun sekejap sahaja, jadilah untuk ubat rasa rindu pada kampung halaman dan keluarga. Kalau sahaja Kelantan dan Kuala Lumpur ni letaknya bersebelahan sahaja, mahunya setiap hujung minggu aku jenguk emak ayah. Kebetulan weekend tu AEON Kota Bharu baru sahaja dibuka. Aku sendiri berkesempatan ke sana untuk meninjau suasana. Ewahhh, gitu. Hahah mengaku aje la padahal pergi cari butik Padini sebab Padini tengah sale time tu. Kekeke.


Fikir banyak kali jugak nak ke area Kota Bharu time cuti macam tu, sebab sebagai anak kelahiran negeri Kelantan kami memang dah tahu sangat dah jalan raya co…

Kunjungan ke Pantai Senok, Bachok yang digelar sebagai Pulau Nami Malaysia.

Dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan selama lebih 20 tahun, tapi aku langsung tidak mengetahui wujudnya tempat secantik ini di daerah kelahiran aku sendiri. Nampak sangat kitaran hidup aku sejak kecil banyak dihabiskan dirumah sahaja. Keluar hanya bila perlu. Bila dah sambung belajar luar dari negeri Kelantan, sesekali balik time cuti duk memerap kat rumah sahaja dengan keluarga. Kalau keluar pun kebiasaannya dengan keluarga, untuk ke rumah saudara mara. Takde life betul, kan? Hahah. So last week aku balik Kelantan kejap sebab cuti Hari Pekerja. Itu jela cuti yang ada, harus manfaatkan sebaiknya untuk pulang menjenguk emak ayah, melepaskan rindu pada keluarga. Adik-beradik yang lain balik jugak, tapi tak semua. Penangan El Nino, cuaca kat Kelantan panas betul. Rumput-rumput jadi kering, perigi mula kekurangan air sampai tahap bila buka paip, air langsung tak keluar. So kena guna timba untuk dapatkan bekalan air dari perigi. Untuk keluarga besar macam kami, nak mandi pun kena catu di…