March 2018 - emilinda

Thursday, March 29, 2018

Caffe Bene Seasonal Menu - Ultra Violet

March 29, 2018 29
Caffe Bene Seasonal Menu - Ultra Violet
Kaum hawa kalau cakap tengah diet sekali pun, susah betul nak tolak dessert. Betul tak? Baik mengaku, haha! No, I’m not really on diet pun. Literally I just eat whatever I want. Ikut selera tekak ni. But I’m not a sweet tooth person. Kurang gemar makanan yang terlalu manis, tetapi penggemar dessert. Masalahnya dessert kebanyakannya memang manis, haha. So most of the time kalau makanan tu terlalu manis, saya akan kongsi dengan kawan atau kakak atau sesiapa sahaja yang ada. Paling suka kalau kebetulan ada adik bongsu saya, sebab most of the time dia sanggup je habiskan makanan kakak dia ni. Bahagia ada adik kuat makan ni, hehe. Setel masalah.


Baru-baru ni Caffe Bene telah mengeluarkan rangkaian siri terbaru dessert mereka iaitu Ultra Violet Purple Sweet Potato. Kalau korang biasa dengan Caffe Bene ni, mesti korang perasan yang Caffe Bene selalu keluarkan menu baru tetapi menu tu selalu bertukar-tukar. Sebenarnya bukan bertukar-tukar jugak. Caffe Bene memang selalu keluarkan seasonal menu. Dah namanya seasonal menu, memang tak selamanya ada dijual di Caffe Bene. Limited time only. Siri Ultra Violet Purple Sweet Potato ni pun merupakan salah satu seasonal menu dekat Caffe Bene untuk tahun ini. Kiranya ini merupakan seasonal menu pertama bagi tahun 2018. Siri Ultra Violet Purple Sweet Potato ni terdiri daripada  4 menu iaitu Purple Sweet Potato Bingsu, Latte, Frappeno and Waffle.


Awal bulan hari tu sempat ke Caffe Bene di One Utama untuk merasai sendiri siri terbaru Ultra Violet Purple Sweet Potato ini. Was there with my fellow butterfly girls! We’re kinda having brunch party over there. Well, girls party is totally my favorite. Mana boleh tak join. Waktu macam ni la nak gather and mingle around catching up stories. All of us dressed up in purple for that party.I do have a lot of purple outfit, tapi bila dah banyak ni tak tahu nak pakai yang mana pulak. End up I simply choose my Bella Ammara basic jubah.



Sweet potato ni kalau dalam Bahasa melayu dipanggil ubi keledek. Saya ni membesar dengan segala jenis ubi. Biasalah membesar kat kampung kan. Lagipun kat rumah memang sentiasa ada stok pelbagai jenis ubi. Emak saya setiap hari buat pelbagai jenis kuih, dan kebanyakan kuih yang mak saya buat memang menggunakan ubi keledek sebagai salah satu bahan utama. Boleh dikatakan saya ni dah muak sangat dah dengan ubi keledek, haha. Sebab tu la bila Caffe Bene buat dessert guna ubi keledek, I was likeHaaaa? Seriously…? Apa rasa buat bingsu guna ubi keledek?”. Tak mampu nak imagine. Frankly speaking, I thought it’s gonna taste weird. Tak terfikir pulak nak buat waffle perisa ubi keledek, kan?


Ultra Violet Sweet Potato Bingsu – RM29.90

Pengaruh drama Korea, makanya ramai yang suka bingsu. I’m not really a big fan of bingsu, tapi bingsu ni kalau makan beramai-ramai sambil menyembang best weyh. Tak perasan tengok-tengok dah habis. Kalau makan sorang-sorang entah bila nak habis haha. Besar sangat portionnya. Ultra Violet Sweet Potato Bingsu ni terhasil dari gabungan shaved ice, purple sweet potato milk base, crunchy granola, bouncy jelly dan kat atas dia diletakkan gelato berperisa sweet potato.


Oh ye, sebenarnya saya baru tahu bagaimana cara yang terbaik untuk menikmati bingsu. Selama ni main makan je dari atas sampai ke bawah. Tapi rupa-rupanya lagi sedap kalau sebelum makan tu korang gaul dari bawah ke atas dahulu. Tips ni staff Caffe Bene sendiri yang bagitahu. Orang kata lebih sekata la rasa bingsu tu bila dah digaul dari bawah ke atas.

Ultra Violet Sweet Potato Cream Waffle – RM18.90


Bagi penggemar waffle, mesti suka yang ni. Masa mula-mula saya tengok pun dah rasa macam tempting sangat waffle ni. Dengan topping aiskrim kat atas, haruslah tergoda. Tepung waffle dia pun tak rasa muak. Dalam kesemua menu, waffle ni la yang paling menarik dimata saya. Mungkin sebab tengah lapar kot masa tu haha.

Ultra Violet Sweet Potato Frappeno – RM16.90


Expectation saya terhadap frappeno ni memang tinggi. Ice blended kot, siapa tak suka kan? Dengan whipped cream kat atas tu, memang tergoda habis lah pendek kata. Rasa frappeno ni tak mengecewakan.

Ultra Violet Sweet Potato Latte Hot/Cold – RM14.90


Jujurnya masa pertama kali tengok latte ni, langsung tak excited. Sebab dia nampak plain berbanding menu yang lain. My first impression be like “alah biasa je la kot rasa dia sebab nampak plain je”. Almaklum, presentation untuk menu lain lebih fancy. Tapi meleset sama sekali. Tak sangka betul Frappeno perisa sweet potato ni sedap gila weyh. Rasa smooth and creamy. Masa tu saya try hot frappeno. Tak cuba pulak yang sejuk. Tapi tak sangka betul, memang sedap.


Dalam empat item untuk seasonal menu Caffe Bene kali ni, paling saya suka adalah waffle dan latte. Semua sedap, tapi waffle dan latte paling mendapat tempat kat hati saya. Waffle siap order tambah lagi satu kot hari tu, haha. Rangkaian dessert Ultra Violet ni bukan selamanya ada dijual kat Caffe Bene tau. It is seasonal menu – so hanya available sehingga 15 April 2018 sahaja. Rugi kalau tak cuba, lepas ni takde dah. Cawangan Caffe Bene pun dah banyak sangatlah sekarang ni kat Malaysia. Saya tak pasti cawangan Caffe Bene yang lain macam mana, tetapi untuk cawangan Caffe Bene di One Utama, dekorasi dan suasana sangatlah menyenangkan. Lokasinya terletak menghala ke bahagian luar mall. Jadinya takde la rasa crowded sangat.


Itu sahaja nak kongsikan hari ini. Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca.

Friday, March 16, 2018

Cuti Sekolah ke Mana? KidZania Go! @Quill City Mall KL

March 16, 2018 22
Cuti Sekolah ke Mana? KidZania Go! @Quill City Mall KL

Disebabkan dah lama habis sekolah dan adik-adik pun tak ada yang masih sekolah, makanya selalu tak perasan bila cuti sekolah dah bermula. Tapi memandangkan anak-anak saudara pun dah ramai yang mula bersekolah, mereka la yang selalu duk call bagitahu cuti sekolah dah nak mula. Bagi hint suruh cikmie bawak berjalan lah tu, haha. Biasanya dah nak dekat cuti sekolah ni parents mula kalut la fikir nak bawak anak-anak berjalan ke mana. Nak berjalan jauh-jauh, kena apply cuti banyak la pulak. Itu salah satu kekangan bagi mak ayah yang berkerjaya. Tak bawak ke mana-mana, kesian kat anak-anak nanti bosan kat rumah. So korang, bawa anak-anak ke mana cuti sekolah ni?

Saya ada satu cadangan untuk parents yang tak dapat nak cuti lama untuk bawa anak-anak berjalan time cuti sekolah ni. Why not bawa anak-anak berjalan dekat area KL sahaja. Ambil cuti sehari untuk bawa mereka ke tempat-tempat menarik kat KL ni. Sekurang-kurangnya ada pengisian yang boleh menggembirakan anak-anak la juga waktu cuti sekolah ni. Takde la bila dah habis cuti sekolah nanti sedih je dorang dengar kawan-kawan cerita parents bawak berjalan, tapi dorang tak ke mana. Sedih kan macam tu? Hehe. Kat KL ni pun banyak je tempat menarik dan aktiviti menarik boleh buat dengan anak-anak. Salah satunya korang boleh bawa anak-anak ke Kidzania Go! di Quill City Mall KL. Haaa yang ni tak payah apply cuti pun takpe. Bawak je anak-anak ke sini lepas habis waktu kerja atau pada hari minggu. Anak-anak mesti suka.


Quill City Mall ni tak jau pun dari ofis saya. Jadinya memang bercadang nak bawa anak-anak buah ke sini. Tapi anak-anak buah yang tinggal kat KL aje la. Anak-anak buah kat negeri lain, lain kali jela haha (panas je hati anak-anak buah cikmie yang tinggal kat negeri lain). By the way, detail tentang Kidzania Go! ni ada kat bawah.

KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur
Date: 19th – 25th March 2018
Time: 10.00am – 9.30pm Daily

8 ACTIVITIES : - 
Sharp Air Quality Control
Scott's Research Lab
Mc Donald's Fitness Centre
Magic Studio
TV Studio
Volvo - Stop, look and wave
Court house
Recycling centre

Yang menariknya, korang boleh redeem FREE ticket ke KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur bila korang shopping kat mana-mana outlet kedai di Quill City Mall sekurang-kurangnya RM38 dalam satu resit. Berbaloi sangat.

Untuk info lebih lanjut boleh ke https://www.facebook.com/quillcitymallkl/ .