August 2021 - emilinda

Sunday, August 29, 2021

Aplikasi Mindful Muslim, Bantu Perbaiki Kesihatan Mental & Emosi Terutama Ketika Pandemik Covid-19.

August 29, 2021 2
Aplikasi  Mindful Muslim, Bantu Perbaiki Kesihatan Mental & Emosi Terutama Ketika Pandemik Covid-19.

Assalamualaikum..


Pejam celik dah setahun lebih kita hidup dalam ketakutan, kegelisahan, kerisauan disebabkan pandemic Covid-19 ni. Macam mana hidup korang? Saya pasti takde yang tak terkesan dengan pandemic Covid-19 ni. Cuma masing-masing terkesan dari aspek yang berbeza. Ada yang terkesan dari segi kewangan, kehilangan orang tersayang, hilang kerja, berkurangan pendapatan, terjejas hubungan kekeluargaan, terganggu minda serta emosi, dan macam-macam lagi. Semua ini memberi tekanan kepada kita semua. Moga kita semua tabah & tidak berputus asa dengan hidup. Ye, saya turut terkesan dari pelbagai aspek. Cuma yela, kita kena la berusaha untuk kekal positif demi nak jalani kehidupan sehari-harian kan? Semua orang struggle, cuma mungkin cara kita deal with the struggle is different. Ok dah cukup lah untuk intro, jom kita ke tujuan utama penulisan saya kali ini.



Sebenarnya saya nak cerita tentang satu aplikasi yang telah saya guna baru-baru ni. Saya rasakan aplikasi ini sangat bagus & membantu terutama diwaktu masing-masing tertekan dengan keadaan pandemic ni. So benda yang bagus eloklah kita kongsi supaya lebih ramai yang dapat manfaat, kan? Aplikasi yang saya maksudkan adalah aplikasi Mindful Muslim. Masa saya scroll twitter haritu saya terbaca someone suggest aplikasi ni. So saya cuba install ke telefon saya & explore features yang ada. Sebenarnya aplikasi Mindful Muslim ni merupakan aplikasi yang dibangunkan bertujuan membantu individu merasa lebih tenang, positif, menambahbaik motivasi diri, serta meningkatkan kesejahteraan mental & emosi melalui kandungan-kandungan audio yang diketengahkan. Aplikasi ini sememangnya berteraskan agama Islam, memang dibina untuk kegunaan para muslimin muslimat sekalian.



Kandungan audio apa yang pengguna boleh dengar melalui aplikasi Mindful Muslim ni? Antara kandungan audio yang boleh dimanfaatkan melalui aplikasi ini ialah alunan bacaan ayat Al-Quran, bacaan ayat ruqyah, zikir, doa, kisah-kisah nabi serta audio ceramah & motivasi yang pelbagai. Semua audio ni dah di asingkan mengikut kategori tertentu, bagi memudahkan pengguna mencari kandungan audio yang bertepatan dengan keperluan emosi & rohani kita. Contoh laaa, andai kata hari ni saya merasa sangat gelisah memikirkan pelbagai perkara. Kerja banyak tak siap, bila fikir jadi gelisah & gemuruh sebab esoknya dah kena tugasan. Tapi dalam masa sama fikiran ni rasa sesak dengan segala macam perkara. Risau keadaan pandemic, stress tak dapat keluar rumah untuk tenangkan fikiran…so semua tu sangat menyesakkan fikiran bila asyik terkurung je dalam rumah. Kalau diikutkan sangat hati yang gelisah, boleh jadi melarat. Silap-silap boleh kena anxiety attack. Untuk tidak memburukkan lagi keadaan, saya memilih untuk mendengar audio-audio motivasi yang boleh beri ketenangan & positivity kepada saya. So bila buka aplikasi Mindful Muslim, saya tekan je bahagian Anxiety..kat situ dah terpampang macam-macam topik berkaitan anxiety. Sambil-sambil buat kerja, atau sambal lipat kain baju, layan anak main pun boleh dengar. Saya kurang pasti tentang orang lain, tapi mendengar audio-audio sebegini juga merupakan salah satu terapi bagi saya. Audio motivasi yang ditutur dengan suara & intonasi yang lembut, sememangnya mampu buat hati yang gelisah ini sedikit sebanyak rasa terpujuk.



Oh ye, kalau yang alunan ayat al-Quran tu, kita boleh pilih nak dengar bacaan siapa. Ada pilihan Qari yang berlainan. Nak mudah, buat je terus playlist sendiri. Pilih surah-surah yang kita nak, jadikan playlist. Macam saya sendiri dah terbiasa pasang alunan zikir bila anak nak tidur. Sejak dia baby lagi memang macam tu. Yusuff akan lebih cepat lena, dan tidurnya jugak akan lebih nyenyak bila dipasangkan alunan zikir. Kalau dulu saya duk pasang dari Youtube atau video zikir yang saya download kat telefon. Sekarang dah ada aplikasi Mindful Muslim ni, kerja saya lebih mudah. Pasangkan je playlist yang saya dah buat kat aplikasi ni. Dah pasang audio kat aplikasi ni, lepastu saya boleh terus sambung guna phone saya untuk buat benda lain. Yela, audio dari aplikasi ni tetap dimainkan at the background. Kalau yang ada anak kecil, aplikasi ni sangat membantu. Selain alunan ayat al-Quran dan zikir, ada jugak bunyi-bunyian yang menenangkan macam white noise untuk dipasang. Macam-macam bunyi ada. Baby kan akan lagi mudah tidur bila ada bunyi-bunyian macam tu.



Paling saya suka bila guna aplikasi ni, dia takde iklan. Aplikasi-aplikasi lain yang saya pernah guna sebelum ni banyak betul iklan. Stresss, haha! Aplikasi Mindful Muslim ni dah la takde iklan, lepastu nak guna pun smooth je takde sangkut-sangkut atau crash. 


Satu lagi fungsi yang paaaaling saya suka dekat Mindful Muslim ni ialah Sleep Diary. Tahu tak bahawasanya rutin tulis diari adalah sangat membantu kita dari segi kesihatan mental & emosi? Yela, bila tulis diari ni ibaratnya kita meluahkan apa yang kat fikiran kita. Meluahkan beban fikiran & emosi kita. Kadang kita takde kawan nak cerita, atau kita rasa apa yang kita nak cerita tu is too personal. No one should know, tapi at the same time kita nak meluah. Bila kita dah luahkan apa yang kat fikiran & hati kita, sedikit sebanyak kita akan rasa lega. Bila dah lega, fikiran dah lebih tenang…ianya membantu kita untuk tidur dengan lebih lena & berkualiti. Saya dari kecil memang suka tulis diary. Tapi nowadays tak tulis sangat dah, tak sempat nak tulis-tulis. Ni bila ada Sleep Diary dalam aplikasi Mindful Muslim, it helps a lot. Dah baring-baring sebelum tidur tu, terus coretkan sedikit sebanyak apa yang nak diluah ke dalam Sleep Diary. Tak ambil masa yang Panjang pun. And the best part is no one boleh curi-curi baca sebab Sleep Diary ni ada password.



Alhamdulillah, bagi saya aplikasi Mindful Muslim ni sangat banyak manfaatnya. Bukan sahaja bermanfaat untuk saya, tetapi untuk suami & anak. Kadang time duk relax layan anak main sambal lipat baju, saya pasang je alunan ayat al-Quran dari aplikasi Mindful Muslim. Tenang je rasa suasana dalam rumah. Persekitaran & suasana dalam rumah turut memainkan peranan untuk minda & emosi yang sihat. Takde la asyik nak stress, marah, serabut aje memanjang. Aplikasi Mindful Muslim sangat membantu untuk perbaiki tahap kesihatan mental & emosi kami terutama di saat dunia dilanda pandemic ni. Korang try lah, mana la tahu ia membawa perubahan dalam kehidupan seharian korang kan. Aplikasi ni available for both Android & iOS. Dah install kat phone tu, jangan dibiar sepi aje. Rajin-rajinkan explore fungsi yang ada. Install sahaja pun tak memberi manfaat jugak kalau tak digunakan.


Boleh download kat sini :

Apps Store - https://apps.apple.com/us/app/mindfulmuslim/

Google Playstore - https://play.google.com/store/apps/mindfulmuslim