Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

BB Cream & Sakura Mask Seqy Beauty memang terbaik !

Hai korang , untuk makluman aku sekarang bukan sahaja jual produk supplement Ephyra , tapi aku jugak dah mula jual produk Seqy Beauty . For now rangkaian Seqy Beauty ada 3 produk which is Cleanser , BB Cream dan Sakura Mask . Fyi , masa mula-mula produk Seqy Beauty ni tengah nak up haritu , aku memang dah tahu pasal produk ni . Cuma time tu aku tengah serabut dengan banyak benda so aku macam tak ambik port sangat la pasal produk ni . Kakak aku selalu jugak la duk cerita betapa dia nak try BB Cream Seqy Beauty yang tengah hot gila masa tu . Time tu seriously blogger sekalian kemain duk bercerita pasal betapa syoknya pakai BB Cream Seqy Beauty ni . Tapi masa tu aku macam malas nak ambik tahu . Aku memang tak pakai BB Cream bagai ni sebab dulu masa belajar aku pernah pakai yang brand apa benda ntah tapi aku macam tak suka sangat rasa melekit gila . Pastu aku pernah pakai foundation Naturactor tapi dia macam buat muka ni rasa rimas bila dah lama-lama sangat . So end up lepas tu kalau nak…

iprice : Cara terbaik untuk shopping online.

Hai korang ! Pernah dengar tentang iprice tak ? Apa , tak pernah dengar ? Haaaa meh sini meh . Entry kali ni aku nak perkenalkan satu website yang mampu buat para online shopper especially kaum hawa macam aku ni tersenyum sampai ke telinga . Perempuan dan shopping terpisah tiada , tak gitu ? Haha . Aku pun baru aje kebelakangan ni tahu tentang iprice ni . 

Actually ipriceni merupakan satu website yang menawarkan kupon-kupon diskaun untuk pembelian barangan secara online seperti Lazada , Zalora , Agoda , Happy Fresh dan macam-macam lagi . Yela , zaman sekarang ni semua orang pun suka beli barang secara online . Takyah susah-susah nak ke kedai bagai , buat penat badan je . Pulak tu , kalau beli secara online kadang-kadang boleh dapat jauh lagi murah berbanding beli kat kedai . Contohnya macam penggunaan kupon-kupon yang ditawarkan olehipriceni la . Jimat weyh , kadang-kadang boleh dapat sampai half price kot .

How does it work ? Memang betul boleh dapat diskaun ke ? Yesss , memang dapa…

Pengalaman scary hari ini.

Selama ni aku selalu terbaca pengalaman orang lain yang berdepan dengan manusia pervert . Macam- macam kes yang aku baca dan dengar . Ada yang kat dalam LRT , dekal mall , dekat perhentian bas , dalam bas , macam-macam la pendek kata . Dan seumur hidup aku rasanya aku sendiri belum pernah alami situasi sebegini . Hanya sekadar baca je pengalaman orang lain . Memang tak terfikir pun bahawasanya benda ni akan terjadi kat aku sendiri . Yela , belum kena lagi so takde la nak beringat sangat . Memang aku ni jenis yang macam tu . Selagi tak kena kat batang hidung sendiri selagi tu tak take precaution . Dengan selambanya duk keluar jalan-jalan sensorang , keluar tak bagitahu sape-sape . Sebab selama ni aku duk keluar jalan-jalan sorang diri okay je takde benda buruk berlaku .  Tapi hari ni buat pertama kalinya aku berdepan dengan situasi camtu .


Ceritanya hari ni aku pergi Popular bookstore dekat Avenue K . Aku nak cari barang-barang untuk lukis dekat beg sebab fabric paint ada a few color …

Blouse & Dress Menyusu yang TRENDY dari Feedmilk.

Haaa siapa kat luar sana yang tengah menyusukan anak??Hands up pleaseeeee. Ibu yang tengah menyusukan anak mesti susah kan nak keluar berjalan sebab takde baju yg sesuai untuk dipakai. Takde baju yg cantik dan nampak fashionable. Entry kali ni aku nak perkenalkan pelbagai jenis jubah dan blouse dengan design yang terbaik dan confirm baik punya dari feedmilk. Serious talk, design dia tak nampak langsung macam baju untuk breast feed.

Apa yg best pasal dress ni? Dress ni takde zip dengan butang tau,so boleh terus selak dan menyusukan bayi anda. Mudah kan? Warna pun pastel jee cantik sangat kalau korang pakai.

Bagi yang tak suka pakai dress boleh cuba blouse ni. Sangat fashionable dan boleh disesuaikan dengan skirt atau seluar. Teruja gilaa tengok scallop dia. Blouse ni ada tiga jenis color iaitu almond cream, lavender dan olive.

Cantik kan jubah ni? Fabrik high quality cotton denim ,serap peluh, dan sangat selesa untuk para ibu menyusu. Dia punya fluffy kat bahu tuu pehhh very young loo…

Pengalaman first time main Laser Tag.

Hari Ahad lepas Kak Eyza ajak aku join kawan-kawan blogger pergi main lasertag kat Laser Warzone , Wangsa Walk . Last minute Kak Eyza ajak , aku setuju jela memandangkan aku memang free je haritu . Duduk rumah pun tak buat apa jugak , tidur je memanjang . Haha . So ada baiknya keluar bersosial gather dengan rakan blogger , at least boleh dapat kawan baru . Ini tidak , asyik terperuk kat rumah je . Aku ni actually dari dulu kalau ada orang ajak join pape gathering blogger , aku macam segan sikit sebab almaklum la aku ni bukan kenal sangat pun dorang tu . Aku ni dah la jenis yang tak talkative . Kang awkward je jadinya kalau orang tak tegur aku dulu . Tengok ada ramai orang pun dah gelabah macam nak pergi interview . Kahkah . Tapi bila fikir balik , ada baiknya aku join je event-event camni , barulah dapat kenal dorang dengan lebih rapat . Kalau tak join , sampai bila-bila pun aku takkan kenal dorang . Disamping tu boleh la aku latih diri ni bergaul sikit dengan orang sekeliling , buka…

Percutian ke Langkawi.

Sepatutnya entry ni dua bulan lepas aku karang dan publish . Tapi entah apa yang aku sibukkan sangat , sampai tak sempat nak mengarang entry . Masa cuti Chinese New Year hari tu , aku dan kawan-kawan pergi bercuti kat Langkawi . Pergi 3 hari 2 malam( 20-22 February 2015 ) . Actually kitorang ni dari zaman belajar lagi kemain plan nak pergi bercuti tapi asyik tak jadi  Ni dah tak lagi bergelar pelajar baru la berkesempatan pergi bercuti sama-sama . Bertolak berempat dari KL ke Kedah around pukul 1 pagi kalau tak silap . Aku , Nad , Yana dan Wan kawan Nad . Wan tak ikut pergi Langkawi , dia orang Kedah kebetulan nak balik Kedah time tu . Wan yang drive . Aku dan Yana elok je layan mimpi kat belakang , kahkah . Sampai dekat Kedah dah dekat Subuh , singgah hospital kat Sungai Petani buat surprise kat Wahida yang tengah kerja kejap . Wahida kena kerja hari tu , so dia takleh gerak sama - sama dengan kitorang ke Langkawi . Hari kedua kat sana baru dia join kitorang .

HARI PERTAMA 20 FEB 201…