Skip to main content

Pengalaman first time main Laser Tag.



Hari Ahad lepas Kak Eyza ajak aku join kawan-kawan blogger pergi main lasertag kat Laser Warzone , Wangsa Walk . Last minute Kak Eyza ajak , aku setuju jela memandangkan aku memang free je haritu . Duduk rumah pun tak buat apa jugak , tidur je memanjang . Haha . So ada baiknya keluar bersosial gather dengan rakan blogger , at least boleh dapat kawan baru . Ini tidak , asyik terperuk kat rumah je . Aku ni actually dari dulu kalau ada orang ajak join pape gathering blogger , aku macam segan sikit sebab almaklum la aku ni bukan kenal sangat pun dorang tu . Aku ni dah la jenis yang tak talkative . Kang awkward je jadinya kalau orang tak tegur aku dulu . Tengok ada ramai orang pun dah gelabah macam nak pergi interview . Kahkah . Tapi bila fikir balik , ada baiknya aku join je event-event camni , barulah dapat kenal dorang dengan lebih rapat . Kalau tak join , sampai bila-bila pun aku takkan kenal dorang . Disamping tu boleh la aku latih diri ni bergaul sikit dengan orang sekeliling , bukan asyik buat hal sendiri aje .

Ruang menunggu sementara nak tunggu masa untuk masuk bertempur

Oh ye , masa mula-mula kak Eyza ajak pergi sini , aku macam blur-blur tau . Lasertag ? Apa tu ? Pastu aku google jap baru la dapat gambaran sesiket . Oh , lasertag ni main tembak-tembak guna cahaya laser rupanya . Noob sangat rasa diri ni tau taktau apa itu lasertag . Haha . Jujurnya aku tak pernah pun main game ala-ala ganas tembak-tembak orang camni . Main game kat gadget pun main game yang comel-comel macam Candy Crush , Diamond Dash gitu je . Bila dah sampai , tengok ada ramai rakan blogger yang datang . Ada yang aku kenal , ada yang tak kenal langsung . Kalau yang kenal tu pun kenal sebab aku baca blog dorang jela , dorang tak kenal pun aku agaknya . 





Medan pertempuran .  Luas tau medan pertempuran yang disediakan , memang syok la nak lari-lari . Bertempur dalam gelap uolss ! First impression aku bila masuk tempat ni adalah aku rasa kagum dengan lukisan-lukisan kat dinding tu . Awesome ! Tong-tong minyak tu comel pulak lukis corak-corak camtu . Haaa actually tong-tong tu semua adalah tempat kita nak menyorok daripada ditembak oleh musuh . Kalau kita kena tembak , kita akan mati selama 5 saat . Dah main karang kelam kabut taktau nak nyorok mana . Haha lawak pulak bila ingat balik , aku punya la excited duk tembak-tembak musuh kat depan sebab nak kumpul mata tapi kenapa macam tak jadi pun ? Rosak ke senapang aku ni ? Bila aku pandang belakang eh rupanya ada sorang lagi musuh duk tembak aku setiap 5 saat . Hahaha . Gelabah bila kena kepung dengan musuh , tak cukup kaki cari tempat bersembunyi !



Kitorang haritu main ikut team . Ada 6 team tak silap . Setiap team 6 orang . Ini pengalaman pertama aku main game camni . Best gila kot . Tolong la sape yang belum pernah try main lasertag ni , please try . Tak rugi , best gila rasa taknak balik nak main hari-hari . Haha . Nasib baik aku setuju bila kak Eyza ajak datang . Katanya lasertag ni lebih kurang macam paintball cuma bezanya paintball lagi tough . Kalau main lasertag ni pakaian takkan kotor sebab pelurunya laser aje . Bila kena tembak pun tak sakit langsung . Aku tak pernah main paintball so aku taktau sangat la camne rasanya main paintball . Tapi menurut kawan-kawan yang pernah main , katanya main paintball sakit bila kena tembak . Silap haribulan boleh lebam-lebam badan .


Antara blogger yang hadir .

Selalunya aku kalau keluar jarang nak bawak spek. Tapi sebab taknak kalah masa berperang kononnya, aku bawak siap-siap spek . Haha 


Seriously enjoy sangat main lasertag haritu . Nak main lagiiiiii . Memang la agak penat duk berlari kejar musuh , lari dari musuh . Tapi yang penting seronok sangat . Paling terkejut bila kita dah menyorok baik punya ni , pastu hendap sikit-sikit konon nak tembak musuh rupanya musuh ada depan kita siap sedia nak tembak kita . Terus mati 5 saat kena tembak . Rancang strategi kemain lagi nak kasi menang , tapi tak menang pun . Haha . Rasanya game lasertag ni lagi seronok bermain dalam kumpulan ramai-ramai camni . Lebih terasa meriah gitu . Memang sesuai sangat la kalau nak gathering dengan kawan-kawan lama ke , nak buat party ke , nak release tension dengan officemate ke , nak bawak family main ramai-ramai ke . Selain dekat Wangsa Walk , Laser Warzone ni ada jugak dekat eCurve dan Gurney Plaza . Dulu ada satu dekat IOI Mall Puchong tapi dah dipindahkan ke Wangsa Walk ni haa .

Hours & rates


Thanks pihak Laser Warzone sebab sponsor kitorang main lasertag yang ohsem ni . Korang kalau nak try main lasertag ni sila lah try . Takyah nak fikir banyak kali , pergi je . Confirm puas hati .


Facebook : Laser Warzone 
Instagram : @Laserwarzone


Comments

aisyah ambris said…
Giler seronok..takde masa lagi nak join mana2 gathering blogger..huhu
boni kacak said…
hahaha. siap rancang strategi ye? hahaha
Shiqin Sunshine said…
Huhu... Nnt dah pro la tu kan next time...heheh buli first timer yg lain plak haha
mush said…
hai, kak singgah sini, memang best main nih, terus addicted.. hehehe, sorry kalau that day kita ada bertempur & kak over pengganas sket, haha

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…