February 2019 - emilinda

Wednesday, February 27, 2019

Tutorial Mekap Mudah Dengan Rangkaian Kosmetik Althea

February 27, 2019 27
Tutorial Mekap Mudah Dengan Rangkaian Kosmetik Althea
Hai korang! Hari ni saya nak kongsikan cara-cara saya pakai mekap menggunakan barangan kosmetik terbaru keluaran Althea. Yesss, Althea sekarang ada keluarkan barangan kosmetik dibawah jenama Althea sendiri girls! Selama ni dia duk keluarkan barangan penjagaan kulit je kan. Finally pihak Althea dah launch beberapa produk kosmetik di bawah jenamanya sendiri. Awalnya saya plan nak buat video ala-ala tutorial mekap, but then lighting tak berapa cantik. Plus I am not really good in video editing, sobs. So I decided to take photos of me doing makeup. But first before korang teruskan pembacaan, please don’t expect too much from me. I’m just gonna create a very basic look, yang syok sendiri punya. Hahah.

This is the look that i have created

Barangan kosmetik dibawah jenama Althea

Althea Flawless Creamy Concealer
After prepping my skin with basic skincare, then seperti biasa saya akan pakai a thin layer of primer & foundation siap-siap. Only then I proceed with concealer. Memandangkan saya ada kesemua 4 tona Althea Flawless Creamy Concealer and I am not sure which one suit my skin color, so saya try and error calit semua warna concealer yang ada, then saya blend kesemua sekali ke kawasan muka saya. Eh actually you don’t have to put concealer to all your face area pun, memadai pakai dekat bahagian-bahagian yang memerlukan. Dah nama pun concealer, bertujuan untuk menutup cela.



BCL x Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise
This is the most exciting yet scary part for me, haha. Saya bukan reti sangat mekap mata ni, sebab tu saya cakap scary. Silap calit, makanya akan nampak macam hantu raya. Tapi seriously saya sangatlah suka tengok orang lain mekap mata, cantik sangat. As for me biasanya saya berani blend 2 tone eye shadow sahaja for my daily makeup selama ni. Memang tak berani nak blend lebih dari 2 tone. Takut lain jadinya. So untuk kali ni, saya cuba la untuk lebih berani. Tapi masih nak kekalkan simple look, tak nak nampak too fancy.

The colors is soooo pretty, don't you think so?

So saya mulakan dengan warna matte light brown sebagai base di bahagian atas kelopak mata.

And then tambah sikit pearly pink shadow.

Lepas tu calit pulak shade deep wine dekat kelopak mata atas dan sedikit bahagian kelopak mata bawah. Eh tak reti la nak explain, korang tengok aje la gambar. By the way I love this color!

Kat bahagian bawah mata tu letak sikit je, hujung-hujung mata

Next, I put on metallic rose gold with pink undertone dekat bahagian tengah kelopak mata atas. How does it look like? Haha. 

Althea Spotlight Eye Glitter
Sebelum saya lengkapkan mekap mata saya dengan memakai eye liner, saya tambah sedikit Althea Spotlight Eye Glitter code #02 – Pink Light dekat bahagian hujung mata dalam. Eh betul ke istilah yang saya guna ni? Alah bahagian hujung mata yang kat dalam tu…nak bagi effect sparkly and glitter sikit.


Then to complete my eye makeup, I put on some black eye liner and mascara. Bulu mata tak semulajadi lebat, makanya terpaksalah manfaatkan mascara yang ada. Tak gitu? Hehe.


This is how my eyes look like. Amacam? Okay ke tak okay? Hehe

Althea Watercolor Cream Tint
Mekap memang tak complete selagi tak pakai lipstick dan blusher kan? Hehe. Bonus kalau korang pakai lipstick jenis cream sebab lipstick jenis cream ni korang boleh jugak gunakan sebagai blusher. Memang kebiasaannya lipstick/lip tint jenis cream ni senang nak blend kat kulit kita. So this time I choose Althea Watercolor Cream Tint code #03 – Peach Cream as my blusher and lip color.

Titik je satu atau 2 titik lip cream ni kat pipi, kemudian korang pandai-pandai la blend menggunakan jari korang tu. 

Tadaaa, done blusher!

And lip color. Ini dah calit sikit je tau, tapi dah terang kemain warnanya.

Doneeee




So this is the look that I just created using Althea makeup range. Apa pendapat korang tentang makeup look yang saya dah buat ni? I don’t know, you may comment anything you want. Saya haruslah redha kalau kena kecam sekalipun, hahahaha. Hashtag sis redha kena kecam, lol. But seriously, you may drop your comment about my makeup look sebab dengan komen-komen dari korang ni la nanti akan buat saya makin improve.


So kat mana nak beli barangan mekap yang saya guna ni? Boleh beli kat Althea. Untuk lebih cepat, bolek klik link-link kat bawah.



Monday, February 25, 2019

Review Ubat Jerawat - Althea Skin Relief Spot Film Gel

February 25, 2019 19
Review Ubat Jerawat - Althea Skin Relief Spot Film Gel
Believe it or not, I have never ever own any specific ubat jerawat before. Selama ni kalau tiba-tiba muka naik jerawat, all I do is kelam kabut kerapkan rutin cuci muka & pakai all those face mask & scrub segala. Hahahha kiranya bila dah naik jerawat baru kelam kabut pakai segala apa yang ada dalam simpanan, dengan harapan jerawat tu tak makin galak tumbuh. Saya tahu kat drug store banyak je jual ubat jerawat, pelbagai jenama. Tapi tak pernah beli pun. I guess that is because muka saya sebelum ni sangat jarang naik jerawat. Kalau ada pun tak banyak dan ianya tak berlarutan, so saya masih relax lagi lah. But recently I get myself a tube of Althea Skin Relief Spot Film Gel. Sebab harga dia cuma RM19/15ml, so why not kan? Hehe.


Bila baca description tentang Althea Skin Relief Spot Film Gel ni dekat website Althea, saya fikir saya hanya akan guna benda alah ni sebelum pakai mekap seandainya muka saya tengah berjerawat. But then masa parcel dari Althea sampai, kebetulan saya tengah stress sebab seminggu dua tu jerawat keep on naik around my nose. Sometimes dia naik belah kiri hidung, tapi kecik je. Baru je yang tu nak hilang, dia naik lagi bawah hidung. Pastu naik lagi tiny red bumps tak jauh dari hidung yang kemungkinan besar akan jadi jerawat. There’s a few around my nose. I was so stressed sebab bukan je tak cantik dipandang, tapi sakit weyh naik jerawat kat kawasan hidung.


So sebaik aje dapat Althea Skin Relief Spot Film Gel ni, saya sapu dekat kawasan berjerawat & tiny red bumps tu dengan harapan ianya mampu membantutkan tumbesaran jerawat tu. Hahah it sounds funny, but it’s actually help. Texture benda alah ni dalam bentuk gel, so bila kita sapu dia akan mengering dan membentuk satu lapisan kat permukaan kulit kita. Nanti bila kita nak bersihkan balik, boleh peel it off from our skin, dia memang akan tercabut. Kalau tak nak peel off, korang boleh terus cuci masa nak pakai pembersih muka, pun dia akan tanggal. For me this Althea Skin Relief Spot Film Gel helps to lessen the probability for me to scratch my skin. Yela bila naik jerawat ni kadang dia jadi gatal, so tangan ni laju je nak garu, nak gosok, nak usik which end up buat condition jerawat kita tu makin merebak. Bila dah sapu Althea Skin Relief Spot Film Gel ni dekat area berjerawat & tiny bumps, saya mampu elakkan diri saya dari usik kawasan kulit tu. And surprisingly memang membantu membantutkan tumbesaran jerawat tu. Memang jerawat/tiny bumps tu seolah-olah tak jadi nak membesar, dia jadi cepat mengecut dengan sendiri.


Gel texture which only sticky for a while. Lepas dah kering dia tak sticky dah

I am so happy and satisfied sebab hanya dengan RM19, this Althea Skin Relief Spot Film Gel works like a magic! Tak perlu nak beli yang mahal-mahal. Oh by the way, saya hanya pakai benda alah ni waktu kat rumah sahaja, saya tak pakai bila nak keluar sebab saya merasa agak kurang selesa nak sapu gel macam ni before apply mekap. I don’t know, it just doesn’t work together with my makeup. Masa nak pakai foundation/bedak, benda alah ni jadi macam flaky dan mudah tercabut. Maybe the way I blend my makeup is a bit harsh. So memang totally saya pakai benda alah ni waktu kat rumah sahaja. Texture gel dia tak sticky once dah kering. Tapi korang janganlah pakai seluruh muka pulak. Pakai dekat kawasan berjerawat dah la.


Masa first time nak guna, I really really don’t like the smell. Dia macam ada bau yang macam gam gitu. But after a few time guna, saya dah terbiasa dengan baunya. Overall this Althea Skin Relief Spot Film Gel is really effective to help soothes my acne & pimples. I will definitely repurchase this product. That’s all for now from me. Korang boleh la share dekat bahagian komen, ubat jerawat apa yang korang biasa pakai and tell me more about the effectiveness.

Saturday, February 23, 2019

Review Drama Korea - Memories of The Alhambra

February 23, 2019 13
Review Drama Korea - Memories of The Alhambra
Adulting is so damn tiring and due to hectic adult life, I don’t really have enough time for Korean dramas anymore. Tak macam zaman belajar lagi dah. Zaman belajar dulu drama Korea apa je tak layan, semua layan. Running Man pun tak missed setiap episode. Itu dulu la, zaman belajar. Now I feel so old and superbusy that I don’t have much time for Korean drama. So sad. Pernah jugak la curi masa sikit layan drama Korea apa ntah last year, tapi tak tengok sampai habis pun sebab tak sempat hahah. Drama Korea yang paling latest yang saya gigih tengok sampai habis adalah Goblin. Tak dinafikan drama Goblin memang terbaiklah. So masa previous CNY break, ada la waktu terluang beberapa hari and I decided to watch Korean drama “Memories of The Alhambra”. Masa scroll twitter ramai yang cakap ending Memories Of The Alhambra tak best. That makes me lagi curious. So i watched it.


Eh tapi sebelum tu awalnya agak keberatan nak tengok drama ni because I am not a fan of the main actor, Hyun Bin. Tak minat dia sejak drama Secret Garden lagi. I don’t know, in my eyes he look so gay whenever he smile. Maybe saya sorang je kot rasa macam tu. But I watched it anyway sebab ada Park Shin-Hye! Park Shin-Hye is one of my fav Korean actress.



Basically drama Memories Of The Alhambra ni tentang satu augmented reality (AR) game yang dicipta oleh seorang remaja lelaki, Jung Se-Ju. Jung Se-Ju ni adalah Korean yang tinggal di Spain. Dia nak jual game dia tu kat investor dari Korea. Ada 2 company Korea yang tahu tentang kewujudan AR game ni dan berlumba-lumba nak invest dekat game tu dulu. CEO kedua-dua company Korea ni merupakan kawan baik yang dah pun jadi seteru kepada satu sama lain, Yoo Jin-Woo dan Cha Hyung-Seok. By the time Yoo Jin-Woo dan Cha Hyung-Seok sampai ke Granada, Spain untuk berjumpa dengan Jung Se-Ju, Jung Se-Ju sedar yang game tu ada bugs. Ada something wrong dengan game tu. Game tu menyebabkan kematian. Jung Se-Ju pulak tiba-tiba hilang dari radar, tak boleh dikesan. So both Yoo Jin-Woo dan Cha Hyung-Seok tak sempat jumpa pun Jung Se-Ju. Tapi dorang dua-dua dah login masuk ke dalam game tu dan mula berperang antara satu sama lain. Sejak dari tu lepas satu, satu bug pada game tu. Untuk main game tu, pemain kena pakai contact lens yang memang untuk game tu. Tapi sejak kematian Cha Hyung-Seok, tiba-tiba watak-watak dalam game tu tetap muncul dan menyerang walaupun Yoo Jin-Woo tak pakai contact lens tu (termasuk watak hantu Cha Hyung-Seok yang keep on datang serang Yoo Jin-Woo no matter berapa banyak kali Yoo Jin-Woo bunuh Cha Hyung-Seok. Kira macam game tu seolah betul-betul terjadi kat alam nyata. Tapi orang lain tak nampak pun semua tu.


Okay, apa ulasan saya tentang drama Korea Memories of The Alhambra?

Confusing - Terlalu banyak flashback


Episod 1 sampai episode 3, rasa macam tak faham apa sangat. Rasa macam plot ceritanya tak disusun dengan cantik. Senang cakap agak confusing la jalan cerita dia. Memang blur sangat masa tengok episode 1 sampai episode 3. So bila kita tak faham cerita tu, kita akan rasa bosan dan mengantuk. Yes, saya terlelap masa tengah layan episode ke-3. Masuk episode 4 barulah saya mula faham serba sedikit jalan cerita drama tu. But overall memang agak confusing pun jalan cerita dia. For me cerita ni terlalu banyak flashback. Banyak jugak scene sama yang kita sebagai penonton rasa macam terpaksa tengok berulang kali sebab dorang keep on ulang tayang scene tu. Sampai ada another flashback scene inside a flashback scene.

Menakutkan


Bukanlah menakutkan macam kita tengok cerita hantu tu. Cuma bagi saya ceritanya agak menakutkan sebab realiti dan games seolah secara magicnya bercampur. Part watak Emma tu, yang tu serious saya rasa scary. Scary weyh jadi Jung Hee-Ju bila tiba-tiba ada orang lain yang sebijik macam diri dia walaupun itu hanya games. Boleh bayang ke diri korang berdepan dengan orang yang tersangat mirip dan sama macam korang? Tapi saya adore sangat dengan penampilan watak Emma tu, nampak classy and wow sangat!

Tak banyak scene bercinta


Point yang ni saya suka. Cerita ni bukanlah dari awal cerita sampai habis cerita duk tunjuk scene bercinta bagai. Dah episod akhir-akhir tu baru ada tunjuk dorang bercinta, tu pun tak banyak sangat lah. Mostly memang cerita pasal duk nak level up games tu je.


Ending Tergantung

Yes, ending tergantung! Jaranglah kita tengok drama korea yang ending tak best kan? Haha. Penat nak habiskan semua episod sekali ending dia tergantung. For me i can accept sad ending because even in reality not everything leads to happy ending , tapi ending tergantung sangatlah menyakitkan hati.


PWTC Yee Sang Thank You Party

February 23, 2019 19
PWTC Yee Sang Thank You Party
Yes, saya tahu musim Tahun Baru Cina untuk tahun ni dah pun nak melabuhkan tirai. Tapi kali ni saya nak jugak cerita tentang Tahun Baru Cina. What is the thing that you love the most about Chinese New Year? I am not chinese, so i am not really celebrating Chinese New Year. Tapi lumrah hidup berbilang kaum di Malaysia ni, kemeriahan musim perayaan rakan-rakan kita turut dikongsikan bersama. Best kan tinggal kat negara yang berbilang kaum ni? Hehe. Musim sambutan tahun baru cina setiap tahun, paling saya suka adalah limau mandarin, kuih bakul dan semestinya angpow!


Ofis tempat saya bekerja biasanya setiap tahun ada buat yee sang tossing ceremony. But this year saya tak join pun atas sebab tertentu. Ingat tak boleh nak merasai kemeriahan tossing Yee Sang dah tahun ni. Tapi semalam saya mendapat jemputan ke PWTC Yee Sang Thank You Party. I am all excited untuk join the party but at the same time tak tahu nak pakai baju apa memandangkan tema party adalah Crazy Rich Asians 2019. Heyyy, kita tak kaya so tak reti nak bergaya ala-ala orang kaya, hahahaha. But then i decided to wear something simple and not too formal.


Cari punya cari nak pakai baju apa, finally i choose to wear a peach color sleeveless long blouse paired with grey skinny jeans and brown velvet jacket. White platform shoes, and a mini Delhi bag. Ajak my roommate, Ekin untuk temankan ke majlis ni. Sampai kat majlis, i feel a bit selekeh sebab orang lain semua pakai merelip  bling-bling haaa, hahaha. But never mind, i’ll just enjoy the moment. Hidup harus confident, gituuhhhh.



I really enjoy all the performances semasa majlis tu. Ada live band (can’t recall the name of the band but i love their performance and one of the song they sing is actually my favorite song!). Ada tarian singa, ada tarian bollywood, etc. The host for that night is chinese comedian, Joanne Kam (i am not really familiar but i bet my chinese friends does know her well). We also do the yee sang tossing together. Saya bukan penggemar yee sang, in fact the taste of yee sang does’t go well in my throat tapi saya suka kemeriahan waktu buat yee sang tossing tu. After yee sang tossing, makanan dihidangkan sambil layan performance. And not to forget the fortune cookies! Suka buka fortune cookies just to read the quote inside.



Thank you kepada pihak PWTC kerana telah menjemput saya ke majlis ini. My roommate, Ekin dapat lucky draw a Samsung phone! Bertuah sungguh dia. By the way bagus pihak PWTC ni, hadiah untuk lucky draw semua gadget. I prefer gadget compared to barang elektrik. Dan hadiah untuk best dress pulak RM1000 cash. Cantik betul baju pemenang pakaian terbaik wanita semalam, baju ala-ala baju pengantin dah dia pakai. So pretty!

Wednesday, February 13, 2019

Prestasi Kutipan Zakat 2018 PPZ-MAIWP & Cara Pengagihan Zakat Di Wilayah Persekutuan Oleh MAIWP

February 13, 2019 19
Prestasi Kutipan Zakat 2018 PPZ-MAIWP & Cara Pengagihan Zakat Di Wilayah Persekutuan Oleh MAIWP
Assalammualaikum pembaca semua. Tak tahu la berapa ramai yang baca perkongsian saya kali ni. Harapnya banyak la sebab kali ni saya nak kongsikan tentang sesuatu yang saya rasa korang patut tahu. Hari ini saya nak bercerita tentang bagaimana zakat di Wilayah Persekutuan diagihkan. Selama ni korang duk bayar zakat, mungkin korang tak ambil tahu pun ke mana perginya duit zakat yang korang bayar tu kan? Kalau korang bayar zakat di negeri lain sekalipun, rasanya tak rugi kalau korang baca ni untuk tambah pengetahuan. Mana la tahu ada keluarga & rakan terdekat korang yang bayar zakat di Wilayah Persekutuan, boleh la kongsikan dengan mereka. Bagi yang tak bayar zakat pula, saya doakan semoga dibukakan hati korang untuk mula membayar zakat. Membayar zakat ni tak mengurangkan harta kita pun. Ingat, dalam setiap rezeki kita ada bahagian untuk makhluk yang lain juga. Jumlah keseluruhan hasil kutipan zakat PPZ-MAIWP 2018 adalah sebanyak RM 651,228,032.94. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6% dari jumlah kutipan pada tahun 2017 (jumlah kutipan 2017 ialah sebanyak RM 615,199,108.06).


Untuk urusan pembayaran zakat di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), pihak yang menguruskannya adalah Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP). Manakala pihak yang mengagihkan hasil kutipan zakat itu pula ialah pihak MAIWP sendiri. Kedua-duanya berbeza tau. Kiranya korang bayar dekat PPZ, tapi yang mengagihkan hasil kutipan tu nanti adalah MAIWP dan Baitulmal juga. Tapi kesemuanya saling berkait rapat la sebab kedua-duanya menguruskan urusan zakat.

Agihan zakat oleh pihak MAIWP dilakukan menerusi 28 skim bantuan zakat bagi membantu masyarakat asnaf daripada segala aspek merangkumi keperluan asasi, perumahan, pendidikan, perniagaan. Kebajikan dan dakwah. Untuk pengetahuan korang juga, pengagihan ini dilakukan sepanjang tahun. Kiranya duit hasil kutipan zakat tahun 2018 akan diagihkan sepanjang tahun 2019 kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Antara contoh bantuan zakat bagi keluarga asnaf dan miskin ialah dengan menyalurkan bantuan kewangan bulanan, bantuan sewa rumah (sekiranya perlu dan tidak mampu membayar sewa rumah), bantuan pelajaran kepada anak-anak golongan asnaf, bantuan perubatan (sekiranya perlu) dan juga bantuan perniagaan jika mereka ingin menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Pihak MAIWP memandang ini semua untuk jangkamasa yang panjang. Contohnya pihak asnaf dibantu dari segi kewangan untuk memulakan perniagaan kecil bertujuan supaya dapat membawa golongan ini keluar dari kelompok kemiskinan. Apabila mereka tidak lagi miskin dan sudah mampu membayar zakat, maka mereka akan turut membayar zakat untuk diagihkan kepada golongan asnaf/miskin yang lain pula.


Korang mesti terfikir bagaimana pula caranya pihak MAIWP mengenalpasti golongan yang layak untuk diagihkan zakat, bukan? Kalau dulu, setiap permohonan bantuan zakat hanyalah boleh dilakukan menerusi ibu pejabat Baitulmal-MAIWP. Tetapi sejak tahun 2008, pihak MAIWP telah membuka beberapa cawangan yang dikenali sebagai Pusat Agihan Zakat (PAZA) di beberapa lokasi untuk memudahkan lagi urusan orang ramai memohon bantuan zakat. Sehingga kini, Pusat Agihan Zakat (PAZA) telah dibuka di 9 lokasi di Kuala Lumpur, dan satu lokasi di Labuan. Untuk senarai penuh lokasi Pusat Agihan Zakat (PAZA), korang boleh rujuk di laman sesawang https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/hubungi-kami/lokasi-kami .

Saya sendiri pernah mendengar keluhan yang mengatakan proses permohonan bantuan zakat kebiasaannya adalah rumit. Tetapi setelah saya study sedikit, oh rupanya proses permohonan zakat di Baitulmal MAIWP tidaklah serumit yang disangka. Untuk membuat permohonan zakat, orang ramai hanya perlu ke ibu pejabat Baitulmal-MAIWP atau ke mana-mana cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA). Para pemohon akan diminta mengisi maklumat di borang permohonan. Borang permohonan bantuan zakat itu hanyalah sekeping sahaja (2 muka surat depan belakang). Tak perlu nak isi banyak sangat borang. Mudah je rupanya. Kalau tak silap saya, permohonan akan diproses dalam masa 5 hari (atau lebih cepat untuk kes kecemasan). Selain itu, Kaunter Bergerak Baitulmal -MAIWP pun ada dibuka di beberapa lokasi tumpuan orang ramai seperti masjid, bazar Ramadhan (di bulan Ramadhan), dan juga pasar malam.

Oh ye, selain kaunter-kaunter yang saya sebutkan di atas, pihak MAIWP turut menubuhkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal untuk turut sama turun padang dan menjejaki golongan yang layak menerima zakat. Yela, kadang-kadang ada je orang susah yang tak tahu bahawasanya mereka layak menerima bantuan zakat. Takkan la kita nak biarkan mereka terus susah, kan? Korang kalau tahu ada orang susah yang memerlukan bantuan pun, korang boleh maklumkan kepada pihak Baitulmal-MAIWP. Nanti Skuad Jejak Asnaf Baitulmal akan menjalankan kerja mereka turun padang secara rutin ke lokasi-lokasi yang berkemungkinan terdapat golongan memerlukan.

Tadi saya ada beritahu sekiranya korang tahu ada pihak yang memerlukan bantuan zakat, korang boleh maklumkan kepada pihak Baitulmal MAIWP. Macam mana caranya? Kalau korang rajin korang boleh eprgi sendiri ke kaunter. Tapi nak memudahkan urusan korang, korang boleh hubungi hotline mereka di 012-518 3614 / 012-512 7614 . Untuk talian bebas tol pula boleh hubungi 1800 88 5222. Kalau nak laporkan dekat Facebook pun boleh, boleh ke www.facebook.com/BaitulmalMAIWP .

Kat atas tadi saya ceritakan tentang pengagihan zakat kepada golongan memerlukan. Tapi perlu korang tahu, selain memberi kepada golongan memerlukan, dana zakat di Wilayah Persekutuan juga turut dimanfaatkan untuk penubuhan prasarana yang dapat memeberi manfaat jangkamasa panjang kepada orang ramai. Antaranya adalah untuk pembinaan/penyelenggaraan masjid, hospital, sekolah dan sebagainya. Nampak tak betapa beruntungnya bila kita bayar zakat? Zakat yang kita bayar tu digunakan untuk pembinaan prasarana sebegini. Selagi prasarana tersebut masih dimanfaatkan oleh orang ramai, selagi itulah pahala mengalir pada kita.

Jika dipandang dari segi pendidikan, MAIWP telah banyak menyalurkan dana untuk penubuhan institusi pendidikan bermula dari peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Antara prasarana pendidikan yang mendapat dana zakat dari MAIWP adalah

1. Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur (lokasi di Bandar Sri Permaisuri)
2. SMA - MAIWP Labuan
3. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) (lokasi di Bandar Tun Razak)
4. Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung Pandan
5. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan
6. Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda
7. Darul Ilmi di Sungai Penchala
8. Pondok moden Al-A'Baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak
9. Ma'alim al - Sunan Li dirasati al-Sunnah al- Nabawiyyah

Pondok berkonsep moden - Darul Ilmi

Selain prasarana pendidikan, dana zakat dari MAIWP turut disumbangkan kepada beberapa institusi perlindungan dan kebajikan. Antaranya ialah Rumah Anak-Anak Yatim Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak, Pusat Pemulihan Wanita Dar Assaadah di Kampung Batu Jalan Ipoh, dan Pusat Perlindungan Muallaf Darul Hidayah.

Alhamdulillah, bila kita nampak dan tahu ke mana perginya duit zakat yang kita bayar tu, rasanya lagi bersemangat nak bayar zakat setiap tahun kan? Takdelah rasa was-was soal ke mana perginya hasil kutipan zakat tersebut. Hasil kutipan zakat tu merupakan amanah orang ramai kepada pihak MAIWP, logiklah kiranya pihak MAIWP melaksanakan amahah pengurusan dana zakat tersebut dengan sebaiknya. Jangan risau, pihak MAIWP tak terkecuali dari diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Setiap sen dana zakat yang dibelanjakan perlu mendapat kelulusan dari JK Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Mufti. Untuk makluman korang, sejak tahun 2006 lagi pihak MAIWP telah diiktiraf Sijil Audit Bersih lebih dari 10 kali berturt-turut, dan 3 tahun berturut-turut sejak 2011 – 2013 diiktiraf 4 bintang bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan (pengiktirafan dari Jabatan Audit Negara).

Menurut pihak MAIWP, pada tahun 2019 pihak mereka akan berusaha untuk memperkasakan lagi proses kutipan zakat bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat. Pelbagai program akan diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentan kepentingan berzakat sekaligus mendapatkan pambayar zakat baru. Antaranya adalah Kempen penambahan Potongan Gaji, Kempen VVIP dan VIP di sector awam dan swasta, Program Khas untuk syarikat GLC, GLIC dan SME (bagi zakat perniagaan), projek khas bagi mengekalkan pembayar sedia ada, pembangunan system baru untuk menyokong system kutipan zakat sedia ada, pelantikan agen kutipan zakat baru di universiti, penjenamaan semula kaunter zakat, kajian-kajian syariah bagi memperkemaskan fatwa berkenaan zakat, menambahbaik saluran bayaran zakat dan seumpamanya.

Saya sendiri bila dah tahu tentang cara pengagihan dana zakat yang telus oleh pihak MAIWP ni, rasa bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya kita tahu setiap sen duit zakat yang kita bayar tu betul-betul sampai kepada golongan memerlukan. Terima kasih kepada pihak MAIWP kerana telah menguruskan dana zakat yang kami amanahkan dengan sangat baik. Tunggu apa lagi, jangan was-was nak bayar zakat di PPZ-MAIWP. Korang kalau ada nak tahu lebih lanjut tentang agihan atau ada sebarang kemusykilan untuk bertanya tentang kelayakan memohon zakat boleh berhubung terus dengan pihak MAIWP.

Website : www.maiwp.gov.my

Berkaitan pembayaran zakat pula boleh berhubung talian zakat di 1 300 88 5757.

Friday, February 8, 2019

Pengalaman ke Sunway Lagoon Ketika Tahun Baru Cina - Sunway Lagoon CNY Best Reunion Ever

February 08, 2019 15
Pengalaman ke Sunway Lagoon Ketika Tahun Baru Cina - Sunway Lagoon CNY Best Reunion Ever
Cuti Tahun Baru Cina lepas korang buat apa? Biasanya tahun-tahun lepas saya akan balik ke kampung untuk berkumpul dengan keluarga. Waktu raya cina ni la semua adik beradik dapat cuti. Tapi tahun ni saya tak balik pun, hanya mereput di KL. Tak balik sebab next two week after Chinese new year baru saya balik untuk setelkan beberapa urusan. Bila cuti duk saja-saja kat rumah ni boleh tahan bosannya jugak. So my friends ajak pergi Sunway Lagoon theme park sebab katanya musim Chinese new year ni ada banyak aktiviti tambahan yang menarik kat Sunway Lagoon. Of course la saya excited nak join!


Sunway Lagoon sekarang tengah mengadakan kempen Best Reunion Ever bersempena sambutan Tahun Baru Cina (sejak 1 February 2019 sehingga 19 February 2019). So all 7 of us plan nak jumpa dekat main entrance Sunway Lagoon on that day. Too excited, saya sampai terlalu awal haha. Lepak kejap sambil tangkap gambar depan tu, then jam 9.50 pagi ada Welcome Dance Prosperity for All. Tarian ni bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Sebelum masuk

Welcome dance


Jam 10 pagi dah boleh start masuk, then ada Meet & Greet God of Prosperity, Captain Quack and Lady Quack dekat carousel stage. Of courselah kami tak lepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan maskot-maskot yang ada ni. Masa kitorang approach maskot-maskot ni, dorang ada bagi angpow jugak. Suka! Sebab angpow Sunway Lagoon comel-comel. Lepas dah bergambar sakan, then kitorang pergi tukar baju dan naik a few round of rides dekat amusement park. Kalau tak silap ada sekitar 14 tarikan menarik dekat amusement park ni. Paling syok naik Pirate’s Revenge! Alah yang kapal lanun berpusing 360 darjah tu. Saya ni jenis penakut, tapi nak jugak cabar diri. Masa dia naik tinggi dan berpusing tu ya Allah, rasa nak luruh jantung hahahha. Tapi best bila naik ramai-ramai, pakat duk sama-sama menjerit.

Yang ni tahap tak menakutkan pun, budak-budak punya level

Sebelum naik Pirate's Revenge


Aktiviti basah-basah yang pertama kitorang main adalah Grand Canyon River Rapids. Tapi sebenarnya yang ni taklah basah sangat, just terpercik air sesiket je. Tapi best! Memandangkan most of us belum sempat nak breakfast secara proper pagi tu, so lepas naik Grand Canyon River Rapids tu, kitorang pergi makan kat Marrybrown dulu sebelum proceed to next attraction. Actually ada banyak je tempat makan dalam ni, but we choose Marrybrown jela sebab kebetulan nampak Marrybrown. Dah setel makan, barulah kitorang proceed ke Surf Beach untuk mandi-manda.



Depan Surf Beach ada satu stage, dan sekitar jam 12 tengahari -2.15 petang ada diadakan CNY Sand Art Workshop, Majestic Drums Show, dan Hua Ren Heritage Dance Performance kat situ. So sambil-sambil main air tu boleh layan persembahan sekali, hehe. Yang Sand Art Workshop tu untuk kanak-kanak sebenarnya, dan memang FREE. Tapi kitorang pun nak fefeeling kanak-kanak jugak, so kitorang pun join sekaki. Hehe.


Fefeeling kanak-kanak

Besar betul kura-kura ni

Lepas dah puas berendam dekat Surf Beach, kitorang bergerak pulak ke Pet Village. Pet Village ni sebahagian dari Wildlife Park. Ada macam-macam binatang kat sana, kalau bawak kanak-kanak mesti diorang suka. Kitorang yang dewasa ni pun kemain ralit duk tengok binatang. Sempat jugak la kitorang tengok persembahan burung-burung kat sana. Comel betul, bijak pulak tu burung-burung kat sana.

Menonton persembahan dari burung-burung

Next kitorang ke Water Park. It’s time for water slides! Ada sekitar 22 tarikan kat Water Park ni. Time ni la nak main air puas-puas sambil menjerit tak ingat dunia, haha. Kawan-kawan saya ni jenis yang sukakan cabaran. Masing-masing kalau boleh nak cuba semua, tapi kemain duk terpekik terlolong masing-masin. Tapi memang seronok la sesekali release tension macam ni. Dalam banyak-banyak water slides, saya tak berani nak naik Vuvuzela. Haha takut weyh, tinggi sangat dan besar. Tapi kawan-kawan saya ni gigih naik semua benda. By the time diorang naik Vuvuzela, saya dah surrender jadi tukang jaga beg je haha. Ada je locker untuk disewa kalau nak letak barang, tapi kitorang tak letak kat locker pun sebab senang nak letak phone.


Masa kitorang nak ke Waterplexx 5D, ada persembahan Hip Hop Lion Dance! Sempat tengok kejap, lepastu kitorang masuk ke Waterplexx 5D. Waterplexx 5D ni macam kita duk dalam cinema, pakai 5D glasses then just enjoy the 5D adventure. For those yang takut nak naik roller coaster, boleh try yang ni. Siap ada ular besar kejar kita, then kena simbah air segala bagailah.



Itu je yang saya sempat cover untuk kunjungan ke Sunway Lagoon theme park kali ni. Sebab hari dah petang, so saya terus gerak balik lepas tu. Tapi kawan-kawan saya tak balik lagi, dorang sambung main air dan pergi ke Scream Park. Sebab saya balik sedikit awal, so saya tak sempat nak join CNY Meet & Greet Spongebob & Patrick! Frust jugaklah. Tapi takpela kan. Actually banyak sangat benda yang kita boleh buat kat Sunway Lagoon theme park ni. Sehari memang tak cukup nak cover semua aktiviti. Syok jugak datang Sunway Lagoon waktu Chinese New Year ni sebab tak ramai sangat orang. Lagipun ada pelbagai tarikan tambahan ketika musim perayaan ni.


Sekarang kan masih lagi musim cuti sekolah, so why not korang bawa anak-anak ke Sunway Lagoon? Confirm anak-anak suka, mak ayah anak-anak pun suka.

Nak tahu lebih lanjut tentang promosi yang ada, boleh tengok di website.