Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…

Rangkaian penjagaan wajah Dr Irma.

For those yang follow Instagram dan Facebook aku, kalau korang perasan aku ada share gambar produk skincare Dr. Irma a few times. Before ni seriously aku tak pernah dengar tentang brand ni. Baru-baru ni je aku diperkenalkan dengan produk Dr. Irma ni, Perkara pertama terlintas kat fikiran aku bila dapat produk ni ialah pasal packaging dia. Nice! Color black and gold.


Rutin penjagaan wajah dengan Dr Irma skincare ni ada tiga langkah sahaja for now. Dimulakan dengan cleanser, diikuti Serum dan seterusnya Foundation. Cara penggunaan pun semudah ABC. Jom kita go through satu eprsatu dulu rangkaian produk Dr Irma ni.
RADIANT WHITE CLEANSER - RM 65 / 100ml

Teksture pencuci muka yang sangat lembut ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Selain membersihkan kotoran tanpa mengeringkan kulit, cleanser ni turut bagus untuk mengawal sebum, mengecilkan liang pori, memberi lembapan optimum, mencerahkan pigmentasi, memutihkan kulit dan memperbaiki tekstur kulit. Ianya juga meransa…

#AltheaTurns1 Instagram Contest bersempena ulang tahun pertama Althea.

Althea sememangnya tak asing lagi buat penggemar kosmetik dan barangan penjagaan diri dari Korea. Aku sendiri semenjak dua menjak ni memang menggilai produk kecantikan dari Korea. Bila dah terjebak ni memang susah nak stop. Dah terjebak shopping barang kosmetik Korea, tak cukup dengan tu siap pengaruh rakan-rakan ofis untuk beli jugak. Ahahah. That is so me. Ini bukanlah kali pertama aku shopping dari Althea. Tapi shopping kali ni paling banyak.




For those yang tak tahu, Althea ni merupakan website yang menjual barangan kosmetik dan penjagaan diri dari Korea. Macam-macam brand ada dijual. Yes, aku tahu korang boleh kirim dekat personal shopper yang dekat Korea, atau korang boleh dapatkan dekat outlet-outlet brand tersebut di Malaysia. Tetapi, aku lagi prefer beli dari Althea. Why? First, sebab mudah. Most of famous Korean brand memang ada dijual di Althea. Second, sebab harga yang Althea tawarkan memang kebiasaannya lagi murah dari harga pasaran di Malaysia ni. Apa tidaknya, Althea ni…

Bilut Extreme Park & Valley Agro Park

Aku ni nampak aje keding dan lembik, tapi sebenarnya aku sangat suka mencuba aktiviti-aktiviti lasak. Outdoor activity memang antara perkara yang aku suka buat. Rela tau muka jadi gelap berpanas as long as rasa seronok join aktiviti macam tu. Previously aku berkesempatan join rakan blogger yang lain untuk one day trip ke Bentong, Pahang. Katanya nak beraktiviti lasak. Tak fikir panjang, terus setuju nak join.
Muka excited, pagi-pagi lagi dah sampai kat tempat berkumpul.

Kami ke sana dari KL dengan menaiki bas yang disediakan. Katanya ada beberapa lokasi akan kami kunjungi untuk trip pada hari tersebut. Sepanjang dalam bas aku tidur je, recharge gitu. Lokasi pertama kami pada hari tersebut adalah Bilut Extreme Park yang dulunya dikenali sebagai bilut Adventure Park.
BILUT EXTREME PARK
Di Bilut Extreme Park ni, kami berpeluang merasai sendiri 2 pengalaman berbeza iaitu sukan memanah dan ATV. Fyi, this is my first time for both ATV and sport archery. Excited tu takyah cerita la, hahah. L…