Friday, July 1, 2016

Bilut Extreme Park & Valley Agro Park


Aku ni nampak aje keding dan lembik, tapi sebenarnya aku sangat suka mencuba aktiviti-aktiviti lasak. Outdoor activity memang antara perkara yang aku suka buat. Rela tau muka jadi gelap berpanas as long as rasa seronok join aktiviti macam tu. Previously aku berkesempatan join rakan blogger yang lain untuk one day trip ke Bentong, Pahang. Katanya nak beraktiviti lasak. Tak fikir panjang, terus setuju nak join.

Muka excited, pagi-pagi lagi dah sampai kat tempat berkumpul.

Kami ke sana dari KL dengan menaiki bas yang disediakan. Katanya ada beberapa lokasi akan kami kunjungi untuk trip pada hari tersebut. Sepanjang dalam bas aku tidur je, recharge gitu. Lokasi pertama kami pada hari tersebut adalah Bilut Extreme Park yang dulunya dikenali sebagai bilut Adventure Park.

BILUT EXTREME PARK

Di Bilut Extreme Park ni, kami berpeluang merasai sendiri 2 pengalaman berbeza iaitu sukan memanah dan ATV. Fyi, this is my first time for both ATV and sport archery. Excited tu takyah cerita la, hahah. Lokasi Blut Extreme Park yang terletak dalam kawasan hutan, so suasana memang rasa fresh aje. 





Bagi yang tidak mempunyai pengalaman dalam sukan memanah ini, tak perlu risau. Dorang akan tunjuk dan ajar cara-cara nak memanah dengan betul. Harga untuk bermain sukan memanah ini adalah serendah RM10 untuk 12 anak panah. Mula-mula memang agak kekok, tapi lama-lama baru boleh faham cara yang betul so that anak panah tu tak tersasar. Tapi sejujurnya aku memanah memang banyak tersasar. Mana tidaknya, tangan tu tak statik. Asyik bergerak-gerak dah macam parkinson dah. Almaklum la, aku tak larat nak angkat busur memanah tu, agak berat untuk yang berbadan kecik macam aku ni. Boleh tahan sakitnya lengan buat main benda alah ni. Ahahaha.


Nampak sangat tak reti main, posture badan pun tak betul. Hahah







Selesai dengan sukan memanah, kami dibawa  pula untuk naik ATV. Like seriously aku agak cuak. Mana tidaknya, aku teringat pulak yang masa main go kart dengan ofismet haritu, sampai rosak kereta tu disebabkan aku. Naik ATV ni dah la laluan dia memang penuh onak duri gayanya. Haha. Berbukit-bukit kot. Kalau jatuh tergolek kang sia-sia je. Lol. 





Pada awalnya aku duk agak ke belakang. Tapi aku asyik terbabas langgar tayar penghadang kat tepi-tepi laluan aje, so instructor tu suruh aku duk depan sekali senang dia nak pantau. Lol, lawak la kau ni Emi. Main apa-apa pun asyik langgar je tahu. Mula-mula dia bawak kitorang guna laluan yanga da pokok kelapa sawit tu. Laluan yang agak basic, tapi awal-awal aku dah terbabas. Kahkah. Bila rasa dah okay sket, dia bawak kitorang ke laluan lain yang lebih jauh dan berbukit-bukit.









Memang best walaupun takut-takut. Hahah. Puashati buat aktiviti outdoor macam ni. Oh ye, harga yang dikenakan untuk bermain ATV ni ada beberapa pakej. Pakejnya serendah RM70 (30 minit) sahaja. Penat tau nak control handle tu. Sakit lengan rasanya. Hahah.


Dah setel main ATV, maka kitorang dibawa ke lokasi seterusnya iaitu Valley Agro Park.


VALLEY AGRO PARK

Di Valley Agro Park, kami di bawa berkunjung ke tempat penternakan lebah kelulut. Lebah-lebah itu diternak secara semulajadi, bermaksud sumber khasiat dan makanan lebah-lebah itu adalah daripada alam sekitar dan pokok-pokok di sekelilingnya. Aku baru tahu bahawasanya lebah kelulut /stingless bee sebenarnya tak sengat orang pun. Lol noob sangat rasa. Kami juga berpeluang melihat sendiri proses penghasilan madu lebah dengan lebih dekat. Ini pun pengalaman pertama jugak bagi aku.


Madu yang dihasilakan oleh stingless bee lebih mahal berbanding madu dari lebah biasa. 


Antara madu yang telah dibotolkan untuk dijual.


Kami juga dihidangkan dengan air madu lemon dan juga aiskrim madu. First time makan aiskrim perisa madu. Not bad. Boleh dikomersialkan aiskrim macam ni.


Pengalaman yang dapat dirasai pada hari itu sememangnya sangat berharga. Bukan selalu dapat peluang sebegitu. Setelah semua tempat dilawati, kami bertolak pulang ke KL. Masing-masing lena kepenatan dalam bas. Hahah.


Address : PT44, KM13, Mukim Tras, 27600 Raub, Pahang, Malaysia.
Contact : +6019-228 9152 
( 11:30am - 09:30pm )





2 bLOggEr cUmiL:

I N A A I N A A said...

Bestnya memanah.. lama tak memanah, tak tahula larat lagi nak tarik talinya tu.. hahahha

Ahmad Zaki said...

Tak pernah try memanah... Macam best pula.

ZH Blogger