Tahu tak , aku ni penggemar drama Korea . Tapi dek kerana kesibukan hidup [ cheewahh gayanya macam busy bebenor ] , makanya dah lama gila aku tak layan cerita Korea . Memang lama gila la . Last aku layan cerita Korea masa masih dekat uthm dulu , sekitar bulan Jun 2013 . Lama kan ? Lepas tu memang busy dengan macam - macam hal la . Eh , tapi masa aku praktikal bulan Oktober 2013 , aku sempat layan cerita The Heirs . Lepas tu memang tak layan pape cerita Korea dah . Even Running Man pun aku tak sempat nak tengok .
Memandangkan dah lama tak layan Korea , so last week aku try la layan cerita A Gentleman's Dignity . Orang lain dah lama tengok , aku baru nak tengok . Haha . Memula tengok macam tak best . Tapi masuk beberapa episod , aku dah mula suka sebab baru aku perasan hero dia tu Jang Dong Gun . Gila lah , camne awal - awal aku boleh tak perasan dia yang belakon citer tu . Dah lama gila tak tengok dia berlakon . Dulu zaman sekolah rendah memang minat gila dia ni , dia berlakon cerita All About Eve . Maybe sebab dia dah makin tua , nampak kurus & cengkung sikit kot . That's why aku tak perasan .
![](http://img3.wikia.nocookie.net/__cb20120827132345/drama/es/images/8/8d/Jang_Dong_Gun1.jpg)
My old crush , weheeee :D
Ya Tuhan , aku punya tahap minat kat Jang Dong Gun ni memang takyah cerita lah . Minat sangat - sangat . Walaupun dia dah tua . Dia punya senyum tu haaa , boleh melting tahu . Kalah jejaka - jejaka muda malaysia . Muahaha . Ingat lagi , masa lower form dulu , one of my bestfriend Mimi Syafika pun minat gila dia ni . Sama - sama duk meroyan kumpul gambar dia ni , wakaka [ gila minat sampai kumpul gambar ] .
![](http://www.soompi.com/wp-content/uploads/2012/09/120919-jang-dong-gun-merge-wide.jpg)
Melting , melting . Tengok watak dia dalam A Gentleman's Dignity lagilah melting ha .
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVYqo8FALi3e2T2-zO26aVTfMZJMocHxYs92S0VqCYqG1XwXB6wzgG9pByrM1XOTWLU8127tMpgr8rWl72aPbVDUvc1VeE-EtLW3y5QSbcpzqUJfRFB0oiGeLs2Ex5coEiUA-8PF9sxzQf/s1600/Gentleman%2527s+Dignity.jpg)
Ok , back to the drama . Cerita A Gentleman's Dignity ni bagi aku best sangat - sangat . Watak - watak dia semua macam sesuai sangat . Suka sangat tengok pasangan Kim Do Jin dengan SeoYi Soo . Mula - mula watak Kim Do Jin ni macam syok - syok sendiri je kan . Tapi lama - lama makin best pulak . Ini hero tua yang awesome tau ! Haha . Selain tu dalam citer ni aku suka gila pasangan Choi Yoon dengan Im Me Ah Ri . Comel gila walaupun Im Me Ah Ri tu macam terkejar - kejar kat Yoon . Manja gila Im Me Ah Ri tu , banyak main dengan air mata je watak dia . Tapi comel . Kan dalam cerita ni ada 4 kisah cinta . Honestly aku tak berminat sangat dengan watak Im Tae San dan Lee Jung Rok tu . Aku lebih berminat dengan Kim Do Jin dan Choi Yoon . Choi Yoon pun handsome jugak , tapi takleh lawan Kim Do Jin la . Mata dengan mulut tu aset haa . Banyak jugak scene - scene yang bagi aku lawak gila .
![A Gentleman's Dignity - korean-dramas Wallpaper](http://images6.fanpop.com/image/photos/33200000/A-Gentleman-s-Dignity-korean-dramas-33242371-500-281.jpg)
Kim Do Jin dan Seo Yi Soo
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5AQjoXB3d6w-VRI-D766Z3zKGueEqWc4IZgvfAxABDqa4bv5sNXC643WSiWMWq2i1U4gmJFYkk9Tp_lAVlIIuYg1fyQIULDawkevyUmenho-57VwhOK7k6oTIfMCl0KCNNhlTEVk4Jc8/s1600/a1.jpg)
Im Me Ah Ri dan Choi Yoon
![](http://rebzombie.com/wp-content/uploads/2012/08/a-gentlemans-dignity-kisu.jpg)
Cantik gila view masa kiss ni
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTJ9Cdki5Rlkh2NlXsyltiWJPnaaxvJc8s0cdC6pxybt-nvQtV0VyxhCjGi8MpXnj6AgLNt9iBOHDDW3_AgrN2eoL99qqoViceH0EPCjimFjvdRQjiLHAaALfH_mEjQO7bC0QajGxylOvI/s640/img_bg3.jpg)
Episod last masa Do Jin proposed Yi Soo tu comel gila tengok Choi Yoon menari . Haha lawak .
Aku rasa later aku akan tengok cerita ni lagi sekali . Heee :D