Skip to main content

Mika dan Mya


Sweet tahap diabetes la Mikail dengan Mya Arlissa ni .


Aku dah lama tak berkesempatan baca novel . So novel Aku Bukan Mistress pun memang aku tak baca . Tak tahu pun jalan cerita tu . Tapi aku ni memang suka tahap nak arwah dekat Izzue Islam . So memandangkan Izzue Islam berlakon cerita Aku Isterinya yang adaptasi dari novel Aku Bukan Mistress tu , makanya aku pun rajinkan la diri aku tengok cerita tu kat internet dari episode 1 lagi . Ya Allah , sukanyeee cerita ni . Suka sangat - sangat . Aku rasa lagi best dari cerita Mr Arrogant haritu . Hihi . Hari - hari duk ternantikan je cerita ni . Selama ni aku takde la minat sangat pun Anzalna . Yela , dia selalu bawak watak penggoda . Tapi Anzalna ni bila bawak watak baik , memang awesome lah ! Aku suka tengok Anzalna ni berlakon . Best . Dah la cantik . So dalam cerita Aku Isterinya ni bagi aku memang tiptop la gandingan Izzue Islam dengan Anzalna . Sweet je watak Mika walaupun kadang garang tak bertempat . Kesian Mya haa . Dah la Mya tu pesen lembut - lembut manja gitu . Asyik nangis je Mya ni . Tapi penyabar betol la Mya ni kan . Bagus betul . Si Mika ni pulak , ya ampun kenapa la senyum nya comel sangat - sangat . Alahaii . . nasib dah jadi suami orang si Izzue Islam ni . Izzue Islam ni aku start minat dia masa dia berlakon cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia dengan Tiz Zaqyah . Tapi watak Mika ni berganda - ganda lagi best dari watak Firash . Seriously . Kalau watak Firash tu ada macam childish la banyak nya . Haha . Kalau watak Mika ni takde la childish mana , sweet je lebih walaupun garang . Kalau Izzue Islam ni tak berlakon , rasanya aku tak kenal sangat pun dia . Yela , penyanyi ni aku just dengar lagu je , tak ambik port sangat pun yang mana satu orang yang nyanyi . Haha . Tapi actually lagu - lagu Forteen pun memang kena sangat la dengan taste aku . Memang aku suka .




Cantik

Aloloo manisnya dia senyum . Nasib baik suami orang !




Comments

Hahaha thu xpe..rsa jatuh hati je dgn cete tuh kan..mika walau grg tp nmpk comel..xnmpk grg pn.hahahaha..mya lak mmg sesuai dorg digandingkan,mjrlah dh kwen si izzu tu hahaha
Mia Liana said…
suka tengok izzue ni.. sweet sangat senyumannya..

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…