A Gentleman's Dignity, old guy is hot! - emilinda

Monday, April 21, 2014

A Gentleman's Dignity, old guy is hot!


Tahu tak , aku ni penggemar drama Korea . Tapi dek kerana kesibukan hidup [ cheewahh gayanya macam busy bebenor  ] , makanya dah lama gila aku tak layan cerita Korea . Memang lama gila la . Last aku layan cerita Korea masa masih dekat uthm dulu , sekitar bulan Jun 2013 . Lama kan ? Lepas tu memang busy dengan macam - macam hal la . Eh , tapi masa aku praktikal bulan Oktober 2013 , aku sempat layan cerita The Heirs . Lepas tu memang tak layan pape cerita Korea dah . Even Running Man pun aku tak sempat nak tengok .

Memandangkan dah lama tak layan Korea , so last week aku try la layan cerita A Gentleman's Dignity . Orang lain dah lama tengok , aku baru nak tengok . Haha . Memula tengok macam tak best . Tapi masuk beberapa episod , aku dah mula suka sebab baru aku perasan hero dia tu Jang Dong Gun . Gila lah , camne awal - awal aku boleh tak perasan dia yang belakon citer tu . Dah lama gila tak tengok dia berlakon . Dulu zaman sekolah rendah memang minat gila dia ni , dia berlakon cerita All About Eve . Maybe sebab dia dah makin tua , nampak kurus & cengkung sikit kot . That's why aku tak perasan .

My old crush , weheeee :D

Ya Tuhan , aku punya tahap minat kat Jang Dong Gun ni memang takyah cerita lah . Minat sangat - sangat . Walaupun dia dah tua . Dia punya senyum tu haaa , boleh melting tahu . Kalah jejaka - jejaka muda malaysia . Muahaha . Ingat lagi , masa lower form dulu , one of my bestfriend Mimi Syafika pun minat gila dia ni . Sama - sama duk meroyan kumpul gambar dia ni , wakaka [ gila minat sampai kumpul gambar ] .

Melting , melting . Tengok watak dia dalam A Gentleman's Dignity lagilah melting ha .




Ok , back to the drama . Cerita A Gentleman's Dignity ni bagi aku best sangat - sangat . Watak - watak dia semua macam sesuai sangat . Suka sangat tengok pasangan Kim Do Jin  dengan SeoYi Soo . Mula - mula watak Kim Do Jin ni macam syok - syok sendiri je kan . Tapi lama - lama makin best pulak . Ini hero tua yang awesome tau ! Haha . Selain tu dalam citer ni aku suka gila pasangan Choi Yoon dengan Im Me Ah Ri . Comel gila walaupun Im Me Ah Ri tu macam terkejar - kejar kat Yoon . Manja gila Im Me Ah Ri tu , banyak main dengan air mata je watak dia . Tapi comel . Kan dalam cerita ni ada 4 kisah cinta . Honestly aku tak berminat sangat dengan watak Im Tae San dan Lee Jung Rok tu . Aku lebih berminat dengan Kim Do Jin dan Choi Yoon . Choi Yoon pun handsome jugak , tapi takleh lawan Kim Do Jin la .  Mata dengan mulut tu aset haa . Banyak jugak scene - scene yang bagi aku lawak gila . 

A Gentleman's Dignity - korean-dramas Wallpaper
Kim Do Jin dan Seo Yi Soo 

Im Me Ah Ri dan Choi Yoon


Cantik gila view masa kiss ni 




Episod last masa Do Jin proposed Yi Soo tu comel gila tengok Choi Yoon menari . Haha lawak .



Aku rasa later aku akan tengok cerita ni lagi sekali . Heee :D


2 comments:

  1. Akak, saya pun minat sangat dengan drama ni , plus boyfriend saya, Collin. hehe Adore him.. Sy tengok lebih pada 3 kali dah.. Baru ingat nak tengok balik cerita ni nanti.. hehe XD Btw, tua-tua pun still handsome kan ..

    ReplyDelete
  2. Hehe kalau dah minat kan? Tengok banyak kali pun tak boring ohh haha

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.