Prosedur Permohonan Perkahwinan di Negeri Kelantan 2019 - emilinda

Tuesday, December 17, 2019

Prosedur Permohonan Perkahwinan di Negeri Kelantan 2019

Assalamualaikum. Sebenarnya masa tengah kelam-kabut buat persiapan kahwin haritu memang terfikir nak kongsikan prosedur permohonan perkahwinan di negeri Kelantan. Bukan apa, masa saya nak kahwin haritu pun saya sendiri agak blur & clueless tentang prosedur permohonan yang betul. Bila tanya kakak yang dah kahwin, lain pulak prosedurnya. Almaklum, diorang kahwin dah bertahun yang lepas. So prosedur pun dah berubah agaknya seiring perkembangan teknologi. Jadinya dengan perkongsian saya ni, diharapnya boleh menjadi rujukan untuk bakal pengantin di negeri Kelantan. Lain negeri lain prosedurnya. Prosedur yang saya nak cerita ni adalah prosedur permohonan perkahwinan pasangan dari negeri Kelantan (pengantin lelaki & perempuan kedua-duanya berasal dari Kelantan) pada tahun 2019. Jika pasangan korang dari negeri selain Kelantan, mungkin prosedurnya agak berlainan. Dalam kes saya ni kami berdua bukan sahaja dari negeri yang sama, bahkan dari daerah yang sama.


1) ISI BORANG PERMOHONAN PERKAHWINAN SECARA ONLINE
Adik saya kahwin tahun 2018, katanya isi borang secara manual je. Borang tu boleh didapati dari tok imam/tok kadi. Tapi bila giliran saya ni, ayah saya pergi jumpa tok imam untuk dapatkan borang. Tok imam cakap kena isi borang secara atas talian (online), sebab sekarang dah tak guna dah borang manual. So memang kena isi online di laman web e-Qaryah JAHEAIK. Untuk kes saya ni memandangkan kedua-duanya dari negeri yang sama, so hanya perlu isi satu borang je. Tak kisah la lelaki atau perempuan yang nak isi. Dalam borang tu dah ada siap-siap bahagian untuk maklumat lelaki dan perempuan, termasuk maklumat wali & saksi. Untuk bahagian saksi saya kosongkan sebab nanti pihak tok imam/tok kadi yang akan bawa 2 orang saksi. Lepas dah siap isi dan submit, pastikan korang cetak/print borang tu.

2) TANDATANGAN & KEPILKAN DOKUMEN
Dah print, jangan lupa tandatangan dekat borang tu (lelaki & perempuan). Lepas tu pastikan korang sediakan segala macam dokumen yang diperlukan (checklist dokumen ada disertakan semasa kita isi borang tu). Nak bagi tersusun sikit, korang sediakan satu fail untuk letak borang & dokumen-dokumen tu barulah tak tercicir.

3) DAPATKAN PENGESAHAN TOK IMAM 
Bakal pengantin lelaki perlu dahulu dapatkan tandatangan dan pengesahan dari tok imam mukim dia. Lepas dah setel dapatkan pengesahan dari tok imam mukim dia, dia kena bagi pula borang tu dekat pihak perempuan untuk proceed dapatkan pengesahan dari tok imam mukim belah perempuan pula (dalam kes saya, tok imam ni la yang akan akad nikahkan kitorang nanti). Sebelum minta pengesahan tok imam tu, pastikan ayah kita sebagai wali dah tandatangan dekat bahagian wali dalam borang tu. Lepas tok imam dah tandatangan dan turunkan cop pengesahan dekat borang tu, tok imam akan pulangkan balik borang tu kat kita. Bab berurusan dengan tok imam ni memang ayah saya yang uruskan.

4) HANTAR BORANG & DOKUMEN KE PEJABAT AGAMA DAERAH
Bila borang dan dokumen dah lengkap, boleh pergi hantar borang & dokumen permohonan nikah ke pejabat agama daerah. Macam kitorang memandangkan saya orang Bachok, so kitorang hantar kat pejabat agama daerah Bachok la. Nak hantar borang ni tak semestinya pergi sendiri. Wakilkan keluarga pun boleh. Pihak pejabat agama akan ambil borang dan dokumen kita tu, dan kita dikehendaki membuat bayaran RM126 (upah jurunikah dan kos pengurusan kot tak silap). Katanya dokumen kita tu akan siap dalam masa 3 hari, tapi seeloknya lepas 3 hari tu kita call dulu la tanya dah siap ke belum. Kalau dah siap, boleh pergi ambil. Yang ni saya mintak mak saya je tolong pergi ambil.

5) SERAH DOKUMEN LENGKAP KEPADA TOK IMAM
Dokumen lengkap yang pihak pejabat agama dah bagi kat kita tu, kita kena serahkan semula kepada tok imam yang akan nikahkan kita tu. Tok imam yang akan simpan dokumen tu dan dia akan bawa borang tu masa nak akad nikah.


6) AKAD NIKAH
Masa akad nikah ni, kita bawa apa yang perlu la. Dokumen dah ada kat tok imam. So kita bawa la cincin untuk sesi batalkan air sembahyang nanti. Pihak lelaki bawak la cincin dan mahar/mas kahwin. Pengantin lelaki kena sediakan sedikit duit kalau tak silap masa tu, sebagai upah kepada 2 orang saksi (jumlahnya tak pasti berapa, tapi tak mahal pun). Macam kes saya, tok imam dah bawa saksi sesiap. So kitorang tak perlu sediakan saksi. Lepas selesai akad nikah, tok imam akan bagi semula segala dokumen tu kat kita.

7) HANTAR DOKUMEN KE PEJABAT AGAMA DAERAH UNTUK BUAT KAD NIKAH
Lepas dah selesai segala urusan nikah dan majlis kahwin, boleh la ke pejabat agama daerah lagi sekali untuk hantar dokumen pernikahan berserta gambar berukuran passport (suami dan isteri). Tujuannya adalah untuk buat kad nikah. Kalau tak silap kad akan siap dalam tempoh sebulan. Saya berbulan-bulan jugaklah baru pergi ambil kad, sebab kerja kat KL kan. Time balik kampung baru boleh ambil.


Harap dengan perkongsian ni dapat membantu bakal pengantin di Kelantan. Kena ingat, lain negeri mungkin lain prosedurnya. Yang saya terangkan ni adalah untuk pasangan yang kedua-duanya berasal dari Kelantan dan dari daerah yang sama. Apa-apa pun, kalau nak lebih kepastian boleh call pihak pejabat agama daerah masing-masing dulu. Saya pun call jugak dulu untuk dapatkan kepastian tentang proses permohonan nikah tu. Akhir kata, semoga urusan korang dipermudahkan.

42 comments:

  1. Hehe bagus artikel ni utk mereka yang bakal berkahwin di Kelantan heheh tapi mostly prosedurnya sama je kalo lain pun sikit2 je..hehe tp seriously mmg artikel ni sgt berguna utk rujukan

    ReplyDelete
  2. Molek sagat Emi up artikel camni. Bakal bakal pengantin boleh baca sini dan hadam bebetul dulu semua prosedur dulu.

    ReplyDelete
  3. Bagus info ni. Terutama bg mereka yg nak berkahwin di sana - kelantan

    ReplyDelete
  4. Sesuai untuk dibaca oleh bakal-bakal pengantin yang bermastautin di negeri Kelantan. Mungkin prosedur selalu dikemaskini. So kita pun kena rujuk prosedur yg latest. Thanks share!

    ReplyDelete
  5. nice sharing lepas ni yang nak kahwin dekat kelantan dengan orang sana boleh refer

    ReplyDelete
  6. Bagus info ni, mana tau nak kawin dgn orang kelantan nanti boleh share artikel ni kat dia nanti.. hehe

    ReplyDelete
  7. Bagus info ni. Betul tu tiap negeri lain2… adik saya ada kawen dgn orang kelantan.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan. Ramai pasangan sangkut kat dokumen nak submit tak lengkap, kalau kat selangor time saya kawin tu lambat aprove sb sijil nikah mak dah hilang. Mak kita pulak memang lama dah bercerai.. Nasib baik buat semakan ke sekian kali jumpa lagi di pejabat agama tempat mak kita kawin dulu

    ReplyDelete
  9. Lain negeri lain prosudernya. Tapi masa kak liez kahwin memang senang dan berjalan lancar je. Actually macam first time tu tak boleh buat last mijute sbb if ada urusan yang tertangguh, masih ada masa lg utk diuruskan.. kalau buat last minute itu yang kelam kabut

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yg bagus buat bakal2 pengantin..so diorg akan lebih memahami bila baca entry ni bila nak berkahwin kat Kelantan.

    ReplyDelete
  11. Bagus info ni. Marina rasa kat Perak ni pon dah guna online. Agak renyah jugak kalau kawen ngan orang negeri lain.

    ReplyDelete
  12. Nice info , mempermudahkan untuk bakal pengantin settlekan urusan sebelum majlis nikah. Banyak jugak prosesnya.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas info. Tak sabar pulak nak kahwin hehe. Memang lain prosedur untuk tiap2 negeri eh?

    ReplyDelete
  14. penguatkuasaan agama ni ikut negeri, kan.
    pentadbirannya lain di negeri yg berlainan.
    kena peka dgn negeri yg nak langsungkan pernikahan tu.
    jgn refer prosedur negeri lain :)
    so that, on the day, semua berjalan dgn sempurna.

    ReplyDelete
  15. Akk dulu pun ada isi online rasanya... Sushla waktu tu sebb rumah akk takde internet.. Nak kawin pun banyak prosedur.. Hahaha

    ReplyDelete
  16. Rasanya prosedur dekat negeri lain pn lebih kurang gini jugak. Tp bagus artikel ni senang bakal pengantin nk rujuk.

    ReplyDelete
  17. banyak juga ya proceudre nak menikah nie. boleh lah take note. mana tahu jodoh org Kelantan. ahaks ~

    ReplyDelete
  18. Knapa masa submit tu sy xboleh print ye? Dia terus terkeluar. Saya check pon dia ckp rekod tidak ditemui. Ke kena tunggu beberapa hari baru boleh print?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh peliknya, sy punya haritu okay je. Tak pasti pulak.

      Delete
    2. kalau macam ni biasanya pengguna biar terlalu lama permohonan online tu terbuka. Means awk buka website lepastu biar situ dan pergi mandi, makan.. lepastu kalau nk sambung balik dia akn jdi mcmtu. so penyelesaian dia, ready maklumat yg dikehendaki, buka website, isi dan terus submit

      Delete
  19. assalamualaikum, tumpang tanya. alamat yg di minta untuk isi dalam borang online tu alamat kelantan atau alamat tempat menetap skrg ya?

    ReplyDelete
  20. bahagian wali takpe ke tinggal kosong n bahagian mas kahwin saya x tahu nk isi berapa ..tolong jawab🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap saya, wali & mas kahwin memang kena isi.

      Delete
  21. Kenapa sis bawak saksi sendiri ? Saksi bukan ke tergolong daripada bapa saudara ? Bahagian mas kahwin tu kita kena isi apa yer , isi jumlah duit hantaran ke ?

    ReplyDelete
  22. Maafkan saya. Soalan saya kat atas silap tanya. Maksud saya kenapa tok imam bawa saksi sendiri. Kenapa sis tak bawa saksi

    ReplyDelete
  23. Sesuai untuk dibaca oleh bakal-bakal pengantin yang bermastautin di negeri Kelantan. Mungkin prosedur selalu dikemaskini. So kita pun kena rujuk prosedur yg latest. Thanks

    ReplyDelete
  24. terima kasih atas perkongsian sis sebagai rujukan saya. Saya doakan sis & suami bahagia berkekalan hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  25. Semasa pejabat agama bagi kad nikah, ada x die bg skli sijil nikah

    ReplyDelete
  26. Assalam,masa nk dptkan pengesahan imambimam pihak lelaki,kena bawa skali ke hiv test,sijil kursus nikah lelaki, atau bawa borang yg di isi tu sahaja?

    ReplyDelete
  27. Trima kasih share..info yg sngt brguna kpda bkal pngantin.

    ReplyDelete
  28. Terima kasih sbb sudi share pengalaman. Tp boleh sy tahu, siapa yg kena hantar borang nikah kepada pejabat agama daerah? Lelaki atau perempuan? Atau mana2 je boleh

    ReplyDelete
  29. Masa pengesahan tok imam mukim perlu kepilkan sekali borang hiv, gambar, salinan ic tak?

    ReplyDelete
  30. Assalam td sy bru call pejabat agama daerah tumpat.. dlm sis pnye info kna dptkn pengesahan tok imam dlu bru serah kt pejabat agama.. mcm sy call td dia suruh hantar dlu kt pejabat agama tuk semakan baru serah kt tok imam tuk pengesahan.. mcm mna tu?

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum sis. Walaupon artikel ni dah lama. Sangat2 membantu bagi saya yg tgh kalut nak nikah lagi dua bulan. Terima kasih banyak2 sis.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.