May 2019 - emilinda

Friday, May 24, 2019

Mudahnya Buat Masker Kunyit!

May 24, 2019 11
Mudahnya Buat Masker Kunyit!
Jujur saya cakap, selama ni kalau bab face mask memang saya beli yang dekat drugstore je. Kiranya memang tak cukup rajinlah nak bancuh masker sendiri. Tapi sebab dah nak kawen ni, rajinkanlah diri cuba. So saja la nak share kat sini tentang cara-cara yang saya guna untuk buat masker kunyit. Sebenarnya benda ni kalau google banyak je. Yang ni saya dapat dari bff. Dorang cakap boleh cuba buat masker kunyit, untuk kulit wajah lebih berseri, cerah dan glowing.

Bahan-bahannya

Hanya guna 3 bahan iaitu serbuk kunyit, yogurt perisa asli, dan madu. Nasib baik ada madu yang dapat masa pergi wedding Siti hari tu, bolehlah manfaatkan. Saya tak suka makan madu, so memang tak pernah beli madu. Honey is too sweet for me, walaupun madu ni bagus untuk kesihatan.

Okay, so first step is saya cari bekas yang memang dah tak nak, untuk saya buat bancuhan masker ni. Tapi tak jumpa bekas plastik yang dah taknak. End up saya guna plastik cerah tu je. Gunting bahagian tepi dia, then bancuh dalam plastik tu hahahahah. Senang kerja! Dah siap nanti boleh terus buang.

Bancuh dalam plastik je

Campur 1 sudu yogurt , 1 sudu madu, dan 2 sudu serbuk kunyit. Saya guna sudu yogurt tu je. Orang cakap kalau nak scoop madu, jangan guna sudu besi, takut hilang khasiat madu. Nak senang, guna aje la sudu plastik yogurt tu. Lagi pun muka saya ni bukan besar sangat pun, guna sudu kecil macam ni dah cukup untuk cover satu muka. Bila dah masukkan dalam plastik, then gaul-gaul sampai sebati.


Then lumurkan kat muka guna belakang sudu tu. Kalau guna tangan nanti habislah kuning tangan. Bila dah lumur kat muka, biarkan selama 30 minit untuk dia mengering. Dah kering, boleh cuci muka dengan air suam. Lepas dah cuci guna air suam, cuci lagi guna cleanser dan scrub untuk hilangkan kesan kuning tu kat muka. Senang je rupanya. Kalau la amalkan buat macam ni dari dulu.


Jangan pulak expect buat sekali terus boleh jadi cantik dan flawless. Kenalah rajinkan diri buat beberapa kali dalam seminggu. So far saya baru buat sekali. Cadangnya nak buat 2 atau 3 kali seminggu.

Tuesday, May 21, 2019

Menu Festive Delight Bersempena Musim Perayaan Di Tony Roma's

May 21, 2019 8
Menu Festive Delight Bersempena Musim Perayaan Di Tony Roma's
Kalau korang plan untuk berbuka beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan, korang boleh pertimbangkan untuk berbuka di Tony Roma's. Kenapa? Sebab bersempena bulan Ramadhan dan juga hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi, pihak Tony Roma's turut membawakan hidangan istimewa dan eksklusif Festive Delight untuk santapan semua. Yela, bosan jugak kan sebulan berpuasa ni asyik nak hadap juadah masakan kampung aje waktu berbuka. Pergi buffet Ramadhan kat hotel pun sama, kebanyakannya menyediakan hidangan ala-ala masakan kampung. Hello, sesekali nak jugak berbuka ala-ala western kannn. So yeah, kalau nak berbuka ala-ala western korang boleh pertimbangkan untuk berbuka di Tony Roma's.

Selera Iftar

Bersempena musim perayaan kali ini, pihak Tony Roma's membawakan beberapa juadah menarik untuk santapan kita semua. Antaranya adalah set Selera Iftar yang boleh dinikmati oleh 3-4 orang. Menggabungkan Lamb Ribs Roma Rack with honey plum sauce, 1/2 ayam BBQ, 2 slabs of beef riblet dengan sos original Tony Roma's, coral mix salad, jagung, 2 hot baguette, 4 mashed potato atau nasi, dan 4 hidangan sup (soup of the day) ini berharga RM168.80

Meriah Meal

Kalau nak makan untuk 5-6 orang, boleh ambil set Meriah Meal yang berharga RM258.80 . Set Meriah Meal ini mengandungi Lamb Ribs Full Slab with honey plum sauce, 1/2 ayam BBQ, 2 slabs of beef riblet dengan sos original Tony Roma's, coral mix salad dengan Kickin' shrimp, 3 hot baguette, 6 mashed potato atau nasi, dan 6 hidangan sup.

TR Original BBQ 1/4 Chicken

Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken

Selain itu, beberapa perisa BBQ chicken set turut boleh didapati sepanjang musim perayaan ini. Terdapat 3 pilihan untuk BBQ Chicken Set iaitu Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken, Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken, dan TR Original BBQ 1/4 Chicken. Setiap satunya boleh didapati dengan kadar harga RM30.90/set. Kalau nak take away or delivery, sesuai sangatlah order set yang ni. 

Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken

My personal opinion? Hmmm sebenarnya kalau disuruh pilih rasanya memang tak boleh nak pilih sebab i really love all the food here. Dari mashed potato hinggalah ke lamb rib, semuanya memang kena dengan tekak saya ni. Setiap satu mempunyai rasa yang tersendiri. But i really love the Meriah Meal sebab ada Kickin Shrimp tu. Serious udang dia sedap sangat, rasa nak mintak tambah aje. Nak repeat lagi ke makan kan sini nanti? Of course! Sempat lagi ni nak datang makan menu festive delight ni banyak-banyak kali kat Tony Roma's sebab menu Festive Delight ni bermula 1 May sehingga 30 June di semua outlet Tony Roma's.


By the way, am i the only one who thinks that mashed potato dekat Tony Roma's ni extra sedap berbanding mashed potato kat restoren lain? Mashed potato here is the best i ever had! Sedap weyh.

Mashed potato sedap

Monday, May 20, 2019

Althea Angel First Gathering & Althea A’Bloom Launch

May 20, 2019 7
Althea Angel First Gathering & Althea A’Bloom Launch
I was all excited when I got invitation to Althea Angel’s first ever gathering last month. Siapa je tak excited kan? I have been supporting & buying Korean skincare & cosmetics from Althea for years. So bila dapat jemputan ke Althea Angel party, memang saya tak sabar. The dress code for that party is pastel colour, and the venue is at Softsrve Ice Cream, Plaza Arkadia. Honestly at first I macam blur kejap nak pakai baju apa untuk ke party tu. I don’t have much pastel colour outfit. Tapi fikir punya fikir, saya decide untuk match my baby blue flare skirt with plain white top, and pakai tudung warna baby blue as well. Tadaaa!




Oh by the way, party ni diadakan sambil nak launch Althea A’bloom products. Kejap lagi saya cerita lebih detail about the new products. As soon as I reach there, I was given a card which consisting a few coupons for the things I can enjoy at the party. Perkara pertama saya terjah adalah the DIY station where we get to deco our own Althea Petal Velvet Powder using those cream glue. I am so not creative, so it turns out very messy hahahha!

Look at the decoration, so pretty





The coupon

DIY station

Here's mine, hahah

As for the coupon card that I get earlier, kupon tu kita boleh guna untuk redeem makanan & minuman kat situ. Rasa macam kat fun fair pulak, hehe. The first one that I redeem is the charcoal waffle. Weyh, sedap gila dia punya waffle. Crunchy kat luar, lembut kat dalam. Dan tak manis sangat, just nice. Rasa macam nak tambah je haha. As for the soda drinks, I choose watermelon soda (I am not sure if this is the correct name for it).

My charcoal waffle and watermelon soda

Not to forget, their ice cream is so yummy! Korang kalau jenis suka aiskrim, mesti korang suka.

One with them

Althea A’Bloom Products



Okay, enough about the party. Sekarang saya nak ceritakan pula tentang rangkaian produk dari Althea A’Bloom. For beginning, Althea A’Bloom keluarkan 3 jenis produk iaitu Meringue Puff, sheet face mask, and BHA Blackhead Blaster.

Giant Meringue Puff  and Baby Meringue Puff 

Meringue puff ni didatangkan dalam dua saiz yang berbeza iaitu Giant Meringue Puff dan juga baby Meringue Puff. Comel gila, dah la lembut..kecik pulak tu. Nampak macam makanan pun ada. Geram je nak gigit! Super soft and cute. Bila kena air, meringue puff ni akan mengembang. Saya suka guna meringue puff ni untuk pakai foundation. Sebelum guna, saya basahkan dahulu, lepastu perah bagi keluar air. So meringue puff ni akan jadi lembap. That's how i use it.

Baby Meringue Puff sebelum kena air

Baby Meringue Puff selepas kena air


BHA Blackhead Blaster ni pula berfungsi untuk hilangkan blackhead & whitehead. I am really looking forward for this one because I noticed as I grow older, masalah whitehead dan blackhead kat hidung saya ni makin menjadi-jadi. Stress betul! Nak picit & tarik memang sakitlah.


I don’t like the smell, but somehow it works in removing blackheads & whiteheads around my nose. Langsung tak sakit, dan cepat. Licin je hidung rasa lepas guna ni. Kira dia macam exfoliate segala sebum & white/blackhead kat muka kita, dan boleh jugak digunakan sebagai body scrub kat bahagian siku & lutut. I really love this one, memudahkan lagi proses saya nak buang segala blackhead dan whitehead kat muka saya. Harga pun murah je, RM16. Sangatlah affordable!


Last but not least is the A’Bloom sheet mask. Ada 4 variasi iaitu Moisturizing Watermelon, Nourishing Avocado, Brightening Lemon, dan Anti Blemish Peach. Ya Allah, suka gila pakai mask dari A’Bloom ni. Masa launching haritu ada buat promo buy 10 free 10 kat website Althea. Memang Laju aje saya borong, hahahah. Buat stok katakan. Lembut gila texture mask dia.


One thing that I love the most about Althea is, they always try their best to give us the best price for all the items. Jenama Korea lain yang dijual di website Althea memang way cheaper than other place. Untuk rangkaian jenama Althea sendiri pun, semuanya dia jual murah-murah. Mampu milik sangat, student pun boleh beli. And, walaupun they all jual dengan kadar harga murah, tapi kualiti & keberkesanan produk Althea memang terbaik. Kualiti terbaik pada harga mampu milik. Thank you so much Althea, much love from me! Keep on giving the best of products to us.

Meringue Puff : https://shp.ee/x69eaxj
A'bloom sheet mask : https://shp.ee/ayxmfwj


Monday, May 13, 2019

Review Buffet Ramadhan 2019 - Selera Ramadhan @ Silka Maytower KL

May 13, 2019 18
Review Buffet Ramadhan 2019 - Selera Ramadhan @ Silka Maytower KL
Satu lagi lokasi berbuka puasa secara buffet yang saya nak cadangkan bagi korang yang sangat menggemari masakan kampung adalah di Silka Hotel, KL.Tahun lepas pun saya sempat berbuka disini. Disebabkan keenakan rasa masakan kat sini, tahun ni saya repeat lagi berbuka kat sini. Serious, saya nak senaraikan beberapa menu yang sangat menambat hati saya di buffet Ramadhan Silka Hotel Maytower.


Telur itik masak lemak

Telur Itik Lemak Cili Padi. Serious, rasa telur itik masak lemak kat sini sebijik macam yang mak saya masak. Paling hampirlah rasa dia dengan masakan mak saya. Banyak buffet kat tempat lain turut menyediakan menu ini, tapi memang tak boleh alwan kesedapan telur itik masak lemak kat sini. Saya memang ternanti-nanti dan sangat mengharap agar menu telur itik masak lemak ni dikekalkan kat buffet Ramadhan Silka Hotel tahun ini. Alhamdulillah, suka betul saya bila menu ini masih dikekalkan pada tahun ini. Dan, rasa dia memang tak mengecewakan! Sebijik rasa macam tahun lepas punya.








Setiap tahun, buffet Ramadhan kat Silka Hotel Maytower ni memang menjadi pilihan ramai. Yela, lokasinya pun strategik sangat. Berdekatan Jakel Mall, so alang-alang nak pergi shopping baju raya boleh lah singgah berbuka disini. Terdapat banyak lagi sajian yang sangat membuka selera di Silka Hotel ni. Kalau saya nak senaraikan satu persatu memang tak habis!





By the way, kalau korang berbuka puasa disini, jangan lepaskan peluang untuk minum air soya. Tak tahu la kenapa, tapi saya secara peribadinya sangat menggemari air soya di sini. Rasanya sangat unik berbanding air soya kat tempat lain. Saya fikir air soya ni memang dibuat sendiri oleh pihak kulinari Silka Hotel kot? Restoran lain biasanya guna air soya kotak aje.

Selera Ramadhan @ La Maison, Silka Maytower Kuala Lumpur
7 May 2019 sehingga 4 June 2019
Harga : RM85/dewasa , RM45/kanak-kanak (6-12 tahun) , RM60/warga emas (60 tahun ke atas)
+60326929298 / +60162011655
sales.maytower@silkahotels.com


P/S: Warna pada gambar agak berbeza sedikit disebabkan pencahayaan.

Review Buffet Ramadhan 2019 - Juadah Ramadhan @ Cosmo Hotel KL

May 13, 2019 30
Review Buffet Ramadhan 2019 - Juadah Ramadhan @ Cosmo Hotel KL
Assalamualaikum. Kali ni saya masih nak bercerita tentang buffet Ramadhan. Untuk artikel kali ini, saya nak kongsikan tentang buffet Ramadhan di Cosmo Hotel KL. Sebenarnya ini merupakan kali pertama saya jejakkan kaki ke Cosmo Hotel. Tahun lepas saya tak sertai sesi preview buffet Ramadhan di Cosmo Hotel ni dek kerana kekangan masa. Tapi untuk tahun ini saya berkesempatan turut serta.

Siput Sedut Masak Lemak


Buffet Ramadhan di Cosmo Hotel yang bertemakan Juadah Ramadhan ini boleh dinikmati bermula 5 May 2019 sehingga 3 June 2019. Kepelbagaian juadah yang disediakan disini sungguh menambat hati saya. Jangan risau, ruang solat yang mencukupi ada disediakan. Kalau nak solat terawih di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad pun boleh, hanya 5 minit berjalan kaki dari Cosmo Hotel. 

Nasi Briyani Gam

Sate Ayam

Kari Kepala Ikan Merah

Sambal Udang Petai

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Antara hidangan istimewa yang disediakan adalah Nasi Briyani Gam, Sate Ayam dan Sate Daging, Kari Kepala Ikan Merah, Ebor Asam Pedas, Bubur Lambuk, Sup Ekor Lembu, Ayam Masak Merah, Sambal Udang Petai, Lala Masak Paprik, Sotong Masak Kicap, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Talapia Sambal Hijau, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Ikan Bakar, Roti John dan pelbagai lagi.

Ikan bakar

Talapia Sambal Hijau

Ketupat

Aneka kerabu

Ulam-ulaman

Terdapat juga lemang, ketupat palas, aneka kerabu serta ulam-ulaman yang sememangnya menjadi buruan setiap kali waktu berbuka puasa.



Kuih-muih dan pencuci mulut turut disediakan. Memang tak lengkap buffet Ramadhan tanpa kuih-muih dan pencuci mulut. Pencuci mulut yang paling saya suka kat sini adalah Sagu Gula Melaka, sedappp. Saya siap bertambah-tambah.


Kadar harga bagi buffet Ramadhan di Cosmo Hotel adalah RM88/dewasa (50% diskaun untuk kanak-kanak 6-12 tahun dan warga emas 55 tahun ke atas). Kalau nak lebih penjimatan, boleh beli voucher berbuka puasa dari Cosmo Hotel ni lebih awal iaitu dari 29 April sehingga 4 May 2019 dengan kadar harga RM65/dewasa. Jadi seeloknya rancanglah lebih awal supaya dapat beli dengan harga yang lebih jimat.

Café Mint, Level 1 Cosmo Hotel KL
Waktu : 6.30 petang – 10 malam

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian +60320301888 ext. 8027 atau boleh email ke chkl.ramadan@cosmohotelkl.com

NOTA : Telekung ada disediakan diruang solat hotel, tetapi jika ingin lebih selesa disarankan bawa telekung sendiri memandangkan jumlah pengunjung yang mungkin agak ramai ketika bulan Ramadhan.