Jakel Barulah Raya - Beli Baju Raya di Jakel Shah Alam - emilinda

Monday, May 6, 2019

Jakel Barulah Raya - Beli Baju Raya di Jakel Shah Alam

Lumrah rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam, menjelang bulan Ramadhan aje semua pakat sibuk. Selain sibuk persiapkan siri untuk beribadat di bulan mulia ini, masing-masing turut sibuk buat persiapan hari raya Aidilfitri. Antara persiapan hari raya Aidilfitri yang dimaksudkan termasuklah pakaian baru dan kuih-muih juadah untuk dihidangkan kepada tetamu. Kalau bab pakai pakaian tradisional sebagai baju raya, nama Jakel memang tak asing bagi rakyat Malaysia. Kalau nak cari baju raya, nak cari langsir, nak cari karper,, memang Jakel la antara gedung tekstil yang dipercayai ramai sejak bertahun-tahun. Ada sebab kenapa gedung tekstil Jakel ini menjadi pilihan ramai saban tahun.



Material Berkualiti, Harga Mampu Milik
Tak dapat dinafikan lagi, ini antara sebab utama ramai yang tetap memilih untuk membeli baju raya di gedung tekstil Jakel. Material yang berkualiti, sedap dipakai dan tidak panas sememangnya penting supaya kita kekal selesa di hari raya. Almaklum, nak beraya seharian ke sana sini kannn. Jahitan baju di Jakel pun memang kemas dan setiap baju yang dibeli di Jakel kebiasaannya masih elok walaupun setelah beberapa tahun. Walaupun kualitinya tip top, tapi harganya memang mampu milik!




Duta Raya Dalam Kalangan Selebriti Popular

Ayda Jebat

Tiap kali musim raya hamper tiba, memang tak sah kalau tak Nampak muka Dato Aaron Aziz dan Nabil Ahmad kat banner dan iklan-iklan promosi hari raya Jakel. Paling lama bertahan menjadi duta raya Jakel rasanya Dato Aaron Aziz la. Gedung Jakel ni memang memilih ramai selebriti popular sebagai duta untuk mempromosikan rekaan baju raya Jakel. Antaranya ialah Dato Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Lara Alana, Yusuf Iskandar, karakter Upin & Ipin serta ramai lagi selebriti setiap tahun. Setiap selebriti mewakili rekaan-rekaan yang tersendiri. Kiranya setiap selebriti akan mempunyai beberapa design kolaborasi antara mereka dengan Jakel. Terbaru, tahun ini pihak Jakel turut membawakan Abam Bocey sebagai duta baru Jakel raya.

Dato Aaron Aziz

Abam Bocey

Berkonsepkan Kekeluargaan
Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya yang bercirikan kekeluargaan dimana ianya direka dengan design dan warna sedondon. Contohnya, koleksi Schawalara melambangkan keluarga yang memiliki anak perempuan, manakala koleksi Hairul Hanis Yusuf melambangkan keluarga dengan anak lelaki. Mewujudkan lagi suasana riang di hari raya bersama keluarga tersayang, Jakel mengahsilkan rekaan dengan mengeluarkan produk bercirikan warna-warna ceria dan sesuai digayakan seisi keluarga.




Rekaan Moden Kontemporari, Selesa & Mesra Pengguna
Pelbagai variasi rekaan yang moden dikeluarkan oleh pihak Jakel saban tahun. Koleksi baju melayu Aaron Aziz direka khas dan khusus untuk memberi keselesaan dan kekemasan. Masih mengekalkan potongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket, koleksi baju melayu Nabil Ahmad pada tahun ini tampil lebih menarik dengan perincian zip disisi baju (bahagian pesak) dan dipergelangan tangan (sleeve) bagi memudahkan mengambil wudu’.


Koleksi baju melayu Awal Ashaari masih dikekalkan dengan focus lebih kepada potongan, warna dan kualiti fabric bagi membantu para jejaka beraya dengan lebih yakin dan bergaya. Untuk koleksi baju melayu Hairul Azreen pula, ianya diperkemaskan dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Terdapat dua pilihan untuk  koleksi baju melayu hairul Azreen iaitu leher teluk belanga dan leher bulat.

Cantik kan koleksi Ayda Jebat ni?

Tak lupa juga koleksi kurung moden yang sangat menarik untuk kaum hawa. Boleh pilih dari koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat atau Hanis Zalikha. Saya sempat melihat sendiri perincian koleksi baju kurung moden Ayda Jebat yang ternyata turut mempunyai zip dibahagian lengan. Tentunya ianya menjadi lebih wudu' friendly. Untuk koleksi kanak-kanak pula boleh pilih dari koleksi Yusuf Iskandar, Lara Alana atau Upin & Ipin.

Lelong Besar-Besaran Sehingga Malam Raya



Setiap tahun bersempena menyambut bulan Ramadhan dan hari raya, Jakel sememangnya akan memberikan tawaran harga istimewa kepada setiap pelanggan yang berkunjung. Siapa tak nak beli baju raya dengan kadar HARGA RUNTUH kan? Potongan dari pihak Jakel sehingga 85% untuk koleksi baju raya lebaran kali ini. Jualan yang berlangsung sehingga malam raya memberikan promosi harga yang cukup rendah kepada para pelanggan. Ketika tempoh promosi ini, harga baju melayu boleh didapati dengan harga serendah RM99 dan lebih menarik lagi para pelanggan akan diberikan PERCUMA sehelai kain sampin berserta butang baju melayu dengan setiap pembelian baju melayu. Baju kaum hawa pula boleh didapati dengan serendah RM100, manakala untuk kanak-kanak pula serendah RM39.




Boleh Beli Secara Online di WWW.JAKELSTORE.MY
Haaaa, saya tahu ada antara korang yang memang teringin nak beraya dengan koleksi baju dari Jakel tapi sangatlah malas nak bersesak-sesak kat kedai. Melihat kepada situasi ini, istimewa pada tahun ini pihak Jakel akan membuka jualan secara atas talian (online) untuk memudahkan urusan pembelian. Belian secara online akan mula dibuka pada 10 Mei 2019. Pembelian secara online boleh dibuat di www.jakelstore.my .


Saya sendiri sempat ke butik Jakel Shah Alam semalam untuk mendapatkan baju raya. Ramai betul orang kat situ. Kedai belum buka lagi orang dah berpusu-pusu kat depan kedai. Mana tidaknya, pihak Jakel menawarkan baucer baju melayu PERCUMA dengan pembelian baju melayu bernilai RM150 untuk 100 pelanggan terawal. Selain itu, duta-duta Jakel raya turut hadir semalam untuk turut sama mempromosikan dan menjual koleksi raya masing-masing dengan harga runtuh. Saya sudah beli baju raya untuk tahun ini, korang bila lagi? Hehe.

19 comments:

  1. Tiap tahun memang menantikan koleksi pilihan jakel sebab suka design dgn kualiti kain sendiri. Harga pun sgt berpatutan. Tahun ni punya pun nmpk cantik. Tak sabar rasanya dh ni. hehehe

    ReplyDelete
  2. Semestinya koleksi Jakel menjadi tumpuan ramai. Setiap tahun LeYa akan turut serta membeli belah di Jakel. Memang puas hati sangat-sangat dengan kualiti dan harga yg ditawarkan

    ReplyDelete
  3. Bagusnya Jakel tambah Abam Bocey sebagai duta baju bersaiz besar, baru bertambah customer Jakel. Harap tahun depan ada duta perempuan jugak.

    Farhana Jafri

    ReplyDelete
  4. Senang kan shopping kat Jakel. Dari potongan besar sampai kecik. Design kompleks sampai simple dan macam-macam pilihan warna semuanya ada di Jakel. Tak payah pergi tempat lain dah

    ReplyDelete
  5. Best sekarang boleh shopping online je kalau nak beli baju raya kat jakel kan.. Aeron Aziz masih kekal jadi Duta Jakel yea.. lama jugak kan dia bersama Jakel.. TB berkenan baju yang ala-ala Ayda jebat tu.. tapi kita gemuksss.. haha

    ReplyDelete
  6. jakel mmg terbaik. kain cantik, berkualiti, dan berpatutan. setiap tahun mmg akan singgah sana dan beli kain. lepas tu jakel ni plak merata tempat boleh ditemui

    ReplyDelete
  7. Jakel byk pilihan kan.. Kalau masuk mmg rambang mata xtau nk pilih yg mana.. Lagi2 kalau ada yg artis pakai.. Kualiti kain jakel pon dh ok dah skrg..

    ReplyDelete
  8. Mula kenal Jakel masa bertunang. Hehe.

    Wah, sekarang siap ada pembelian online.
    Design jakel semuanya cantik, material pun memang best2.

    ReplyDelete
  9. Dah berapa tahun memang jakel jadi pilihan. Byk juga baju2 yg mampu mencuri mata sis ni. Material dia pun ok..tak panas..tahun ni pun sudah semestinya jakel jugak le..hehehe

    ReplyDelete
  10. Tahun ni ramai la yang segak bergaya kan.
    Sebab mesti punya ramai yang shopping di Jakel.
    Dulu masa duduk di Gemas, pernah la turun Jakel kat segamat. Meriahnyaaa la hai pembeli..
    Sampai bersesak nak cari kain baju.
    Sekarang ni duta mereka artis. Tentunya makin ramai yang nak kan baju seperti artis kesayangan mereka kan.

    ReplyDelete
  11. Baju kat Jakel memang lawa lawa. Kain pun berkualiti, sesuai dengan harga. Biasa anak anak dan suami pakai baju melayu dari Jakel, selesa.

    ReplyDelete
  12. Cantik cantik koleksi baju raya yang di Jakel kan. Duta pun ramai. Akak dah beli baju raya, kalau tak boleh shoppung dekat Jakel tau. Baju Ayda Jebat pakai tu nampak canyik pulak designnya .

    ReplyDelete
  13. Best shopping kat Jakel tambah-tambah lagi bila ada Happy Hour, time tu berebut nak beli baju sebab murah gila. Hujung minggu ni memang berhajat nak ke sana, nak beli baju mak ayah. Harap-harap ada promosi best

    ReplyDelete
  14. tiap tahun emmang ternanti-nanti koleksi baju raya jakel sebabnya kain dia berkualiti dan design dia sangat cantik dan terkini. okay nanti nak beli time happy hour lah. harga runtuh gila2 nie

    ReplyDelete
  15. Untunglah dah beli baju raya awalnya hehehehe bestlah kat Jakel semua nampak cantik dan terkini kita suka cuma saiz membataskan sahaja nak pun beli yang saiz Abam hehehehe....

    ReplyDelete
  16. Bagus yer Jakel dah launch online store. Sangat2 mudah nak beli baju raya dari Jakel untuk seisi keluarga. Pelbagai pilihan yg cantik2 designnya, mcm2 size pulak tu. Memang mudah sgt tak payah pening kepala nk cari baju raya. Semua ada kat Jakel

    ReplyDelete
  17. amboi emi dah shopping baju raya nampaknya. warna apa tahun ni? seronok dapat jumpa artis duta raya jakel. BBL pun tengah terpikir nak beli baju melayu warna apa tahun ni. yelah nak sedondon dengan family kan

    ReplyDelete
  18. Memang terdapat banyak pilihan baju raya yang stylish and berkualiti at Jakel. Hari tu kelly pun pergi ke Jakel Mall to check out their latet baju raya.

    ReplyDelete
  19. start dari last year, Yana pun dah mula shopping kat Jakel especially time Raya. Memang berkualiti kain kain diorang.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.