July 2019 - emilinda

Sunday, July 28, 2019

Makan Tengahari di Restoren Dapor Terbakor, Kota Damansara

July 28, 2019 22
Makan Tengahari di Restoren Dapor Terbakor, Kota Damansara
Pagi tadi kebetulan ada urusan dekat belah-belah Kota Damansara. So dah alang-alang kat luar tu why not makan tengahari kat luar je kan? Waktu tu saya bersama suami dan beberapa lagi kawan. Saya memang tak familiar sangat dengan tempat-tempat makan di Kota Damansara sebab jarang ke sana. Ke sana hanya bila ada urusan sahaja. Kawan-kawan ajak try makan dekat Restoren Dapor Terbakor. Nama restoren tu sebenarnya yang menarik perhatian kitorang untuk mencuba. Unik betul nama restoren ni.



Kalau tengok pada menu, macam-macam ada kat restoren ni. Masakan panas ada, nasi putih dan lauk-pauk lain pun ada. Tapi restoren ni bukan berkonsepkan nasi campur. Bila kita order baru dia masak. Tengok dalam menu, asam pedas pun ada jugak. Ya Allah, tergoda betul. Tapi kebelakangan ni perut tak tahan pedas, so batalkan niat untuk makan asam pedas tu.

Chocolate Milkshake & Starwberry Milkshake - RM6 satu

Cuaca kat luar panas betul waktu tu. Yela, tengahari kot. Nasib baik air yang dipesan cepat sampai, boleh lah buat basahkan tekak yang kering tu. Sambil tunggu lauk-pauk siap dimasak, kitorang makan tauhu bakor dulu.

Tauhu bakor - RM5

Kat bawah ni antara menu yang kitorang makan di Restoren Dapor Terbakor. Dijemput menjamu mata ye, heheh.

Siakap 3 rasa - RM25

Set Bakor Utara - Ayam bakor, daging bakor, kambing bakor

Takk dinafikan, ikan siakap 3 rasa kat restoren Dapor Terbakor ni sedap, rasa tak puas pulak makan ikan siakap 3 rasa ni tadi. Set bakor utara tu pulak terdiri daripada kambing bakor, ayam bakor dan daging bakor. Untuk lauk-pauk bakar ni, pengunjung boleh order individual set yang didatangkan sekali dengan nasi. Range harga untuk individual set adalah dari RM9-Rm20 (bergantung pada jenis lauk yang dipilih - samada ayam bakar, daging bakar, kambing bakar, sotong bakar atau rusuk bakar). Tapi kalau pergi dalam jumlah yang ramai, lebih berbaloi jika order set yang sekali dengan tomyam dan sayur dan beberapa jenis lauk lain.

Ayam Buttermilk & Udang Buttermilk

Tom yam ayam

Sayur Pak Choy masak tiram

Ayam/udang buttermilk kat Restoren Dapor Terbakor ni pun tak kurang sedapnya jugak. Set ayam buttermilk (RM9) dan set udang buttermilk (RM11) turut didatangkan bersama nasi. Sedap masak buttermilk kat sini. Ayam dan udang masak salted egg pun ada jugak, tapi untuk kunjungan kali ni kitorang tak try pun. Lain kali mungkin?

Mee kuah udang - RM20

Mee Kuah Gearbox - RM20

Tak rasa nak makan nasi? Bihun sup, mee kuah, dan maggi kari pun ada jugak. Tadi kitorang try jugak mee kuah gearbox dan mee kuah udang. Kuah dia sedap weyhhh, memang puas hati dan berbaloi dengan harga. Saiz udangnya pun not bad jugak.


Bagi saya kadar harga makanan kat Restoren Dapor Terbakor ni taklah mahal. Memang berbaloi dengan portion yang kita dapat tu. My first expectation ingat harganya lebih mahal sebab lokasi kedainya yang terletak di kawasan yang agak membangun. Tapi rupanya sangat mampu milik. Menu yang ada pun memang menarik.

Restoren Dapor Terbakor
The Strand, 16G, Jalan PJU 5/20D, 
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Resepi Cempedak Goreng Rangup

July 28, 2019 25
Resepi Cempedak Goreng Rangup
Pernah tak dalam duk sibuk buat kerja, tiba-tiba teringin nak makan sesuatu? Padahal tengah sibuk ni, tapi makanan tu duk terbayang-bayang kat ruang mata, siap terhidu-hidu bau dia ha. Padahal takde pun bau tu. Kat ofis kebelakangan ni agak sibuk sebab tengah dalam proses migration, so banyak sangat kerja yang kena uruskan. Dalam pada duk sibuk buat kerja kat laptop tu, beberapa hari lepas tiba-tiba je teringin nak makan cempedak goreng. Terus whatsapp suami ajak beli buah cempedak untuk digoreng.


Petangnya kitorang singgah beli cempedak madu di tepi jalan masa nak balik dari ofis. Berdekatan kawasan rumah kitorang tu memang sentiasa ada je orang jual buah-buahan. Tak pasti pulak harga standard untuk sebiji cempedak sebab sebelum ni tak pernah beli buah cempedak. Sebelum ni kalau nak makan cempedak goreng, memang beli yang dah siap goreng je. Tapi kat kawasan tempat tinggal kitorang tu cempedak goreng dijual dengan harga RM3 untuk 4 biji. Rasa macam mahalnya la hai. Tu yang decide nak goreng je sendiri, boleh makan puas-puas. Cempedak madu yang kitorang beli tu dijual dengan harga RM10/kg. So untuk sebiji cempedak madu tu harganya RM16. Mahal ke murah harga macam tu? We don’t know so main beli jela.

Turn out untuk 1 biji cempedak yang kitorang beli tu, ada 27 ulas kesemuanya. Not bad lah, saiz ulasnya pun besar-besar.

So hari ni nak kongsi sikitlah resepi cempedak goreng yang kitorang guna hari tu.

BAHAN-BAHAN:
1 biji cempedak (nak senang keluarkan isi dan masukkan siap-siap dalam tupperware)
1 senduk tepung gandum
2 senduk tepung beras
1 sudu besar tepung jagung (tak letak pun sebab kat rumah takde tepung jagung)
1 biji telur
1 sudu besar butter (kitorang guna buttercup)
Sedikit serbuk kunyit
Gula, garam, dan air secukupnya

CARA-CARA:

Campur kesemua bahan dan bancuh sampai sebati. Nak senang, butter tu keluarkan awal-awal dari peti ais. So that masa nak buat bancuhan tu dia tak keras. Kalau keluarkan dari peti ais dan terus bancuh, struggle sikitlah nak kacau bagi dia sebati.

Pastikan bancuhan tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Pekat sangat nanti jadi macam cekodok pulak. Kalau cair sangat, nanti dia tak melekat.

Sambil panaskan minyak, masukkan isi cempedak ke dalam adunan, kacau-kacau biar adunan tu melekat pada cempedak.

Goreng dalam minyak yang dah panas! Masa nak masukkan cempedak tu dalam kuali, angkat kasi tinggi sikit supaya serdak dia tu terhasil cantik. Tapi jangan tinggi sangat, nanti terpercik minyak panas pulak. Eh pandai-pandai koranglah sesuaikan ketinggian dia tu ye.

Jangan lupa balik-balikkan cempedak tu supaya masak sekata.

Sedia dinikmati bersama teh o panas. Sedap jugak sebab cempedak madu ni manis. Tepungnya pun terasa rangup.


Disebabkan kitorang tinggal berdua sahaja, 27 ulas cempedak madu ni agak banyak kalau nak dihabiskan sekali goreng. So kitorang goreng separuh aje, separuh lagi goreng keesokan harinya. Sekian sahaja perkongsian kali ini.

Sunday, July 21, 2019

Pejabat Baru KLOOK di KL Eco City

July 21, 2019 17
Pejabat Baru KLOOK di KL Eco City
Assalamualaikum korang. Pernah dengar tentang KLOOK tak? Untuk yang tak tahu, KLOOK ni merupakan salah satu platform untuk menempah aktiviti dan perkhidmatan pelancongan dipelbagai destinasi seluruh dunia. Klook yang telah beroperasi semenjak tahun 2017 ini telah memenuhi keperluan para pelanggan pelancongan gaya bebas dan tersendiri.


Biasanya kalau kita nak bercuti ke sesuatu destinasi, perkara pertama yang kita akan uruskan adalah tiket penerbangan dan juga penginapan. Bagaimana pula dengan aktiviti, pengangkutan dan makanan sepanjang percutian kita? Haaa disinilah platform Klook memainkan peranan dalam melancarkan perjalanan percutian kita. Yela, zaman serba canggih ni memang semuanya boleh diuruskan dihujung jari je. Takkanlah dah sampai ke destinasi percutian baru kita nak kalut beli tiket ke taman tema, beli tiket pengangkutan, cari kereta sewa, cari tempat makan dan seumpamanya. Tentu sahaja perkara sebegitu sedikit sebanyak mengganggu kelancaran aktiviti percutian kita, serta agak memenatkan dan time consuming. Alangkah bagus sekiranya perkara-perkara sebegitu boleh kita uruskan sebelum percutian bermula, kan? Disebabkan itulah wujudnya platform Klook untuk memudahkan dan melancarkan setiap percutian kita.

Btw saya baru tahu rupanya KLOOK adalah singkatan bagi Keep Looking.

Klook bukan sahaja boleh diakses melalui website, tetapi juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih yang boleh di install di setiap telefon pintar. Mudah bukan? Dengan adanya kemudahan sebegini, Klook telah berjaya menjalin kerjasama dengan pelbagai syarikat tempatan seperti Aquaria KLCC, KLIA Express, dan pelbagai lagi pihak yang merangkumi pelancongan di Pulau Pinang dan kembara ke pulau-pulau di Sabah. Sehingga kini, Klook telah menerima penyertaan dari lebih 500 tarikan dan aktiviti tempatan.


Bagi mempergiatkan dan memperkembangkan lagi industri pelancongan serta memperkukuhkan lagi operasi Klook di rantau Asia Tenggara, Klook telah mengambil langkah dengan mewujudkan sebuah pejabat bersepadu yang terbaru berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia. Dengan keluasan melebihi 15,000 kaki persegi, pejabat baru Klook yang terletak di KL Eco City ini menggabungkan fungsi utama organisasi meliputi pembangunan perniagaan, perkhidmatan korporat, pemasaran, dan pengendalian perkhidmatan di bawah satu bumbung.

Yeay dapat peluang explore ofis baru Klook!

Saya sendiri berpeluang melawat ke ruang pejabat baru Klook untuk melihat sendiri kemudahan dan fasiliti yang disediakan disitu. Premis terbaru Klook ini ternyata menempatkan unit perkhidmatan pelanggan yang terbesar di rantau ini. Unit perkhidmatan pelanggan Klook dianggotai lebih daripada 100 staff yang mampu bertutur pelbagai Bahasa (keseluruhan 8 bahasa termasuk English, Mandarin, Cantonese, Thai, Indonesian, Japanese & German) yang bersedia memberi bantuan kepada pelanggan melalui pelbagai saluran siang dan malam. Dengan jumlah kakitangan yang semakin ramai, ruang pejabat terbaru ini mencukupi untuk menampung keperluan kerja mereka.

Ruang pantry berkonsep terbuka yang luas, siap boleh dijadikan event space. Time ni they all buat office warming session

Ruang kerja


Saya sendiri agak impressed dengan ruang pejabat terbaru Klook. Saya kira ianya adalah ruangan yang sangat moden dan selesa untuk kegunaan harian para pekerja. Pantry yang luas, bilik mesyuarat yang pelbagai saiz dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan teknologi, ruang rehat, dan pelbagai lagi. Setiap bilik mesyuarat diberi nama berdasarkan nama bandar-bandar utama di Malaysia dan menggunakan kod penerbangan (contoh KUL untuk Kuala Lumpur, PEN untuk Penang, JHB untuk Johor Bahru, BKI untuk Kota Kinabalu dan beberapa lagi). Paling saya suka adalah terdapat Rejuvenation Room untuk para pekerja berehat dan recharge. Rejuvenation Room dilengkapi dengan bean bags dan warm ambient lighting, sangat bersesuaian untuk para pekerja berehat & tidur sebentar. Eh seriously rasanya setiap ofis kat Malaysia ni perlu ada Rejuvenation Room. Sangat membantu untuk para pekerja merasa selesa.

Rejuvenation room

Bilik mesyuarat paling besar

Bilik mesyuarat kecil

Pejabat ini dilengkapi dengan bilik mesyuarat pelbagai saiz

Selain itu, terdapat juga ruangan santai untuk para pekerja mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain dan untuk meningkatkan kreativiti. Ruangan ini dilengkapi dengan dinding berlumut, buaian dan lampu neon. Lumut yang terdapat didinding ruangan ini adalah lumut hidup. Kagum pulak rasanya sebab they all guna lumut hidup untuk dinding yang terletak dalam ruangan tertutup. Kreatif sungguh! Dah la cantik, very instagramable! Ofis Klook juga mempunyai pemandangan bandar Kuala Lumpur. Penat-penat bekerja, bolehlah chill kejap layan pemandangan Kuala Lumpur, heheh.

Interior design dekat setiap sudut di pejabat ni sangatlah cantik

Ruangan santai

Lumut kat dinding tu memang lumut hidup tau!


Check out my video

Satu lagi ruangan yang saya rasakan sangat bermanfaat dan berguna untuk para pekerja adalah Phone Booth dan Private Room. Kat pejabat Klook ni disediakan beberapa bilik kecil yang dipanggil Phone Booth, untuk kegunaan para pekerja sekiranya perlu membuat panggilan atau conference call yang memerlukan ruangan yang sunyi. Bestnya kalau ofis saya pun ada Phone Booth ni! Takdelah rasa segan sangat nak bercakap kuat-kuat bila buat conference call dengan vendor atau client! Private Room pula saiznya sama dengan Phone Booth, tetapi Private Room dilengkapi dengan langsir/tirai berwarna hitam.

Bestnya kalau kat ofis ada phone booth ni


Pihak Klook sentiasa menetapkan matlamat untuk memperkasakan pelancongan dan menawarkan pengalaman perjalanan yang terbaik kepada para pelancong. Dalam masa terdekat, Klook masih giat mengembangkan industri pelancongan tempatan melalui penganjuran Klook Travel fest 2019 yang bakal diadakan pada 28 dan 29 September 2019 di MiTEC.


Wednesday, July 17, 2019

Hasil Kerja M.A Pictures , Wedding Photographer di Kelantan.

July 17, 2019 18
Hasil Kerja M.A Pictures , Wedding Photographer di Kelantan.
Assalamualaikum semua. Kali ni nak cerita tentang pakej fotografi untuk perkahwinan saya pada bulan lepas. Bagi saya untuk perkahwinan kalau nak jimat macam mana sekalipun, tak payah la nak berkira soal nak hire photographer untuk majlis kita tu. Yela, kita kahwin kalau boleh sekali seumur hidup je. Kalau tak hire photographer untuk rakamkan detik dan moment indah tu, terasa rugi sangat. Gambar tu penting tau untuk kenangan! Gambar tu la nanti kita nak tengok balik untuk imbas kenangan sambil bergurau senda dengan pasangan. Eh, gitteww hahah. Nanti kang gambar-gambar tu la kita nak tunjuk kat anak cucu. Yes, adik-beradik saudara-mara boleh tolong tangkapkan. Tapi skill tangkap gambar mereka tu memadai tak? Jangan dah setel majlis baru menyesal. Takkan nak akad nikah & sanding lagi sekali, kan? Tangkap pakai phone? Obviously kualiti takkan setanding dengan kamera yang digunakan oleh photographer berpengalaman.



Saya dan tunang (now suami) memang setuju bahawasanya bab gambar ni penting. Sebenarnya kalau ada bajet lebih, allocate sikit untuk videographer pun bagus jugak. Tapi dek kerana kekangan bajet, kami rasa memadai hanya dengan gambar sahaja. Lepas bertunang, kami ada tempoh 5 bulan lebih je untuk setelkan persiapan kahwin termasuk cari photographer dan bridal. So awal Januari saya cakap kat tunang, nak tak nak kita kena all out cari photographer sampai jumpa dalam minggu ni jugak. Dalam tempoh beberapa hari tu memang tak cukup tidur duk discuss pasal ni. Sama-sama survey melalui Facebook dan Instagram. Rasa nak juling mata dua-dua sebab banyak sangat duk scroll tengok gambar kat Instagram. Tengok hasil gambar, yang mana rasa okay saya akan whatsapp minta quotation. Kitorang tetapkan bajet maksima untuk photographer, dan dari situ kitorang shortlist beberapa photographer. Memandangkan majlis kami buat time musim raya, so seboleh mungkin saya nak cari photographer yang dekat sebab kalau jauh risau pulak jalan jammed, makanya photographer pun tak kunjung tiba. Kat Kelantan ramai je photographer tapi sebab orang Kelantan jenis buat kenduri time raya so ramai photographer yang tak available pada tarikh wedding saya tu. Ada satu photographer tu saya berkenan sangat dengan hasil gambarnya, tapi dia tak nak ambil job pada raya ke-2 malam. Masih nak raya katanya. Saya akad nikah raya ke-2, malam. Kenduri saya raya ke-3.




Discuss punya discuss, akhirnya kitorang setuju nak ambik pakej fotografi perkahwinan dari M.A Pictures. Ada beberapa pakej yang ditawarkan, tapi kitorang pilih pakej yang paling murah which is still within our budget - RM1499 (Akad Nikah + Sanding + Outdoor). Lega tau bila dah setel booking photographer. Boleh lah focus pada persiapan lain pula. Kebanyakan pengantin akan buat outdoor pada hari yang sama, iaitu petang lepas kenduri. Tapi kitorang tak nak kelam-kabut dan tak nak penat sangat, so kitorang decide nak buat outdoor hari lain. Sesetengah photographer akan add on extra charge kalau kita request outdoor hari lain. Tapi dengan M.A Pictures ni takde extra charge, alhamdulillah. So seminggu sebelum majlis saya dah share location rumah dan masjid (untuk akad nikah) bagi memudahkan jurugambar ke sana.


Pemilik M.A Pictures ni namanya Muein, muda lagi orangnya. Rasanya baya-baya adik saya kot. Awalnya saya risau jugak kot la si Muein ni datang lambat ke, atau Muein ni jenis yang serious/skema sangat sampai tahap saya rasa awkward nak posing ke bhahaha. Yela, kita ni bukan biasa posing-posing bagai. Sekali kalau dapat photographer yang jenis kaku & tak mesra, tak ke lagi kaku kita dibuatnya? Nasib baik Muein ni boleh dikatakan jenis yang tepati waktu (memang dia datang awal untuk prepare sebelum majlis), dan jenis yang mesra (so kita tak rasa kekok nak bekerjasama & posing).



Overall saya & suami berpuas hati dengan hasil gambar yang ditangkap. For some cases yang saya biasa tengok time kenduri kawan/keluarga, photographer sendiri tak tahu nak suruh pengantin posing macam mana. Kira macam photographer tak bersedia dengan kemungkinan pengantin jenis tak reti posing. Jenis photographer yang main tangkap je tak kira pengantin posing macam mana pun. Pengantin berdiri tegak kaku pun dia main tangkap je. Takde la nak tolong bagitahu suruh posing macam mana. As for Muein ni, memang dia akan bagitahu suruh posing macam mana. Kiranya dia pun dah ada gambaran nak tangkap gambar yang macam mana. Mudah berurusan dengan Muein ni, tak kekok.




Untuk outdoor, kitorang buat sehari lepas setel kenduri belah lelaki. Untuk outdoor ni Muein bawak sekali kawan-kawan dia untuk tolong dari segi prop & lighting. Outdoor buat waktu petang sampai la lepas Maghrib. Bukan senang untuk setiap photographer nak hasilkan gambar yang cantik ye adik-adik. Dah macam-macam gaya dah geng Muein ni time tangkap gambar outdoor ni, demi nak dapatkan hasil gambar yang cantik. Pengantin kepenatan tu takleh nak cakap apa lah kan, nak kahwin kena la hadap semua tu. Tahan je badan kena gigit nyamuk sebab nak remain static masa tangkap gambar, hahah.

Pengantin raya, haruslah main bunga api 

Yang time nak tangkap gambar dengan bunga api tu paling struggle. Gigih semua tunggu sampai Maghrib sebab nak tunggu gelap sikit. Lepastu struggle betul geng Muein ni nak hasilkan asap berkepuk-kepuk kat belakang tu. Asap tu bukan semulajadi wujud kat situ, dan setakat bunga api sikit tu memang tak mampu nak hasilkan asap yang banyak macam tu. So they all time tu jugak jadi kreatif, hasilkan asap tambahan kat belakang tu. Demi nak hasilkan gambar yang menarik untuk kita. Dengan nak hasilkan lighting kat belakang tu lagi. Obviously it is not easy. So kat sini ketara tau effort para photographer demi nak hasilkan gambar yang cantik. Masa tu saya dengan husband be like “ooo macam ni cara photographer bekerja ye. Susahnya nak hasilkan gambar yang cantik”.


Softcopy gambar kahwin dah dapat. Tinggal nak tunggu album siap je. Thank you Muein dan rakan-rakan untuk gambar kahwin kami yang cantik. Orang Kelantan kalau nak kahwin atau memerlukan khidmat photographer di Kelantan bagi apa-apa majlis, boleh lah usha pakej dari Muein ni.


M.A Pictures (Muein Adnan)


Sunday, July 14, 2019

Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Tadom Hill Resorts

July 14, 2019 19
Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Tadom Hill Resorts
Assalamualaikum semua. Okay, hari ni saya nak kongsikan tentang  pengalaman saya dan aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat di Tadom Hill Resorts, Banting. Hujung minggu yang lepas saya dan rakan-rakan habiskan masa selama 2 hari 1 malam di Tadom Hill Resorts. Sebenarnya Tadom Hill Resorts ni dah lama sangat masuk dalam bucket list saya, tapi asyik tunda sahaja. So Alhamdulillah akhirnya rancangan untuk ke Tadom Hill Resorts Berjaya jugak. Apa yang buat ianya lagi best ialah kami pergi secara berkumpulan (total 20 orang), makanya kemeriahan tu lagi terasa. Bila pergi ramai-ramai ni, lagilah best nak buat pelbagai aktiviti. Takdelah krik krik sangat.


Dari KL nak ke Tadom Hill Resorts ambil masa sekitar 45 minit – 1 jam (bergantung kepada tahap kesesakan jalan dan exact starting location korang). Memandangkan kami semua dari lokasi yang berlainan, so kami plan untuk berjumpa kat sana sahaja. Seawal jam 10 pagi kami semua dah berkumpul di pintu masuk ke Tadom Hill Resorts. Lepas dah check-in, kami diberi wristband berwarna purple. Wristband ni wajib dipakai sepanjang kita kat sana. Kami difahamkan bahawa warna wristband yang diberikan tu bergantung kepada jenis tiket yang dibeli. Macam kami, kami memilih untuk bermalam 1 malam. Untuk pengunjung day pass, wristbandnya lain warna.

Flying Fox

Aktiviti pertama yang kami lakukan di Tadom Hill Resorts adalah Flying Fox. Best weyhh, walaupun setiap kali nak naik flying fox mesti nervous bhahaha. Ibaratnya kita rasa takut, tapi nak jugak buat. Lepas dah dipakaikan safety harness, kami dibawa ke kaki bukit menaiki Hilux.

Masing-masing dah ready untuk flying fox

Muka excited

Panjatlah masing-masing naik ke platform flying fox dan tunggu giliran masing-masing untuk berlepas, hehe. Kalau korang berani, boleh pegang phone/camera untuk rakam moment korang. Tapi macam saya tak cukup berani, so mengharap ihsan rakan-rakan la tolong rakam dari bawah.



Archery Combat

Aktiviti seterusnya adalah Archery Combat. Archery Combat ni ala-ala paintball tapi versi memanah. Don’t worry, untuk aktiviti ni setiap anak panah dah diletakkan objek bulat di mata anak panah. Kiranya tak sakit pun kalau kena panah. Boleh tahan penat jugak lah nak berlari ke sana sini untuk panah pasukan lawan dan dalam masa sama mengelak dari terkena panahan. Untuk permainan ini, disebabkan kami datang dalam kumpulan 20 orang, so dibahagikan kepada dua set perlawanan.


ATV Ride

Selepas lunch, kami menaiki ATV pula. Di Tadom Hill Resorts ni, track ATV yang kitorang lalu tu takde lalu anak sungai bagai. Semua permukaan track kering, tapi berbatu bata jugaklah sebab area bukit dan tasik. Satu ATV boleh naik 2 orang. Nasib baik bawak husband sama, so boleh la saya relax jadi penumpang je. Husband yang kendalikan ATV tu, hehe.



Eh pemandangan kat kawasan kaki bukit Tadom tu lawa-lawa tau. Kalau tak fikir cuaca panas terik, boleh la buat mini photoshoot situ, kehkeh. Pantang nampak tempat lawa kan.

Bamboo Raft Race



Dah petang sikit barulah kami mulakan aktiviti air. Inilah yang dinanti-nantikan. Paling best adalah main Bamboo Raft Race! Untuk bermain Bamboo Raft Race ni, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan diberi satu rakit & 2 pendayung. So kami perlu berlumba menggerakkan rakit tu dari point A ke point B, kemudian patah balik ke point A. Peraturannya, hanya 2-4 orang daripada ahli kumpulan sahaja dibenarkan berada diatas rakit. Yang lain-lain kena duk dalam air, berusaha tolak rakit tu dari dalam air. Syok! Kalau korang jenis yang tak pandai berenang & takut air, takpe korang berpaut jela dekat rakit tu. By the way, sepanjang dalam air memang wajib pakai life jacket. Tasik di Tadom Hill Resorts ni boleh tahan dalam jugak, so untuk langkah keselamatan memang diwajibkan pakai life jacket.





Sukan Air Terbaru

Kebetulan masa kami ke sana, kami berpeluang merasai beberapa sukan air yang terbaru di sana. Antaranya ialah Water Skipper Bike, Water Bike, Round Paddle Boat, dan Transparent Canoe.

Water Skipper Bike. Tak naik pun yang ni sebab agak susah, hahah

Transparent Canoe

Fefeeling

Water Bike

Untuk aktiviti air ni sebenarnya banyak lagi aktiviti air yang boleh kita rasai kat sana. Tapi dek kerana kami kesuntukan masa, tak sempat nak cuba kesemuanya. Cadangnya keesokan pagi nak sambung berendam dalam air, tapi eh hujan lebat pulak. Bukan rezeki kami. Aktiviti paintball pada hari kedua pun terpaksa kami cancel dek kerana baru lepas hujan lebat. Boleh je kalau nak proceed main jugak, tapi kami malas sebab nanti berselut.


BBQ
Sekitar Tadom Hill Resorts ni banyak pondok-pondok buluh tau. So kalau nak buat BBQ kat situ, boleh bagitahu pihak mereka. Alatan membakar pun turut disediakan. Dekat Tadom Hill Resorts ni, boleh dikatakan hampir kesemuanya berasaskan buluh. Arang yang digunakan untuk BBQ pun adalah arang buluh yang diproses sendiri oleh pihak Tadom Hill Resorts.


Penginapan – Hakka Village

Okay, pasal penginapan pulak. Kat Tadom Hill Resorts ni terdapat banyak jenis unit penginapan yang disediakan. Ada yang jenis khemah, chalet, dorm, hammock, dan pelbagai lagi. Ada 10 jenis penginapan yang berbeza untuk dipilih. Ada yang attached bathroom, ada yang bilik air kat luar. So boleh pilih ikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing. Untuk kunjungan kali pertama ini, kami menginap di Hakka Village. Bentuk senibina Hakka Village ni diinspirasikan dari bangunan kediaman dan perlindungan kaum Hakka di China. Bezanya Hakka Village kat China tak diperbuat dari buluh.

Hakka Village dari luar



Hakka Village ni adalah bangunan berbentuk bulat 2 tingkat yang memuatkan 12 buah bilik (kalau pandangan dari atas memang nampak macam donut, bulat kosong kat tengah). Ada bilik untuk 6 orang, ada bilik untuk 4 orang. Kalau nak bilik berhawa dingin, kat tingkat bawah. Kalau kat tingkat atas, bilik tanpa penghawa dingin (hanya kipas sahaja). Dekat Hakka Village ni, semua bilik takde attached bathroom. Kiranya memang style asrama, bilik air kat luar. Tingkat atas bilik air untuk lelaki, tingkat bawah bilik air untuk wanita. Bilik air kat sini bersih dan tak ada bau-bauan busuk/hancing.


Kalau korang jenis yang mementingkan keselesaan dan mahu private bathroom, rasanya korang boleh pilih untuk menginap di Gendui Chalet, Semantan Chalet, atau Bamboo Madu Chalet. Yang tu ada attached bathroom.

Buluh Diproses Untuk Dimaksimakan Penggunaannya

Masa mula-mula masuk ke bilik, saya agak impressed jugak la sebab semuanya berasaskan buluh. Katil, meja, dinding. Eh semualah berasaskan buluh. Lagi satu, walaupun senibinanya berasaskan buluh, tapi bila masuk bilik tu langsung takde bau yang tak menyenangkan. Tadi saya ada mention bahawasanya bilik air kat Tadom Hill Resorts ni bersih dan takde bau busuk. Sama la jugak dengan bilik tidur dan seluruh persekitaran Tadom Hill Resorts. Takde serangga, lalat, semut pun (kecuali nyamuk, nyamuk memang ada). Suasana pun bersih dan tak berbau. Rupa-rupanya, selain dari they all process arang sendiri, diorang jugak proses cuka buluh sendiri. Dan kegunaan cuka buluh tu adalah sebagai insect repellent. Arang buluh tu jugak diletakkan dalam setiap bilik/ruang untuk elakkan ruang tu dari berbau.

Buluh madu yang diproses menjadi cuka dan berfungsi sebagai insect repellent

Baru saya tahu rupanya arang buluh boleh menyerap bau-bauan. So kalau letak dalam kereta/tandas/bilik/rak kasut/ruang tamu, elok sangat untuk buang segala bau yang tak dikehendaki tu. Dan baru saya tahu, rupanya banyak kegunaan buluh. Habuk buluh turut diproses untuk dijadikan baja.

Arang buluh mampu menyerap bau-bauan yang tidak diingini

Dari segi kemudahan lain, memang ada disediakan surau, dewan serbaguna, tandas, dewan makan, tempat BBQ, gazebo, gerai makanan, bistro, kedai serbaneka mini dan pelbagai lagi untuk kemudahan dan keselesaan para pengunjung.




Overall bagi saya, Tadom Hill Resorts ni memang salah satu lokasi yang strategik untuk kunjungan dihujung minggu. Kalau nak release stress tapi tak nak pergi jauh-jauh, haa sesuai la sangat pergi Tadom Hill Resorts ni. Selain tu saya perasan ramai jugak orang ke Tadom Hill Resorts ni untuk team buildings dan buat family day kat sana. Yela, selain aktiiti air dan aktiviti lasak, terdapat juga pelbagai aktiviti leisure yang ada kat sana seperti Limbo, Congkak, Badminton, Volleyball, Giant Jengga, Table Tennis, Basketball dan lain-lain. Waktu kitorang kat sana, perasan jugak ada student sekolah ramai-ramai kat sana, they all buat kem motivasi la kot kat situ. Bestnya buat kem motivasi kat tempat macam ni. Zaman saya sekolah dulu mana dapat nak buat kem motivasi kat tempat best macam ni.


Kalau korang tak nak bermalam kat sana pun, boleh pergi ke sana dan beli day pass je (kadar day pass serendah RM22/pax). Korang boleh semak kadar harga untuk aktiviti-aktiviti di Tadom Hill Resorts di SINI – KADAR HARGA AKTIVITI DI TADOM HILL RESORTS . Untuk kadar harga penginapan pula boleh semak di SINI – KADAR HARGA PENGINAPAN TADOM HILL RESORTS. Kalau nak lebih berbaloi, elok ambil pakej terus.

Lepas ni nak repeat lagi tak ke Tadom Hill Resorts ni? YES, akan repeat lagi sebab rasa tak puas berendam dalam tasik hari tu, Hahahhah.

Beberapa tips kalau merancang untuk ke Tadom Hill Resorts :
  • Kalau nak bermalam, pastikan booking awal sebab Tadom Hill Resorts ni memang mendapat sambutan yang menggalakkan. Lambat booking memang full lah ceritanya.
  • Kalau nak pergi balik hari (day pass), boleh walk-in je TAPI, pastikan korang gerak pagi-pagi lagi. Seawal jam 9 pagi dah patut ada kat sana, barulah cukup masa untuk merasai pelbagai aktiviti.
  • Seeloknya pergi musim tak hujan. Yela kalau pergi musim hujan, tak boleh terjun tasik. Rugi aje pergi ke sana kalau tak terjun tasik.
  • Disarankan pergi dalam kumpulan yang ramai, barulah happening. Lagipun, certain activities memang lagi seronok jika dilakukan beramai-ramai.


Tadom Hill Resort
No 2, Jalan Bukit Tadom, (Kg Orang Asli) Kg Labohan Dagang, 42700 Banting Selangor
No Telefon : 012-5225728 / 012-5225908 / 012-5225883 
Waktu Operasi : 9 pagi - 10 malam
Email : reservation@tadomhillresorts.com