Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Tadom Hill Resorts - emilinda

Sunday, July 14, 2019

Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Tadom Hill Resorts

Assalamualaikum semua. Okay, hari ni saya nak kongsikan tentang  pengalaman saya dan aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat di Tadom Hill Resorts, Banting. Hujung minggu yang lepas saya dan rakan-rakan habiskan masa selama 2 hari 1 malam di Tadom Hill Resorts. Sebenarnya Tadom Hill Resorts ni dah lama sangat masuk dalam bucket list saya, tapi asyik tunda sahaja. So Alhamdulillah akhirnya rancangan untuk ke Tadom Hill Resorts Berjaya jugak. Apa yang buat ianya lagi best ialah kami pergi secara berkumpulan (total 20 orang), makanya kemeriahan tu lagi terasa. Bila pergi ramai-ramai ni, lagilah best nak buat pelbagai aktiviti. Takdelah krik krik sangat.


Dari KL nak ke Tadom Hill Resorts ambil masa sekitar 45 minit – 1 jam (bergantung kepada tahap kesesakan jalan dan exact starting location korang). Memandangkan kami semua dari lokasi yang berlainan, so kami plan untuk berjumpa kat sana sahaja. Seawal jam 10 pagi kami semua dah berkumpul di pintu masuk ke Tadom Hill Resorts. Lepas dah check-in, kami diberi wristband berwarna purple. Wristband ni wajib dipakai sepanjang kita kat sana. Kami difahamkan bahawa warna wristband yang diberikan tu bergantung kepada jenis tiket yang dibeli. Macam kami, kami memilih untuk bermalam 1 malam. Untuk pengunjung day pass, wristbandnya lain warna.

Flying Fox

Aktiviti pertama yang kami lakukan di Tadom Hill Resorts adalah Flying Fox. Best weyhh, walaupun setiap kali nak naik flying fox mesti nervous bhahaha. Ibaratnya kita rasa takut, tapi nak jugak buat. Lepas dah dipakaikan safety harness, kami dibawa ke kaki bukit menaiki Hilux.

Masing-masing dah ready untuk flying fox

Muka excited

Panjatlah masing-masing naik ke platform flying fox dan tunggu giliran masing-masing untuk berlepas, hehe. Kalau korang berani, boleh pegang phone/camera untuk rakam moment korang. Tapi macam saya tak cukup berani, so mengharap ihsan rakan-rakan la tolong rakam dari bawah.



Archery Combat

Aktiviti seterusnya adalah Archery Combat. Archery Combat ni ala-ala paintball tapi versi memanah. Don’t worry, untuk aktiviti ni setiap anak panah dah diletakkan objek bulat di mata anak panah. Kiranya tak sakit pun kalau kena panah. Boleh tahan penat jugak lah nak berlari ke sana sini untuk panah pasukan lawan dan dalam masa sama mengelak dari terkena panahan. Untuk permainan ini, disebabkan kami datang dalam kumpulan 20 orang, so dibahagikan kepada dua set perlawanan.


ATV Ride

Selepas lunch, kami menaiki ATV pula. Di Tadom Hill Resorts ni, track ATV yang kitorang lalu tu takde lalu anak sungai bagai. Semua permukaan track kering, tapi berbatu bata jugaklah sebab area bukit dan tasik. Satu ATV boleh naik 2 orang. Nasib baik bawak husband sama, so boleh la saya relax jadi penumpang je. Husband yang kendalikan ATV tu, hehe.



Eh pemandangan kat kawasan kaki bukit Tadom tu lawa-lawa tau. Kalau tak fikir cuaca panas terik, boleh la buat mini photoshoot situ, kehkeh. Pantang nampak tempat lawa kan.

Bamboo Raft Race



Dah petang sikit barulah kami mulakan aktiviti air. Inilah yang dinanti-nantikan. Paling best adalah main Bamboo Raft Race! Untuk bermain Bamboo Raft Race ni, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan diberi satu rakit & 2 pendayung. So kami perlu berlumba menggerakkan rakit tu dari point A ke point B, kemudian patah balik ke point A. Peraturannya, hanya 2-4 orang daripada ahli kumpulan sahaja dibenarkan berada diatas rakit. Yang lain-lain kena duk dalam air, berusaha tolak rakit tu dari dalam air. Syok! Kalau korang jenis yang tak pandai berenang & takut air, takpe korang berpaut jela dekat rakit tu. By the way, sepanjang dalam air memang wajib pakai life jacket. Tasik di Tadom Hill Resorts ni boleh tahan dalam jugak, so untuk langkah keselamatan memang diwajibkan pakai life jacket.





Sukan Air Terbaru

Kebetulan masa kami ke sana, kami berpeluang merasai beberapa sukan air yang terbaru di sana. Antaranya ialah Water Skipper Bike, Water Bike, Round Paddle Boat, dan Transparent Canoe.

Water Skipper Bike. Tak naik pun yang ni sebab agak susah, hahah

Transparent Canoe

Fefeeling

Water Bike

Untuk aktiviti air ni sebenarnya banyak lagi aktiviti air yang boleh kita rasai kat sana. Tapi dek kerana kami kesuntukan masa, tak sempat nak cuba kesemuanya. Cadangnya keesokan pagi nak sambung berendam dalam air, tapi eh hujan lebat pulak. Bukan rezeki kami. Aktiviti paintball pada hari kedua pun terpaksa kami cancel dek kerana baru lepas hujan lebat. Boleh je kalau nak proceed main jugak, tapi kami malas sebab nanti berselut.


BBQ
Sekitar Tadom Hill Resorts ni banyak pondok-pondok buluh tau. So kalau nak buat BBQ kat situ, boleh bagitahu pihak mereka. Alatan membakar pun turut disediakan. Dekat Tadom Hill Resorts ni, boleh dikatakan hampir kesemuanya berasaskan buluh. Arang yang digunakan untuk BBQ pun adalah arang buluh yang diproses sendiri oleh pihak Tadom Hill Resorts.


Penginapan – Hakka Village

Okay, pasal penginapan pulak. Kat Tadom Hill Resorts ni terdapat banyak jenis unit penginapan yang disediakan. Ada yang jenis khemah, chalet, dorm, hammock, dan pelbagai lagi. Ada 10 jenis penginapan yang berbeza untuk dipilih. Ada yang attached bathroom, ada yang bilik air kat luar. So boleh pilih ikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing. Untuk kunjungan kali pertama ini, kami menginap di Hakka Village. Bentuk senibina Hakka Village ni diinspirasikan dari bangunan kediaman dan perlindungan kaum Hakka di China. Bezanya Hakka Village kat China tak diperbuat dari buluh.

Hakka Village dari luar



Hakka Village ni adalah bangunan berbentuk bulat 2 tingkat yang memuatkan 12 buah bilik (kalau pandangan dari atas memang nampak macam donut, bulat kosong kat tengah). Ada bilik untuk 6 orang, ada bilik untuk 4 orang. Kalau nak bilik berhawa dingin, kat tingkat bawah. Kalau kat tingkat atas, bilik tanpa penghawa dingin (hanya kipas sahaja). Dekat Hakka Village ni, semua bilik takde attached bathroom. Kiranya memang style asrama, bilik air kat luar. Tingkat atas bilik air untuk lelaki, tingkat bawah bilik air untuk wanita. Bilik air kat sini bersih dan tak ada bau-bauan busuk/hancing.


Kalau korang jenis yang mementingkan keselesaan dan mahu private bathroom, rasanya korang boleh pilih untuk menginap di Gendui Chalet, Semantan Chalet, atau Bamboo Madu Chalet. Yang tu ada attached bathroom.

Buluh Diproses Untuk Dimaksimakan Penggunaannya

Masa mula-mula masuk ke bilik, saya agak impressed jugak la sebab semuanya berasaskan buluh. Katil, meja, dinding. Eh semualah berasaskan buluh. Lagi satu, walaupun senibinanya berasaskan buluh, tapi bila masuk bilik tu langsung takde bau yang tak menyenangkan. Tadi saya ada mention bahawasanya bilik air kat Tadom Hill Resorts ni bersih dan takde bau busuk. Sama la jugak dengan bilik tidur dan seluruh persekitaran Tadom Hill Resorts. Takde serangga, lalat, semut pun (kecuali nyamuk, nyamuk memang ada). Suasana pun bersih dan tak berbau. Rupa-rupanya, selain dari they all process arang sendiri, diorang jugak proses cuka buluh sendiri. Dan kegunaan cuka buluh tu adalah sebagai insect repellent. Arang buluh tu jugak diletakkan dalam setiap bilik/ruang untuk elakkan ruang tu dari berbau.

Buluh madu yang diproses menjadi cuka dan berfungsi sebagai insect repellent

Baru saya tahu rupanya arang buluh boleh menyerap bau-bauan. So kalau letak dalam kereta/tandas/bilik/rak kasut/ruang tamu, elok sangat untuk buang segala bau yang tak dikehendaki tu. Dan baru saya tahu, rupanya banyak kegunaan buluh. Habuk buluh turut diproses untuk dijadikan baja.

Arang buluh mampu menyerap bau-bauan yang tidak diingini

Dari segi kemudahan lain, memang ada disediakan surau, dewan serbaguna, tandas, dewan makan, tempat BBQ, gazebo, gerai makanan, bistro, kedai serbaneka mini dan pelbagai lagi untuk kemudahan dan keselesaan para pengunjung.




Overall bagi saya, Tadom Hill Resorts ni memang salah satu lokasi yang strategik untuk kunjungan dihujung minggu. Kalau nak release stress tapi tak nak pergi jauh-jauh, haa sesuai la sangat pergi Tadom Hill Resorts ni. Selain tu saya perasan ramai jugak orang ke Tadom Hill Resorts ni untuk team buildings dan buat family day kat sana. Yela, selain aktiiti air dan aktiviti lasak, terdapat juga pelbagai aktiviti leisure yang ada kat sana seperti Limbo, Congkak, Badminton, Volleyball, Giant Jengga, Table Tennis, Basketball dan lain-lain. Waktu kitorang kat sana, perasan jugak ada student sekolah ramai-ramai kat sana, they all buat kem motivasi la kot kat situ. Bestnya buat kem motivasi kat tempat macam ni. Zaman saya sekolah dulu mana dapat nak buat kem motivasi kat tempat best macam ni.


Kalau korang tak nak bermalam kat sana pun, boleh pergi ke sana dan beli day pass je (kadar day pass serendah RM22/pax). Korang boleh semak kadar harga untuk aktiviti-aktiviti di Tadom Hill Resorts di SINI – KADAR HARGA AKTIVITI DI TADOM HILL RESORTS . Untuk kadar harga penginapan pula boleh semak di SINI – KADAR HARGA PENGINAPAN TADOM HILL RESORTS. Kalau nak lebih berbaloi, elok ambil pakej terus.

Lepas ni nak repeat lagi tak ke Tadom Hill Resorts ni? YES, akan repeat lagi sebab rasa tak puas berendam dalam tasik hari tu, Hahahhah.

Beberapa tips kalau merancang untuk ke Tadom Hill Resorts :
  • Kalau nak bermalam, pastikan booking awal sebab Tadom Hill Resorts ni memang mendapat sambutan yang menggalakkan. Lambat booking memang full lah ceritanya.
  • Kalau nak pergi balik hari (day pass), boleh walk-in je TAPI, pastikan korang gerak pagi-pagi lagi. Seawal jam 9 pagi dah patut ada kat sana, barulah cukup masa untuk merasai pelbagai aktiviti.
  • Seeloknya pergi musim tak hujan. Yela kalau pergi musim hujan, tak boleh terjun tasik. Rugi aje pergi ke sana kalau tak terjun tasik.
  • Disarankan pergi dalam kumpulan yang ramai, barulah happening. Lagipun, certain activities memang lagi seronok jika dilakukan beramai-ramai.


Tadom Hill Resort
No 2, Jalan Bukit Tadom, (Kg Orang Asli) Kg Labohan Dagang, 42700 Banting Selangor
No Telefon : 012-5225728 / 012-5225908 / 012-5225883 
Waktu Operasi : 9 pagi - 10 malam
Email : reservation@tadomhillresorts.com

16 comments:

  1. Selalu dengar psal tandom hills tapi x pernah sampai. Agak menarik tempatnya sebab banyak aktiviti kita boleh lakukan disini

    ReplyDelete
  2. Saya selalu usulkan tandom hill ni sebagai tempat percutian rakan kolej lama kami. Tapi masih tak pergi lagi. Cemburu betul tengok orang lain dah join aktiviti sana. Entah bila nak pergi ni

    ReplyDelete
  3. Cantik sangat nampak kat sini. Betul la kawan kata kalau pergi sini kena gi reramai supaya tak bosan. Kalau gitu boleh plan dengan adik beradik nanti.

    ReplyDelete
  4. seronoknya! teringin nak pgi dari zaman belajar lagi, sebab kwn2 pernah pgi sini dulu. saya tak pernah lagi sampai. teringin nak buat aktiviti2 yg ada dkt sini. terima kasih share ya :)

    ReplyDelete
  5. Wah. Bestnya. Hakka village tu mcm Kat China pulak. Nanti nak bawa family enjoy ATV la masa cuti sekolah

    ReplyDelete
  6. Sumpah la Tadom Hill ni dekat je dengan rumah parents Nad Emi. Cuma selama ni Nad ingat dekat Tadom Hill tu ada flying fox and mandi-manda jee. Sekali tengok korang pergi haritu bukan main banyak lagi activity dia. Rasa rugi pulak tak pernah try pergi waktu duduk sana.

    ReplyDelete
  7. cantiknya tadom hill resort..tak sangka dekat je dalam selangor tak jauh sangat dari pusat bandar kl. sesuai sangat untuk weekend getaway nak release stress kerja. bawak family pun tak jadi masalah boleh check in hotel persis rumah masyarakat orang asli.

    ReplyDelete
  8. Wah...seronoknya. saya pun nak plan trip ke sana dengan keluarga.

    ReplyDelete
  9. Pernah ke sini beberapa tahun yang lepas. memang best tempat ni. memang sangat sesuia untuk buat team building. tempat pun cantik

    ReplyDelete
  10. Wow banyak aktiviti rupanya.. Igtkan berendam dalam tasik je. Boleh dah plan dalam masa terdekat ni.

    ReplyDelete
  11. best giler tengok aktiviti korang..jeles tau..dekat je kan..tempat menarik..boleh nanti gtahering family dekat sini...

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi ke Tandom Hill ni tapi selalu gak dengan pasal tempat ni. Menarik tgok gambar2, byk gak aktiviti yang ada kat sana. Boleh lah nanti bawak family ke sana..sure depa seronok

    ReplyDelete
  13. Tahun lepas ada survey Tadom Hills ni tapi sebab kami ada dua anak kecik, terpaksa cancel dan cari tempat lain yang lebih sesuai. Hehe. InsyaAllah kalau ada rezeki nak juga pergi sebab memang baca-baca banyak aktiviti menarik.

    ReplyDelete
  14. Tempat ni memang best with so many activities available. I like the dorm yang ala-ala macam Kampung Hakka di China.

    ReplyDelete
  15. walaupun duduk berdekatan, belum ada rezeki lg nak sampai sini..nampak entry ni terus masuk dlm wishklist cuti-cuti :-)

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.