Dashing Deo + Perfume Body Spray - emilinda

Sunday, July 14, 2019

Dashing Deo + Perfume Body Spray

Kalau dulu memang tak ambil tahu sangat pun tentang produk penjagaan diri kaum lelaki. Sekarang dah ada suami, sedikit sebanyak kena ambil tahu la jugak. Siapa je tak suka berwangi-wangian kan? Jangan fikir orang perempuan je suka badan berbau wangi, orang lelaki pun tak terkecuali. Bila dah duk serumah sebilik sebantal dengan lelaki ni, barulah tahu rupanya orang lelaki ni pun jenis yang pentingkan penjagaan diri jugak. Time they all bersiap, perghh semerbak ha bau dia. Saya perasan salah satu jenama yang biasa digunakan oleh kaum lelaki kat Malaysia ni adalah Dashing. Adik-adik lelaki & abang-abang saya pun memang guna Dashing.


Baru-baru ni Dashing ada keluarkan produk baru iaitu Dashing Deo + Perfume Body Spray. Wangian deodorant yang merupakan anti-bau dan anti-bakteria ini dikatakan mampu memberikan perlindungan selama 24 jam terhadap bau badan. Kira macam 2-in-1 la, deodorant dan perfume badan. Macam yang kita tahu la kebiasaannya deodorant kat pasaran sekarang mostly memang mempunyai bau. Tapi, tetap perlu pakai perfume untuk bau yang lebih wangi sepanjang hari. Tapi, permasalahannya adalah bila deodorant dan perfume kedua-duanya punyai bauan tersendiri, tak ke jenuh jugak la nak sesuaikan bau dengan bau deodorant kita tu. Kadang-kadang tu kombinasi bau deodorant dan perfume tertentu menghasilkan bau yang kurang enak. That’s why kebanyakan lelaki memilih untuk pakai perfume yang baunya agak kuat, supaya dapat menutup bau deodorant yang dipakai.


Dengan kewujudan Dashing Deo + Perfume Body Spray ini, mampu mengurangkan masalah kaum lelaki. Yela, pakai yang ni aje dah cukup mewangikan badan sepanjang hari. Ianya didatangkan dalam variasi 4 wangian iaitu Ultimate Kick, Hitman, Hattrick, dan Speed. Biasanya deodorant lain bertahan 2 ke 3 minggu je untuk setiap botol. Tapi Dashing Deo + Perfume Body Spray ni mampu bertahan sehingga 800 semburan (kira-kira 146 hari).


Pilihan suami saya? Nampaknya taste saya dan suami memang sama. Untuk wangian sebegini, kami lebih sukakan variasi Ultimate Kick. Baunya terasa lebih fresh dan tak buat hidung rasa pedih. Gabungan lemon, buah pelage dan sedikit wangian vanilla & musk ini memang menjadi pilihan suami saya. Bila suami wangi dan fresh, kita pun happy. Tak begitu?

DASHING DEO + BODY SPRAY didatankan dalam botol semburan pam bersaiz 120 ml dan dijual pada harga RM 12.20. Produk ni boleh didapati di seluruh negara termasuk Pasaraya Utama, Pasaraya hyper serta secara online.

10 comments:

  1. Dashing ni dulu keluar produk rambut je kan? Sekarng ni dah macam2 produk dah. Ye lah kita ni suka la orang terdekat kita berbau wangi. Kalau busuk tak selesa hidung kita pulak.

    ReplyDelete
  2. Hubby I suka guna 2 in 1 DASHING DEO + BODY SPRAY ni. Senang selit kat beg jer. Murah pulak tu. Spray ni pon tahan lama kan

    ReplyDelete
  3. Bagi lelaki kena jaga penampilan diri. Btw, terima kasih kerana berkongsi review. Insha Allah Naim akan mencari utk mencuba produk ini

    ReplyDelete
  4. Teringin nak bau macam mana bau deodorant+ parfum Dashing ni. Biasa kalau deodorant dia bau sangat kuat dan sy tk berapa suka. Kena bau dulu la jenis yg ada tu.

    ReplyDelete
  5. Suka bau dia mmg wangi. Nampak selesa juga. Masa anak cuba mmg susah nak pilih sebab semuanya bau best heheh

    ReplyDelete
  6. dashing always hv very nice perfume spray, the packaging is nice.. great one..

    ReplyDelete
  7. dashing ni dari zaman sekolah dulu memang famous..kalau budak laki guna..dari jauh dah kenal bau die..hehe

    ReplyDelete
  8. Trusted brand lelaki ni. Mr.asben aida memang guna. Bau sgt lelaki! Harga berpatutan plak tu. Jual di mana2 yg mudah nak beli.

    ReplyDelete
  9. Dashing sentiasa keluar produk baru kan. Kali ni wangian 2in1 macam ni pula. Mudah la mereka. Kita pun dah hadiahkan 4botol terus. Senang. Cukup pakai setahun kot. Hihihi

    ReplyDelete
  10. Wah now they come out with 2 in 1 deodorant and perfume for men, lagi best kan.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.