company,

Life as an intern.

August 25, 2013 emi 5 Comments




Hokeiii . . finally it's time for some story about the internship . Orang lain dah lama up cerita pasal intern . Aku je baru nak up entry . Actually disebabkan aku join program Infosys kat Sabah haritu , so aku kena lapor diri lambat kat company tempat intern tu . Sebulan jugak la lambat berbanding kawan - kawan lain . After raya baru lapor diri , so kira dah seminggu la lapor diri . Hari first lapor diri seriously berdebar . Haha . Almaklum la , xde geng . Sensorang je .


Sepanjang beberapa bulan internship ni , aku stay kat rumah akak . Hidup menumpang , sobsss . Yela , dah alang - alang intern kat sini , tinggal jela sama . Banyak boleh jimat . Jimat takyah sewa rumah , jimat makan malam , jimat tambang nak pegi keje bla bla bla . Pendek kata , jimat kos sara hidup lah . Actually company tempat aku praktikal ni merupakan company tempat akak aku keje . So everyday setakat ni memang pegi keje balik keje dengan akak la . Maybe lepas ni kalau akak kena pegi site , kena naik LRT la sekali - sekala kot .



So , how's life as an intern ? Haaaa . . . bila dah start praktikal ni baru la terasa rindu teramat nak pegi kelas . Kalau boleh nak jadi student sampai bila - bila . Haha . Yela , student life lagi best dari bekerja . Before ni bukan tak pernah aku kerja part time . Okei je . Tapi maybe suasananya lain sebab sekarang ni keje kat ofis . Penatnya lebih terasa bila terpaksa hipokrit kat tempat keje , wakaka :D . Lagipun nak kena bangun awal dah satu hal . Kat ofis , nak kena jadi rajin duduk je atas kerusi tu ngadap lappy , penat tahu . Walaupun keje takde la banyak lagi . Balik - balik je seriously penat giler .



Jom story sikit sebanyak pasal that company pulak . Company tempat aku praktikal tu okei la . Masuk keje jam 8.30 pagi , balik jam 5.30 petang . Supervisor aku kat situ nama dia kak Ayu . Dia assigned aku untuk buat projek eJKM . Some module jela sebab banyak sangat module dalam projek tu . Projek company katakan . Tak terkata rasanya bila di beri tugas as a developer for some module of that system . Budak intern ada ramai kat situ . Tapi dalam ramai - ramai tu 2 orang je ditugaskan untuk develop module for system , which is me and another boy named Nazim from UPM . Boleh nangis cenggini . Bebudak intern lain kena buat testing je pun . Sobsss . Nehi , nehi . Tak adil . Tapi takpe la , redha , pasrah . Cuba untuk belajar .


Btw kat situ tak tahu la kenapa mejanya macam tak cukup je . Maksudnya meja tak fixed . Kau tak boleh claim meja tu meja kau . Meja tu meja semua orang . Tiap - tiap hari tempat duduk kau mungkin berubah , Haaa . . . Tiap - tiap hari kena datang awal untuk berebut meja dan kabel . Well , internet slow nak mati . So kena pakai kabel la . Kabel tak ada kat semua meja . So kena datang awal la kalau nak dapatkan kabel . Dan . . . PC tak disediakan , mahupun notebook . Guna notebook sendiri hokeii . Agak kedekut la . Memang slow la kan nak kena pakai laptop sendiri . Yela , kena install macam - macam in order untuk develop system tuh . Kena tambah RAM la jawabnya . Dah tambah 2GB haritu , RAM pinjam dari company . Muehehe .





K la penat . Sambung story nect time . Nak pi iron baju dan siapkan log book . Tata :)



xoxo ,
bearyblossom

5 comments:

art,

The end of Infosys Batch 9.

August 23, 2013 emi 5 Comments



Dah lama baru nak update entry ni . Dah berkulat dah pun . Haha . Bukan taknak update, tapi asyik tangguh je sebab busy . So , dah almost 3 weeks dah infosys tamat . Haritu sempat buat satu ke dua entry je rasanya pasal infosys ni . Now nak sambung  sikit . Nak cerita jugak , tak kira ! Kenangan kot , kalau tak diabadikan somewhere , lama - lama boleh lupa .


Sepanjang kitorang kat sana , ada 3 kali cuti je . So walaupun kami penat nak mati buat coding bagai tuh , kami gagahkan diri jugak merangkak sekitar Kota Kinabalu tu . Almaklum la , bukan tetiap hari datang situ . First time keluar dah cerita dalam entry before ni . Second time keluar , pergi Gaya Street , Pasar Filipina , dan Muzium Sabah . Second time keluar ni takde gambar pun . Ralit sangat tengok barang - barang yang dijual kat sana , sampai tak menyempat nak snap picture .


Then kali terakhir keluar , kami pergi Pulau Manukan . Dari jeti Jesselton Point . Ada banyak pakej , tapi kitorang pergi satu pulau je which is Pulau Manukan . Pergi berempat sahaja . Tapi tak mandi pun , bulan puasa kan . Haha . Nak - nak pulak cuaca tak berapa okay hari tu . Hujan sebaik saja kami sampai pulau . Tak mahal pun pergi Pulau Manukan , dalam RM 20 sorang aje .

Ada banyak agen yang boleh bawak kita pi pulau , so kena survey harga betol - betol . Mesti nak murah kan .

Here we go . . . this is Wong Pui Yen .

Mereka . Pui Yen . Nad . Wong Zu Xien .

Cantik pulau - pulau kat Sabah ni . Malangnya pegi salah hari , hujan pulak . Haha .

Again , me .



Seperti dua makhluk gergasi di tengah - tengah pulau , kan ? Haha 

Manukan Island in memory .

Memandangkan hujan , kami pergi kejap jela Pulau Manukan tu . Then balik bandar KK , merayau kat Suria Sabah kejap , lepas tu beli barang sikit then balik . 




Haaa , ni ada satu tempat dekat dengan Suria Sabah . Menurut hasil google , tempat tu dulu kerajaan Sabah nak buat gallery , but then terbakar pulak . Pembinaan semula tak dapat diteruskan kerana masalah budget . So terbiar je tempat tu . Some people manfaatkan dinding tu , draw graffiti . Cantik . Tapi ni jela gambar yang di tampal kat sini , sebab gambar lain ada dalam fon , malas nak transfer . Haha .


So , lepas 5 minggu join Infosys , kitorang kena ambik final exam dan buat projek . Projek dalam group . 5 orang satu group . My group consists of Ying Hao from UMS , Martina from USIM , Shiaow Ee from UTEM , and Ezwan from UUM .

This is us . Infosys Batch 10 :)

With one of our instructor , ekhemmm . Hahaha


Okei , dah . Malas dah nak gali gambar dalam lappy dan fon . Haha . Btw alhamdulillah , all of us passed . Hihi . Terharu betol rasa masa malam penutup time dia sampaikan sijil tu . Hasil penat lelah sebulan lebih katakan . 



5 comments: