blogger,

Elizabeth Tan sebagai duta produk magicRED by Zarra Sinar Puteri,

February 27, 2015 emi 0 Comments



Assalamualaikum .


Pada 24 February 2015 hari tu , aku dan beberapa orang rakan blogger berkesempatan untuk hadir ke majlis pelancaran produk baru keluaran Zarra Sinar Puteri iaitu magicRED . Haaa dengar nama aje pun dah menarik kan . Pelancaran produk ni diadakan bertempat di Lim Kok Wing University , Cyberjaya . Sejujurnya sebelum ni aku belum pernah try produk keluaran Zarra Sinar Puteri ni . Tapi famous jugak brand ni , walaupun aku tak guna produk brand ni aku tahu serba sedikit tentang brand Zarra Sinar Puteri ni . Biasalah perempuan kan , kau tanya jela produk apa confirm tahu punya . Haha . Takde orang yang taknak jadi cantik kan . Semua pun kalau boleh nak jadi cantik . Kalau kita boleh dapatkan produk yang bagus dengan kadar harga yang berpatutan , kenapa pulak nak susah-susah habiskan ribuan ringgit untuk produk yang belum tentu menampakkan hasil . Tak gitu ? Lebih teruk lagi kalau dah habis ribu-riban untuk jadi cantik tapi end up muka jadi rosak sebab produk yang kita guna tu terdapat bahan kimia berbahaya . Mahu menyesal tak sudah tu .


Seeloknya kita buat research dulu sebelum guna sesuatu produk bagi mengelakkan masalah dikemudian hari . Kalau boleh cari produk keluaran tempatan dan yang tidak membahayakan kulit untuk tempoh masa yang panjang . Kita nak pakai muka kita ni bukan untuk sehari dua , tapi sepanjang usia kita . Alhamdulillah , magicRED by Zarra Sinar Puteri ni keluaran 100% bumiputera dan menggunakan bahan-bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan gred terbaik seperti buah badam , avokado dan juga buah citrus . Makanya tak membahayakan kulit . Pencuci muka magicRED ni diformulasikan menggunakan teknologi terkini iaitu teknologi NANO yang dapat mengesan dan memperbaiki masalah kulit wajah dengan tepat dan berkesan .





Ni haaa produk Zarra magicRED 4 in 1 . Zarra magicRED ni actually adalah whitening cleanser yang mana telah menggabungkan 4 fungsi hanya dalam satu tiub pembersih muka ni sahaja . Hebat kan ? Cleansing , toning , moisturizing , and whitening sekaligus . Sangat la bagus especially untuk insan-insan yang memiliki gaya hidup aktif dan sibuk .

Datin Zamzarina Zambri , pengasas Zarra Sinar Puteri , dan Elizabeth Tan sebagai duta Zarra magicRED .


Cantik sangat Elizabeth Tan ni . Bila entah aku nak jadi cantik macam dia . EH, HAHAHA :P


Kami para blogger bersama pengasas Zarra Sinar Puteri , Datin Zamzarina Zambri . Kita yang masih muda ni jeles pulak rasa bila tengok muka Datin Zamzarina ni flawless je . 


Kat mana nak dapatkan pembersih muka magicRED ni ? Haaaa , korang boleh dapatkan di lebih 24 ribu touchpoints termasuk di Hypermarket , farmasi , kedai serbaguna dan kedai runcit di seluruh negara . Kalau nak beli secara online pun boleh , dekat www.zarra.my atau www.harmonymall.com.my . Bagi aku , produk keluaran Zarra Sinar Puteri ni memang produk yang mampu milik . 


Nak tengok Elizabeth Tan rap lagu tema magicRED ? Haaa tengok kat video bawah ni . Aku dah tengok dah dia perform live lagu Fullamak Magic ni dengan lagu Knock Knock masa pelancaran produk magicRED haritu .



ZARRA SINAR PUTERI
Twitter : @zarraMY
Instagram : @zarra.my
Email : amin@zarra.my
Talian bebas tol : 1-300-22-7622
Untuk info SMS : ZR (jarak) INFO dan hantar ke 32828







0 comments:

losyen,

Lotion : Pakai atau simpan?

February 27, 2015 emi 0 Comments



Assalamualaikum ! http://matcuoi.com



Hari ni nak bercerita tentang penggunaan lotion dalam kehidupan seharian . Saja la tetiba rasa nak bercerita pasal lotion . Tetiba sangat ni kann . Haha actually terdetik nak bercerita tentang lotion ni sebab aku terpandang aku punya lotion yang tak habis-habis ni . Wakaka .


Tak perlu la aku nak elaborate panjang lebar tentang apa itu lotion . Semua orang pun tahu kan . Tipulah kalau tak tahu . Hidup dalam gua ke apa engko ni sampai lotion pun kau tak tahu apa . Okay , sejujurnya aku ni dari dulu sampai sekarang memang ada satu habit dimana aku ni jenis yang suka membeli terutamanya barangan penjagaan diri , barangan make up dan apa-apa yang terlihat comel serta menarik dimata aku . Takde masalah kalau nak beli , boleh je . Tapi yang jadi masalahnya adalah bila beli tapi tak guna punn . Itu buang duit namanya ye .  Selalunya bukan aku tak guna langsung . Aku guna masa awal - awal beli je , lepas tu aku pandang sepi je benda alah tu . Sama la kekdahnya dengan lotion . Kadang - kadang je time rajin aku pakai la .

Lotion aku tak pernah habis . Satu pun tak pernah habis . Ini adalah fakta ! End up mana-mana lotion yang aku rasa dah lama sangat dan mungkin dah expired , maka ke tong sampah la lotion tu . Dan sejak anak-anak buah aku si Isya dan Aina dah besar ni , sometimes aku kasi kat dorang je yang mana aku tak guna . Pastu kena marah dengan akak aku sebab si Isya dan Aina ni sepah-sepahkan lotion tu .Wakaka . Bebudak umur macam dorang ni memang excited kalau makcik dorang ni kasi lotion ke , bedak ke , shower gel ke , lip balm ke . Kemain , umur 7 - 8 tahun dah suka benda-benda camni . Aku dulu tak ambik port pun benda- benda camni . Paling tak pun aku pakai bedak Johnson's Baby tu je *selebet makcik depa ni masa kecik-kecik dulu* .


So sekarang tinggal dua jenis lotion je yang masih setia dalam simpanan aku iaitu lotion Pure Seduction Victoria Secret dan lotion Yes! Nurse . Yang lain aku dah buang sebab dah terlalu lama dalam simpanan . Dah expired kot . Kemain lama simpan sampai expired .


Disebabkan naluri keperempuanan aku yang dah rambang mata masa kat butik Victoria Secret dulu , makanya aku beli 3 set lotion dan perfume yang berbeza flavor . Bila dah balik , aku sedar bahawasanya aku takkan guna kesemua yang aku beli tu *insaf kejap* . So aku bagi yang lagi 2 set dekat mak dan akak aku . Tinggal yang Pure Seduction je kat aku . Dalam banyak - banyak flavor Victoria Secret , aku paling suka Pure Seduction . Alhamdulillah , kurang pembaziran bila dah kasi kat orang .



Yang ni lotion yang terpaling aku suka dalam banyak-banyak lotion yang aku pernah ada . Brand Yes! Nurse . Lembut je rasa tangan bila pakai lotion ni . Rasa macam dibelai-belai je . Seriously nak guna pun sayang , jimat-jimat je picit sesikit takut cepat habis . Wakaka . Tapi kawan-kawan aku cakap bau lotion ni macam bau minyak gamat . Iskkk , aku tak tahu bau minyak gamat camne sebab aku tak guna minyak gamat .


Bila lupa atau malas nak pakai lotion , memang tak pakai terus . Main campak je dalam mana-mana beg . Tapi bila datang rasa rajin nak pakai lotion , nak aje aku sapu sampai habis sebotol , buat bekal sebulan takyah sapu . Kihkih . Camtu pun boleh Emi http://matcuoi.com  




So , korang pulak camne ? Apa jadi kat korang punya lotion ? Pakai atau lebih kepada simpan je ? Dan lotion apa yang paling korang suka ?



0 comments:

contest,

Kongsi resepi pun boleh dapat duit, untung-untung menang iPhone 6 Plus. Tak nak?

February 06, 2015 emi 3 Comments



Untung la sesiapa yang tahu masak dan pandai masak , disayangi suami . Eh , tetiba . Haha . Kalau orang yang tak tahu kurang tahu memasak macam aku ni camne ? Makan tu memang hobi , tapi memasak memang out ! Haha . Takpe jangan putus asa , boleh belajar kan ? Takde benda mustahil kat dunia ni . Tak tahu belajar la . Takdenya orang yang lahir aje terus pandai masak . Nak belajar masak zaman sekarang ni bukan sampai tahap nak kena attend kelas bayar memahal bagai . Dunia kan dah canggih , maklumat dihujung jari je . Hehe . Manfaatkan internet sepenuhnya . Biar internet yang jadi sifu memasak kita .




Terbaru , ada satu web komuniti yang baru ditubuhkan berkenaan masak memasak ni . Memula aku macam tak ambik port sangat pasal web ni , almaklum la aku ni bukan reti masak pun . Takat masak yang simple - simple boleh la . Haha . Tapi aku try jugak menjengah ke web LetsMasak.com ni .Sekali imbas , okay . . web untuk berkongsi resepi . Otai - otai memasak suka la join . But then aku perasan ada contest tengah running kat web tu . Well , aku ni memang hantu contest . Haha . Maka aku pun gigih la berusaha untuk ambik tahu pasal contest tu . Ada hadiah iPhone 6 Plus dan wang tunai uols ! Wuhuuu !! Dan untuk jadi pemenang , kau tak perlu terror memasak ! Persetankan skill memasak korang tu . Bila aku study sesiket pasal contest tu , baru aku lebih faham tentang web komuniti Let's Masak ni . Rupa-rupanya korang boleh jana income dari web komuniti ni . Ohh , bukan sekadar web komuniti yang untuk sharing - sharing tip memasak semata . Macam mana nak jana income ? Haaa . . bila korang dah REGISTER jadi ahli komuniti web Let's Masak ni , korang akan layak untuk kumpul point di mana setiap point yang dah dikumpul boleh ditukar kepada cash ! Menarik . Ni kalau sape - sape yang suka memasak , confirm boleh jana income sampai beribu . Jangan patah hati , yang tak pandai masak macam aku ni pun boleh jana income jugak tau .


Haaa nampak tak sistem point Let's Masak ni camne ? 100 point bersamaan seringgit . Cara nak dapatkan point bukan hanya dengan berkongsi resepi , bahkan kalau korang belajar dari resepi orang lain then cuba untuk masak berdasarkan resepi orang tu , pun korang boleh dapat point . Selain tu , kalau korang submit tips memasak atau ada orang lain recook resepi korang , pun boleh dapat point . Paling senang nak dapat point adalah bila korang invite kawan - kawan korang untuk join komuniti ni , then korang akan dapat point jugak .

Ini point aku setakat ni . Okay sangat la tu kan untuk orang yang tak terror memasak macam aku ni . Lagipun aku baru je 3 hari buat akaun Let's Masak ni .

Korang yang mana suka memasak , nak belajar memasak , nak berkongsi resepi , saja - saja nak tengok resepi , nak jana income , meh la join web komuniti LetsMasak.com ni . Alah tak perlu nak create resepi gempak - gempak pun untuk share kat sini . Resepi simple - simple sudah . Aku pun ada submit resepi , tapi yang sumpah simple gila . Haha . Setakat ni baru submit 4 resepi iaitu : Chocolate Mars Bar , Koktel Buah-Buahan , Jeruk Asam Boi Rangup , dan Chocolate Chip Cupcake . Itu je pun yang aku confident nak masak . Haha .





Oh ye , pasal contest yang tengah running kat web LetsMasak.com tu , contest ni terbuka hanya untuk blogger sahaja . Tapi kalau korang takde blog , bukak je satu blog baru khas untuk join contest ni . Boleh , tetap diterima . Tak pun kalau malas nak create blog baru , PM aku . Aku ada blog lain yang dah makin terbiar , korang boleh pinjam blog aku yang tu untuk join contest ni . Hehe . Cara - cara untuk join contest tu adalah :


1. Daftar dekat Letsmasak.com
2. Dah daftar , sila log in dan bukak Dashboard . Kat bahagian kanan side bar korang boleh tengok progress yang korang perlu buat .Untuk join contest ni , korang kena completekan sekurang-kurangnya 50% progress .

3. Buat satu blog entry untuk review tentang LetsMasak.com dekat blog korang then nanti submit URL entry tersebut .
4. Langkah terakhir adalah korang kena ajak seramai mungkin rakan - rakan korang untuk join web komuniti LetsMasak.com ni .Gunakan referral link masing - masing yang telah disediakan oleh pihak LetsMasak.com . Lagi ramai yang korang ajak , lagi besar peluang korang untuk menang . 

Memula aku nak join contest ni macam agak confusing jugak . tapi bila fahamkan betul - betul , alah senang je nak join ! InshaAllah kalau ada rezeki maka menang lah korang . Yakin rezeki itu datangnya dari Allah okay . Alah kalau korang tak menang sekali pun , tak rugi korang join web komuniti Letsmasak.com ni . Atleast boleh jana income . Selain tu korang boleh belajar resepi baru . Takde la suami bosan asyik makan menu sama aje . Hehe . Yang tak kawen lagi jangan ingat korang takyah belajar memasak . Kena la belajar memasak , tak lama lagi nak kawen kan ? Haaa baru lah tak segan dengan mak mertua nanti . Hihi . Aku pun . Kena belajar memasak ni . Sedikit sebanyak web komuniti Let's Masak ni buat aku lebih bersemangat untuk belajar memasak . InshaAllah , bermula dengan resepi yang senang dahulu .

Okay , goodluck pada sesape yang nak join . Yang  mula berazam untuk belajar memasak macam aku ni pun , GOOD LUCK .



Contest ini dianjurkan oleh LetsMasak.com dan disokong bersama Kelab Komuniti Hai Blogger !
 

3 comments:

bisnes,

Tempahan custom made tote bag by bearyblossom.

February 05, 2015 emi 0 Comments



Hai semua . Oppss !! Assalamualaikum . Entry kali ni nak cerita pasal tote bag yang aku jual . Actually sejak aku habis belajar dulu aku dah start buat bisnes kecil - kecilan ni , iaitu bisnes tote bag . Bukan printed tote bag , tapi hand painted tote bag . Boleh customized ikut kehendak hati customer . Kiranya customer bagitahu or tunjuk nak design camne , then aku buat . Dah siap , pos kat customer . Aku tahu tote bag ni famous dalam kalangan student especially budak sekolah . Memang mostly customer aku adalah student . Tapi yang bukan student pun ramai je yang order . Hehe . Aku pun bukan student , but still aku suka beg camni . Kadang - kadang keluar jalan - jalan aku bawak beg camni . Ada jugak a few parents yang order untuk anak dorang . How sweet , order untuk kasi dekat anak . Kalau student , guna beg ni untuk bawak buku pegi kelas tuisyen or kelas tambahan , guna untuk keluar jalan - jalan , pergi study group . Kalau yang dah kerja , guna untuk bawak fail - fail atau untuk taruk telekung semayang , atau untuk bawak apa - apa keperluan time jalan - jalan . Kalau cikgu , boleh guna untuk letak kertas - kertas exam , buku teks , buku anak murid . Yang jadikan tote bag ni sebagai couple bag dan friendship bag pun tak kurang ramainya . Yela , aku zaman bercinta dulu pun ada terfikir nak buat beg couple camni , tapi end up tak buat sebab beberapa faktor iaitu salah satunya tak sempat buat dah break up . Kehkeh !

Beg couple . Tempahan customer .

Another couple bag .

Friendship bag .


Tempoh masa untuk aku siapkan sesebuah beg actually kejap je . Tapi memandangkan yang order beg ni bukan sorang je , so selalunya aku akan bagitahu customer tu siap - siap , bagi tempoh seminggu dari tarikh payment dibuat . Paling cepat 3 - 4 hari baru siap . Kalau tempahan tengah banyak , 2 minggu baru siap . Yela , aku buat ikut turn . Sape bayar dulu , maka beg dia dah masuk dalam queue list . Selagi tak buat payment , tak masuk dalam queue list . Dulu pernah terjadi , sorang customer repeat order . Katanya kali ni nak hadiahkan untuk cik awek . Esok atau lusa bank in . Memandangkan aku pernah berurusan dengan dia , so aku tak tunggu payment , terus aku buat beg dia tu , Tapi lepas seminggu still tak buat payment . Ditanya katanya tak sempat nak pegi bank in . Lepas 2 minggu , langsung dia tak reply whatsapp . Okay dik , mungkin kau dah break dengan awek kau lalu tak jadi nak kasi beg ni as a gift , kan ? Haha . Takpe akak paham . Sejak dari tu memang aku takkan buat beg tu selagi tak dapat payment .


Customer ni mesti suka budak - budak , sebab tu order design camni . Siap ada tulis "Keep calm & love children " kat the other side of the bag .



Oh ye , selain dari hand painted tote bag , aku juga ada jual beg ombre . Beg ombre tu yang macam beg Eiffel Tower dan Bon Voyage kat atas ni , beg tu ada color camtu . So korang boleh pilih nak aku lukis design yang korang nak tu dekat beg plain putih atau nak aku lukis dekat beg ombre . Kalau nak yang ombre , boleh request nak color apa . Yang dekat beg Bon Voyage tu kalau korang perasan ada macam bling bling dekat tulisan Bon Voyage . Nak ada bling bling pun boleh , tapi buat masa sekarang yang bling bling tu ada untuk color pink dan putih sahaja . Akan aku usahakan warna - warna lainnya nanti .

Aku suka beg ni . 

Beg ni pun .

Saiz beg-beg ni 31cm x 37cm . Material eco soft canvas , bukan belacu ye . Hehe . Dulu aku pernah try buat guna beg yang material belacu , tapi tak best la sebab belacu memang kualitinya agak kurang berbanding kanvas , Sekarang memang selesa guna beg material kanvas je . By the way ramai yang tanya , beg ni kalau basuh tak tanggal ke ? Jawapannya TAK . Why ? sebab pewarna yang kita guna tu memang khusus untuk digunakan pada fabric . So selagi kau tak sental sepenuh jiwa , memang tak luntur . Jangan pulak basuh pakai mesin basuh . Mesin basuh ni dah memang sifat semulajadinya ganas dan kasar . Haha .







Setakat ni aku hanya ambik order untuk tote bag sahaja . Tapi inshaAllah dalam masa terdekat nanti aku akan start ambik order untuk pencil case / makeup bag dan jugak pouch . InshaAllah . Akhir kata , kalau nak order boleh contact aku . takde minimum order . Kalau nak tengok contoh design - design lain yang aku pernah buat , boleh tengok kat facebook page dan instagram bisnes iols okayhhh .


Facebook page : Tote bag by bearyblossom
Instagram : @bybearyblossom
Email : bybearyblossom@gmail.com
Sms / Whatsapp / Telegram : 0145259353 - Emi




0 comments: