Elizabeth Tan sebagai duta produk magicRED by Zarra Sinar Puteri, - emilinda

Friday, February 27, 2015

Elizabeth Tan sebagai duta produk magicRED by Zarra Sinar Puteri,



Assalamualaikum .


Pada 24 February 2015 hari tu , aku dan beberapa orang rakan blogger berkesempatan untuk hadir ke majlis pelancaran produk baru keluaran Zarra Sinar Puteri iaitu magicRED . Haaa dengar nama aje pun dah menarik kan . Pelancaran produk ni diadakan bertempat di Lim Kok Wing University , Cyberjaya . Sejujurnya sebelum ni aku belum pernah try produk keluaran Zarra Sinar Puteri ni . Tapi famous jugak brand ni , walaupun aku tak guna produk brand ni aku tahu serba sedikit tentang brand Zarra Sinar Puteri ni . Biasalah perempuan kan , kau tanya jela produk apa confirm tahu punya . Haha . Takde orang yang taknak jadi cantik kan . Semua pun kalau boleh nak jadi cantik . Kalau kita boleh dapatkan produk yang bagus dengan kadar harga yang berpatutan , kenapa pulak nak susah-susah habiskan ribuan ringgit untuk produk yang belum tentu menampakkan hasil . Tak gitu ? Lebih teruk lagi kalau dah habis ribu-riban untuk jadi cantik tapi end up muka jadi rosak sebab produk yang kita guna tu terdapat bahan kimia berbahaya . Mahu menyesal tak sudah tu .


Seeloknya kita buat research dulu sebelum guna sesuatu produk bagi mengelakkan masalah dikemudian hari . Kalau boleh cari produk keluaran tempatan dan yang tidak membahayakan kulit untuk tempoh masa yang panjang . Kita nak pakai muka kita ni bukan untuk sehari dua , tapi sepanjang usia kita . Alhamdulillah , magicRED by Zarra Sinar Puteri ni keluaran 100% bumiputera dan menggunakan bahan-bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan gred terbaik seperti buah badam , avokado dan juga buah citrus . Makanya tak membahayakan kulit . Pencuci muka magicRED ni diformulasikan menggunakan teknologi terkini iaitu teknologi NANO yang dapat mengesan dan memperbaiki masalah kulit wajah dengan tepat dan berkesan .





Ni haaa produk Zarra magicRED 4 in 1 . Zarra magicRED ni actually adalah whitening cleanser yang mana telah menggabungkan 4 fungsi hanya dalam satu tiub pembersih muka ni sahaja . Hebat kan ? Cleansing , toning , moisturizing , and whitening sekaligus . Sangat la bagus especially untuk insan-insan yang memiliki gaya hidup aktif dan sibuk .

Datin Zamzarina Zambri , pengasas Zarra Sinar Puteri , dan Elizabeth Tan sebagai duta Zarra magicRED .


Cantik sangat Elizabeth Tan ni . Bila entah aku nak jadi cantik macam dia . EH, HAHAHA :P


Kami para blogger bersama pengasas Zarra Sinar Puteri , Datin Zamzarina Zambri . Kita yang masih muda ni jeles pulak rasa bila tengok muka Datin Zamzarina ni flawless je . 


Kat mana nak dapatkan pembersih muka magicRED ni ? Haaaa , korang boleh dapatkan di lebih 24 ribu touchpoints termasuk di Hypermarket , farmasi , kedai serbaguna dan kedai runcit di seluruh negara . Kalau nak beli secara online pun boleh , dekat www.zarra.my atau www.harmonymall.com.my . Bagi aku , produk keluaran Zarra Sinar Puteri ni memang produk yang mampu milik . 


Nak tengok Elizabeth Tan rap lagu tema magicRED ? Haaa tengok kat video bawah ni . Aku dah tengok dah dia perform live lagu Fullamak Magic ni dengan lagu Knock Knock masa pelancaran produk magicRED haritu .



ZARRA SINAR PUTERI
Twitter : @zarraMY
Instagram : @zarra.my
Email : amin@zarra.my
Talian bebas tol : 1-300-22-7622
Untuk info SMS : ZR (jarak) INFO dan hantar ke 32828







No comments: