Skip to main content

Short Unplanned Trip to Cameron Highland



Assalamualaikum .

Semalam aku join kakak dan abang aku pergi Cameron Highland . Tak tido sana pun . Pergi balik hari . Last minute punya keje . Dua hari sebelum pegi situ , akak aku call ajak temankan dia ke sana , nak bawak kawan dia dari Turki jalan - jalan kat sana . Memangdangkan aku ni tak terikat dengan kerja , so orang ajak jalan aku memang sentiasa on aje . Haha . Kawan dia tu datang Malaysia ada hal dekat UPM . Dah alang - alang kat sini , bawak la dia jalan - jalan . Malangnya kitorang gerak agak lambat sebab kawan dia punya keje dekat UPM tu lambat habis T__T . Sampai Cameron Highland agak petang . Isk . Redha , pasrah . So sempat pusing - pusing kejap je .


Oh ye , kalau korang tak tahu , ini merupakan kali pertama aku ke Cameron Highland . Sedih gila kan ? Haha / Umur dah taraf mak - mak orang gayanya baru jejakkan kaki ke Cameron Highland ni . Haha . Lepas beli apa yang berkenan di hati , terus balik . Kekeke . Tapi kan , memandangkan ini pengalaman pertama aku ke Cameron Highland , makanya satu yang dapat aku conclude kan kat sini . Kalau diberi pilihan , next time mungkin aku pikir banyak kali nak pegi Cameron Highland . Why ? Aku takut jalan berbukit - bukit dia tu yang bagi aku sangatlah tak selamat . Tak aman abang aku nak drive kereta , asal lori atau bas muncul di sebalik jalan - jalan yang macam ular kena palu tu je , aku terjerit sebab aku terkejut dorang muncul tetiba dari sebalik bukit - bukit tu . Iskkk . Dah la bas dan lori mostly bawak laju . Nak tercabut jangtung rasanya . Takut ittew . Napelah kat Cameron Highland takde airport *ewah engko , haha *


Haa , tu je nak cerita . Gambar ? Maaplah aku lately ni malas nak snap  gambar melainkan orang lain tolong snap dan tolong pegang camera . Kekeke . Sekeping yang kat atas ni je gambar yang aku snap , lepas tu aku taruk fon dan camera dalam bag . Gadget away , time to enjoy the nature . Lols .






P/s : Next entry nak cerita pasal ke Langkawi CNY aritu . Dah berkarat gambar-gambar dalam simpanan , baru nak buat entry .





Comments

ezyra daniel said…
saya pon baru je pergi cameron semalam.. tak plan pon hehe

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…