Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Bencana.

Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul . Sedih sangat dengan apa yang terjadi kat Kelantan sekarang ni . Walaupun kawasan rumah parents aku belum terjejas oleh banjir lagi [ harapnya takkan terjejas ] , but still hati ni rasa sebak sangat melihat kemusnahan yang terjadi di seluruh Kelantan . Pedih sangat rasanya melihat mangsa - mangsa banjir yang berhempas pulas untuk terus bernafas di bumi Tuhan ni . Kelantan , tempat aku dilahirkan , dibesarkan sampai sekarang . Luluh hati melihat gambar - gambar yang di share di Facebook . Hampir seluruh Kelantan tenggelam banjir kecuali Bachok dan Pasir Puteh so far . Baca rintihan rakan - rakan dan mangsa yang terlibat , hati ni meraung - raung . Ya Allah , Kau kasihanilah kami hamba-hambaMu yang lemah .

Aku ada je saudara mara yang tinggal di Kuala Krai . Kawan - kawan tak payah cerita la . Seluruh Kelantan pun ada kawan - kawan aku . Entah macam mana nasib dorang . Mak sedara kat Kuala Krai , entah apa khabarnya . Mak cakap dah t…

The Big Bad Wolf Book Sale 2014 MIECC@The Mines

Korang dah pergi The Big Bad Wolf Book Sale 2014 tak ? Aku dah pergi weekend hari tu , hari Ahad . Bagi yang tak tahu , Big Bad Wolf Book Sale ni merupakan book fare yang dianjurkan beberapa kali setahun secara besar - besaran . Buku semua dijual dengan harga yang memang murah sangat - sangat . Boleh rambang mata menengoknya . Silap hari bulan boleh kempis wallet . Tahun lepas pun aku pergi jugak . Boleh rujuk Entry Hasil Tangkapan Di Big Bad Wolf 2013 MIECC . Oh ye , tahun ni pun dia buat kat MIECC jugak . Tahun lepas aku beli banyak sangat buku , belum terbaca pun lagi . So tahun ni aku jalan kat Big Bad Wolf tu sambil pejam mata je . Haha . Ada la beli beberapa buah buku .

The Worst Thing About My Sister. Buku ni aku dah baca la sesiket tapi belum habis . Lebih kepada novel remaja gitu ha . Remaja lagi ke aku ni  ? Haha
Why Mars And Venus Collide . Actually aku takde la niat nak pegi beli buku ni kat sana . Tapi once nampak buku ni je aku terus " Haa aku belum ada buku ni . Aku…