Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

15 CPUV on going

Baiknya hati encik Nuffnang . Macam dah lama je tak dapat CPUV on going banyak - banyak camni . Heee . Ini menaikkan lagi semangat untuk blogging . Thank you Encik Nuffnang :)

Baby Ana Milik Siapa , BAMS

Hai korang ! Tengok tak cerita Baby Ana Milik Siapa semalam ? Heee . Aku ni pukul 8 dah tercongok depan TV . Pastu by the time cerita tu patut main tetiba boleh pulak TV3 ni pi siar cerita kartun tajuk PUTERI . Aku dengan kakak aku dah macam "EH, ASAL PULAK NI " . Anak buah aku si Qaseh tekun je duk hadap cerita PUTERI tu . Tension pulak rasanya . Nasib baik 10 minit je cerita kartun PUTERI tu . Lepas tu baru start cerita Baby Ana Milik Siapa . My God , aku rasa aku dah in love gila dengan cerita ni . Marah pulak rasanya dah kenapa cerita ni macam kejap sangat ha tup tup dah habis . Dah la sekali seminggu je .


And of course paling aku suka watak baby ana tu . Omaigod comel gila budak kecik Jelita Murni Kako ni . She's very talented and cute walaupun ni first time dia berlakon , tapi suka sangat . Scene dia dengan Reza tu takleh blah , haha . Lawak gila .
Baby : Uncle , do you want some ? *makan kek* Reza : It's okay uncle tak makan asam , nanti sakit perut Baby : Whate…

Dilema Cita-cita dan pekerjaan.

2015 nanti umur menginjak satu angka . Umur sekarang ni kalau diikutkan sepatutnya aku dah tahu sangat apa pekerjaan yang aku mahu dan of course akan related dengan apa yang aku study masa dekat universiti . Tapi ntah la . Masa aku sekolah dulu , kalau orang tanya apa cita - cita aku , aku akan jawab secara random tanpa berfikir . " Nak jadi doktor "! Tapi next time orang tanya lagi , aku jawab " Nak jadi interior designer ! " . Minggu depan orang tanya lagi , " Nak jadi pilot ! Bestnya " . Lain kali ada yang tanya lagi , aku main hentam lagi jawab tanpa berfikir . Masa tu aku fikir , aku tak perlu nak peningkan kepala fikir cita - cita aku sebab course apa yang aku ambik dekat universiti tu nanti yang akan tentukan aku kerja apa . Dan kalau result SPM cantik pun belum tentu dapat course yang kita nak tu . So masa upper form , aku sangat bencikan subject yang related dengan sains which is Kimia , Fizik & Biologi . Tak ada langsung rasa gembira belajar…

Popiah Rangup - SisterS Crispy Popiah

Last weekend aku ajak adik aku pergi Jalan TAR , cari barang sket . Tak lain tak bukan , cari tudung lettew . Dah namanya perempuan memang cenggitu la . Haha . Nasib baik adik aku ni ikutkan aje aku yang kejap masuk kedai sini , kejap masuk kedai sana . Pastu dah penat memilih , aku ajak adik aku singgah SOGO untuk makan . Kata pun nak makan , so aku buat - buat tak nampak je baju - baju yang tengah Sale . Huhu . Selalunya naik escalator sebab nak cuci mata tengok apa yang tengah sale . Tapi sebab dah banyak berhabis masa dekat Jalan TAR , so aku naik lif aje  ke food court SOGO . Takde la nanti hati ni tergoda tengok sale macam - macam .

Kalau korang perasan , kat food court SOGO ada satu kiosk ni nama SisterS Crispy Popiah . Aku ni dari dulu tiap kali datang SOGO aku perasan ramai gila orang beratur kat kiosk tu . Curious sangat , best sangat ke popiah dia sampai ramai yang beratur nak beli . Aku tak pernah try sebab tiap kali aku pi sana perut aku memang lapar tahap memanggil - ma…

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Taman Botani, Putrajaya

Hai korang ! Eh , Assalamualaikum .

Last weekend lepas teman akak aku pergi potong rambut , kitorang jalan - jalan kat Alamanda kejap . Then lepas tu pergi Taman Botani , Putrajaya . Saja la bawak si kecik Qaseh berjalan - jalan melihat keindahan alam*gitteww haaa haha*. Ini second time aku pergi Taman Botani ni . First time pergi masa Treasure Hunt Ephyra dengan rakan - rakan blogger . Tapi time tu singgah kejap semata - mata nak siapkan task yang diberi . Tak sempat pun nak tengok apa ada kat sana . Selalunya pun lalu aje area sini , tapi tak pernah singgah .

Ini masa dekat bookstore dekat Alamanda . Kemain , macam reti je baca buku . Dia ambik buku kanak - kanak yang ada gambar cartoon , then duduk bersandar kat rak sambil belek - belek buku . Haha . Dah kakak - kakak sangat gayanya .

Time dekat Taman Botani , kemain lagi Qaseh ni suka dapat jalan - jalan situ . Tengok budak - budak main . Tengok kura - kura , ikan , bunga . Excited betul dia . Aku sendiri pun rasa excited bila te…

Gubahan Hantaran Perkahwinan - Pink Putih

Salam ,

Peringatan awal . Entry ini adalah cerita yang dah teramatlah basi . Basi sangat - sangat dah . Haha . Tapi takpe aku keraskan hati aku , aku nak cerita jugak dekat blog ni ha . Cerita ni masa raya puasa 2014 . Dah berbulan - bulan la jugak .

Ini first time dalam hidup aku gubah barang - barang hantaran perkahwinan . Memang aku suka buat benda - benda macam ni . Tapi tak berpeluang . So haritu abang aku nak kawen , aku pepandai pi volunteer untuk gubah hantaran dia . Masa volunteer tu langsung tak fikir lagi nak gubah camne . Time tu aku memang excited gila . Dah la volunteer nak gubah hantaran , pastu pi volunteer pulak nak incharge pasal doorgift . Kemain kau ye , orang lain nak kawen kau yang excited terlebih . Haha . So nak dijadikan cerita , memandangkan aku ni bekerja , kekangan masa memang jadi problem sangat - sangat . Sebulan nak majlis , baru start buat doorgift . Doorgift pulak semuanya DIY . Dah tahu busy tapi nak jugak buat sendiri sebab excited terlampau . Lol .…

Blogger Buat Duit Online

Blogger buat duit secara online ? Macam mana tu ? Setakat duk taip entry panjang - panjang pastu publish , boleh ke dapat duit ? Haaa . . . ramai yang masih belum tahu bahawasanya blogger memang boleh jana duit secara online . Ada yang dapat jana sikit sahaja , tapi ramai jugak yang dah dapat income ribu - ribu sebulan hasil dari blogging . Dulu masa aku belum mula blogging , aku memang langsung tak terlintas bahawasanya kita boleh buat duit dengan blogging . Selalu jugak tertanya - tanya , dorang ni memang takde keje ke sampai kadang - kadang update 5 - 10 entry dalam masa sehari . Tak perlu pergi kerja ke dorang ni ? Then bila aku dah start berjinak - jinak dengan dunia blogging ni , baru aku tahu blogging ni bukan hanya menulis semata . Bahkan ada blogger yang menjadikan blogging sebagai kerjaya utama mereka .


Banyak sangat cara yang ada untuk kita jana duit secara online ni . Tinggal rajin dengan malas aje ha . Kalau rajin dan bersungguh - sungguh , inshaAllah boleh jana banyak du…