Blogger Buat Duit Online - emilinda

Thursday, November 6, 2014

Blogger Buat Duit Online


Blogger buat duit secara online ? Macam mana tu ? Setakat duk taip entry panjang - panjang pastu publish , boleh ke dapat duit ? Haaa . . . ramai yang masih belum tahu bahawasanya blogger memang boleh jana duit secara online . Ada yang dapat jana sikit sahaja , tapi ramai jugak yang dah dapat income ribu - ribu sebulan hasil dari blogging . Dulu masa aku belum mula blogging , aku memang langsung tak terlintas bahawasanya kita boleh buat duit dengan blogging . Selalu jugak tertanya - tanya , dorang ni memang takde keje ke sampai kadang - kadang update 5 - 10 entry dalam masa sehari . Tak perlu pergi kerja ke dorang ni ? Then bila aku dah start berjinak - jinak dengan dunia blogging ni , baru aku tahu blogging ni bukan hanya menulis semata . Bahkan ada blogger yang menjadikan blogging sebagai kerjaya utama mereka .


Banyak sangat cara yang ada untuk kita jana duit secara online ni . Tinggal rajin dengan malas aje ha . Kalau rajin dan bersungguh - sungguh , inshaAllah boleh jana banyak duit . Tapi sebenarnya nak buat duit secara online ni bukan mudah . Hari ni buat blog , takdenya minggu depan terus dapat income ratus - ratus . Kena la sabar dan tahu teknik yang sebetulnya . Banyak cara yang boleh kita buat untuk jana duit secara online . Antaranya ialah :


1. Iklan dari syarikat Pengiklanan

Meletakkan banner iklan dari syarikat pengiklanan di blog merupakan antara cara yang selalu para blogger praktikkan dalam menjana wang secara online . Cara ini agak mudah tetapi juga memerlukan effort yang banyak dalam mempromosikan blog kita . Makin banyak traffic blog , makin banyak income yang kita boleh dapat daripada syarikat pengiklanan . Terdapat beberapa syarikat pengiklanan yang ada seperti Nuffnang , Komli , Geniee , AdSense , 8Share , ChurpChurp , dan banyak lagi . Setakat ini aku hanya pernah letak iklan Nuffnang , 8Share , dan ChurpChurp sahaja . Alhamdulillah , walaupun income yang aku dapat dari syarikat pengiklanan ni tak la sebanyak blogger - blogger otai , tapi tetap aku rasa syukur sangat .



2. Advertorial / Review / Entry Berbayar

Haaa . . yang ni kira untung la kalau blogger yang buat banyak advertorial / entry berbayar . Kira macam kita tolong promote business / event / product , then sebagai ganjaran setiap entry yang kita buat tu akan dibayar . Tapi biasanya untuk dapatkan advertorial atau entry berbayar ni , traffic sesebuah blog tu mestilah sentiasa tinggi . Kalau traffic rendah memang susah nak dapat . Kiranya untung la mana - mana blogger yang famous dan berpengaruh , memang akan lebih mudah dapat entry berbayar ni . Macam aku ni blogger suam - suam kuku je . Part time blogger kata kan . Nak update blog pun curi - curi masa terluang . Setakat ni aku baru je buat dua entry berbayar iaitu Conference Rashidun Caliph 2014 dengan Treasure Hunt Ephyra


3. Sewa tapak iklan 

Cara yang ni lebih kurang dengan iklan dari syarikat pengiklanan . Tapi banner iklan yang kita guna tu adalah banner iklan dari pihak yang nak menyewa tapak iklan dalam blog kita . Selalunya orang sewa tapak iklan ni sebab nak promosikan business atau blog masing - masing . Harga sewa tapak iklan ni selalunya bayaran dikenakan secara bulanan dan harga adalah bergantung kepada nilai blog itu sendiri . Kalau blog tu ramai follower , dan traffic memang tinggi maka pemilik blog tu mungkin kenakan harga lebih sikit berbanding blog lain . Aku pun ada ruangan sewa tapak iklan ni kat blog aku . Tapi EH , iklan aku sendiri je yang ada kat situ . Kihkih . Almaklum la , traffic blog aku bukan tinggi mana pun . Aku letak iklan pasal Ephyra , Zara Pretzel , dan Hand painted tote bag . Tapi alhamdulillah , walaupun traffic blog aku tak la havoc sangat , ada ramai jugak customer yang contact aku cakap nak beli Ephyra , nak tempah beg , nak tempah pretzel . Bila duk borak - borak dalam Whatsapp , dorang cakap dorang tahu pasal bisnes aku tu melalui iklan kat bahagian atas blog aku . Alhamdulillah .




4. Program Affiliate

Secara jujurnya aku sendiri kurang arif tentang program affiliate ni . Aku selalu jugak terbaca pasal program affiliate ni dari blog rakan - rakan blogger . Tapi aku sendiri tak pernah cuba . Program affiliate ni lebih kurang macam kita promote sesuatu barang / produk , and then apabila ada orang yang beli produk tersebut melalui link kita , kita akan dapat komisyen hasil dari jualan produk tersebut . Haaa . . bunyinya mudah kan ? Tapi kena tahu teknik penulisan yang betol jugak so that boleh menarik minat pembaca untuk membeli produk tersebut . 


5. Berniaga

Jangan tak tahu , blog jugak boleh dijadikan satu medium untuk mempromosikan perniagaan kita . Bagi aku , seorang individu yang berbisnes dan dalam masa sama juga merupakan seorang blogger adalah satu bonus . Mana tak nya , boleh la promote bisnes kat blog . Kalau follower blog kita ramai dan traffic memang tinggi , inshaAllah makin ramai la yang tahu pasal bisnes kita . Tak perlu susah - susah bayar blogger lain untuk promote bisnes kita . Tapi kalau nak blogger lain tolong promote jugak pun boleh . Macam aku sendiri , aku ada buat bisnes pretzel dan bisnes hand painted tote bag . Dalam masa sama aku jugak merupakan dealer Ephyra yang berdaftar . Selain post dekat entry , aku jugak letak banner bisnes aku ni kat side bar blog dan jugak dekat bahagian tapak iklan blog .


Kat bawah ni antara contoh entry yang aku buat untuk promosikan bisnes aku :


6. Join Contest / Giveaway

Rezeki bukan saja dalam bentuk wang ringgit , kan ? Hadiah yang kita terima bila menang contest jugak merupakan rezeki . Sesetengah contest menawarkan hadiah wang tunai , sesetengah pula menawarkan hadiah barangan / produk . Aku selalu jugak cuba nasib join contest / giveaway dekat blog dan pernah menang beberapa kali . Bukan dekat blog aje kita boleh join contest , tapi jugak boleh join melalui Instagram dan Facebook . Antara contest yang pernah aku menang :
Sekarang ni pun aku tengah dalam proses join satu contest anjuran Denaihati yang menawarkan hadiah iPhone dan jugak wang tunai iaitu Cabaran iPhone 5s  . Dah sampai peringkat terakhir dah pun . harap - harap boleh menang .


Konklusinya , memang banyak cara yang kita boleh gunakan untuk jana income secara online . Macam aku cakap tadi , tinggal rajin dengan malas je . Kalau usaha tu banyak , inshaAllah banyak la hasilnya jugak . Takde benda yang free kat dunia ni weyh . Even orang cakap nak kasi benda free kat kita pun , sure kena ada effort dari kita jugak untuk dapatkan benda yang dikatakan free tu . Sama la jugak konsepnya nak buat duit secara online . Kalau ada usaha , ada la hasilnya . 




Doakan moga aku menang contest Cabaran iPhone 5s ni . Ada 5 iPhone untuk dimenangi . Kalau tak jadi pemenang pertama , jadi pemenang ke 4 - 5 pun dah syukur yang amat . Iskkk . 

Penaja Utama :

Penaja Individu :
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://www.abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org
  24. Japan Budget Trip

4 comments:

  1. kan..betul
    rajin-rajin blog
    insya Allah ada hasilnya!!

    good luck!!

    ReplyDelete
  2. billion terima kasih sudi meneruskan cabaran terakhir iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Satu perkongsian yang menarik, seronok membacanya :D Hehe
    Semoga berjaya ya! ^__^

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.