October 2019 - emilinda

Saturday, October 26, 2019

Teruja Join Butterfly Coachella Party

October 26, 2019 1
Teruja Join Butterfly Coachella Party
Assalamualaikum dan hai semua. Rasanya macam kebelakangan ni saya agak jarang update blog dek kesibukan kerja, urusan rumahtangga dan isu kesihatan sikit. Ada je ni haa, selalu je bukak blog ni. Tapi bila nak mula mengarang, dan dan waktu tu lah ada hal lain. Kali ni saya nak kongsikan tentang pengalaman saya join Butterfly Coachella Party. Kalau korang memang selalu baca blog saya sebelum ni korang mesti perasan sejak beberapa tahun yang lepas saya kerap join aktiviti yang dianjurkan oleh The Butterfly Project. Kira agak aktif jugalah. Tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni saya terlalu sibuk sampai tak sempat nak turut serta aktiviti-aktiviti yang diadakan. Rindu tau nak join aktiviti yang The Butterfly Project anjurkan sebab kemeriahan berkumpul beramai-ramai tu, mingle around dengan semua butterfly. Sebab dah lama tak join, so untuk Butterfly Coachella Party kali ni saya ambil keputusan untuk join buat kesekian kalinya.


Dresscode untuk party kali ini adalah coachella / boho rockstar chic vibe, dan diadakan di Hearty Party, Setia Alam . Suami saya okay je kalau saya nak join aktiviti macam ni, katanya dia suka tengok saya aktifkan diri buat apa yang saya. Alhamdulillah dapat suami yang supportive. Dia siap volunteer nak hantarkan dan ambil pada hari berkenaan. Tapi sebab kebetulan Kak Eyza ajak pergi sama-sama, so saya pergi dengan Kak Eyza. Awalnya suami insist nak hantar jugak memandangkan saya kurang sihat pada hari tu, tapi lepas pujuk & convince dia untuk benarkan saya pergi dengan Kak Eyza, akhirnya dia setuju.



Sesampainya kitorang kat sana, mostly yang lain memang dah sampai pun. Best bila tengok ramai yang all out bab pemakaian, memang ikut tema. Saya? Hmm entahlah tak pasti ikut tema ke tak bhahaha. Waktu kitorang sampai tu ramai tengah tunggu giliran untuk bergambar di photobooth TAG BOOTH dekat ground floor. Disebabkan kitorang sampai agak lewat, so kitorang decide untuk naik ke first floor dahulu, ronda booth lain. Plannya dah setel round first floor nanti, baru turun balik untuk bergambar di photobooth. Malangnya end up tak sempat pun nak bergambar di photobooth, huhu.


Dekat first floor ni ada beberapa pop-up booth dari pihak penganjur. Antara pihak penganjur yang buka pop-up booth di tingkat satu adalah Althea, Signature Market, Avantgarde Blooms, Voir Gallery, dan Curmudgeon’s Brew. Satu persatu pop-up booth tu kitorang explore. Best sebab dekat setiap booth tu kitorang dapat macam-macam hadiah. Siapa je tak suka hadiah kan? Memang tak skip mana-mana booth lah ceritanya, semua booth kita tayang muka heheh. Eh by the way, dekorasi dekat Hearty Party ni serious memang cantik sangat kat segenap ruang. Very instagrammable!


Booth Signature Market merupakan booth pertama yang saya tuju. Rasanya korang pun dah tahu Signature Market ni adalah jenama bagi kekacang, buah kering dan snek organik. I am aware of this brand before tapi tak pernah cuba. Masa kat party tu pihak Signature Market ada bagi beberapa pek kekacang sebagai goodies. And guess what? Dalam tempoh sekejap je dah habis licin. Saya dan suami memang penggemar kekacang. Kekacang jenam Signature Market ni memang lain berbanding yang biasa saya beli kat pasaran. Ianya lebih terasa natural, tak rasa sangat perasa tambahan. Sebab tu laju je habisnya, haha.



Esoknya tu jugak saya buka website Signature Market untuk restock kekacang, boleh dijadikan kudap-kudap bila kat ofis. Langkah kanan saya masa tu sebab kebetulan pihak Signature Market tengah buat Cyber Sales kalau tak silap, so harga memang murah teramat. Confirmlah saya borong beli banyak-banyak buat stok. Dah lah harga murah, lepastu siap dapat FREE postage dan FREE weighing scale. Syok betul!



Next adalah booth Althea Korea. Yang ni memang tak asing lagi. The best part is memang Althea baru aje keluarkan produk baru iaitu Brow Wow Eyebrow Pencil. Tentu-tentunyalah kitorang dapat satu set setiap seorang. Best betul. Baru je sehari sebelum tu saya duk usha eyebrow pencil terbaru ni dekat website Althea . Sekali esoknya terus dapat satu set. I’m a happy butterfly! Actually sebelum ni pun memang saya suka guna eye brow pencil yang berbentuk macam ni, tapi dari jenama Etude House. Yang tu pun biasanya saya beli dekat Althea jugak. Eye brow pencil macam ni memang senang nak guna, lagi-lagi untuk beginner yang tak pro bab lukis kening macam saya ni.


Selain eye brow tu, kitorang jugak dapat satu box Althea yang dipenuhi oleh barangan eksklusif Althea.

Dekat booth Curmudgeon’s Brew , kitorang dapat kopi sejuk yang dah siap dibancuh. Ada beberapa perisa, tapi saya pilih perisa Peanut Butter. First time cuba, not bad jugak rasanya. Selain kopi, air coklat dia pun sedap jugak.


Nama Avantgarde Blooms memang taka sing lagi dalam kalangan para blogger yang biasa join event anjuran The Butterfly Project. Almaklum, Avantgarde Blooms merupakan antara pihak penaja yang sering menyerikan party yang dianjurkan The Butterfly Project. Kali ini pun Avantgarde Blooms tak terkecuali menaja bunga-bungaan untuk kami. Paling suka perasaan bila dapat bunga ni, tentu-tentunya rasa gembira.


Dekat booth Voir Gallery pun tak kurang menariknya. Ruangan pameran dihiasi dengan pelbagai rekaan beg dari jenama Voir. Style dan trendy kesemuanya. Kami diberi peluang memilih satu beg untuk dibawa pulang, bestnya! Saya memang dah biasa beli baju dan seluar casual jenama Voir. Tapi ini kali pertama saya memiliki beg dari jenama Voir. Not bad, cantik koleksi beg dari Voir Gallery.



Apabila dah selesai meneroka booth yang ada di tingkat satu, kami dibawa pula ke roof top untuk menikmati makan malam santai ditemani pemandangan matahari terbenam dan juga persembahan muzik dari Sidh Haizad Yusoff. Bila dah naik ke roof top tu, mak aii memang cantik gila suasana dan dekorasi dekat roof top tu.


Sambil menikmati pemandangan dan bersembang dengan member-member, sempat la saya mencuba fruit tea dari  Lérz' Tea & Coffee. I’m so in love with the taste of the fruit tea, sedap! Suka betul dengan kombinasi rasa teh dan buah-buahan, memang menyegarkan.


Ingat tak kat atas tadi saya ada mention bahawasanya saya kurang sihat hari party tu. So tengah teroka booth yang ada kat tingkat satu tu, kerja saya memang kejap-kejap berulang ke toilet untuk muntah. Boleh dikatakan berkali-kali jugaklah menghilangkan diri untuk ke toilet. Nasib baik toiletnya dekat dan selesa. So bila dah asyik muntah tu, perut memang jadi kosong sangat by the time naik ke roof top. Apa lagi, nampak pulak juadah enak-enak yang disediakan oleh caterer JomParty , memang melantak tak ingat dunia jawabnya. Sampai bergambar pun tak sangat, hihi. Mestilah makanan lagi penting. Menunya lebih kepada menu yang light, tapi variasinya yang pelbagai dan rasanya yang sedap tu memang buat saya makan bertambah-tambah.




Sambil duk makan dan bersembang, sambil ditemani dengan alunan muzik akustik dari Sidh Haizad Yusoff . Lepas dah setel semua, Kak Eyza dah mengajak balik dah. Tapi hati ni berat je nak tinggalkan party tu sebab masih nak makan dan lepak-lepak situ hehe. Tapi sebab terkenangkan si suami kejap-kejap whatsapp tanya balik pukul berapa, haa jom la kita balik akak. Hahah. Rindu kita lettew, baru je berapa jam kita tinggal.

Okay, rasanya dah sampai ke penghujung cerita dah ni. Overall I am so happy and enjoy the party (except for the fact that I am not feeling well sampai asyik ulang alik ke toilet tu). Disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan tu jugaklah, I keep my circle small on that party. Tak sempat nak mingle around sangat dengan yang lain. Sobs. Sempat senyum-senyum, tak sempat nak bersembang panjang sangat. By the way, thank you so much for Tammy and the team sebab dah anjurkan Coachella party yang super best ni. Harapnya for next party, saya dah sihat walafiat dan dapat enjoy the party to the fullest.

Note : Credit photos to Eros

Thursday, October 17, 2019

Usaha Pihak AFY Haniff Untuk Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM

October 17, 2019 3
Usaha Pihak AFY Haniff Untuk Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM
Siapa je yang tak kenal jenama AFY Haniff kan? Jenama ni sangat sinonim untuk bahan pencuci & pewangi rumah. Suri rumah atau emak-emak biasanya memang tahu sangatlah jenama AFY Haniff ni. Boleh dikatakan hampir setiap rumah sekarang ni ada sekurang-kurangnya satu produk AFY Haniff. Rumah mak saya sendiri pun tak terkecuali. Mana tidaknya, produk AFY Haniff terbukti berkesan dalam menghalau serangga. Bukan itu sahaja, baunya pun wangi sangat. AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd yang diasaskan pada tahun 2006 menghasilkan produk detergen herba organik dan penghalau serangga yang mengandungi intipati serai sebagai bahan utama. Terkenal dengan formula organik yang dapat menakutkan serangga, produk AFY Haniff kini telah berjaya berada di lebih 2000 pasaraya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand.


Dengan dibantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir, baru-baru ini pihak AFY Haniff telah menghasilkan kerjasama pertama bersama pihak McDonald’s dalam usaha menjayakan aktiviti gotong-royong mewangikan Rumah Ronald McDonald yang bertempat di HUSM Kubang Kerian, Kelantan.

Misi utama pihak AFY Haniff menjayakan aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald ini adalah sebagai tanda simpati dan bantuan kepada para pesakit dan waris terdekat pesakit di bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Dengan kehadiran pihak AFY Haniff, sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberi keselesaan kepada para pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian. Aktiviti yang dijalankan ini sesungguhnya diharapkan dapat menceriakan lagi hati para pesakit dan keluarga pesakit yang terlibat.



Bertarikh 24 September 2019, aktiviti gotong-royong tersebut bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 2 petang. Seawal jam 9 pagi, aktiviti dimulakan dengan sesi perkenalan dan taklimat ringkas serta lawatan ke Rumah Ronald McDonald. Seterusnya, pihak AFY Haniff berbelanja barangan keperluan untuk kegunaan para penghuni Rumah Ronald McDonald. Antara barangan yang dibeli adalah perkakasan elektrik, peralatan memasak, stok makanan kering dan juga makanan basah.


Menginjak waktu tengahari, aktiviti diteruskan pula dengan acara memasak beramai-ramai untuk santapan tengahari. Kemeriahan terasa apabila sesekali aktiviti sebegini diadakan. Kemuncaknya adalah aktiviti membersihkan dan mewangikan Rumah Ronald McDonald dengan menggunakan sepenuhnya produk AFY Haniff (termasuk menyapu sampah, mengemop lantai, menyembur fabrik pewangi di langsir dan cadar, mencuci pinggan mangkuk dan seumpamanya). Antara produk AFY Haniff yang digunakan termasuklah pembersih lantai, spray pewangi, pewangi fabrik, pencuci pinggan mangkuk, dan pelbagai lagi produk keluaran AFY Haniff.



Sumbangan dalam bentuk barangan jenama AFY Haniff juga turut diberikan kepada para penghuni disana untuk mereka manfaatkan dalam penggunaan seharian. Selain sumbangan dalam bentuk barangan jenama AFY Haniff, pemberian sumbangan wang secara ‘kilat’ juga turut diberikan kepada salah seorang waris pesakit pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Pemberian sumbangan wang yang diberikan secara mengejut pada ketika itu diharapkan dapat membantu meringankan beban serta menggembirakan hati keluarga pesakit. Pesakit yang merupakan anak kepada penerima sumbangan ini sedang terlantar di HUSM akibat dilanggar kereta dikala usianya hanyalah 5 tahun. Kemalangan dalam usia yang sekecil ini, kecederaan yang dialami oleh pesakit agak serius dan diharapnya berkat doa dari semua, pesakit akan segera pulih seperti sedia kala.

Sumbangan wang

Alhamdulillah, inisiatif sebegini mungkin kelihatan kecil bagi kita yang kat luar ni. Tapi sebenarnya memberi makna yang sangat besar untuk para penghuni Rumah Ronald McDonald dalam menghadapi hari-hari berdepan sakit yang dialami oleh mereka. Aktiviti sebegini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat dan keriangan dalam diri para pesakit serta keluarga mereka. Tentu sahaja mereka gembira apabila ada pihak yang sudi meraikan mereka. Alangkah bagus jika terdapat lebih banyak pihak yang tampil dengan inisiatif sebegini di masa akan datang.

Berbalik kepada rangkaian produk AFY Haniff. Seingat saya pada awal kemunculan AFY Haniff, rangkaian produknya taklah banyak macam sekarang ni. Tapi dek kerana keberkesanannya dan memang mendapat sambutan menggalakkan dari para pengguna, dari tahun ke tahun jenama AFY Haniff semakin berkembang dan makin mendapat tempat dihati para pengguna. Bukan suri rumah dan emak-emak aje yang duk guna produk AFY Haniff ni. Tapi para pelajar yang tinggal kat asrama pun ramai yang guna. Nak halau serangga dari bersarang dalam bilik asrama, serta nak wangikan bilik memang AFY Haniff la yang jadi pilihan. Harganya pun tak mencekik, memang harga mampu milik.


Akhir kata, saya sebagai orang awam mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak AFY Haniff atas inisiatif membersih dan mewangikan Rumah Ronald McDonald ni. Ushaa sebegini memang membuka mata masyarakat untuk lebih cakna terhadap golongan yang dalam kesusahan. Untuk maklumat lanjut (dan gambar-gambar) tentang program kebajikan ini yang dianjurkan oleh pihak AFY Haniff, korang boleh rujuk di media sosial AFY Haniff.