November 2017 - emilinda

Tuesday, November 14, 2017

Makan Malam Romantik di Bintang Revolving Restaurant, Federal Hotel KL.

November 14, 2017 8
Makan Malam Romantik di Bintang Revolving Restaurant, Federal Hotel KL.

Apa yang mampu menggembirakan hati ketika makan malam selain kelazatan juadah yang terhidang? Suasana yang tenang, dan pemandangan yang indah. Ye, suasana yang tenang dan pemandangan yang indah bukan sahaja dapat menggembirakan hati, tetapi juga dapat buat selera makan bertambah. Almaklum, selalu sangat lepas penat bekerja seharian, kita hadap je juadah ringkas yang dimasak dirumah. Atau makan di restoran berdekatan yang penuh dengan hiruk-pikuk orang ramai yang berkongsi tujuan yang sama iaitu mahu bersantap, kenyangkan perut. Sesekali dapat makan malam di restoran yang agak fancy dan lain sedikit dari kebiasaan, tentulah seronok. Lagi-lagi kalau dapat makan malam bersama  yang tersayang. Romantic dinner gitu! Ouchh, siapa je tak suka kan? Makan malam dalam suasana tenang, tak bising, ditemani pemandangan yang cantik serta juadah yang enak. Sekali-sekala apa salahnya.

Hari ni nak cerita tentang pengalaman makan malam di Bintang Revolving Restaurant sekitar minggu lepas. Bintang Revolving Restaurat terletak di tingkat 18 Hotel Federal Kuala Lumpur ini sememangnya sangat sesuai untuk korang yang mencari tempat makan dengan view yang cantik. Tak semestinya untuk romantic dinner dengan pasangan sahaja, bahkan sesuai untuk makan malam keluarga, makan malam korporat, atau reunion bersama teman-teman.

View dari Bintang Revolving Restaurant pada waktu petang

Fakta menarik tentang Bintang Revolving Restaurant : Bintang Revolving Restaurant dibuka semenjak 1963 dan merupakan restoran berputar yang pertama di Malaysia. Tengok keadaan restoran yang masih gah dan cantik, tak sangka pulak restoran ni dah berusia 54 tahun. Dibuka seawal jam 5 petang hingga 12 tengah malam, restoran ini mengambil masa 45 minit untuk memenuhi satu putaran lengkap.



Dia berputar takde la laju pun, tapi putarannya boleh dirasai. Seronok betul bila view berubah-ubah. Boleh nampak KLCC, Menara KL, dan bangunan-bangunan lain sekitar Bukit Bintang. Maaflah, sis jakun first time makan kat restoran berputar, hiks! Memandangkan restoran ini sentiasa berputar, makanya lokasi pintu pun berubah-ubah. Kalau korang pilih meja yang berhadapan dengan pintu, jangan terkejut pulak bila tiba-tiba pintunya hilang. Lepas 45 minit nanti pintu tu ada balik. Satu floor restoran ni memang luas, boleh menampung sekitar 160 tetamu pada satu masa.


Tetamu boleh memilih dari set 2 hidangan sehingga set 4 hidangan makan malam, atau boleh pilih menu ala carte. Okay, jom nak tunjuk antara menu yang menarik di Bintang Revolving Restaurant ni.

Bintang Revolving Caeser Salad RM33

Avocado Crab Meat Salad RM30

Wild Mushroom Soup RM23

Provencal Creamy Lobster Bisque RM28

Mushroom soup di Bintang Revolving Restaurant ni memang kena dengan tekak saya. Rasa sedap sangat, macam tak cukup satu portion. Antara mushroom soup yang sedap pernah saya makan. Provencal Creamy Lobster Bisque tu dalam bahasa mudahnya, macam lobster soup la kot. Ini kali pertama saya makan sup berperisa lobster. Penggemar lobster pasti suka.

 Bintang Revolving Chicken Maryland RM45

Charcoal Chicken Burger Deluxe RM30

Salmon Fillet on  Barley Seeds & Baby Spinach Quick Seared with Extra Virgin Olive Oil & Coulis De Mare RM68

I'm not really into salmon, tapi makan jugak la. Tak lupa juga, Charcoal Chicken Burger tu sedap sangat. Patty dia lembut.

Grilled Mustard Rack of lamb RM65

Spaghetti with Prawn Creamy Salted Egg RM45

Doughnut with Single Scoop Ice Cream & Chocolate topping RM22

My personal favorite here is Spaghetti with Prawn Creamy Salted Egg. Bagi la apa pun yang ada salted egg, memang tekak ni layan je. Biasanya makan salted egg pasta kat tempat lain, rasa agak plain. Yang ni bertambah sedap sebab ada rasa pedas! Huih, terbayang-bayang ni.

Biila dah ada suami nanti, mungkin boleh ajak suami makan malam kat Bintang Revolving Restaurant pada malam tahun baru. Boleh tengok bunga api lebih jelas, sekitar Kuala Lumpur. Itu kalau dapat pasangan yang sportinglah! Lol. Seronok berangan-angan ye? Entahnya ajal dulu yang menjemput. Kalau nak buat tempahan meja di Bintang Revolving Restaurant, boleh call 03-21489166.

Saturday, November 11, 2017

CASSA DETIK - BANGLO PERKAHWINAN DIKELILINGI SUASANA HIJAU NO 1 DI BANDAR KUALA LUMPUR

November 11, 2017 5
CASSA DETIK - BANGLO PERKAHWINAN DIKELILINGI SUASANA HIJAU NO 1 DI BANDAR KUALA LUMPUR

Dulu zaman belajar selalu berangan nak buat sendiri segala persiapan untuk majlis perkahwinan. Boleh kata hampir semua benda la nak buat sendiri. Dari gubahan pelamin, doorgift, dekorasi, kad jemputan, persalinan pengantin dan semua lah. Semua nak ikut citarasa sendiri dan nak buat sendiri. Almaklum masa tu banyak sangat masa terluang, makanya banyak berangan. Ditambah pula masa tu belum benar-benar mengerti hakikat kehidupan orang dewasa yang sibuk. Dah masuk alam pekerjaan ni barulah tahu langit tu tinggi ke rendah. Nak luang masa untuk diri sendiri pun payah, inikan pula nak realisasikan impian majlis perkahwinan idaman hati tu. Dengan kesibukan kerja dan hal-hal lain, memang tak sempat nak uruskan sendiri persiapan majlis perkahwinan. Banyak benda kena fikir, banyak benda nak kena buat. Nak minta keluarga uruskan, masing-masing pun sama sibuk. Nak tak nak, semua kena serahkan dekat wedding planner. Tapi baca pengalaman orang yang tersalah pilih wedding planner, seram. Kalau terjadi kat saya, memang tersangat-sangat frustlah. Kahwin bukan hari-hari, inshaAllah sekali tu je. Jadi kena teliti dalam pemilihan wedding planner.

Rekaan pelamin pujaan hati

Kebelakangan ni kerap jugak la duk usha wedding planner / bridal house yang menawarkan pakej perkahwinan serba lengkap untuk bakal pengantin. Pakej serba lengkap? Yes, cari pakej yang cukup lengkap. Tak payah dah nak berurusan dengan ramai pihak. Faham tak apa yang saya cuba sampaikan? Untuk dewan kena berurusan dengan orang lain, untuk pelamin dengan orang lain, untuk persalinan pengantin orang lain, gambar perkahwinan orang lain pulak, dan seterusnya. Leceh kan? Lagi-lagi kalau jenis yang banyak komitmen lain. Boleh tunggang terbalik majlis tu kalau nak kena berurusan dengan banyak sangat pihak. Tak lama lagi kakak saya nak kahwin, dan dah nampak la contoh didepan mata. Majlis tak sampai 3 bulan dari sekarang, tapi satu apa pun belum buat. Dan-dan bila dah tetapkan tarikh kahwin ni, bertambah banyak pulak komitmen kerja dia dan lain-lain. Makanya asyik tertangguh nak uruskan urusan kahwin. Kami tolong la mana yang kami mampu tolong. Tapi dari situ rasa macam untuk perkahwinan saya nanti memang nak kena rancang betul-betul cari pakej perkahwinan yang merangkumi semua. Memang tak boleh nak harap semua buat sendiri la kalau dah hidup sehari-harian pun sibuk. Tapi jangan pulak sebab nak mudah, main ambik je mana-mana pakej. Cari nahas namanya tu. Kena la awal-awal survey, baca review orang tentang pakej tu, usha siap-siap. So that dari situ kita ada banyak masa untuk rancang perkahwinan tu.


Tengah survey kat internet tu, terjumpa maklumat tentang Cassa Detik. Dengar nama je pun dah rasa macam ada kelas gitu. CASSA DETIK merupakan sebuah banglo perkahwinan yang menawarkan kemudahan terpencil dari hiruk pikuk kota dan juga menampilkan pemandangan hijau Kelab Golf Di Raja Selangor. Dengan kedudukannya amat strategik (2km dari IKEA, My Town, Sunway Velocity, Bukit Bintang & KLCC), Cassa Detik memberi pilihan kepada warga kota yang inginkan majlis perkahwinan dalam suasana dikelilingi kehijauan taman tanpa bersusah payah ke destinasi yang jauh dengan keluasan halaman banglo seluas 20 000 kaki persegi. Cassa Detik menawarkan pakej perkahwinan premium dengan harga mampu milik. Setelah diteliti, ada beberapa maklumat menarik yang dapat saya simpulkan dan mahu saya kongsikan tentang Casa Detik.




1. SUASANA MAJLIS DI PERANTAUAN
Pakej perkahwinan Cassa Detik lengkap dengan penginapan sehari sebelum berlangsungnya majlis. Ini memudahkan sanak saudara kerana tidak perlu mencari tempat menginap luar dari lokasi majlis. Ini penting! Kenapa? Apabila saudara-mara dari jauh semua dapat berkumpul beramai-ramai sebelum majlis, kemeriahan tu lebih terasa. Bak kata orang, mampu mengembalikan nostalgia suasana majlis kahwin tradisional. Saudara-mara pun gembira sebab tak perlu penat-penat travel jauh pada hari majlis berlangsung.

2. HARGA MAMPU MILIK
Harga ni yang selalu kita risaukan, lebih-lebih lagi bagi rakyat marhaen macam saya ni. Nak buat apa-apa pun, mesti kena pertimbangkan soal harga dulu. Cassa Detik menawarkan beberapa pakej mengikut kesesuaian bajet pengantin. Sebutharga Cassa Detik juga boleh diubahsuai mengikut bajet pengantin.  Kiranya agak flexible la, pengantin masih boleh berunding dengan pihak Cassa Detik berkenaan pakej yang bersesuaian.  Deposit untuk menempah tarikh majlis hanya sebanyak RM1000 sahaja. Pihak pengurusan Cassa Detik memberi masa dan ruang untuk pengantin mengumpul bajet perkahwinan sehingga 3 bulan sebelum majlis untuk membuat pembayaran yang seterusnya. Berbanding majlis di dewan, pengurusan Cassa Detik memberikan lebih kelonggaran selepas majlis selesai untuk keluarga pengantin membungkus makanan dan merehatkan diri. Jika ada tetamu yang sampai lambat, masih boleh berjumpa pengantin. Takde la rushing sangat.





3. RUANG YANG LUAS SELESA
Antara kemudahan yang disediakan di Cassa Detik seperti bilik persiapan pengantin, ruang solat, ruang rehat tetamu yang berhawa dingin sepenuhnya. Banglo perkahwinan Cassa Detik turut menyediakan penginapan 2 hari 1 malam. Sehari sebelum majlis dah boleh ada kat banglo Cassa Detik, dan bermalam disana. Ruangan yang disediakan katanya sangat selesa bagi segenap lapisan usia (termasuk bagi mereka yang mempunyai anak kecil, lebih selesa untuk menyusukan bayi).



4. PEMBEKAL BERPENGALAMAN
Biasa dengar tak kes pelamin tak siap dipasang pada hari majlis perkahwinan, makanan dari caterer tak sampai-sampai, atau photographer tiba-tiba tak jadi datang? Banyak sangat kes macam ni sekarang ni. Kesian kat pengantin dan keluarga pengantin bila semua jadi tak terurus macam ni. Nak kena tebalkan muka hadap tetamu dah satu hal, kecewa pun satu hal. Dengan Cassa Detik, tak perlu risau tentang semua tu. Para pembekal yang bernaung di banglo perkahwinan Cassa Detik mempunyai pengalaman hampir 20 tahun, dan memang dipercayai. Di samping itu, setiap tempahan pelanggan akan diuruskan dan dipantau oleh event manager merangkap ‘pengurus majlis’ pada hari perkahwinan agar berjalan lancar. Pengantin dan keluarga pengantin tinggal nak kena melayan tetamu je.



Pengurusan Cassa Detik turut menyediakan penyelaras letak kereta secara percuma untuk mengawal lalulintas semasa majlis dijalankan. Setiap item yang disediakan oleh pengurusan akan dipastikan berada dalam kualiti yang baik.

5. PUSAT SEHENTI MAJLIS KAHWIN (PAKEJ LENGKAP)
Kalau perasan awal-awal tadi saya ada beritahu bahawasanya kalau boleh nak cari pakej perkahwinan yang dah merangkumi semua. Hal ini adalah kerana kebanyakan bakal pengantin mengalami kekangan masa dan ruang. Inilah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan bakal pengantin. Kekangan masa kerana sibuk dengan komitmen kerja. Lepastu nak buat majlis kahwin dalam suasana rumah yang selesa, tapi disebabkan tinggal dikawasan yang mempunyai ruang sempit, makanya terpaksa batalkan hasrat untuk buat majlis kahwin dirumah. Tapi dengan adanya pakej yang ditawarkan seperti pakej Cassa Detik ini, impian untuk mengadakan majlis perkahwinan di kediaman selesa kini boleh direalisasikan.

Gambar kahwin orang. Gambar kahwin kita belum lagi.

Saje la study lebih sikit pasal pakej perkahwinan bagai ni. Bukan apa, senang boleh jadi rujukan bila dah tiba masa nanti. Kahwin kalau boleh sekali seumur hidup. Jadinya dalam pada nak berjimat tu, kita nak la jugak majlis kita tu berjalan dengan lancar. Kita dah jemput tetamu dan saudara-mara ke majlis kita, seeloknya kita gembirakanlah mereka dengan majlis yang selesa dan lancar. Seboleh mungkin nak gembirakan jemputan, dan tak nak bebankan saudara-mara untuk majlis kita tu. Rasanya pakej yang ditawarkan di Cassa Detik ni amat berbaloi jika dibandingkan dengan pakej perkahwinan di dewan atau hotel. Saya kalau nak buat majlis perkahwinan di Cassa Detik ni, nampak gayanya kena la cari calon suami orang belah sini jugak. Boleh la buat majlis resepsi kat sini. Kalau majlis akad nikah dan majlis belah pengantin perempuan tu rasanya sah-sah lah mak ayah suruh buat kat Kelantan. Korang yang tinggal kat belah-belah KL ni la yang untung sebab kebanyakan pakej perkahwinan yang berbaloi macam ni memang berpusat di KL.


Oh ye, selain majlis perkahwinan, Cassa Detik juga boleh cater keperluan majlis lain seperti majlis pertunangan, majlis akikah, majlis hari jadi, majlis rumah terbuka korporat, majlis pelancaran korporat, hari keluarga, majlis BBQ, bachelorette party, dan lain-lain lagi. Tiba-tiba terberangan nak buat bachelorette party kat situ. Kerlas kau jah! Haha. Takpe, berangan dulu. Ada rezeki mana la tahu kannnn. Kalau korang tengah fikir nak cari pakej perkahwinan berbaloi, boleh le usha website & Instagram Cassa Detik. Saya dah seharian semalam duk stalk gambar dekat Instagram & website Cassa Detik.

Facebook : Cassa Detik
Instagram : @cassadetik
Contact person : 017-6801336 / 012-3605416

Wednesday, November 8, 2017

Enchanteur Paris Petite Parfum.

November 08, 2017 9
Enchanteur Paris Petite Parfum.

Kaum hawa dan wangian terpisah tiada. Rata-rata kaum wanita kebiasaannya memiliki lebih dari satu jenis wangian. Tak dapat disangkal lagi, saya sendiri pun memang suka beli wangi-wangian. Setiap wangian ada aura tersendiri. Dan setiap wangian mewakili mood yang berbeza-beza. Sebab tu it's okay for us to buy lots of perfumes, hiks! Motif sangat kan? Hahah. Nasib belum ada suami. Kalau tak kena bebel sebab asyik beli perfume, lotion, dan sewaktu dengannya.


Percaya la kalau disuruh mana-mana kaum wanita keluarkan semua koleksi wangian yang dorang ada, tentu ada macam-macam jenis dan macam-macam saiz. Silap-silap hari bulan ada yang dah expired tapi sayang nak buang, hahah! Eh wait, macam salah je. I think bukan kaum wanita je yang gemarkan wangi-wangian, lelaki pun ramai yang gemarkan wangi-wangian. Siap buat koleksi lagi!


Salah satu jenis wangian yang menjadi satu kemestian bagi kaum wanita adalah roll-on perfume yang bersaiz kecil. Ini memang wajib ada kat dalam handbag orang perempuan. Almaklum, nak wangi sentiasa. Takkan nak usung botol perfume spray yang besar tu kan? Jenuh la nak oiii! Maka sebab tu la wujudnya perfume kecil-kecil ni. Handy size, mudah nak usung.

Enchanteur yang sememangnya pakar wangian Perancis memahami keperluan para wanita. Sebab itu, Enchanteur memperkenalkan wangian terbaru Enchanteur Paris Petite Parfum. Didatangkan dalam saiz kecil 9ml, rangkaian ini sangat sesuai untuk gadis feminin yang memiliki gaya hidup aktif dan bertenaga. Terdapat 4 variasi wangian Enchanteur Paris Petite Parfum iaitu Belle Amour, Adore, Cheri, dan Jolie.



Koleksi Enchanteur Paris Petite Parfum dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Enchanteur Paris Petite Parfum boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guardian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Enchanteur boleh layari :-


Tuesday, November 7, 2017

Let’s Make 11.11 Fly with Traveloka!

November 07, 2017 12
Let’s Make 11.11 Fly with Traveloka!

Dah tak lama dah nak berakhir tahun 2017. Kejap je rasa kan? Rasa macam baru je lagi duk buat azam tahun baru 2017, sekarang dah boleh fikir azam 2018 pulak. Penghujung tahun macam ni memang kebiasaannya ditunggu-tunggu oleh semua orang. Kenapa? Haa sebab cuti sekolah makanya para ibu ayah sekalian boleh bawa anak-anak pergi bercuti. Lagi? Sebab banyak SALE!! Omg haha that is so me. Tak payah nak nafikan lah, korang pun suka bila ada sale kan? I am not the only one who loves sale. Semua orang pun suka, especially kaki shopping! Serious banyak jualan murah dan tawaran-tawaran menarik secara offline dan juga secara online bila penghujung tahun ni. Kalau pergi jalan-jalan ke mall, boleh diperhatikan banyak betul butik mengadakan promosi jualan murah sempena hujung tahun. Kalau nak shopping online pun, banyak laman sesawang yang buat promosi bila dah penghujung tahun ni. It is such a great time for shopping! Tak perlu nak tunggu bulan Disember baru nak shopping hujung tahun pun. Sekarang dah masuk bulan November, banyak sangat dah yang buat promosi. For me saya memang suka shopping waktu promosi macam ni. Be it a dress, book, accessories, flight tickets, hotels, mostly akan beli waktu promosi. Jangan tanya kenapa. Mestilah sebab mahukan penjimatan yang maksima. Dengan keadaan ekonomi sekarang ni memang nak tak nak kena la jadi pengguna yang lebih bijak. Cara saya? Saya perhatikan pola jualan murah untuk tahun-tahun yang lepas. Take note tarikh-tarikh yang kebiasaannya ada jualan murah atau promosi. Jadi saya boleh la get ready & plan kewangan saya untuk shopping pada waktu promosi tu.


Selain musim perayaan, tarikh yang selalu menjadi pilihan untuk promosi adalah pada tarikh-tarikh yang cantik. Contohnya, tarikh 11.11. Kalau diperhatikan, setiap tahun banyak betul promosi yang diadakan pada 11.11. So I am really looking forward for lots of great deals on this date, for this year. And as expected, tawaran untuk flight ticket pun ada jugak! Wehuuuu, ini yang kita nanti-nantikan. Since everybody knows 11/11 there is always a SALE happening everywhere, so Traveloka will also launch a special campaign for Flight.  Bersempena 11.11, pihak Traveloka juga tak melepaskan peluang untuk menggembirakan hati orang ramai dengan cara melancarkan kempen khas untuk pembelian tiket penerbangan. Apa yang menariknya tentang Traveloka Flight Campaign? Haaaa, semestinya dengan tawaran-tawaran harga runtuh yang sangat berbaloi dari Traveloka. Sebenarnya saya merupakan salah seorang pelanggan tetap Traveloka. Memang kalau nak beli tiket penerbangan atau nak tempeh hotel, saya lebih suka beli kat Traveloka. Kenapa? Sebab dekat Traveloka ni kalau tak ada promosi istimewa bersempena perayaan sekalipun, pihak Traveloka selalu tawarkan kod promosi untuk pembelian tiket penerbangan dan juga hotel. Kebiasaannya boleh dapat diskaun dari 5% sehingga 25%, bergantung kepada kod semasa. Kod promosi tu biasanya ada dipaparkan kat bahagian atas laman sesawang Traveloka.


Ni ha, kod promosi Traveloka yang saya maksudkan tu (rujuk gambar kat atas). Kat bahagian banner bergerak-gerak tu kalau diperhatikan memang ada kod promosi untuk hotel, dan juga penerbangan. Saya perasan memang most of time pihak Traveloka akan sediakan free promotion code. Siapa tak gembira, kan? Pandai Traveloka nak tawan hati customer macam saya ni. Inilah sebenarnya salah satu punca kenapa saya asyik booking flight ticket & hotel melalui Traveloka. Terus jadi pelanggan tetap. Keep it up Traveloka!

Berbalik kepada kempen tawaran harga jimat tiket penerbangan di Traveloka bersempena 11.11 ni, kempen ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 10 November dan berakhir pada 12 November. Yang gaji awal bulan tu, dah boleh la rancang siap-siap dan simpan duit gaji tu untuk tawaran istimewa ni. Selain nak beli tiket percutian, sebenarnya saya nak usha tiket balik kampung jugak. Almaklum la kalau nak balik jenguk mak ayah waktu cuti hujung minggu, memang penat la kalau naik bas. Naik kapal terbang tak rasa penat pun, masa bersama mak ayah pun akan jadi lebih panjang. Harap-harapnya promosi tawaran istimewa bersempena 11.11 kali ni, turut merangkumi tiket penerbangan domestik. Kesian mak ayah kita, rindu kita. Hihi, padahal kita yang homesick, rindu mak ayah. Dengar kata promosi tiket penerbangan kali ni adalah untuk semua destinasi. Harap-harapnya betul la seperti yang diperkatakan.

Setiap hari saya gigih duk buka laman sesawang Traveloka semata nak pastikan Traveloka dah keluarkan senarai destinasi untuk promosi 11.11 ni, tapi nampaknya Traveloka betul-betul nak buat surprise kali ni. Kalau ada rezeki, boleh booking tiket penerbangan untuk pergi bercuti dengan kawan-kawan sekali. Sebenarnya belum decide lagi nak ke mana untuk next vacation, tapi memang ada dalam planning la untuk bercuti bersama lagi. Waktu masih bujang ni la kalau nak travel bersama pun, bila dah kahwin nanti dah susah dah nak bercuti bersama. Oh ye, korang kongsi la destinasi percutian mana yang best. Boleh saya jadikan panduan dalam memilih destinasi percutian seterusnya.


10 November nanti, pagi-pagi hari lagi nak buka laman sesawang Traveloka. Semangat gitu, haha. Bukan apa, tak nak la nanti kalau lambat banyak yang dah sold out. Almaklum, semua orang pun nak rebut tawaran istimewa macam ni. Bagi yang belum pernah buat pembelian dengan Traveloka, saya nasihatkan korang sign up akaun Traveloka awal-awal sebelum 10 November. So that masa tengah promosi 11.11 nanti, takde la korang baru terkedek-kedek nak sign up Traveloka. Boleh terus beli je masa tu, senang & lebih cepat. Jangan tunggu bila nak buat pembelian baru nak sign up. Nak lagi senang, install je aplikasi Traveloka kat telefon pintar korang tu. Sambil-sambil baring nak tidur pun boleh usha tiket penerbangan kat Traveloka apps.

Rasa macam panjang pulak membebel kali ni. Kasilah can sis nak membebel panjang lebar sekali-sekala, haha. Kalau dilihat pada kalendar, promosi tiket penerbangan Traveloka bersempena 11.11 tahun ni jatuh pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hari minggu, lagi la banyak masa korang untuk rancang percutian, dan booking flight ticket. Nasib baik jatuh pada hari minggu. Kalau jatuh pada hari bekerja, susah juga nak curi masa teliti harga-harga runtuh yang ditawarkan tu. So korang semua, jangan lupa pulak ye nanti. Jom serbu Traveloka Flight Campaign bersempena 11.11. Semestinya tawaran harga rendah yang amat berbaloi untuk semua destinasi!

Nah link laman sesawang Traveloka! - https://www.traveloka.com/en-my/

Sweet Royale Stevia Sweetener, Pengganti Gula.

November 07, 2017 7
Sweet Royale Stevia Sweetener, Pengganti Gula.

Bila usia dah makin meningkat ni, secara perlahan-lahan kita akan mula ada kesedaran tentang penjagaan kesihatan. Almaklum la, kadang nampak sihat pun dalam diam rupanya ada penyakit. Dengan peningkatan kos sara hidup zaman sekarang ni, kos perubatan pun makin mahal. Kadang-kadang terfikir jugak kalau ditakdirkan tiba-tiba Tuhan nak bagi penyakit yang datang disebabkan kecuaian kita dalam menjaga kesihatan, mesti sedikit sebanyak rasa terkilan. Duit memang boleh diusahakan untuk kos perubatan tu, tapi itu pun kalau la penyakit tu masih mampu diubati. Kalau dah terlambat? Haaa, fikirlah sendiri. Nyawa dan nikmat kesihatan ni kalau Tuhan dah tarik, nak menyesal pun tak guna dah.

Sebab makin ada kesedaran tentang penjagaan kesihatan ni la, akhir-akhir ni saya dah mula rajinkan diri bersenam dan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan. Antara inisiatif yang sedang saya laksanakan adalah mendisiplinkan diri pergi ke gym beberapa kali seminggu (selepas waktu kerja), dan juga rajinkan diri turut serta aktiviti larian dan hiking bersama kawan-kawan. Tapi rasanya tak guna jugak duk bersenam bagai kalau pemakanan tak jaga kan? Sebab tu la sejak beberapa bulan kebelakangan ni saya kurangkan minum minuman bergula. Banyakkan minum air kosong. Tapi nak cut terus pengambilan minuman manis ni agak susah sebenarnya. Dugaan tengok kawan-kawan minum air sedap-sedap, haha. Nak jugak minum minuman manis sekali-sekala kan.


Dah lama jugak duk usha pasal stevia. Ada terbaca pasal kebaikan stevia ni, katanya boleh menggantikan gula. Tapi kebanyakan stevia yang dijual kat pasaran harganya boleh tahan jugak mahal. Lepastu risau kalau-kalau stevia tu tiruan. Fikir banyak kali nak beli. Asyik tunda je nak beli. Lastly tak terbeli jugak sampai la baru-baru ni Syiqin introduce Sweet ROYALE, pemanis stevia keluaran Pharmaniaga. Sebab yang ni produk dari Pharmaniaga, so yakinlah sikit bahawasanya memang original. Katanya stevia ni dalam bentuk serbuk, dan dipaketkan dalam sachet kecil-kecil. Terus rasa berminat sebab nanti senang la nak bawak ke mana-mana. Boleh selit je dalam poket beg. Stevia lain yang ada kat pasaran kebanyakannya dalam bentuk cecair dan dijual dalam botol. Agak leceh jugak nak dibawa ke mana-mana. 


Kat ofis pun makin rajin nak buat air sejak ada stevia ni. Pagi-pagi buat air milo untuk breakfast pun dah tak guna gula atau creamer, tapi manisnya tetap ada. Satu sachet Sweet Royale stevia ni memang ngam-ngam manisnya untuk satu gelas air. 


Memandangkan stevia lain kat pasaran semuanya boleh tahan mahal, so my expectation terhadap Sweet Royale ni mestilah mahal jugak. Tapi sangkaan meleset sama sekali. Masa Syiqin bagitahu harga stevia Sweet Royale ni, serious rasa tak percaya. Kenapa murah sangat ni? Sangat-sangat berbaloi! Mula-mula ingat Syiqin tersalah bagi info. Suruh dia check balik betul ke harganya macam tu? Dia cakap memang harganya macam tu. Harga tak sampai RM20 sekotak. Sekotak ada 40 sachet. Setiap sachet tu mengandungi 2g pemanis stevia. Sangat-sangatlah affordable!


Cadangnya nanti sebelum balik kampung nak beli lagi beberapa kotak, nak bagi dekat mak ayah. Nak minta mak ayah kurangkan pengambilan gula jugak, almaklum dah makin tua ni risau kalau ada penyakit-penyakit yang tak terduga datang (mintak jauh sangat-sangat). Pemanis Stevia Sweet Royale ni boleh dibeli di mana-mana farmasi Royale Pharma, atau boleh juga dibeli secara online di website Royale Pharma, di Lazada, Shopee, dan 11street.


Harga
RM17 (pembelian secara offline di farmasi Royale Pharma)
RM15 ( pembelian secara online tidak termasuk postage)