Enchanteur Paris Petite Parfum. - emilinda

Wednesday, November 8, 2017

Enchanteur Paris Petite Parfum.


Kaum hawa dan wangian terpisah tiada. Rata-rata kaum wanita kebiasaannya memiliki lebih dari satu jenis wangian. Tak dapat disangkal lagi, saya sendiri pun memang suka beli wangi-wangian. Setiap wangian ada aura tersendiri. Dan setiap wangian mewakili mood yang berbeza-beza. Sebab tu it's okay for us to buy lots of perfumes, hiks! Motif sangat kan? Hahah. Nasib belum ada suami. Kalau tak kena bebel sebab asyik beli perfume, lotion, dan sewaktu dengannya.


Percaya la kalau disuruh mana-mana kaum wanita keluarkan semua koleksi wangian yang dorang ada, tentu ada macam-macam jenis dan macam-macam saiz. Silap-silap hari bulan ada yang dah expired tapi sayang nak buang, hahah! Eh wait, macam salah je. I think bukan kaum wanita je yang gemarkan wangi-wangian, lelaki pun ramai yang gemarkan wangi-wangian. Siap buat koleksi lagi!


Salah satu jenis wangian yang menjadi satu kemestian bagi kaum wanita adalah roll-on perfume yang bersaiz kecil. Ini memang wajib ada kat dalam handbag orang perempuan. Almaklum, nak wangi sentiasa. Takkan nak usung botol perfume spray yang besar tu kan? Jenuh la nak oiii! Maka sebab tu la wujudnya perfume kecil-kecil ni. Handy size, mudah nak usung.

Enchanteur yang sememangnya pakar wangian Perancis memahami keperluan para wanita. Sebab itu, Enchanteur memperkenalkan wangian terbaru Enchanteur Paris Petite Parfum. Didatangkan dalam saiz kecil 9ml, rangkaian ini sangat sesuai untuk gadis feminin yang memiliki gaya hidup aktif dan bertenaga. Terdapat 4 variasi wangian Enchanteur Paris Petite Parfum iaitu Belle Amour, Adore, Cheri, dan Jolie.



Koleksi Enchanteur Paris Petite Parfum dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Enchanteur Paris Petite Parfum boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guardian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Enchanteur boleh layari :-


9 comments:

dr-Life said...

I can feel the sweetness smell from enchanteur. Love their collection as well

Racheal_Foodilifecious

Mrs Pip said...

cute letak dlm bottle kecil, senang masuk totebag..
by the way, mrs pip dtg melawat ...

anak denesor said...

part yang best bile xde alkohol..senang nak bawak solat..selalu nmpk kat watson..tp tak pernah pula nk beli..biasanya beli silkygirl je..mungkin bole cuba pula

Felicia Grace said...

Ehh cantik nyer packaging dia ni. Memang petite. Senang lah nak bawa mane2.

Fuzy Hamid said...

enchanteur mmg berkualiti..sy guna dizaman sekolah dulu..nostalgia sungguh brand ni..
salam kenal dari www.umifuzy.com

Rawlins GLAM said...

Comel giler packaging dia.
Pasni makin mewangi la para gadis dengan adanya pack mudah bawa sebegini kan.

I N A A I N A A said...

Alalalala comelnya bekas. Senang nak bawa pergi travel, tak perlu bawak yang botol besar2 yang mengambil ruang dalam beg tu dah. Nice!

Myfarrahdise said...

Looks like the scent is nice and that's so cute, love it!

Sharon Lee said...

Cantik packagingnya! Although it was small, but I love how convenient it can to bring out and use =)