Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Sarapan pagi bersama pelakon Cinta Si Wedding Planner.

Alhamdulillah, last week team Denaihati Network telah menganjurkan satu event sarapan pagi bersama hero dan heroin drama Cinta Si Wedding Planner, tak lain tak bukan Adi Putra dan Mira Filzah. Event yang berlangsung di Bangi Golf Resort Clubhouse ni dihadiri oleh para blogger dan peminat Adi Putra dan Mira Filzah. Memandangkan aku takde apa-apa plan pada haritu, so awal-awal aku dah RSVP untuk join event sarapan pagi tu. Kalau duk rumah je pun tak buat apa jugak, bermalas-malasan jela kalau tak keluar join pape event.
Pagi-pagi lagi dah sampai
Event dimulakan dengan sarapan pagi bersama-sama. Cantik betul Mira Filzah ni bila tengok depan-depan. Bila lagi nak merasa breakfast dengan retis, jumpa depan-depan. Tak gitu? Selalunya tengok kat tv aje. Dah siap breakfast, majlis diteruskan dengan sesi perkongsian cerita, perngalaman dan perkembangan oleh Adi Putra dan Mira Filzah. Sesi soal jawab pun ada jugak. Nak tanya apa pun boleh, inshaAllah dorang jawab. 

Untuk sarapan, kami disediaka…

Sidang Media Pelancaran Karnival Peaceyall, Komik Skoolastik dan aplikasi permainan DAC Peaceyall

Pada 17 Feb 2016 yang lalu bertempat di Hotel Pullman, Putrajaya telah berlangsung sidang media dan majlis pelancaran Karnival Peaceyall, Komik Skoolastik dan permainan aplikasi DAC Peaceyall. Majlis pelancaran dan sidang media ini merupakan hasil kerjasana pihak OMGFest Ventures bersama Peaceyall.FM . Antara public figure yang hadir pada sidang media tersebut adalah Dato' AC mizal, Datin Emylia Rosnaida, dan Kartunis UBI. Pihak media yang dijemput antaranya adalah para wartawan dan blogger di bawah kelolaan Hai Blogger.



Pernah dengar tentang Peaceyall.FM tak? Haaa radio online yang berkonsepkan radio interaktif pertama di Malaysia ini adalah dimiliki sepenuhnya oleh Dato' AC Mizal sendiri. Bersempena mempromosikan dan meraikan peminat-peminat setia stesen radio Peaceyall.FM , Dato' AC Mizal bakal mengadakan karnival besar-besaran yang diberi nama Karnival Peaceyall. Karnival yang akan berlangsung pada 2-3 April 2016 akan bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka. Akan terd…

Konsep terbaru D'Kayangan Steamboat

Last week aku berkesempatan makan dekat D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat bersempena pihak D'Kayangan nak memperkenalkan konsep terbaru 3 in 1. Apa benda yang 3 in 1 tu? Haaa before ni aku dah pernah makan dekat D'Kayangan ni sekali masa bulan puasa. Time tu D'Kayangan masih dengan konsep lama iaitu steamboat dan grill. Kiranya last week merupakan kali kedua aku makan di D'Kayangan. Kali ni dorang dah perkenalkan konsep terbaru iaitu grill, steam dan pembakar arang. Excited betol aku bila nampak ada pembakar arang atas meja. Almaklum la, bakar guna pembakar arang ni memang berkali ganda kesedapannya. Lebih puas hati.


Bukan setakat pembaharuan dari segi pembakar arang aje, tapi ada menu baru jugak kat D'Kayangan ni. Ada skewer weyhh. Skewer ni memang favourite aku sejak dulu. Pantang nampak orang jual skewer, laju je nak beli. Biasa beli skewer kat pasar malam je, kekeke. Antara skewer yang disediakan di D'Kayangan adalah Ayam Skewer Berempah, Soton…

Tiga rezeki tak terjangka dalam tempoh seminggu.

Seminggu kebelakangan ni rasa macam bertuah sangat diri ni. Chewahhh, gitu. Hahah. Beberapa rezeki yang tak terjangka datang menjengah dalam tempoh seminggu. Alhamdulillah, syukur sangat. Firstly, last Monday masa buat food review dekat D'Kayangan Steamboat ( klik untuk baca entry Konsep Terbaru D'Kayangan Steamboat), dapat lucky draw sehelai tudung Fareeda. Weeee, tak sangka tau. Almaklum la kebiasaannya aku ni kalau ada lucky draw mesti balik tangan kosong je. Terkejut jugak. Well, i'm not a fans of tudung Fareeda tapi dah dapat free tu ambik aje la. Rezeki, tak baik ditolak. Nak beli sendiri rasanya tak kot sebab bukan peminat tudung Fareeda.


Rezeki yang keduanya adalah menang contest yang dianjurkan oleh butik Leeyana Rahman. Dorang ada nak release koleksi baju baru, so dorang buat contest bagi cadangan nama untuk baju tu. Aku saja la join untuk cuba nasib. Tak sangka menang! Aku suggest nama FLEUROSE. Fleur in French means flower. So maksud nama baju ni adalah 'b…

Jaga kesihatan kulit wajah dengan Mentholatum Botanics!

Tahu Mentholatum? Haaa tipu sangat lah tu kalau tak tahu. Macam-macam rangkaian produk dah under Mentholatum ni. LipIce, Hada Labo, Sunplay, Oxy, etc. Baru-baru ni Mentholatum telah memperkenalkan produk baru iaitu siri penjagaan wajah Botanics yang diilhamkan oleh kebaikan alam semula jadi. Sesuai dengan nama, rangkaian produk Mentholatum ni diperbuat dari ramuan berkualiti tinggi yang berasal dari tumbuhan dan bunga-bungaan. Untuk yang mempunyai masalah kulit sensitif, apa kata try this product. Macam aku sendiri pun lagi suka pakai produk yang berasaskan tumbuhan semulajadi sebab lebih selamat untuk kulit wajah kita ni. Kalau tengok kat pasaran sekarang ni macam-macam produk dah keluar, tapi scary jugak nak try sebab ada bahan kimia merbahaya. Alhamdulillah aku sendiri belum pernah terkena dengan produk-produk macam tu sebab aku agak memilih soal produk yang aku nak guna. Taknak lah main hentam je pakai macam-macam, lepas tu kulit yang merana. 




Thanks Mentholatum dan The Butterfly…