Skip to main content

Konsep terbaru D'Kayangan Steamboat


Last week aku berkesempatan makan dekat D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat bersempena pihak D'Kayangan nak memperkenalkan konsep terbaru 3 in 1. Apa benda yang 3 in 1 tu? Haaa before ni aku dah pernah makan dekat D'Kayangan ni sekali masa bulan puasa. Time tu D'Kayangan masih dengan konsep lama iaitu steamboat dan grill. Kiranya last week merupakan kali kedua aku makan di D'Kayangan. Kali ni dorang dah perkenalkan konsep terbaru iaitu grill, steam dan pembakar arang. Excited betol aku bila nampak ada pembakar arang atas meja. Almaklum la, bakar guna pembakar arang ni memang berkali ganda kesedapannya. Lebih puas hati.


Bukan setakat pembaharuan dari segi pembakar arang aje, tapi ada menu baru jugak kat D'Kayangan ni. Ada skewer weyhh. Skewer ni memang favourite aku sejak dulu. Pantang nampak orang jual skewer, laju je nak beli. Biasa beli skewer kat pasar malam je, kekeke. Antara skewer yang disediakan di D'Kayangan adalah Ayam Skewer Berempah, Sotong Skewer Berempah Cilantro, Ikan Dory Skewer Berempah, Daging Skewer Berempah Kicap, Udang Skewer Cilantro Pepper, dan banyak lagi. Penggunaan dapur arang ni tidak memerlukan sebarang minyak atau marjerin, so secara tak langsung menjadikan makanan tu sihat dan tak berminyak.


Beberapa menu menarik yang lain juga ditambah di dalam buffet seperti otak-otak, hirisan ikan segar bersama sos air asam, ikan pari assam nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, kepak ayam BBQ dan juga produk baru daripada Icy moonster sebagai pencuci mulut. Menu lain ada seperti biasa termasuk kambing panggang. Kuih muih tempatan, puding, kek, dan aiskrim yang menjadi kegemaran ramai dan tidak ketinggalan air batu campur turut disajikan.




Harga? Sangat berbaloi, hanya RM40.20 (termasuk GST) bagi dewasa dan RM20.05 (termasuk GST) bagi kanak-kanak yang berusia 5-11 tahun. Umur 4 tahun ke bawah free aje. Oh ye, lagi satu. Korang juga berpeluang untuk memenangi tudung Fareeda pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sambil makan pun boleh menang tudung, kelass gitu. Aku sendiri pun boleh dikatakan bertuah jugak la last week sebab aku dipilih untuk menang sehelai tudung Fareeda, Thanks D'Kayangan! Suka sangat-sangat. Tak rugi makan kat D'Kayangan.


Kalau nak makan kat D'Kayangan ni, seeloknya buat tempahan siap-siap sebab kebiasaannya meja memang penuh kalau tak buat tempahan. Talian untuk buat tempahan 012-2971091 / 017-3277904 / 03-55234979.


D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No 1, Apartment Servis Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13,
Shah Alam.


Comments

Mama Darwiish said…
akk suka otak2...sedap nya

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…