2020 - emilinda

Thursday, October 8, 2020

Lebih Jimat Beli di PGMall, Promosi 10.10 Double Digit Sales & Kempen Beli Barangan Malaysia

October 08, 2020 6
Lebih Jimat Beli di PGMall, Promosi 10.10 Double Digit Sales & Kempen Beli Barangan Malaysia

Sejak dunia dilanda pandemic Covid-19 ni, gaya hidup kita nak tak nak memang berubah. Banyak yang berubah, hidup dengan norma baharu. Kebanyakan masa memang habiskan kat rumah. Kalau takde hal penting memang tak keluar. Lagi pulak bila dah ada anak kecil ni, memang risau nak keluar ke sana sini. Saya pilih untuk stay indoor most of the time untuk lindungi diri dan kesayangan. Segala urusan selagi boleh diuruskan secara atas talian, memang saya uruskan atas talian termasuklah shopping. RIndu nak jejak kaki ke mall sebenarnya, tapi kena tahankan diri dulu. Shopping online pun okay jugak sebenarnya, in fact bila shopping online kita boleh berjimat sebab zaman sekarang ni bila shopping online banyak diskaun! That’s why even sebelum musim pandemic ni pun saya memang salah seorang online shopper. Bak kata husband saya, asyik-asyik parcel saya je yang sampai. Courier guy pun dah hafal jalan ke rumah kitorang, hihi.

Sejak musim pandemic ni, shopping online dah jadi macam hobi & rutin pulak bagi saya. Mana tidaknya, semua benda pun saya beli online. Makin banyak pulak platform shopping online yang saya dah mula explore & mula expert, hihi. RIP bank account! Salah satu platform yang saya mula berjinak-jinak guna sejak musim pandemic ni adalah PGMall. Sebenarnya nama PGMall ni tak asing pun bagi saya, dah agak lama saya tahu kewujudannya cuma saya agak lambat terjebak dengan PGMall ni. Sejak tahun 2017 lagi PGMall ni mula famous. It’sokay, better late than never. Not bad tau PGMall ni, rupanya ada banyak pilihan barangan dengan kadar harga yang bagi saya sangatlah menarik.

Kalau korang semak dekat iPrice (https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/) pun, PGMall terletak di kedudukan 3 teratas. Apa maksudnya tu? Maksudnya orang Malaysia memang ramai yang duk guna PGMall untuk shopping, sememangnya telah agak lama mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Dihati saya je lambat sikit dapat tempat hehe. Paling saya suka adalah PGMall ni ada option kaedah pembayaran yang banyak, macam-macam jenis eWallet & payment gateway dia terima. 


Proudly Local

Sejak bulan Julai haritu lagi sampailah Disember 2020 ni, PGMall ada buat kempen Proudly Local, bertujuan menggalakkan orang kita beli barangan tempatan terutamanya barangan keperluan rumah. Siapa lagi nak support barangan local kalau bukan kita kan? #BarangBaikBarangKita . Untuk kempen ni, PGMall ada sediakan kod baucer KBBM20 (RM20 OFF ,Min Spend RM50) dan KBBM30 (RM30 OFF , Min Spend RM100). Boleh jimat banyak sangatlah ni. Boleh refer SINI (https://pgmall.my/proudly-local-campaign ) untuk kempen Proudly Local.


Setakat ni saya duk shopping barangan rumah & keperluan anak dekat PGMall ni. Itu antara barangan yang bagi saya sangat berbaloi beli dekat PGMall, terutamanya barangan elektronik untuk rumah & dapur. Tapi kebelakangan ni sejak musim Covid-19, saya perasan trend beli emas online makin menjadi-jadi. So saja lah usha dekat PGMall ni ada jual emas ke? Ada uols! Memang ada, dan tawarannya pun memang tempting! Meh nak bagi mata uols terbeliak sikit hihi (tapi husband uols pun terbeliak jugak, sekali dengan dompet diorang pun terbeliak sama).


Aurora Italia 10.10 Sale

Special hanya pada 10 Oktober 2020 ni, korang boleh dapatkan Swarovski, barang kemas dan gold bar dengan promosi Fantastic Sales (potongan RM110 tanpa jumlah minima pembelian)! Beli sikit pun memang boleh grab promo ni. Best betul! Now korang dah boleh usha sesiap nak beli yang mana, 10 Oktober nanti tinggal check out dan bayar je. Selagi boleh dapat diskaun, kita usahakan dapat diskaun, tak gitu? RM110 diskaun tu banyak kot, bukan sikit. Untuk promo ni, boleh refer https://pgmall.my/Aurora-Italia-1 .

Yang murah-murah pun banyak je lawa-lawa weyh. Saya duk berkenan dekat earring Mickey Mouse tu, simple but nice. Charms Marvel pun ada okay!


PG Jewel

Kalau rasa takleh nak tunggu 10 Oktober, bermula 9 Oktober korang dah boleh check out barangan dekat store PG Jewel dengan promo Super Sales yang diadakan 9-11 Oktober 2020. Yang ni harga memang harga direct dari kilang. Kos upah serendah RM10, tak ke gila tu? Dah la boleh dapat FREE SHIPPING, lepastu 100 orang pelanggan terawal akan dapat mystery gift! Dah Namanya kedai emas, kot-kot free giftnya pun barang kemas, who knows kannn. Dah cepat, pi usha lekas - https://pgmall.my/PG-Jewel .



PG Gold Museum

Dekat kedai PG Sales Museum ni pun ada special offer dari 9-11 Oktober 2020. Kat kedai ni saya perasan dia punya design gold bar & gold coin lawa-lawa. Saya tahu kat luar sana memang ramai yang suka buat koleksi gold bar & gold coin. Time sale macam ni la boleh jimat banyak kan. Boleh tengok design yang ada, mana tahu ada yang berkenan di hati - https://pgmall.my/Gold-Museum .


K lah korang, saya nak sambung usha barang apa lagi nak beli dekat PGMall ni. Bak kata suami saya “Entah bila la duk beli barang ye, tahu-tahu je ada orang datang nak hantar barang!”. It’sokay abang, isteri abang ni beli barang-barang keperluan yang berbaloi dibeli. Jauh lagi jimat bila beli secara online ni berbanding beli offline. Beli online, macam-macam diskaun ada. Abang pun tak payah la susah payah queue dekat kedai untuk bayar, hehe. Meh la uols, kita shopping together kat https://pgmall.my/home !

So korang tunggu apa lagi? Jom shopping SEKARANG!!! KLIK >>> https://pgmall.my/home

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari website dibawah :

Saturday, July 11, 2020

JJCM Kelantan - Sepoi Sepoi Cafe

July 11, 2020 17
JJCM Kelantan - Sepoi Sepoi Cafe

Assalamualaikum korang! Okay, kali ni nak kongsi tentang satu tempat makan best dekat Bachok, Kelantan. Sebenarnya ini kali pertama saya makan kat luar dengan suami sejak lepas lahirkan Yusuff. Almaklum, bersalin musim PKP, habis pantang pun masih jugak tak setel PKP. So memang duk kat rumah je, ulang alik dari rumah mak dan rumah mertua jela. Umur Yusuff dah 2 bulan lebih baru berkesempatan makan kat luar dengan suami. Itu pun niat asal bukan nak keluar makan pun. Just nak jalan-jalan ambil angin pantai gitu. Kebetulan pulak jumpa kedai tepi pantai ni, so we give it a try.

Konon nak bawak Yusuff jalan-jalan. Tapi Yusuff dari rumah lagi tidur, dah balik ke rumah semula baru bangun haha


Nama kedai ni Sepoi Sepoi Café dan lokasinya memang betul-betul kat tepi pantai. Kira sesuai sangatlah untuk chill lepak petang- petang sambil layan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa tu. Kedai ni kalau tengok dari luar memang tak fancy sangat pun, nampak macam kedai kampung biasa je. Ruangan dapur dibuat dari kontena. Meja dan kerusi pun biasa-biasa sahaja. Tapi menu yang disediakan lebih kepada menu western, dan harganya memang sangat berpatutan. Personally saya rasa harganya murah. Mungkin sebab terbiasa kalau kat KL menu-menu macam ni harganya mahal.

Spaghetti Tempura Buttercream (RM8.90)

Saya order Spaghetti Tempura Buttercream. My first impression bila tengok spaghetti tu, rasa macam tengah makan kat kedai hipster pulak. Sebab dia guna pinggan yang cantik dan presentation spaghetti tu memang menarik. Terus tanya husband “Abang, berapa harga spaghetti dia tulis kat menu tadi?”. This spaghetti cost me less than RM10, and it taste good! Dari segi portion okay, standard portion. Dari segi rasa, bagi saya sedap, memang kena dengan tekak.

Nice plating

Suami order Mee Ombak. Mee Ombak ni kira macam salah satu menu special kat situ la. And yes, sedapp! Next time kalau ke sana lagi saya memang nak order mee ombak ni. Basically mi ombak ni kuah dia ala-ala mi hailam kot kalau tak silap. Tak sama, tapi texture lebih kurang. Mi pulak dia balut dengan telur.

Mi Ombak (RM7)

Close up sikit

As for drinks, saya order Milo Tabur, dan suami order Nescafe. Tak pasti harga berapa. Milo tabur dia memang tak kedekut milo lah. Oh hampir lupa, kat situ ada jual beberapa jenis kek jugak. Saya order Kek Pandan Cheese Leleh. Awalnya saya fikir kek ni jenis yang dijual satu slice macam kek Secret Recipe tu. Rupanya tak, dia jual sebiji tapi tak besar sangat pun. Boleh la 3-4 orang makan sekali hadap. Harga dalam RM13 sebiji. I feel so jakun sebab tak pernah makan kek style cheese leleh macam ni, haha. Rasa dia not bad, sedap. Boleh repeat lagi next time.

Pandan cheese leleh

Husband sempat sembang-sembang dengan orang café tu. Katanya kedai ni dah beroperasi lebih kurang 2 tahun. Yang syoknya kat situ sebab suasana tepi pantai (Pantai Sri Telong if I’m not mistaken) yang tenang. Pantai ni tak crowded macam Pantai Irama Bachok dan pantai-pantai lain. Kira kalau nak santai-santai tu memang nice la. Kalau nak ke café ni, just waze je Sepoi Sepoi Café.

Ni haa kedainya

Repeat lagi tak next time? Yes, akan repeat lagi.

Friday, June 19, 2020

Pengalaman Tumpah Darah Ketika Bersalinkan Anak Pertama

June 19, 2020 19
Pengalaman Tumpah Darah Ketika Bersalinkan Anak Pertama
Terasa nak kongsi pengalaman dan detik-detik bersalinkan anak sulung saya, Yusuff Althaf kat sini. Buat kenangan. Nanti boleh baca balik lain kali.

Due date saya sepatutnya 24 April 2020. Tapi disebabkan saya ada GDM, so tak boleh postdate. Doktor suruh pergi serah diri 23 April kalau baby belum nak keluar lagi. Tak nak kena induce punya pasal, hari-hari saya duk pujuk baby suruh keluar awal. Sepanjang minggu-minggu terakhir tu memang takde tanda-tanda nak bersalin sangat pun. False contraction pun berapa kali je. Tapi dah dekat nak bersalin tu la makin menjadi-jadi craving ABC la, craving air milo kotak la. Nasib baik ada kedai yang jual ABC take away walaupun tengah musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

19 April sekitar jam 4 pagi tersedar sebab duk rasa sakit. Sakitnya tak teruk sangat, kiranya masih boleh bertenang lagi la. Cuma kekerapan sakit tu dalam 5 minit sekali. So saya kejut suami. Dua-dua blur, dah nak bersalin ke? Takde air ketuban atau darah pun yang keluar. Hanya sakit semata. Dah try pergi toilet kot la itu sakit nak buang air besar aje ke. Tapi tak hilang jugak sakitnya. End up saya kejut kakak & mak tanya, sakit macam ni dah nak bersalin ke? Dorang suruh terus ke hospital. Lepastu tukar baju then kejut adik minta tolong drive kan ke hospital. Kot la kalau pergi berdua dengan husband je, kang husband terlebih panik susah jugak. Almaklum pengalaman pertama.

Sepanjang nak ke hospital tu ada 1 roadblock. Husband just bagitahu isteri nak bersalin, then polis tu tak banyak tanya dah. Husband ada bawak air mineral dan biskut konon nak suruh makan dulu alas perut. Tapi dah sakitnya makin menjadi-jadi, memang tak ingat nak makan dah masa tu.

Sampai hospital sekitar jam 5 pagi. Husband hantar ke area labour room then dia pergi setelkan urusan pendaftaran dan lain-lain. Adik pergi cari parking. Nurse dan doktor yang incharge check bukaan, rupanya dah 4cm-5cm masa tu. Tapi waktu tu ada satu masalah lain. Bila nurse check tekanan darah/blood pressure (BP), bacaannya tinggi. Nurse tanya, awak memang ada darah tinggi ke? As far as i know takde. Sepanjang duk pergi check up kat klinik selama ni pun okay je bacaan tekanan darah saya. Berkali-kali nurse dan doktor check BP, masih jugak tinggi. So dorang decide kalau bacaan tak turun jugak dorang akan bagi ubat (lupa nama ubat tu apa). And yes memang sampai masa nak bersalin pun tak turun lagi bacaan. Sepanjang duk tunggu bukaan tu, sakit memang makin menggila. Dari semasa ke semasa they all check bukaan. Nurse dah pesan, jangan teran lagi selagi bukaan belum 9/10cm. Sakit punya pasal memang nurse belum suruh teran pun saya dah teran. Masa tu memang tak ingat apa dah. Yang saya tahu, saya nak baby cepat keluar. Dahaga tu tak payah cakap la kan. Berkali-kali saya minta air, sebab dahaga teramat. Akhirnya sorang doktor ni bagi jugak minum air. Bila saya keep on mengadu sakit sangat, ada sorang doktor pelatih lelaki ni offer untuk sedut gas. Saya setuju je sebab tengah sakit kan. Dia cakap kejap saya pergi ambil ye. Tapi eh kejap tu dia datang balik. "Sorry puan, gas habis la".

Dia punya sakit nak beranak tu, berkali-kali la saya panggil nurse & doktor yang lalu lalang, saya cakap dah nak bersalin. Sakit sangat ni. Bila dorang check bukaan, "eh belum lagi ni. Tunggu kejap je lagi". Bila bukaan dah 9cm, baru ramai-ramai doktor dan nurse masuk untuk standby. Macam-macam kata semangat la dorang bagi, tapi masa tu condition saya dah macam tak keruan sangat dah, jadi macam mamai-mamai. Ditambah dengan kurangnya tenaga, so nak pegang kuat-kuat kat pergelangan kaki sendiri pun tak larat. Bergegar-gegar katil duk tahan sakit. Disebabkan pegangan tangan saya dekat pergelangan kaki asyik terlepas, they all pasang besi dekat katil tu untuk letak kaki saya. Sakit dan tak larat punya pasal, dalam mamai tu saya siap request "Takde cara lain ke nak keluarkan baby ni doktor? Operate jela doktor, sakit ni". Pastu salah sorang doktor lelaki ni tegur "Eh awak jangan mintak macam tu. Awak ingat senang ke bersalin operate? Bila operate ni tak mudah ye, ia datang bersama pelbagai risiko dan komplikasi. Puan boleh bersalin normal ni. Puan kena yakin, kami ada untuk tolong". Memang ramai doktor dan nurse masa tu. Semuanya nak bantu saya untuk proses lahirkan anak saya tu. 2 orang nurse tolong tekan perut saya nak bagi baby keluar. Dorang mintak saya teran tapi nafas saya pendek. Rasa teran dah kuat, tak keluar jugak baby tu. Tapi bila datang rasa sakit nak meneran tu memang saya teran jugak semampu saya. Doktor duk bagi semangat suruh teran lagi sebab katanya jantung baby masih kuat, dan kepala baby dah mula nampak. Tinggal saya nak kena teran bagi baby keluar.

Dalam duk meneran tu, sampai satu tahap saya rasa macam tak sedarkan diri sekejap. Kejap je, rasa macam tak dengar apa-apa, semua samar-samar tapi boleh rasa suasana dalam bilik tu sedikit kalut, ada ramai orang. Saya pejam mata. Sedar bila rasa hangat tubuh baby diletakkan atas perut saya. Dengar doktor minta peralatan untuk potong tali pusat baby. Masa tu saya tahu baby saya dah selamat keluar dah pun. Alhamdulillah, baby lahir jam 9.25 pagi. Penat, saya pejam je mata. Sakit dah berkurang sebab baby dah keluar. Masa tu dah tak ramai staf hospital dalam tu. Ada sorang nurse dan 2 orang doktor je. Boleh rasa doktor duk seluk dengan tangan. Saya tanya, doktor tengah buat apa tu? Doktor cakap dia tengah usaha untuk keluarkan uri, sebab uri saya macam susah sikit nak keluar. Selain diseluk, boleh rasa doktor tekan-tekan perut saya untuk keluarkan darah dan apa yang patut. Lama lagi ke doktor? Katanya lepas keluarkan uri, dia akan bersihkan darah then jahit luka. Baby saya macam mana doktor? Baby sihat, tapi akan ditahan untuk pemantauan dulu sebab kita guna vacuum tadi untuk keluarkan baby. Walaupun doktor dah bius, tapi memang rasa sakit umpama dijahit hidup-hidup ye. Saya sembang jugak la dengan doktor dengan harapan rasa sakit tu tak terasa sangat bila saya tak fokuskan pada kesakitan.

Lepas dah setel jahit luka, saya ditolak ke satu bilik lain untuk pemantauan. Diorang nak pantau bacaan darah saya dan lain-lain hal sebelum dimasukkan ke wad. Lama jugak la saya kat bilik tu sebab setiap kali nurse datang untuk check tekanan darah, bacaannya masih tinggi. Saya berhubung dengan suami hanya melalui whatsapp. Bagitahu dah selamat bersalin apa semua. Suami memang ada je kat kawasan hospital tu duk menunggu walaupun tak boleh teman isteri kat dalam. Nasiblah bersalin musim Covid-19 ni. Lepas bersalin memang rasa lemah sangat. Dah la masih ada rasa sakit walaupun tak seteruk sakit contraction sebelum bersalin. Nak ke toilet untuk tukar pad pun nurse yang tolong tolak guna wheelchair. Berkali-kali saya ke toilet untuk tukar pad sebab darah banyak sangat. Sampai naik pelik nurse yang bertugas. Kerapnya awak tukar pad? Saya senyum jela. Darah memang banyak, sampai melimpah merata-rata kat cadar. Berkali-kali jugak nurse tukar cadar.

Saya ni takde pengalaman bersalin. Ini pengalaman pertama. Jadinya saya memang tak tahu seberapa banyak darah akan keluar lepas bersalin. Macam mana rasanya lepas bersalin? So saya fikir rasa sakit yang saya hadap tu, dan kuantiti darah yang banyak tu adalah perkara normal yang dilalui oleh setiap wanita lepas bersalin. Serious saya ingat itu normal. Duk mengadu jela kat suami melalui whatsapp. Sampai la nurse yang incharge petang tu tolong tolak saya ke tandas untuk tukar pad. Dia tegur katanya muka saya pucat sangat ni. Lepas dah tukar pad, dia baringkan saya kat katil. Dia minta untuk check jahitan luka saya. Bila dia tarik pad yang saya pakai, darah memang banyak. Time tu muka dia dah lain sikit "Eh tak normal ni. Kejap ye saya panggil doktor". Sorang doktor perempuan datang, seluk dan tarik keluar ketulan darah beku. Memang banyak, penuh satu plastik. Tiap kali dia tarik keluar darah beku, memang rasa hangat je darah tu lalu keluar. Kebetulan ada beberapa orang doktor lelaki buat rondaan. Dorang duk discuss sesama dorang pasal darah beku tu. Salah sorang doktor lelaki tanya, tadi doktor mana yang jahit luka awak ye? Memang saya tak ingat la kan doktor yang jahit luka tu nama apa. Bila dikelilingi ramai doktor dan dari perbualan dorang tu kita tahu ada something wrong, memang rasa nak menangis. Cuak semua ada. Dari perbualan dorang katanya ada komplikasi yang dipanggil hematoma. Lebih kurang macam tumpah darah la kot. Doktor cakap suruh get ready untuk ke bilik bedah. Kena buka balik jahitan untuk keluarkan darah beku & fix apa yang patut. Tuhan je tahu perasaan saya masa tu. Sungguh, dengan keadaan lemah macam tu nak kena lalui proses buka balik jahitan bersihkan semua, memang saya dah fikir macam-macam. Ajal aku dah tak lama ke? Kalau ada silap sikit masa dorang buat tu nanti, what will happen to me? Memang susah nak kekal positif, suami pun tak disisi. Sempat saya tanya nurse, nanti doktor buat semua tu dia bius tak? Nurse cakap memang doktor akan bius.


Bermulalah dari situ saya ditolak ke pelbagai jenis bilik untuk persediaan sebelum masuk bilik bedah. Yela, dorang nak scan tengok lepas tu entah apa lagi entah. Saya bagitau suami melalui whatsapp je. Masa ni rasa sedih, takut semua ada. Rasa rindu nak suami peluk tenangkan kita. Tapi melalui whatsapp jela boleh. Malam sekitar jam 9 lebih saya ditolak ke bilik bedah. Masa ni phone memang dah serah kat nurse untuk disimpan. Sayunya hati rasa masa tu. Sebelum pergi tak habis-habis whatsapp suami mintak maaf, mintak dia doakan.

Sampai bilik bedah, ada sorang doktor brief saya tentang prosedur yang dorang akan buat. Lepastu saya turunkan tandatangan untuk kebenaran. Awalnya dorang nak bius saya separuh badan dari pinggang ke bawah. Kira dalam separuh sedar la kot. Tapi end up dorang decide untuk tidurkan saya terus sebab katanya condition saya berisiko tinggi kalau bius separuh badan. Berkemungkinan boleh lumpuh lepas tu. Dorang bagi gas untuk saya sedut. Lepas 2 atau 3 kali sedutan, memang saya tak sedar pape dah. Saya hanya sedar bila sayup-sayup dengar suara diorang kejut saya "Puan, bangun puan. Tahniah puan, dah selamat semuanya". Dalam keadaan masih mamai, saya ditolak keluar dari bilik bedah. Masa tu baru terpandang muka resah gelisah suami yang duk menunggu kat luar. Rasa sebak, sedih sayu semua ada bila nampak suami. Sempat la jumpa kejap sebelum nurse tolak saya masuk ke bilik pemantauan tadi. Ayat pertama yang saya cakap kat suami adalah "Abang, nak air", tapi tak kedengaran sangat sebab tekak saya terasa perit sangat. Suami pandang nurse, nurse cakap "Belum boleh minum air lagi. Lepas beberapa jam baru boleh minum". Dah sampai ke bilik, saya tengok jam di dinding rupanya dah pukul 3 lebih. Punyalah lama saya kat bilik bedah. Apalah perasaan suami saya sepanjang menunggu tu agaknya.

Saya tidur sampai la sekitar jam 6 pagi nurse datang kejut sambil bagi air milo dan roti. Katanya dah boleh minum. Saya masih dipantau di situ, sampailah malamnya baru dimasukkan ke wad. Disebabkan komplikasi tu, dalam 5 hari jugak la saya kat hospital. Terlalu banyak darah yang hilang, so 3 pek darah ditransfuse. Sepanjang 5 hari tu memang nightmare la. Kedua-dua lengan saya sampai bengkak-bengkak dan sakit-sakit dek kerana terlalu kerap dicucuk untuk ambil darah, drip air, ubat dan transfuse darah. Hari ketiga baru saya dapat jumpa suami ketika waktu melawat. Dan haritu jugaklah baru saya larat jenguk anak kat NICU. Hari ketiga baru dapat tatap wajah anak sendiri. Itu pun ditolak oleh suami guna wheelchair. Tapi masa tu baby tengah tidur. Malamnya nurse dari NICU datang hantar baby ke katil saya. Katanya baby dah discharge, so baby boleh duk sekali dengan ibu dalam wad.

Sebaik sahaja baby dihantar ke wad untuk bersama saya

Baby ada jaundice, tapi tak teruk sangat

Pengalaman melahirkan anak sulung ni memang akan ingat sampai bila-bila. Bukan mudah rupanya nak lahirkan anak. Seolah-olah pergi berperang tapi belum tentu pulang dalam keadaan masih bernyawa. Isk, macam mana la mak hadap 9 kali beranak. Nasib saya bersalin ketika musim wabak Covid-19, so suami tak boleh teman. Yang tu saya memang awal-awal lagi dah redha dah suami tak boleh teman. Cuma bila proses bersalin tak selancar yang kita fikir, dan ada pulak komplikasi selepas bersalin. Memang masa tu rasa perlukan suami disisi. Alhamdulillah walaupun suami tak berpeluang teman dalam labour room, tapi suami banyak bagi support lepas bersalin. Sekarang bila pandang muka anak waktu dia tengah tidur, rasa berbaloi segala kesakitan tu. Tapi kalau nak suruh beranak lagi sekali, hmmm pikir banyak kali jugak tu bhahahah. Tunggulah Yusuff dah besar nanti. Lagi 3 atau 4 tahun ke. Bagi Yusuff besar dulu. Saya sendiri pun perlukan ruang dan masa agar lebih bersedia lepas ni.



By the way lepas dah discharge hari tu, ada tanya suami apa dia rasa masa duk tunggu saya kat hospital. Katanya macam-macam dia fikir, risau tu memang ada. Lagi pulak bila tahu ada komplikasi. Dah la nurse tak update pape pun. Dia tak tahu pun samada saya dah ditolak ke bilik bedah atau belum. Dia duk tunggu je kat luar area labour room. Bila dah lama sangat, dia tanya nurse. Nurse cakap dah kat bilik bedah. Barulah dia ke bilik bedah, tunggu kat luar sorang-sorang. Risau, takut semua ada katanya. Macam-macam kat fikiran masa tu.


Time ni dah balik ke rumah

Alhamdulillah semuanya selamat. Saya pun dah makin sihat, baby pun alhamdulillah sihat. Yusuff dilahirkan dengan berat 3.37kg , agak besar ye. Terima kasih untuk semua staff HUSM atas layanan sepanjang saya kat hospital. Terima kasih untuk nurse & doktor KKIA Taman Pantai Indah, Klinik Myfamily by Mysonoworld Ampang, Klinik Desa Telaga Ara, dan Klinik Kesihatan Gunong.

Saturday, March 14, 2020

The 3rd Place Cafe, Kota Damansara

March 14, 2020 0
The 3rd Place Cafe, Kota Damansara
Assalamualaikum dan hai korang! Baru-baru ni saya berkesempatan turut serta dalam sesi food review di The 3rd Place Café yang bertempat di Kota Damansara. Ini merupakan kali pertama saya jejakkan kaki ke café ni. Awalnya saya fikir waze bawa saya ke tempat yang salah, sebab lokasinya kelihatan seperti di Kawasan kilang. Sebelum sampai ke café tu pun memang ada Kawasan jalan yang tengah buat construction, so lagi la saya fikir waze salah tunjuk. Tapi bila dah nampak pintu café baru yakin sikit.


Sebelum saya cerita lebih detail tentang menu-menu kat The 3rd Place Café, saya terlebih dahulu nak sentuh sedikit tentang suasana dan dekorasi dalam café. Ruangan kat The 3rd Place Café ni dibahagikan kepada beberapa bahagian yang berlainan. Ada yang totally indoor, dan kalau nak fefeeling kat bahagian luar pun boleh. Suasana dan dekorasi café bagi saya memang selesa dan konsep café lebih kepada western dining yang kalau korang nak lepak-lepak chill dengan member sesuai sangatlah. Ruangannya pun cantik dan instagrammable.


Now saya nak sentuh pula bab menu. Okay, sebenarnya kalau nak cerita tentang menu kat The 3rd Place Café ni, banyak sangat menu yang ada. Tapi takdelah saya nak review kesemua menu yang ada kan. Yela, tak semua menu saya cuba pada hari berkenaan. So menu yang saya dah cuba je saya akan ulas.

Menu Sarapan Pagi 

Kalau ikut taste saya, bila nak sarapan pagi memang saya prefer menu yang portion besar dan mengenyangkan macam The Big English Breakfast ni. Dalam satu hidangan boleh rasa macam-macam perkara, kenyang pun kenyang untuk teruskan aktiviti pada hari berkenaan. For those yang suka makan salmon, maybe korang boleh cuba menu Salmon & Avocado untuk sarapan korang. Disebabkan saya bukan penggemar ikan salmon, makanya saya lebih memilih The Big English Breakfast.

The Big English Breakfast RM20

Salmon & Avocado


Pasta

Sebagai seorang penggemar pasta, setiap kali ke restoren/café yang menyediakan hidangan pasta, memang saya akan teruja nak cuba pelbagai jenis pasta yang ada. Dekat The 3rd Place Café ni saya berkesempatan merasa Seafood Aglio Olio dan Pasta Arabiatta. Kedua-duanya sedap, tapi hati saya lebih terpikat dekat Seafood Aglio Olio. Sedap! Terbayang-bayang ni kesedapan Seafood Aglio Olio kat The 3rd Place Café. Mungkin next time boleh repeat kot?

Seafood Aglio Olio RM24

Pasta Arabiatta RM18


Hidangan Utama Barat

French Confit Chicken tu not bad tau rasa dia. Bagi saya, hidangannya nampak simple dan tak fancy sangat, tapi at the same time rasa dia tu sedap. Crispy Spring Chicken pulak kalau makan panas-panas memang sedap, tapi kalau dah sejuk agak kurang sedikit. So korang tak payah nak beriya tangkap gambar sangat sampai makanan pun dah sejuk ye, hehe.

French Confit Chicken RM23

Crispy Spring Chicken with Mushroom Sauce RM21

Oh ye, Pan Seared Seabass with Sweet Potato Puree ni serious nampak sedap dan menggoda. Tapi lupa nak cuba, huarghhhh. Dah balik rumah belek-belek balik gambar baru rasa macam “Eh kenapa macam lupa nak cuba yang ni tadi?”.

Pan Seared Seabass With Sweet Potato Puree RM26


Hidangan Malaysia

Signature Nasi Lemak Rendang Chicken – Yang ni sekali pandang memang nampak menyelerakan. Paling menyelerakan dia punya telur rebus tu, telur kuning dia menggoda betul. Siap dengan rendang ayam lagi tu. Portion dia agak besar bagi saya, so kalau dapat habiskan satu hidangan ni pun dah kenyang tersadai kot.

Signature Nasi Lemak Rendang Chicken RM17

Honestly I am not really a fan of wonton noodles. Dari dulu sampai sekarang memang tekak kurang menggemari mi wantan. But for this Signature Fried Wonton Noodles, I give it a try lah. Saya cuba jugak sikit. Boleh la, not bad bagi orang yang kurang gemar mi wantan macam saya ni.

Signature Fried Wonton Noodles RM16


Sandwich

How I wish the café nearby my office got this kind of menu. Signature Club Deckers ni sedap kot. Sometimes kalau tengah sibuk buat kerja kat ofis tu dan tiba-tiba terasa lapar tapi taknak makan yang heavy sangat, menu macam ni la yang saya mahukan. Tapi tu lahhh, The 3rd Place Café ni jauh dari ofis saya.

Signature Club Deckers RM15


Japanese Dishes

They have a few types of ramen. But I don’t get to try any of it because masa tu perut dah kenyang sangat. Mungkin next time kalau saya ke café ni lagi, saya akan cuba. Tapi, dia punya gyoza sedap weyh. Ada dua jenis iaitu Chicken Gyoza dan Kimchi Gyoza. Dua-dua sedap.

Gyoza


Pencuci Mulut

I can’t say no to desserts. So I tried both Chocolate Churros and Banana Fritters. I loveee their Banana Fritters. Pisang dan coklat yang dibalut dengan kulit popia, lepastu digoreng. Bila kita gigit tu, terasa manis pisang dan coklat yang meleleh keluar dari kulit popia. As for the Chocolate Churros, pun sedap. Tapi yang ni seeloknya makan waktu panas laaagi sedap.

Banana Fritters RM12

Chocolate Churros


Minuman
Kat café ni ada sediakan minuman panas berkafein jugak. Semua nampak sedap, tapi disebabkan saya tengah pregnant dan tengah kurangkan pengambilan kafein, so I go for their cold pressed juice instead. Juice yang dah dibotolkan sesiap, sedap! Ada 5 jenis dan perisa berlainan.

Cold Pressed Juice RM12/each

Oh hampir lupa tentang Mushroom Cappuccino Soup ni. Serious yang ni sedap, kalau korang ke café ni korang patut cuba. Mushroom soup dia sedap! RM10 je.

Okay that’s all about some of the menus that I managed to try dekat The 3rd Place Café. Overall not bad lah café ni. For me harganya pun tak lah mencekik, masih reasonable. Kalau lokasinya lebih dekat dengan Kawasan rumah saya, rasanya saya akan kerap ke sini. Tapi sebab lokasinya dekat Kota Damansara, so yeah sekali sekala boleh la singgah.


The 3rd Place Cafe
(Signature Kitchen Building) Lot 24, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor 1,
Kota Damansara, PJU 5 Petaling Jaya, Selangor
No telefon : 03-6286 7033

Thursday, February 27, 2020

Tingkatkan Potensi Diri Melalui Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020

February 27, 2020 15
Tingkatkan Potensi Diri Melalui Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020
NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020

Assalamualaikum & hai korang! Sekitar bulan lepas ada member ajak saya join Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020. Alah, program motivasi untuk para usahawan atau bakal usahawan anjuran pihak Richworks. Rasanya ramai yang tahu pasal program ni, dan ramai yang memang pernah join Program Nak Ubah Hidup (NUH) ni pada tahun sebelumnya. Jujur cakap, saya rasa excited sangat bila member ajak join program ni. Yela, saya memang minat bab berniaga dan sejujurnya saya memang dah lama teringin nak join program anjuran Dr Azizan Osman ni. Selama ni duk baca perkongsian orang lain tentang luarbiasanya aura dan semangat yang mereka perolehi dari Program Nak Ubah Hidup (NUH) ni.


Sedikit sebanyak tentang Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 ini. Ianya merupakan program 3 hari berturut-turut yang diadakan bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk meningkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui perancangan bisnes yang Berjaya dan menguntungkan. Beberapa tahun yang lepas saya pernah join program lain yang diadakan oleh Dr Azizan Osman (yang tu program separuh hari). Lepas je habis program tu memang semangat berkobar-kobar, motivasi diri rasa menjunam naik.



Jangan tak tahu, Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 ini bukan sahaja dihadiri oleh warga Malaysia, bahkan turut dihadiri oleh peserta dari Brunei dan Singapura. Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 13,000 orang. Dari pagi hingga ke malam, Setia City Convention Center (SCCC) dibanjiri oleh para peserta program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 ni.


Yang syoknya, untuk NUH 2020 ni ada penampilan istimewa Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad pada hari kedua berlangsungnya program.

Selama 12 tahun (2008-2020) pengalaman dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, ternyata semakin ramai orang yang tahu dan faham bahawa sebenarnya perniagaan dapat membantu mereka meningkatkan kualiti hidup dan tahap pendapatan mereka. Tapi, nak mula berniaga ni kena lah ada ilmu yang betul di dada. Barulah perniagaan tu ada hala tuju yang pasti. Kebiasaannya apabila sesuatu pernigaaan tu tiada hala tuju yang pasti, ramai usahawan yang tidak mampu terus bertahan dalam perniagaan yang dimulakan. Dalam tempoh 3 tahun pertama, ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diimpikan.


Disebabkan perkara sebeginilah, Richworks International dan pengasasnya Dr Azizan Osman cuba menghulurkan bantuan. Dr Azizan Osman sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa. Beliau juga pernah mengalami kegagalan dalam perniagaan dan disebabkan itulah beliau cuba bantu lebih ramai orang agar dapat mengubah hidup ke arah yang lebih baik.

Kalau dilihat dalam kalangan para usahawan tempatan yang berjaya zaman sekarang, ramai merupakan anak didik Dr Azizan Osman. Hasil bimbingan beliau, ribuan usahawan tempatan Berjaya mendapat hasil jualan di luar jangkaan. Rata-rata anak didik Dr Azizan Osman datang dari pelbagai pelosok negeri, termasuk usahawan dari luar bandar. Sesetengah dari mereka hanya bermula dengan produk/perkhidmatan yang biasa-biasa sahaja (seperti menjual baju kurung, kek, masak char kuey teow), tetapi mereka berjaya mandapatkan hasil jualan jutaan ringgit. Tak termotivasi ke kita dengan kejayaan orang lain?


Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty merupakan salah seorang anak didik Dr Azizan Osman. Didalam satu sesi forum, Eriyca Baiduri berkongsi kisah kejayaan beliau dimana beliau memulakan bisnes pada tahun 2017. Pada ketika itu, Facebook Live tengah trending. Pada awalnya Eriyca Baiduri hanya berkongsi tips-tips kecantikan menggunakan platform Facebook Live. Surprisingly, dalam masa sebulan followers Eriyca Baiduri terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Dari situ, Eriyca Baiduri mula menuntut ilmu marketing dalam salah satu program anjuran Richworks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program menthorship yang mendapat bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya, dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik mendadak kepada RM18.3 juta pada 2019. Melalui perniagaannya, Eriyca Baiduri mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Paling mengujakan, Eriyca Baiduri turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada top stokis beliau.

Satu lagi kisah usahawan berjaya dibawah didikan Dr Azizan Osman yang menarik perhatian saya adalah kisah Rosli Ismail dari Oli Collection. Pada awalnya Rosli Ismail hanya menjual cadar selama 20 tahun, tetapi pada satu tahap perniagaan beliau stuck dan seolah tidak mampu pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018, sales beliau menurun disamping mengalami pelbagai cabaran lain. Enggan berputus asa, Rosli Ismail mendapatkan bimbingan Dr Azizan Osman. Sebelum menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta dalam masa 20 tahun berbisnes. Tapi pada tahun 2019, sales beliau mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hamper ditutup sebelum ini.

Bila baca kisah-kisah yang inspiring macam ni, dapat saya simpulkan bahawasanya dengan adanya mentor, ilmu dan juga tindakan berterusan dari para usahawan, kejayaan pasti boleh dimiliki. Program sebegini bukan sahaja membantu usahawan mencapai jualan yang biasa-biasa, bahkan mendapat jualan yang luar biasa.


TENTANG AZIZAN OSMAN

Seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat kejayaan yang memberangsangkan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.

Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah
▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun
▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030


TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE. Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.

Antara topik dan pengisian program adalah:
1. Pengurusan Bisnes
2. Pemasaran
3. Jualan
4. Pematuhan Undang-Undang
5. Perakaunan & Percukaian
6. Operasi
7. Kepimpinan
8. Pembangunan Diri
9. Pelaburan


TITANIUM RICHWORKS

Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership” setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan.

Sejak 2015, menerusi program Mentoring Titanium RichWorks, Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun. Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi.


SPIRE RICHWORKS

SPIRE adalah Program “Mentoring Membership” setahun yang membantu usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership. Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di landasan yang betul dalam membaik pulih sistem bisnes supaya mereka lebih cepat berkembang. Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.”

Antara industri yang dipelopori oleh Anak Didik Dr Azizan Osman termasuk:
1. Fesyen dan pakaian
2. Kesihatan dan kecantikan
3. Makanan dan minuman
4. Pendidikan dan latihan
5. Perkhidmatan profesional (doktor / peguam / akauntan / dan lain-lain lagi)
6. Perkhidmatan kewangan, insurans atau takaful
7. Pembinaan / kejuruteraan / telekomunikasi / pembekalan
8. Perladangan dan pertanian

Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini sejak SPIRE ditubuhkan pada November 2018 telah mencecah lebih RM350 juta setahun.


Untuk maklumat lanjut boleh layari https://nakubahhidup.com/ dan juga korang dah boleh menempah slot korang untuk program NUH akan datang. Jom tingkatkan potensi diri!

EPHYRA PLUS | KEKALKAN TENAGA BERPANJANGAN SEMASA HAMIL

February 27, 2020 12
EPHYRA PLUS | KEKALKAN TENAGA BERPANJANGAN SEMASA HAMIL
Sejak berbadan dua ni, banyak perubahan berlaku pada diri saya. Selain perubahan fizikal, dari segi tenaga pun rasa makin lesu. Jadi cepat penat dan asyik rasa tak bermaya. Biasalah kan sebab perubahan fizikal dan hormone. Tapi disebabkan saya ni seorang yang punya kerja hakiki setiap hari, tak boleh la nak layankan sangat rasa penat dan lesu tu. Takkan asyik nak menghilang dari ofis je kan? Nak tak nak kena jugak hadap kerja setiap hari. Bukan itu sahaja, saya juga mengalami masalah sembelit yang agak teruk, selain masalah penghadaman. Saya perasan masalah ni makin menjadi-jadi sejak masuk trimester ketiga ni. Berjalan nak ke ofis pun rasa mengah, jalan slow macam pingu dah bawak perut yang makin membulat hahah.


Kakak saya suggest suruh amalkan balik minum minuman tambahan Ephyra Premium. Katanya masa dia mengandungkan anak-anak dia dulu memang dia amalkan minum Ephyra selain supplement yang pihak klinik bekalkan. Memang sedikit sebanyak membantu untuk buat kita kekal bertenaga setiap hari disamping manfaat yang lain juga. Rasanya dah bertahun saya tak minum Ephyra Premium tu. Dulu stop consume sekejap atas kekangan kewangan. Kononnya nak start minum balik, tapi asyik bertangguh aje. Ini dah hujung-hujung kehamilan baru saya serious nak minum balik. Lagi pulak kakak saya cakap Ephyra ni kalau diteruskan pengambilannya selepas bersalin dan dalam tempoh menyusu, banyak manfaatnya untuk si ibu dan juga bayi. So saya usha la social media pihak Oceanlife sebab nak beli kan. Tapi rupanya pihak Oceanlife dah rebrand Ephyra Premium kepada Ephyra Plus. Kiranya ia masih produk minuman kesihatan yang sama, cuma ianya diberi nafas baru dan diperelokkan lagi. Packaging pun dah lain tau sekarang! Takde dah yang sekotak 30 sachet tu, semua dia buat 15 sachet je 1 kotak.

Kini dipaketkan dalam kotak lebih kecil

Manfaat baru Ephyra Plus masih juga sama seperti Ephyra Premium yang mengekalkan kombinasi lebih 10 bahan dari sumber semulajadi yang kaya dengan vitamin dan mineral termasuklah bahan tambahan baru iaitu L-cysteine. Yang penting khasiatnya tetap sama dan rasanya pun masih dikekalkan, masih rasa oren sugus yang sedap tu. Saya bagi suami saya minum jugak, dia pun suka sebab rasanya sedap. Apa yang lainnya Ephyra Plus ni berbanding Ephyra Premium? Selain dipasarkan dalam kotak kecil 15 sachet yang mudah dibawa ke mana-mana, saiz sachetnya juga diperkecilkan. Walaupun saiz sachet semakin kecil, tapi kuantitinya tetap sama 15g/sachet. Saya suka sachet kecil macam ni, senang nak selit dalam handbag.

Saiz sachet pun lebih kecil

For those yang tak tahu, Ephyra Plus ni diformulasi dengan lebih 10 bahan terbaik dari sumber semulajadi iaitu L-Cysteine (bahan terbaru), Astaxanthin, Gam Akasia, Salmon Ovari Peptide, Serbuk Tomato, Marigold Extract, Acerolla Cherry, Superberry (Cranberry extract, Bilberry extract). Acai Berry, dan Kolagen Ikan Laut Dalam. L-Cysteine yang merupakan bahan terbaru dalam formulasi Ephyra Plus ini merupakan salah satu agen utama antioksida dan ianya diekstrak dari sayur-sayuran hijau seperti brokoli, asparagus, kubis, dan sawi. Fungsi L-Cysteine adalah dalam proses detoksifikasi dan meningkatkan kadar glutathione dalam badan. Penting ye untuk melindungi tisu badan dan mencerahkan kulit secara semulajadi. L-Cysteine  digabungkan dengan Vitamin C dalam Ephyra Plus menjadikan ianya sangat bagus untuk mencerahkan kulit, merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, tona tak sekata, meningkatkan metabolisma badan serta memberikan tenaga yang berpanjangan. Ianya juga bagus dalam melawan radikal bebas bagi melambatkan proses penuaan sekaligus memberi keanjalan pada kulit.


Disebabkan Ephyra Plus ni turut sesuai untuk diamalkan oleh ibu mengandung, berpantang dan menyusu, makanya saya memang bercadang nak teruskan pengambilan Ephyra Plus ni selepas dah bersalin nanti. Yela, produk Ephyra ni memang tak asing lagi pada saya dan kakak-kakak saya. Kami memang pernah consume Ephyra selama bertahun dan banyak manfaat positif yang kami dapat, so saya memang tak ragu-ragu untuk kembali amalkan minum Ephyra ni semula. Ephyra ni bukan untuk kaum hawa je tau, kaum lelaki pun sesuai juga amalkan.


So far sejak kembali amalkan minum Ephyra ni, saya selalu minum Ephyra pada waktu malam sebelum tidur. Sebenarnya boleh minum samada pagi sebelum sarapan atau malam sebelum tidur. 1 sachet Ephyra tu boleh bancuh dengan air sejuk atau air suam. Air panas tak boleh ye, dikhuatiri berkurangan khasiatnya. Tentu-tentunyalah saya suka bancuh dengan air sejuk, hihi. Dah la rasa dia sedap, bancuh pulak dengan air sejuk. Perghhh, segar rasa. By the way bila amalkan minum Ephyra ni, seeloknya kurangkan/jarakkan pengambilan kafein. Air masak memang disarankan minum dalam kuantiti yang secukupnya.



So apa perubahan yang boleh saya rasa sejak kembali minum Ephyra Plus ni? Pertamanya yang paling ketara adalah dah kurang sembelit, yeay alhamdulillah. Tahu sahaja lah, ibu mengandung dengan masalah sembelit memang sangatlah sinonim. Sejak kembali amalkan Ephyra ni, terasa lebih lawas pula. Masalah penghadaman pun makin berkurangan. Satu perkara lagi yang saya suka adalah dari segi tenaga. Pagi bangun dari tidur rasa lebih bertenaga nak teruskan rutin harian. Takdelah lemau dan lesu aje memanjang. Selalunya belum sempat tengahari dah mengadu tak larat kat suami. Now rasa lagi better. Orang kata elok untuk kurangkan morning sickness juga. Yang ni saya tak pasti sebab di trimester ketiga ni memang saya dah takde morning sickness dah. Moga-moga khasiat dari Ephyra Plus ni turut memberi manfaat kepada bayi saya dalam kandungan ni.


Memang sebelum ni saya ada banyak terbaca orang cakap elok minum Ephyra ni semasa mengandung sebagai persediaan untuk perbanyakkan susu badan. Siapa je tak nak susu badan yang banyak untuk si anak kan? Memang niat nak full breastfeed anak at least 6 bulan pertama. Moga-moga dipermudahkan. Masa berpantang pun orang kata elok minum Ephyra ni untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin disamping terus membekalkan tenaga kepada si ibu. Baby pun dapat manfaat jugak sebab kita menyusu baby kan. Bab kulit cantik, tak kusam dan berseri tu memang plus point lah kan. Siapa je taknak jadi cantik, kan? Hehe. Moga-moga saya terus istiqamah minum Ephyra Plus ni setiap hari sampai lah dah bersalin, dalam pantang, dan dalam tempoh menyusu.

Don’t worry, Ephyra Plus ni memang ada kelulusan KKM dan ianya diklasifikasikan sebagai makanan tambahan. Sijil HALAL dari JAKIM pun ada, dan  pernah mendapat anugerah Super Health Brand 2016 – 2018. Harga bagi sekotak Ephyra Plus (15 sachet) adalah RM88. Kalau untuk penggunaan sebulan, beli je 2 kotak terus dengan harga RM176.


Untuk maklumat lanjut :
Website : www.ephyra2u.com
Facebook : Ephyra Oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u / @ephyra.hq
Whatsapp : 0341417889 / 0197521665