August 2019 - emilinda

Tuesday, August 20, 2019

Sedapnya Minuman Arwa! Mengandungi Khasiat 8 Makanan Sunnah Pulak Tu.

August 20, 2019 14
Sedapnya Minuman Arwa! Mengandungi Khasiat 8 Makanan Sunnah Pulak Tu.
Baru-baru ni dalam duk mencari-cari supplement yang bersesuaian untuk diri, saya diperkenalkan dengan satu jenama produk minuman harian yang saya kira boleh saya jadikan alternatif selain pengambilan supplement. Kenapa saya kata minuman tu boleh jadi alternatif kepada produk supplement? Sebab ianya mengandungi bahan-bahan makanan sunnah yang sememangnya mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Yela, kadang kalau nak ambil supplement pun risau jugak zaman sekarang ni. Supplement ada pelbagai jenama, dan bahan yang digunakan pun memang pelbagai – mungkin ada yang bersesuaian dengan kita, tidak kurang jugak yang turut mendatangkan kesan sampingan untuk jangkamasa panjang.


Jenama minuman yang saya maksudkan adalah minuman jenama ARWA. Sebut elok-elok ye, ARWA bukan arwah. Hihi. Arwa ni adalah dari perkataan Arab yang membawa maksud puas, segar, terpenuhi atau menyenangkan. Dalam konteks minuman ni kiranya macam bila kita minum minuman ni, ianya memberikan kepuasan, kesegaran, dan amat menyenangkan si peminum. Minuman Arwa ni didatangkan dalam 3 variasi yang berbeza iaitu Susu Kurma Strawberi, Minuman Coklat Mocha, dan Minuman Coklat Kurma. Minuman Arwa adalah produk muslim keluaran Imanni Skinz, sebuah syarikat bumiputera yang diusahakan oleh anak tempatan.


Tidak dinafikan sekarang ni memang ada banyak sangat jenama supplement kat pasaran. TAPI, yang specialnya minuman ARWA ni adalah ianya boleh di minum setiap hari oleh seisi keluarga bermula usia 10 bulan dan keatas. Ianya bukan dalam kategori supplement, sebaliknya dalam kategori minuman harian. Alah, sama macam minuman harian yang kita duk bancuh waktu sarapan/makan dengan family tu. Cuma yang menjadikan minuman Arwa ni lain daripada yang lain adalah pada penggunaan bahan-bahannya. Minuman Arwa ni mengetengahkan penggunaan makanan sunnah seperti kurma, madu, habatussauda, kismis, zaitun, delima, dan seumpamanya.


Minuman ARWA tanpa gula putih & Maltodekstrin ini bukan saja sedap dinikmati seisi keluarga, tapi dek kerana penggunaan bahan makanan sunnah, ianya dikatakan dapat memberi fungsi tambahan lain yang tidak di sangka. Innya adalah rendah kalori kerana penggunaan gula putih telah digantikan dengan gula nano. Haaa jom saya ceritakan satu persatu khasiat dan manfaat yang boleh diperolehi dari minuman Arwa ni.

ARWA COKLAT KURMA


Mengandungi 8 makanan Sunnah – delima, madu, habbatus sauda, kismis, zaitun, almanna, dan za’faran. Minuman Arwa Coklat Kurma dikatakan dapat membantu memulihkan penyakit ekzema dan gatal-gatal terutama dalam kalangan kanak-kanak. Kita sendiri sedia maklum, ekzema ni memang antara masalah yang selalu menimpa kanak-kanak. Manfaat lain adalah dapat memberikan tenaga, melegakan sembelit, serta turut berfungsi sebagai penggalak susu / milk booster untuk si ibu. Selain menjadi milk booster, ianya elok diamalkan oleh ibu hamil/menyusu kerana manfaatnya dapat disalurkan kepada si anak untuk meningkatkan IQ.


ARWA SUSU KURMA STRAWBERI


Susu kambing berperisa strawberi yang mengandungi vitamin C dan 8 makanan sunnah - delima, madu, habbatus sauda, kismis, zaitun, almanna, dan za’faran. Kita sendiri sedia maklum bahawasanya makanan sunnah mempunyai khasiat yang sangat elok. Vitamin C yang terkandung di dalam susu ini berfungsi mencerahkan kulit, mengurangkan jerawat, serta membantu meningkatkan sistem imunisasi. Khasiat susu kambing pula berupaya mencegah penuaan, imunisasi badan, memberi tenaga, meningkatkan haemoglobin (HB), serta membantu masalah penghadaman antioksidan.


ARWA COKLAT MOCHA


Selain 8 jenis makanan Sunnah, ianya turut mengandungi bahan aktif Garcinia Cambogia yang dipercayai boleh meningkatkan hormone serotonin dalam otak untuk mengurangkan rasa lapar dan memberikan tenaga. Selain itu ianya mempercepatkan proses pengecutan rahim semasa berpantang dan menambah susu badan. Garcinia Cambodia juga mengandungi Asid Hidroksi Sitrik (HCA) yang bertindak sebagai bahan yang merencatkan nafsu makan dan mengurangkan berat badan. Disebabkan itulah minuman tanpa kafein Arwa Coklat Mocha dikatakan bermanfaat untuk mereka yang mengalami masalah kurang lawas, buncit dan seumpamanya kerana ianya turut berfungsi melawaskan perut. TETAPI, harus diingatkan bahawa kerana mengandungi Garcinia Cambogia, makanya Arwa Coklat Mocha tidak sesuai diminum oleh ibu mengandung dan kanak-kanak.


Dari segi rasa, bagi saya memang sedap. Paling saya suka sebab ianya tidak terlalu manis seperti kebanyakan minuman coklat/susu kat pasaran. Variasi minuman Arwa kegemaran saya semestinya Arwa Susu Kurma Strawberi dan Arwa Coklat Kurma. Suami saya pulak lebih gemar Arwa Minuman Coklat Mocha. Walaupun minuman Arwa ni mengandungi kurma, tapi rasa kurmanya takdelah ketara sangat sampai mengganggu rasa perisa susu itu sendiri. Syok betul bila dapat minum minuman yang sedap tapi dalam masa yang sama juga dapat berikan semua khasiat yang ada untuk tubuh. Jadi jika korang juga salah seorang pengemar minuman coklat dan susu, jemputlah cuba produk ARWA yang awesome ni sekali. Dengar kata, jualan minuman Arwa ni memang tinggi terutama dalam kalangan ibubapa untuk anak masing-masing.


Hampir lupa pula nak cerita tentang harga minuman Arwa ni. Minuman Arwa dipasarkan dengan harga RM35 (Semenanjung Malaysia) / RM45 (Sabah & Sarawak). Tapi, sekarang ni they all tengah ada promosi. So setiap pek dijual dengan harga promosi RM28 sahaja. Setiap pek mengandungi 10 sachet (10 sachet x 25gm). Cara nak bancuh pun mudah je. Hanya tuangkan satu sachet ke dalam secawan (150ml) air panas, kacau dan sedia diminum.




NOTA PENTING :
1. Minuman Arwa yang bersesuaian untuk kanak-kanak adalah Arwa Susu Kurma Strawberi dan Arwa Coklat Kurma. Untuk kanak-kanak diusia yang masih kecil, disarankan hanya ½ sachet sahaja.
2. Arwa Coklat Mocha tidak sesuai untuk kanak-kanak dan ibu mengandung.

Tuesday, August 6, 2019

Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah

August 06, 2019 19
Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah
Pernah dengar atau terbaca tentang pengalaman makan dalam sungai tak? Mungkin korang sendiri pernah terbaca tentang pengalaman makan dalam sungai di BBQ Lamb KL Kemensah. Yela, BBQ Lamb KL Kemensah ni pernah viral di media sosial. Saya sendiri pun tahu tentang kewujudan BBQ Lamb KL Kemensah ni melalui perkongsian rakan-rakan di Facebook. Dah lama tau duk usha tentang BBQ Lamb KL Kemensah ni disebabkan keunikan konsepnya. Akhirnya pada minggu lepas saya dan rakan-rakan ke BBQ Lamb KL Kemensah untuk merasai sendiri keunikan suasana makan malam dalam sungai. Habis kerja, masing-masing terus gerak ke sana.


Lokasi BBQ Lamb KL Kemensah ni terletak di belakang Zoo Negara. Dulu waktu awal-awal tempat ni viral, saya fikir lokasinya agak jauh dari KL. Kot lah belah-belah Kuala Selangor ke kan. Almaklum saya ni bukan tahu sangat nama-nama tempat ni. Rupa-rupanya dekat je, tak jauh dari Zoo Negara. Saya dan suami sampai kat sana sekitar jam 7 petang. Kat situ ada parking free (agak limited) dan ada juga parking berbayar kat luar (kadar harga RM5/entry). Untuk yang parking berbayar tu, memang ada orang yang jaga kat situ. Kita keluar dari kereta nanti, dia datang collect duit parking.




Sementara menunggu kawan-kawan lain sampai, sempat la pusing-pusing melihat kawasan serta bergambar. Ada meja di bahagian atas (daratan), dan ada meja di dalam air sungai (yang ni bila ada customer nak duduk baru dia letak dalam air. Katanya tak boleh terus biar je dalam air, sebab takut meja & kerusi kayu tu dihanyutkan oleh arus sungai). Eh tapi actually dekat bahagian makan-makan dalam air tu, paras air takdelah tinggi sangat. Don’t worry. Tapi basah jugaklah seluar, hehe. Kalau korang taknak basah-basah, boleh pilih untuk makan kat bahagian atas. Kitorang? Of courselah kitorang pilih makan dalam air.

Nampak tak? Ada yang memilih untuk makan kat bahagian atas

Kat bahagian atas tu ada satu kolam (dengar cerita agak dalam jugak kolam tu). So hati-hati kalau berjalan kat bahagian situ terutamanya yang bawa anak-anak, kot lah lantai agak licin masa tu. Risau kalau tergelincir jatuh ke dalam kolam.

Ni haa kolam yang dimaksudkan


Okay, now nak cerita pulak tentang makanan kat sini. BBQ kat sini dah dibakar siap-siap oleh para pekerja BBQ Lamb KL Kemensah, dan dihantar dalam keadaan masih panas kepada kita. Tapi untuk hidangan kitorang tu by the time nak makan dah sejuk sebab masing-masing ambil masa yang lama untuk tangkap gambar, hahah. Feed the Instagram first, gittew! Setiap satu set dulang adalah untuk maksima 4 orang. Terdapat beberapa jenis set yang berbeza iaitu:

Seafood Set – RM170

Fish Set – RM160

Meat Set – RM150

Bird Set – RM140

Skewer Set – RM120

Memandangkan kitorang datang dalam kumpulan 11 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak, so kitorang order 5 set (Seafood Set 1, Fish Set 1, Meat Set 2, dan Bird Set 1). Bila order set yang berlainan ni barulah boleh merasa kesemua set, kongsi-kongsi. Skewer Set je kitorang tak order. Setiap set didatangkan Bersama 4 pinggan nasi, 4 mangkuk dessert dan juga satu pinggan buah potong. Air pula berkonsepkan free-flow, boleh refill sampai kembung perut, heheh.



Best tau sesekali bersantap dalam suasana macam ni. Sambil makan & bersembang, boleh rasa air sungai mengalir kat kaki. Kalau yang bawak anak-anak tu, suka la anak-anak duk main air sambil makan. Mak ayah boleh duk menyembang sambil makan, sambil perhatikan anak-anak main. Turut disediakan buaian diatas air untuk bermain (for me untuk bergambar, hihi). Bagi saya, suasana kat BBQ Lamb KL Kemensah ni sangatlah sesuai untuk dijadikan lokasi reunion dengan kawan-kawan. Suasana dia yang tak hiruk-pikuk macam restoren lain, tenang je rasa. Memang satu pengalaman makan malam yang baru dan mengujakan lah bagi saya.


Rasa BBQ kat situ? Best! Setiap set mempunyai kelainan tersendiri. Paling saya suka adalah Seafood Set, Meat Set dan Fish Set. Eh semua sedaplah pendek kata. Ikan siakap dalam fish set tu sedap weyhh. Tak pasti pulak perapan apa yang digunakan untuk perap ikan siakap tu, tapi sedap. Soft shell crab dan udang galah dalam seafood platter tu pun tak kurang sedapnya jugak. Untuk meat platter pulak ada daging ayam, daging lembu, daging itik dan daging kambing. Kalau korang penggemar burung puyuh, korang disarankan ambil bird set (bird set ada burung puyuh, itik, dan ayam).


Perkara pertama yang korang perlu buat kalau nak merasai suasana makan dalam air di BBQ Lamb KL Kemensah ialah korang kena tentukan tarikh bila korang nak ke sana, kemudiannya kena hubungi pihak BBQ Lamb KL Kemensah untuk buat tempahan. Buat tempahan ni penting tau sebab BBQ Lamb KL Kemensah ni memang mendapat sambutan ramai, so kena la booking awal-awal. Boleh je nak walk-in pun, tapi risikolah kot-kot meja penuh. Tak ke frust tu? So yeah, buat tempahan terlebih dahulu.

BBQ LAMB KL KEMENSAH
Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan
Waze : BBQ Lamb KL Kemensah
Whatsapp/Call : 012-2114100

Waktu Operasi : 
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu, Ahad & Cuti Umum (12 tengahari – 10 malam)
Jumaat (4 petang – 10 malam)