Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah - emilinda

Tuesday, August 6, 2019

Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah

Pernah dengar atau terbaca tentang pengalaman makan dalam sungai tak? Mungkin korang sendiri pernah terbaca tentang pengalaman makan dalam sungai di BBQ Lamb KL Kemensah. Yela, BBQ Lamb KL Kemensah ni pernah viral di media sosial. Saya sendiri pun tahu tentang kewujudan BBQ Lamb KL Kemensah ni melalui perkongsian rakan-rakan di Facebook. Dah lama tau duk usha tentang BBQ Lamb KL Kemensah ni disebabkan keunikan konsepnya. Akhirnya pada minggu lepas saya dan rakan-rakan ke BBQ Lamb KL Kemensah untuk merasai sendiri keunikan suasana makan malam dalam sungai. Habis kerja, masing-masing terus gerak ke sana.


Lokasi BBQ Lamb KL Kemensah ni terletak di belakang Zoo Negara. Dulu waktu awal-awal tempat ni viral, saya fikir lokasinya agak jauh dari KL. Kot lah belah-belah Kuala Selangor ke kan. Almaklum saya ni bukan tahu sangat nama-nama tempat ni. Rupa-rupanya dekat je, tak jauh dari Zoo Negara. Saya dan suami sampai kat sana sekitar jam 7 petang. Kat situ ada parking free (agak limited) dan ada juga parking berbayar kat luar (kadar harga RM5/entry). Untuk yang parking berbayar tu, memang ada orang yang jaga kat situ. Kita keluar dari kereta nanti, dia datang collect duit parking.




Sementara menunggu kawan-kawan lain sampai, sempat la pusing-pusing melihat kawasan serta bergambar. Ada meja di bahagian atas (daratan), dan ada meja di dalam air sungai (yang ni bila ada customer nak duduk baru dia letak dalam air. Katanya tak boleh terus biar je dalam air, sebab takut meja & kerusi kayu tu dihanyutkan oleh arus sungai). Eh tapi actually dekat bahagian makan-makan dalam air tu, paras air takdelah tinggi sangat. Don’t worry. Tapi basah jugaklah seluar, hehe. Kalau korang taknak basah-basah, boleh pilih untuk makan kat bahagian atas. Kitorang? Of courselah kitorang pilih makan dalam air.

Nampak tak? Ada yang memilih untuk makan kat bahagian atas

Kat bahagian atas tu ada satu kolam (dengar cerita agak dalam jugak kolam tu). So hati-hati kalau berjalan kat bahagian situ terutamanya yang bawa anak-anak, kot lah lantai agak licin masa tu. Risau kalau tergelincir jatuh ke dalam kolam.

Ni haa kolam yang dimaksudkan


Okay, now nak cerita pulak tentang makanan kat sini. BBQ kat sini dah dibakar siap-siap oleh para pekerja BBQ Lamb KL Kemensah, dan dihantar dalam keadaan masih panas kepada kita. Tapi untuk hidangan kitorang tu by the time nak makan dah sejuk sebab masing-masing ambil masa yang lama untuk tangkap gambar, hahah. Feed the Instagram first, gittew! Setiap satu set dulang adalah untuk maksima 4 orang. Terdapat beberapa jenis set yang berbeza iaitu:

Seafood Set – RM170

Fish Set – RM160

Meat Set – RM150

Bird Set – RM140

Skewer Set – RM120

Memandangkan kitorang datang dalam kumpulan 11 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak, so kitorang order 5 set (Seafood Set 1, Fish Set 1, Meat Set 2, dan Bird Set 1). Bila order set yang berlainan ni barulah boleh merasa kesemua set, kongsi-kongsi. Skewer Set je kitorang tak order. Setiap set didatangkan Bersama 4 pinggan nasi, 4 mangkuk dessert dan juga satu pinggan buah potong. Air pula berkonsepkan free-flow, boleh refill sampai kembung perut, heheh.



Best tau sesekali bersantap dalam suasana macam ni. Sambil makan & bersembang, boleh rasa air sungai mengalir kat kaki. Kalau yang bawak anak-anak tu, suka la anak-anak duk main air sambil makan. Mak ayah boleh duk menyembang sambil makan, sambil perhatikan anak-anak main. Turut disediakan buaian diatas air untuk bermain (for me untuk bergambar, hihi). Bagi saya, suasana kat BBQ Lamb KL Kemensah ni sangatlah sesuai untuk dijadikan lokasi reunion dengan kawan-kawan. Suasana dia yang tak hiruk-pikuk macam restoren lain, tenang je rasa. Memang satu pengalaman makan malam yang baru dan mengujakan lah bagi saya.


Rasa BBQ kat situ? Best! Setiap set mempunyai kelainan tersendiri. Paling saya suka adalah Seafood Set, Meat Set dan Fish Set. Eh semua sedaplah pendek kata. Ikan siakap dalam fish set tu sedap weyhh. Tak pasti pulak perapan apa yang digunakan untuk perap ikan siakap tu, tapi sedap. Soft shell crab dan udang galah dalam seafood platter tu pun tak kurang sedapnya jugak. Untuk meat platter pulak ada daging ayam, daging lembu, daging itik dan daging kambing. Kalau korang penggemar burung puyuh, korang disarankan ambil bird set (bird set ada burung puyuh, itik, dan ayam).


Perkara pertama yang korang perlu buat kalau nak merasai suasana makan dalam air di BBQ Lamb KL Kemensah ialah korang kena tentukan tarikh bila korang nak ke sana, kemudiannya kena hubungi pihak BBQ Lamb KL Kemensah untuk buat tempahan. Buat tempahan ni penting tau sebab BBQ Lamb KL Kemensah ni memang mendapat sambutan ramai, so kena la booking awal-awal. Boleh je nak walk-in pun, tapi risikolah kot-kot meja penuh. Tak ke frust tu? So yeah, buat tempahan terlebih dahulu.

BBQ LAMB KL KEMENSAH
Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan
Waze : BBQ Lamb KL Kemensah
Whatsapp/Call : 012-2114100

Waktu Operasi : 
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu, Ahad & Cuti Umum (12 tengahari – 10 malam)
Jumaat (4 petang – 10 malam)

19 comments:

  1. Sedapnya semua makanan dia emi.. Yg seafood tu akak drooling sangat.. Huaaaa.. Sedap nyaaa... Nak jugak

    ReplyDelete
  2. aduh. teringin nyer nak gi, emi.
    bc byk dah review tempat ni.
    cuti skola nanti la in shaa Allah.
    wajib gi ni. kalau aida, aida nak pilih meat set & bird set kot.
    ajak family adik gi skali. ok la tu 8 nasi, kan.
    kalau aida sekeluarga, mahu nyer kembung perut nak makan semua :)
    yg pasti, Izzat surely akan main air semain-mainnyer tau.
    pasti lencun. dia, anak-anak buah yg lain. hadoi lah, emi. picnic lah kami ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya makan dalam sungai 🥰🥰 makanannya pun ya ampun so sedap 😬

    ReplyDelete
  4. menariknya tempat ni. tak pernah tahu pula ada tempat macam ni. kalau bwa keluarga pergi sini mesti diorang suka. budak2 boleh main air.

    ReplyDelete
  5. Wow!!!!!!!! What an awesome place for glamping. Btw, your photography is awesome.

    ReplyDelete
  6. wah bestnya! memang teringin nak pgi sini lepas tgok ramai rakan blogger ke sini. in shaa Allah jika ada rezeki lebih nnti. terima kasih share ya.

    ReplyDelete
  7. Subbna Allah, Cantik tempat ini dengan suasana yang damai kan... Jika ada kesempatan ke sana, Insha Allah Naim nak cuma semua makanan. Terima kasih bagitau lokasi dia. hehe

    ReplyDelete
  8. ya allah nampak sedap semua makanan situ, and rare bila makan atas air sungai. Mesti sejuk kaki. Hari tu ada nampak kawan pegi sana juga. Nanti nak try.

    ReplyDelete
  9. Perasan ramai blogger yang pergi dan review tempat ini. Menarik. Sambil makan makan. Tengok pemandangan alam semulajadi. Ruby belum sampai ke sini lagi. Kalau ruby akan pilih set meat tu 😋

    ReplyDelete
  10. Nak juga merasa pengalaman makan sambil berendam kaki dalam sungai..menarik nie..menu2 die pun nampak sedap smuanya..kena ajak en suami pergi sini nie..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya makanan dia. Variety dari seafood, ke meat pun ada. Tapi tu la. Harga boleh bawa bincang lagi tak 😅 teringin pulak

    ReplyDelete
  12. dah pernah dtg makan beberapa kali kat sini ...alhamdulillah memang kena dengan citarasa ....bird skewer tu best sebab ada itik ....saya suka itik dia sebab lembut dan tak berbau

    ReplyDelete
  13. Sedapnya emi, sambil makan boleh menikmati keindahan dan suasana sekeliling. Ni kalau bawak anak dara kinah makan kat sini mau dia nak main air je huhu. Best best konsep macam ni.

    ReplyDelete
  14. memang best gila makan dalam sungai ni..makan sambil menikmati pemandangan..makana pulak bbq..memng kena sangat la kan..rasa nak repeat lagi..sebb makanna dekat situ sedp

    ReplyDelete
  15. Perghhh seafood set tu mengancam betul. Nampk sedap betul udang galah yang besar itu. Tak pernah makan kat sini teringin nak datang

    ReplyDelete
  16. sedapkan makan dekat sini, zul dah dua kali pergi sini lepas kerja sebab teringin nak rasa bbq lamp yang sedap dkt sini. Next time boleh ajak family pula ke sini

    ReplyDelete
  17. dh lama sy nk ke tempat ni, rendam kaki sambil makan2. thanks for sharing, will definitely now after seeing your post :P

    ReplyDelete
  18. tak sangka ramai blogger berkumpul kat tempat ni sambil makan bersama. Kalaulah Sabah tu dekat je, nak juga join sambil kenal2 blogger hebat kat sana :) Syok je tengok dapat kumpul blogger ramai2 camni.

    ReplyDelete
  19. Terliur tengok menu dia sedap nya. Ramai blogger update makan sini kita pun rasa nak gi makan sekarang je kan. Harap 1 day ada kesempatan nak ke sana.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.