emilinda: travel
Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Friday, January 24, 2020

Lokasi Best untuk Snorkeling di Malaysia

January 24, 2020 13
Lokasi Best untuk Snorkeling di Malaysia
Snorkeling merupakan salah satu aktiviti utama yang paling diminati bagi seseorang yang amat cintakan alam semulajadi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang jatuh cinta pada keindahan kehidupan marin. Saya sendiri tidak terkecuali. Bagi saya, snorkel ni aktiviti yang akan bawak korang mengembara ke satu alam yang bukan hari-hari korang boleh tengok. Sesetengah orang merasa takut untuk mencuba aktiviti snokel ini. Tapi percayalah, korang kena beranikan diri mencuba kerana sekali korang cuba memang korang akan jatuh cinta dan teringin nak snorkel lagi.


Jadi hari ni saya nak kongsikan kat korang beberapa lokasi dalam Malaysia yang best untuk korang snorkel dan mengembara sendiri alam hidupan marin ni. Sebenarnya selain snorkel, korang boleh je pilih untuk scuba. Tapi scuba ni dia agak complex dan rumit berbanding snorkel, dan memerlukan bajet yang lebih sedikit. So saya cadangkan korang bermula dengan snorkel je dulu, nanti bila dah minat sangat, baru boleh slowly standby bajet untuk dapatkan lesen menyelam dan beli sendiri peralatan menyelam. Okay?

Back to the point, lokasi menarik untuk snorkel. Banyak yang ada kat Malaysia ni. Korang tak payah pening-pening nak pergi Maldives ke, Phuket ke, Indonesia ke. Memang la laut kat negara orang tu cantik. Tapi kalau bajet tak berapa tinggi, lokasi kat tanah tumpah darah kita ni pun dah banyak yang cantik. Kita explore dulu yang dalam negara ni. Kalau korang nak bahagian Borneo, korang boleh ke pulau-pulau di Sabah. Memang terbaiklah pemandangan laut kat sana. Kalau di semenanjung pula, saya sarankan untuk ke bahagian pantai timur.


Baru-baru ni rakan saya baru je balik dari Pulau Redang, Terengganu. Dia ke sana naik flight. Dari rumah nak ke airport, dia ambik train KLIA Express. Alhamdulillah. Katanya perjalanan sangat mudah dan lancer bila naik train KLIA Express, tak terkejar-kejar. Kalau korang nak naik train ni, boleh dapatkan online tiket di KLIA Express online deals dari Traveloka. Mana tau terkena waktu promo. Save bajet dan masa korang dah. So dia landing kat airport Terengganu and terus ambik airport coach untuk ke jeti menaiki feri dan selamat sampai di Pulau Redang.

Masa kat Pulau redang dia memang banyak habiskan masa dengan snorkel dan pusing-pusing pulau dengan menyewa bot dan secara keseluruhannya boleh dikatakan puas hati jugak. Sebab apa yang bestnya kat Pulau Redang ni, dia ada satu lokasi yang digelar ‘Shark Bay’ di Tanjung Tengah. Kat situ kalau korang snorkel pada waktu yang tepat, sekitar bulan April ke Julai, korang dapat tengok baby shark berenang-renang. Comel betul. Tambahan dengan kulaiti air yang jernih dan biru, korang akan nampak terumbu karang dengan jelas. Dinasihatkan jalan dengan berhati-hati, tolong jangan pijak terumbu karang. Sama-sama jaga hidupan ni okay.

Setel untuk Pulau Redang. Sekarang saya nak share mana lagi lokasi best untuk korang snorkel. Kot la korang dah pernah pergi Pulau Redang kan. Let’s go!

Pulau Sipadan
Pulau ni terletak di Sabah dan antara pulau yang terbaik untuk korang snorkel. Kualiti air dengan visibility yang jelas, saya yakin korang akan puas hati dengan hasilnya nanti. Kalau korang nak tau, pulau ni adalah salah satu destinasi paling terunggul di dunia untuk para-para penyelam professional. Kalau korang ada lesen atau sijil yang diiktiraf untuk menyelam laut dalam, ini adalah lokasi yang korang patut pergi. Kat pulau ni, korang dapat melihat penyu dan jerung sebab kedalamannya yang sesuai menjadikan kawasan laut di sekitar pulau ini sebagai jalan bagi hidupan marin ni.

Pulau Sipadan. Sumber : The Vocket

Pulau Tioman
Pulau Tioman merupakan pulau yang terkenal juga bagi aktiviti snorkelingnya. Struktur muka bumi yang menjadikan pantainya mempunyai kedalaman yang cukup sesuai untuk kawasan pembiakan terumbu karang. Korang akan dapat melihat dengan jelas terumbu karang yang ada di pulau ni. Korang boleh singgah di Coral Island untuk teroka lebih banyak hidupan laut yang ada. Kalau dah puas snorkeling, korang boleh cuba untuk berkayak pula kat pulau ni. Gerenti puas hati.

Pulau Tioman. Sumber : Portal Rasmi Majlis Daerah Rompin

Pulau Mabul
Kalau korang nak kan pengalaman snorkeling yang lebih menarik, korang boleh datang snorkeling kat Pulau Mabul ni. Sebab hidupan laut yang ada kat pulau ni adalah sedikit berbeza dari pulau-pulau lain. Korang akang jumpa hidupan laut yang jarang untuk dilihat. Contohnya tumbuhan batu karang dan hidupan laut eksotik yang lain seperti sotong kurita, udang geragau, rumpai laut, ketam dan banyak lagi. Air laut kat pulau ini juga tidak lah dalam seperti di pulau-pulau lain. Jadi, korang akan dapat melihat terus tumbuhan dan hidupan laut dari permukaan air.

Pulau Mabul. Sumber : Libur.com

Pulau Perhentian
Lokasi yang dimiliki oleh Pulau Perhentian ni menjadi satu kelebihan untuk pulau ni terkenal dengan aktiviti snorkeling. Tidak jauh beza dengan Pulau Redang, cuma apa yang ada di pulau ini ialah ia lebih ramai menerima kedatangan pelancong. Semuanya dengan tujuan yang sama untuk snorkeling dan meneroka terumbu karang. Apa yang menarik lagi ialah pulau ini ada menyediakan kursus menyelam scuba daripada PADI Open Water Diver. Kawasan perairannya di pulau ni juga sesuai untuk korang belajar menyelam dari peringkat beginner.

So macam mana? Ada mana-mana pulau yang dah terlintas tak kat kepala korang? Sebenarnya ada lagi pulau-pulau yang best cuma kalau nak senaraikan kesemua memang banyak. Yang saya mention kat atas ni antara pulau yang saya duk aim untuk pergi snorkeling. Kalau korang ada nak share pulau yang best, dipersilakan. Setakat ni je dulu perkongsian kali ini.

Sunday, July 14, 2019

Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Tadom Hill Resorts

July 14, 2019 21
Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Tadom Hill Resorts
Assalamualaikum semua. Okay, hari ni saya nak kongsikan tentang  pengalaman saya dan aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat di Tadom Hill Resorts, Banting. Hujung minggu yang lepas saya dan rakan-rakan habiskan masa selama 2 hari 1 malam di Tadom Hill Resorts. Sebenarnya Tadom Hill Resorts ni dah lama sangat masuk dalam bucket list saya, tapi asyik tunda sahaja. So Alhamdulillah akhirnya rancangan untuk ke Tadom Hill Resorts Berjaya jugak. Apa yang buat ianya lagi best ialah kami pergi secara berkumpulan (total 20 orang), makanya kemeriahan tu lagi terasa. Bila pergi ramai-ramai ni, lagilah best nak buat pelbagai aktiviti. Takdelah krik krik sangat.


Dari KL nak ke Tadom Hill Resorts ambil masa sekitar 45 minit – 1 jam (bergantung kepada tahap kesesakan jalan dan exact starting location korang). Memandangkan kami semua dari lokasi yang berlainan, so kami plan untuk berjumpa kat sana sahaja. Seawal jam 10 pagi kami semua dah berkumpul di pintu masuk ke Tadom Hill Resorts. Lepas dah check-in, kami diberi wristband berwarna purple. Wristband ni wajib dipakai sepanjang kita kat sana. Kami difahamkan bahawa warna wristband yang diberikan tu bergantung kepada jenis tiket yang dibeli. Macam kami, kami memilih untuk bermalam 1 malam. Untuk pengunjung day pass, wristbandnya lain warna.

Flying Fox

Aktiviti pertama yang kami lakukan di Tadom Hill Resorts adalah Flying Fox. Best weyhh, walaupun setiap kali nak naik flying fox mesti nervous bhahaha. Ibaratnya kita rasa takut, tapi nak jugak buat. Lepas dah dipakaikan safety harness, kami dibawa ke kaki bukit menaiki Hilux.

Masing-masing dah ready untuk flying fox

Muka excited

Panjatlah masing-masing naik ke platform flying fox dan tunggu giliran masing-masing untuk berlepas, hehe. Kalau korang berani, boleh pegang phone/camera untuk rakam moment korang. Tapi macam saya tak cukup berani, so mengharap ihsan rakan-rakan la tolong rakam dari bawah.



Archery Combat

Aktiviti seterusnya adalah Archery Combat. Archery Combat ni ala-ala paintball tapi versi memanah. Don’t worry, untuk aktiviti ni setiap anak panah dah diletakkan objek bulat di mata anak panah. Kiranya tak sakit pun kalau kena panah. Boleh tahan penat jugak lah nak berlari ke sana sini untuk panah pasukan lawan dan dalam masa sama mengelak dari terkena panahan. Untuk permainan ini, disebabkan kami datang dalam kumpulan 20 orang, so dibahagikan kepada dua set perlawanan.


ATV Ride

Selepas lunch, kami menaiki ATV pula. Di Tadom Hill Resorts ni, track ATV yang kitorang lalu tu takde lalu anak sungai bagai. Semua permukaan track kering, tapi berbatu bata jugaklah sebab area bukit dan tasik. Satu ATV boleh naik 2 orang. Nasib baik bawak husband sama, so boleh la saya relax jadi penumpang je. Husband yang kendalikan ATV tu, hehe.



Eh pemandangan kat kawasan kaki bukit Tadom tu lawa-lawa tau. Kalau tak fikir cuaca panas terik, boleh la buat mini photoshoot situ, kehkeh. Pantang nampak tempat lawa kan.

Bamboo Raft Race



Dah petang sikit barulah kami mulakan aktiviti air. Inilah yang dinanti-nantikan. Paling best adalah main Bamboo Raft Race! Untuk bermain Bamboo Raft Race ni, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan diberi satu rakit & 2 pendayung. So kami perlu berlumba menggerakkan rakit tu dari point A ke point B, kemudian patah balik ke point A. Peraturannya, hanya 2-4 orang daripada ahli kumpulan sahaja dibenarkan berada diatas rakit. Yang lain-lain kena duk dalam air, berusaha tolak rakit tu dari dalam air. Syok! Kalau korang jenis yang tak pandai berenang & takut air, takpe korang berpaut jela dekat rakit tu. By the way, sepanjang dalam air memang wajib pakai life jacket. Tasik di Tadom Hill Resorts ni boleh tahan dalam jugak, so untuk langkah keselamatan memang diwajibkan pakai life jacket.





Sukan Air Terbaru

Kebetulan masa kami ke sana, kami berpeluang merasai beberapa sukan air yang terbaru di sana. Antaranya ialah Water Skipper Bike, Water Bike, Round Paddle Boat, dan Transparent Canoe.

Water Skipper Bike. Tak naik pun yang ni sebab agak susah, hahah

Transparent Canoe

Fefeeling

Water Bike

Untuk aktiviti air ni sebenarnya banyak lagi aktiviti air yang boleh kita rasai kat sana. Tapi dek kerana kami kesuntukan masa, tak sempat nak cuba kesemuanya. Cadangnya keesokan pagi nak sambung berendam dalam air, tapi eh hujan lebat pulak. Bukan rezeki kami. Aktiviti paintball pada hari kedua pun terpaksa kami cancel dek kerana baru lepas hujan lebat. Boleh je kalau nak proceed main jugak, tapi kami malas sebab nanti berselut.


BBQ
Sekitar Tadom Hill Resorts ni banyak pondok-pondok buluh tau. So kalau nak buat BBQ kat situ, boleh bagitahu pihak mereka. Alatan membakar pun turut disediakan. Dekat Tadom Hill Resorts ni, boleh dikatakan hampir kesemuanya berasaskan buluh. Arang yang digunakan untuk BBQ pun adalah arang buluh yang diproses sendiri oleh pihak Tadom Hill Resorts.


Penginapan – Hakka Village

Okay, pasal penginapan pulak. Kat Tadom Hill Resorts ni terdapat banyak jenis unit penginapan yang disediakan. Ada yang jenis khemah, chalet, dorm, hammock, dan pelbagai lagi. Ada 10 jenis penginapan yang berbeza untuk dipilih. Ada yang attached bathroom, ada yang bilik air kat luar. So boleh pilih ikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing. Untuk kunjungan kali pertama ini, kami menginap di Hakka Village. Bentuk senibina Hakka Village ni diinspirasikan dari bangunan kediaman dan perlindungan kaum Hakka di China. Bezanya Hakka Village kat China tak diperbuat dari buluh.

Hakka Village dari luar



Hakka Village ni adalah bangunan berbentuk bulat 2 tingkat yang memuatkan 12 buah bilik (kalau pandangan dari atas memang nampak macam donut, bulat kosong kat tengah). Ada bilik untuk 6 orang, ada bilik untuk 4 orang. Kalau nak bilik berhawa dingin, kat tingkat bawah. Kalau kat tingkat atas, bilik tanpa penghawa dingin (hanya kipas sahaja). Dekat Hakka Village ni, semua bilik takde attached bathroom. Kiranya memang style asrama, bilik air kat luar. Tingkat atas bilik air untuk lelaki, tingkat bawah bilik air untuk wanita. Bilik air kat sini bersih dan tak ada bau-bauan busuk/hancing.


Kalau korang jenis yang mementingkan keselesaan dan mahu private bathroom, rasanya korang boleh pilih untuk menginap di Gendui Chalet, Semantan Chalet, atau Bamboo Madu Chalet. Yang tu ada attached bathroom.

Buluh Diproses Untuk Dimaksimakan Penggunaannya

Masa mula-mula masuk ke bilik, saya agak impressed jugak la sebab semuanya berasaskan buluh. Katil, meja, dinding. Eh semualah berasaskan buluh. Lagi satu, walaupun senibinanya berasaskan buluh, tapi bila masuk bilik tu langsung takde bau yang tak menyenangkan. Tadi saya ada mention bahawasanya bilik air kat Tadom Hill Resorts ni bersih dan takde bau busuk. Sama la jugak dengan bilik tidur dan seluruh persekitaran Tadom Hill Resorts. Takde serangga, lalat, semut pun (kecuali nyamuk, nyamuk memang ada). Suasana pun bersih dan tak berbau. Rupa-rupanya, selain dari they all process arang sendiri, diorang jugak proses cuka buluh sendiri. Dan kegunaan cuka buluh tu adalah sebagai insect repellent. Arang buluh tu jugak diletakkan dalam setiap bilik/ruang untuk elakkan ruang tu dari berbau.

Buluh madu yang diproses menjadi cuka dan berfungsi sebagai insect repellent

Baru saya tahu rupanya arang buluh boleh menyerap bau-bauan. So kalau letak dalam kereta/tandas/bilik/rak kasut/ruang tamu, elok sangat untuk buang segala bau yang tak dikehendaki tu. Dan baru saya tahu, rupanya banyak kegunaan buluh. Habuk buluh turut diproses untuk dijadikan baja.

Arang buluh mampu menyerap bau-bauan yang tidak diingini

Dari segi kemudahan lain, memang ada disediakan surau, dewan serbaguna, tandas, dewan makan, tempat BBQ, gazebo, gerai makanan, bistro, kedai serbaneka mini dan pelbagai lagi untuk kemudahan dan keselesaan para pengunjung.




Overall bagi saya, Tadom Hill Resorts ni memang salah satu lokasi yang strategik untuk kunjungan dihujung minggu. Kalau nak release stress tapi tak nak pergi jauh-jauh, haa sesuai la sangat pergi Tadom Hill Resorts ni. Selain tu saya perasan ramai jugak orang ke Tadom Hill Resorts ni untuk team buildings dan buat family day kat sana. Yela, selain aktiiti air dan aktiviti lasak, terdapat juga pelbagai aktiviti leisure yang ada kat sana seperti Limbo, Congkak, Badminton, Volleyball, Giant Jengga, Table Tennis, Basketball dan lain-lain. Waktu kitorang kat sana, perasan jugak ada student sekolah ramai-ramai kat sana, they all buat kem motivasi la kot kat situ. Bestnya buat kem motivasi kat tempat macam ni. Zaman saya sekolah dulu mana dapat nak buat kem motivasi kat tempat best macam ni.


Kalau korang tak nak bermalam kat sana pun, boleh pergi ke sana dan beli day pass je (kadar day pass serendah RM22/pax). Korang boleh semak kadar harga untuk aktiviti-aktiviti di Tadom Hill Resorts di SINI – KADAR HARGA AKTIVITI DI TADOM HILL RESORTS . Untuk kadar harga penginapan pula boleh semak di SINI – KADAR HARGA PENGINAPAN TADOM HILL RESORTS. Kalau nak lebih berbaloi, elok ambil pakej terus.

Lepas ni nak repeat lagi tak ke Tadom Hill Resorts ni? YES, akan repeat lagi sebab rasa tak puas berendam dalam tasik hari tu, Hahahhah.

Beberapa tips kalau merancang untuk ke Tadom Hill Resorts :
  • Kalau nak bermalam, pastikan booking awal sebab Tadom Hill Resorts ni memang mendapat sambutan yang menggalakkan. Lambat booking memang full lah ceritanya.
  • Kalau nak pergi balik hari (day pass), boleh walk-in je TAPI, pastikan korang gerak pagi-pagi lagi. Seawal jam 9 pagi dah patut ada kat sana, barulah cukup masa untuk merasai pelbagai aktiviti.
  • Seeloknya pergi musim tak hujan. Yela kalau pergi musim hujan, tak boleh terjun tasik. Rugi aje pergi ke sana kalau tak terjun tasik.
  • Disarankan pergi dalam kumpulan yang ramai, barulah happening. Lagipun, certain activities memang lagi seronok jika dilakukan beramai-ramai.


Tadom Hill Resort
No 2, Jalan Bukit Tadom, (Kg Orang Asli) Kg Labohan Dagang, 42700 Banting Selangor
No Telefon : 012-5225728 / 012-5225908 / 012-5225883 
Waktu Operasi : 9 pagi - 10 malam
Email : reservation@tadomhillresorts.com

Sunday, April 21, 2019

Trip ke Sabah July 2018 - Hari Pertama, Kundasang

April 21, 2019 20
Trip ke Sabah July 2018 - Hari Pertama, Kundasang
Kisah kali ni agak basi dah, tapi nak cerita jugak. Hihi. Sekitar penghujung Julai 2018, saya dan dua orang lagi kawan baik saya (Nad & Wahida) ke Sabah untuk percutian singkat 5 hari 4 malam. Tiket dibeli seawal November 2017 lagi. Tak pasti pulak masa tu tengah sale ke atau saja-saja nak beli. Planning awal pergi berempat, tapi last minute lepas dah beli tiket Yana tak dapat join sebab tarikh kitorang ke Sabah tu dah dekat sangat dengan tarikh wedding dia. So kitorang proceed travel bertiga. Memandangkan Wahida dari utara, so kos flight dia agak lebih berbanding kitorang yang memang dah kat KL ni.

Harga tiket flight Air Asia
Kuala Lumpur – Kota Kinabalu 4pax = RM676.28 = RM169.07/pax
Kota Kinabalu – Tawau 4pax = RM242.64 = RM60.66/pax
Tawau – Kuala Lumpur 3pax  = RM538.27 = RM179.42/pax
Tawau – Penang 1pax = RM275.83

Total kos tiket penerbangan untuk seorang (dari KL) = RM409.15

Note: Kos termasuk add on 1 luggage untuk trip balik, in case tershopping pulak nanti. Hehe. Seorang je ambil luggage, lepastu pandai-pandai la combine barang semua orang.

Hari Pertama – 26 July 2018
Perancangan kitorang, 1 malam di Kundasang, 1 malam di KK, 2 malam di Tawau. Hahaha, agak pack jugak lah itinerary kitorang ni. Main hentam aje. Korang kalau nak buat trip, seeloknya jangan tamak nak cover semua tempat dalam masa yang singkat. Elok lagi kalau focus dekat satu tempat aje. Kitorang ni sekali pergi terus nak cover KK dan Tawau sekali, hahah. Tamak, nasib baik semua muda bertenaga lagi. Chewahhh! So tiket flight kitorang dari KL – KK seawal 6.25 pagi. Kitorang decide nak ke KLIA2 malam sebelumnya. Kira bermalam di KLIA2 la. Kebetulan pulak malam sebelumnya tu kitorang buat ala-ala mini bridal party gitu untuk Yana, kat rumah Nad. So lepas dah setel semua, Yana & tunang dia (now husband) tolong hantar kitorang ke KLIA2.

Kat airport

Sampai kat KK sekitar 9 pagi, kitorang just freshen up dekat surau airport aje. Lepastu breakfast dekat KFC dulu sementara tunggu kereta sewa yang kitorang sewa tu sampai. Lupa dah kereta apa yang kitorang sewa. Kalau tak silap, RM100 sehari. Tapi sebab kitorang sewa selama 2 hari, so dia bagi diskaun sikit. Jadi RM180 untuk 2 hari. Lepas dah dapat kereta tu, kitorang terus gerak ke Kundasang.

Kos kereta sewa 2 hari (contact no : +60 12-819 5458)  = RM180



Pemandangan dari Sabah Tea Garden

Lokasi pertama yang kitorang pergi kat Kundasang adalah Tagal, Sg Moroli . Korang boleh baca lebih lanjut tentang kunjungan kitorang ke Tagal Sg Moroli ni di SINI. Lepas tu masing-masing dah lapar, so kitorang singgah makan di Sabah Tea Garden. Saya makan nasi + telur dadar + tom yam + air tembikai , total RM27.80 . Okaylah, rasanya biasa sahaja. What do you expect? Datang Sabah cari tomyam, hmmm haha. Hantu tomyam betul!




Lepas dah setel makan, kitorang terus gerak ke Kiram’s Village, di Mesilau Kundasang. Untuk penginapan malam pertama ni, kitorang menginap di Kiram’s Village. Memang dah booking awal-awal. Cantikkk, dah la sejuk kemain lagi haaa. Korang boleh baca kat SINI untuk pengalaman kitorang menginap di Kiram’s Village.


***********************

Artikel berkaitan trip ini :

Friday, April 12, 2019

Menginap Satu Malam di Kiram's Village, Mesilau Kundasang

April 12, 2019 74
Menginap Satu Malam di Kiram's Village, Mesilau Kundasang
Hai korang! Kali ni nak kongsikan tentang lokasi penginapan saya dan rakan-rakan semasa kunjungan kitorang ke Kundasang tahun lepas. Kitorang menginap selama 1 malam di Kiram’s Village, Mesilau Kundasang. Bagi saya, Kiram’s Village yang berkonsepkan kediaman kabin ni memang menarik. Sebelum booking, kitorang usha dulu website Kiram’s Village. Ya Allah, comel gila nama setiap kabin kat Kiram’s Village ni. Nama setiap kabin adalah berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ada kabin Asparagus, Capsicum, Strawberry, Pumpkin, Cabbage, Broccoli, Apple & Banana, Pineapple, Chilli & Onion, dan Mushroom & Potato. Namanya aje dah comel, terus terbayang suasana kat sana. Mesti comel jugak!



Ni dekat laluan nak ke bilik

Memandangkan kitorang hanya bertiga dan seboleh mungkin nak berjimat, kitorang proceed booking satu Chilli & Onion room. Basically dua bilik yang bersebelahan, tapi setiap bilik ada bilik air masing-masing. Bilik yang kitorang dapat tu nama Onion, so bilik sebelah kitorang tu nama Chilli lah agaknya. So bilik yang kitorang booking tu ada 1 katil queen size dan 1 single size. Dengan kadar harga RM90/sehari, helok sangatlah untuk kitorang bertiga. Bilik ni sangat basic, ada  heated shower & electric kettle kalau nak buat air. Takde TV, takde air-cond, takde kipas. Bilik pun tak luas mana pun. Just nice untuk 3 orang. Kalau tak silap, kabin ada TV. Tapi sebab kitorang ambil bilik instead of cabin, so memang takde TV. Kalau korang lupa bawa tuala macam saya, boleh sewa tuala dari pihak Kiram’s Village dengan kadar harga RM3/tuala.


Onion Room berjiran dengan Chilli Room

Sempat posing depan bilik

Katil queen size

Katil single

Suka pulak dekat lampu dia ni, cantik

Masa mula-mula masuk ke bilik tu, I was like “Alah takde air-cond atau kipas ke? Panaslah nanti nak tidur”. But then lupa pulak kitorang kat Kundasang. Memang sejuk gila. Pendek kata malam-malam memang tak perlu kipas pun lah. Itu belum cerita pasal tahap kesejukan air kat sana lagi. Ya Allah, sejuk gilaaa! Nak ambil air sembahyang, nak mandi pun terketar-ketar. Nak kencing or berak pun boleh terbantut tau dek kerana air dia yang sejuk tu. Ni baru dalam Malaysia, macam mana nak ke negara bersalji kalau dah cenggini gayanya? Haha. Time ni la bergunanya electric kettle yang disediakan. Sebelum mandi memang kitorang akan panaskan at least 1 kettle air untuk dicampur ke dalam tong air sebelum mandi. Dah campur dengan air panas pun masih menggigil kesejukan tau.

Tak pasti apa nama kabin ni

Kolam berhadapan bilik kitorang




Done pasal bilik. Now nak cerita pulak pasal persekitaran kat Kiram’s Village tu. Serious kalau korang pencinta bunga, korang akan suka duk kat Kiram’s Village ni. Memang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga berwarna-warni. Indah sungguh. Dengan suhu yang sejuk tu, campur pulak dek keindahan persekitaran, memang cantiklah! Terasa suasana segar macam kat desa yang bersuhu sejuk. Jauh dari bandar. Sepanjang laluan nak ke setiap kabin/bilik, memang dipenuhi pokok bunga. For those yang suka bergambar, boleh la tangkap gambar cantik-cantik kat sini.


Pemandangan dari Kiram's Village



Tapi macam tak ada tempat makan je kat Kiram’s Village ni. Bersebelahan kawasan receptionist, ada la satu tempat ni macam café tau. Tapi bila kitorang ke situ lepas Maghrib untuk makan sebab masing-masing dah lapar, café tu macam tak bukak je. Sobss. So kitorang drive ke pekan Kundasang. Kat sana tak tahu nak makan apa, end up kitorang makan KFC je. Pergi jauh-jauh ke Kundasang, tapi makan KFC je lol.




Anyway, saya berpuashati dengan penginapan kami selama 1 malam di Kiram’s Village. Dengan kadar harga yang murah tu, berbaloi la dengan suasana kat situ. Kalau nak selesa sikit, mungkin boleh booking cabin instead of bilik. Tiba-tiba rasa rindu pulak nak ke Kiram’s Village ni!

Kalau nak usha lagi or booking, boleh ke website Kiram’s Village http://kirams-village.com/ .


************