Pengalaman Berkunjung ke Tagal Fish Spa, Sungai Moroli - emilinda

Thursday, March 28, 2019

Pengalaman Berkunjung ke Tagal Fish Spa, Sungai Moroli

Hasil pencarian di google, saya difahamkan bahawasanya perkataan ‘Tagal’ adalah berasal dari Bahasa Kadazandusun yang membawa maksud ‘tidak boleh menangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai’. Tujuan diwujudkan sistem Tagal ini adalah untuk memelihara populasi ikan dan hidupan sungai supaya ia tidak pupus untuk generasi di masa akan datang. Semasa kunjungan saya dan rakan-rakan ke Sabah pada tahun lepas, kitorang sempat singgah di Tagal Sungai Moroli Fish Spa yang terletak di Kg Luanti Baru, Ranau Sabah.


Kitorang singgah ke sini tak berniat pun nak mandi bersama ikan. Geli lah, hahah. Nak rendam kaki pun dah terlompat-lompat dek rasa geli tiap kali tersentuh ikan-ikan, inikan pula nak mandi bersama ikan. Memang idok lerrr haha. Harga yang dikenakan untuk rendam kaki (fish spa) disini hanyalah RM5/seorang bagi dewasa, RM2/seorang bagi kanak-kanak. Tapi kalau ada bawa kamera, dikenakan cas RM3 bagi setiap kumpulan. Kalau nak beli makanan untuk ikan pun boleh, kalau tak silap harganya RM0.30 bagi setiap bungkus. Setiap seorang boleh beli sebungkus sahaja. Saya syak, dia risau kalau-kalau pengunjung terlebih bagi makanan dekat ikan-ikan kat situ, bhahahah.

Tiket masuk ke Tagal Fish Spa

Ini haa makanan untuk ikan.

Waktu kitorang sampai tu tak ramai sangat orang kat situ. Setiap seorang boleh masuk selama 15 minit sahaja, tak boleh berlama-lama. Banyak betul ikan kat situ, tak pasti pulak jenis ikan apa. Dah la saiznya besar-besar. Kita tak baling makanan pun ikan-ikan dah penuh, lagi pulak kalau kita bagi makanan. Laju aje ikan-ikan tu datang nak dapatkan makanan.



Inilah rupanya bila kita campak makanan, meluru-luru haaa

Sebelum ni saya tak pernah pun merasai pengalaman fish spa kat mana-mana tempat. So bila sampai tu saya memang agak excited. Tapi bila dah cecah kaki dalam air, rasa geli pulak tiap kali kaki diurut oleh ikan-ikan tu. Bila kita campak makanan, lagilah berpusu-pusu ikan tu datang. Siap terlompat-lompat haha. Kata orang fish spa ni mampu membantu kita hilangkan kulit-kulit mati kat kaki kita bila ikan-ikan tu duk gigit sedikit demi sedikit. Geli memang geli, tapi best jugak!



Kalau lepas main ikan ni korang rasa lapar, kat bahagian luar Tagal Fish Spa ni ada orang jual pisang goreng, buah potong dan kudap-kudap lain. Tak banyak, tapi boleh la sekadar nak alas perut.


***********

Artikel berkaitan :

16 comments:

  1. Rasa geli eh bila ikan ikan tu gigit kaki? Menarik..tapi takut geli gak ni hehehe

    ReplyDelete
  2. Jernihnya air.. Memang syok tu rendam kaki kt ikan2 tu tapi tulah rasa geli2 bila depa2 melingkar kat kaki

    ReplyDelete
  3. Tak pernah try lagi.rasa sangat geli la. Tapi air tu jernih btul

    ReplyDelete
  4. macam dah naik je harga. gi 4 tahun lepas dalam rm2 je. apa2 best kat sini.. ada sampai jatuh basah sebab geli ikan gigit

    ReplyDelete
  5. ciktom pergi sini masa honeymoon..best bg ikan makan..tapi suami plk terjerit dr tebing risau kena gigit..haha

    ReplyDelete
  6. Ala ..kakau ikan jecik akak okay lagi. Kalau besar macam ni confirm akak geli. Hehehe

    ReplyDelete
  7. Hahaha.. Memg geli bila ikan gigit-gigit kat kaki.. Macam rasa dia nak makan kaki kita je.. Syok emi dapat jalan ke sini.. Pengalaman palingbbest ni.. Air nya jernih betul

    ReplyDelete
  8. Besarnya lahaii... Sekali tgk mcm ikan Kelah.. Ok... Tak sabar nak g Sabah... Tak pernah sampai sana lagi

    ReplyDelete
  9. Besarnya ikan fish spa ni. Puas makan ni. Sbb tu bg makanan bungkusan kecik takut obese. Hahaha. Everytime pegi kat fish spa, awal2 mmg selalu geli lepas tu tahan nafas relaks sikit lelama dia jadi best. Macam kena pijat2 manja gitu.

    ReplyDelete
  10. Oh best nyer, i pun nak try spa macam ni. Badan dah sakit minta massage

    ReplyDelete
  11. Besarnya ikan ni, tak sakit ke kena gigit? Sbb fish spa punya ikan biasanya x sebesar ni...

    ReplyDelete
  12. Ikan tu tak gigit kaki ke? Mesti geli kan

    ReplyDelete
  13. Bestnya dapat main2 dengan ikan2 tu..jinak2 sungguh..ni kalau bawa anak2 mesti seronok mereka..harap2 takde ikan yang mati dikerjakan mereka sudah..hehehe

    ReplyDelete
  14. Ooo..sempat sentuh diorang...Kalau yana maybe kena tutup mata sebab geli sangat. Kalau ikan kecil Yana still ok, tapi kalau besar-besar takut sikit.

    ReplyDelete
  15. jauhnya.. doa-doalah mama ke sabah boleh singgah

    ReplyDelete
  16. If there are important documents like click here for information identification, passport and such needed for you to stay in Miami,

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.