Pakej Perkahwinan Eksklusif Serba Lengkap dari Cassa Detik - emilinda

Tuesday, March 19, 2019

Pakej Perkahwinan Eksklusif Serba Lengkap dari Cassa Detik

Hai korang! Kebelakangan ni saya agak sibuk menguruskan hal berkaitan majlis perkahwinan saya yang inshaAllah bakal diadakan tidak lama lagi. Moga dipermudahkan hendaknya. Memang pening sikit nak rancang perkahwinan di kawasan kampung. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Almaklum, masyarakat setempat dikampung saya masih mengamalkan gotong-royong ketika kenduri, dan emak ayah saya lebih prefer buat perkahwinan di rumah sendiri. Kemeriahan lebih terasa katanya. Tapi jujur saya katakan memang penat sikit la nak buat persiapan untuk majlis sebegini. Kalau ikutkan hati, memang saya nak aje ambil pakej perkahwinan serba lengkap macam orang lain. Kalau korang perasan kebelakangan ni memang banyak wedding planner yang menawarkan pakej perkahwinan serba lengkap di lokasi-lokasi eksklusif, terutamanya bagi yang tinggal di bandar. Tapi memandangkan majlis perkahwinan saya nanti bakal diadakan dirumah keluarga di kampung, maka memang tak boleh la nak ambil pakej serba lengkap sebegitu.

 
Walaupun konsep majlis perkahwinan saya nanti dah macam mix & match, tapi kali ni saya nak jugak kongsikan tentang pakej perkahwinan serba lengkap yang ditawarkan oleh Cassa Detik. Masa tengah survey, terjumpa pakej dari Cassa Detik ni dan saya merasakan pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh pihak Cassa Detik adalah sangat berbaloi. Walaupun disebabkan faktor lokasi saya tak direzekikan untuk ambil pakej dari Cassa Detik ni, tapi saya nak kongsikan juga di blog saya ni untuk para pembaca yang tengah cari pakej perkahwinan. Saya tahu ramai je lagi dalam kalangan rakan-rakan dan pembaca blog saya ni yang tengah merancang hari bahagia, kan? Jadi diharapnya dengan perkongsian saya ini, sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam membuat pemilihan pakej perkahwinan.



CASSA DETIK merupakan pakar dalam menyediakan lokasi majlis perkahwinan (grand ballroom & dewan eksklusif) serta menyediakan keperluan lengkap majlis perkahwinan. Kalau bakal pengantin tu dah ada lokasi pilihan sendiri untuk majlis perkahwinan, pihak Cassa Detik turut menyediakan pakej lengkap di lokasi pilihan pengantin tu. Kiranya kalau dah ada lokasi pilihan pun boleh, belum ada lokasi pilihan pun boleh.
   



Matlamat utama Cassa Detik adalah untuk membantu pengantin menguruskan persediaan majlis yang diidamkan, terutamanya bagi pasangan pengantin yang mengalami kekangan masa dek kerana kesibukan bekerja. Dengan adanya pakej serba lengkap dari Cassa Detik, ianya sangat memudahkan bakal pengantin kerana segala urusan persiapan dan pelaksanaan majlis akan diuruskan oleh pihak Cassa Detik. Segalanya tentang majlis perkahwinan akan jadi lebih mudah.



Antara persiapan dan keperluan majlis perkahwinan yang sering memeningkan kepala bakal pengantin adalah dari segi menguruskan lokasi majlis, andaman, dekorasi dewan dan pelamin, catering, fotografi, videografi, PA system, emcee, khemah dan sebagainya. Tapi bakal pengantin yang mengambil pakej serba lengkap dari Cassa Detik memang tak perlu pening kepala lagi menguruskan segalanya sendiri kerana pihak Cassa Detik yang akan mengambil alih tugas menguruskan segala persiapan majlis tersebut. Pengantin hanya perlu bagitahu je nak konsep majlis yang macam mana, biar pihak Cassa Detik yang uruskan. Pihak Cassa Detik ni sememang berpengalaman dan professional dalam menguruskan majlis perkahwinan. Jadi tak hairanlah kalau ianya makin hari makin dikenali ramai.




Sebagai salah seorang bakal pengantin yang menguruskan sendiri segala persiapan majlis perkahwinan, saya akui masa memang tak cukup nak uruskan semua. Serba serbi jadi kalut. Mana tidaknya, nak kena survey sendiri vendor untuk pelamin, fotografi, andaman, dan segala macam lagilah. Itu belum lagi bab nak coordinate majlis tu agar berjalan lancar nanti. Jadi dengan penat lelah yang sedang saya alami ini, saya cadangkan para pembaca yang tengah merancang untuk berkahwin, fikir la seeloknya. Kalau majlis korang nanti kat bandar, elok cari pakej serba lengkap macam yang ditawarkan oleh Cassa Detik ni je. Tak perlu dah korang sendiri nak kena berurusan dengan banyak pihak. Korang hanya berurusan dengan pihak Cassa Detik. Biar pihak Cassa Detik yang setelkan urusan lain tu. Memang berbaloi sangat-sangatlah. Takdelah stress sangat nanti. Bila ada pihak seperti Cassa Detik ni yang menguruskan serba serbi tentang majlis kita termasuk menjadi coordinator ketika majlis berlangsung, inshaAllah persiapan dan perjalanan majlis akan lebih teratur dan tersusun. Hassle-free lah orang kata.



Cassa Detik menawarkan pakej perkahwinan premium dengan kadar harga mampu milik. Deposit untuk lock tarikh pun hanya serendah RM2500 sahaja. Lokasi-lokasi yang eksklusif dan strategik disediakan oleh pihak Cassa Detik. Anatar lokasinya ialah Grand Ballroom @Bangsar, Glass Hall @Cheras, Light Box @T6, Glass Box @Cyberjaya, dan Dewan Dahlis @Cheras. Jika pengantin dah ada lokasi pilihan tersendiri, pun boleh jugak. Vendor-vendor yang bekerjasama dengan pihak Cassa Detik pun sememangnya berpengalaman. So tak perlu nak risaulah. Semua pembekal di Cassa Detik mempunyai pengalaman dalam menguruskan majlis perkahwinan. Korang telitilah sendiri kadar harga yang ditawarkan oleh Cassa Detik. Sangat berbaloi dengan apa yang ditawarkan. Memang semua akan disediakan oleh pihak Cassa Detik.






Biasa dengar kes pengantin kena tipu dek si wedding planner? Haa scary kan? Sebab tu kalau kita nak ambil pakej perkahwinan, seeloknya selidik dulu elok-elok. Kena cari yang boleh dipercayai. Salah satunya adalah Cassa Detik. Selain faktor kekangan masa & tahap profesional Cassa Detik dalam menguruskan setiap majlis perkahwinan, antara sebab utama pasangan pengantin memilih Cassa Detik adalah kerana harganya yang berpatutan dan servisnya yang boleh dipercayai. Selain itu lain pasangan pengantin cenderung memilih pakej dari Cassa Detik adalah kerana mahukan lokasi yang eksklusif dan selesa untuk majlis mereka. Sesetengah pengantin tinggal di kawasan yang agak sempit dan terbatas dari segi ruang. Makanya mereka memerlukan lokasi yang lebih selesa untuk majlis tersebut. Dah alang-alang tu, tak perlu la berpenat lelah mencari sendiri lokasi yang terbaik. Biar sahaja pihak Cassa Detik yang uruskan. Senang cakap, Cassa Detik ni dah macam one stop centre untuk majlis perkahwinan dah. Pakej yang ditawarkan memang serba lengkap dengan kadar harga yang berpatutan.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi pihak Cassa Detik.
017-6801336

20 comments:

  1. Zaman sekarang ni dah mudah kan.
    Kalau duduk kawasan bandar, rumah tak sesuai untuk buat kenduri mungkin disebabkan kesibukan kotaraya, boleh pilih dari wedding planner je.
    Banyak tempat mereka boleh sediakan.
    Pakej boleh dari A to Z lagi.
    Cuma bergantung pada bajet je kan..

    ReplyDelete
  2. Glass hall ngan light bo pernah pegi mg best n cantik dewan dia harga berbaloi kalau ikut pakej ni

    ReplyDelete
  3. Baca Cassa Detik teringat Calla Event. Dekat2 pulak nama dorang ni 😍

    ReplyDelete
  4. bestnya cantik2 plak deco2 nya.. klu nak kawen lagi skali malu la plak beria camni.. hihi nanti sy warwarkan pd kawan2 nt

    ReplyDelete
  5. Baru last 2 weeks adik kawen. Pakai pakej je malas nak pening-pening. Nampak memang grand betul pakej ni. Cantikkkk! Semoga majlis EMI dipermudahkan nanti.

    ReplyDelete
  6. Wahh memang cantik sgt ppakej yg diorang buat ni. Warna sweet2 je. Mmg cantik kalau tangkap gambar nak buat kenangan ni.

    ReplyDelete
  7. cantiknya tempat wedding ni, kalu kena dengan bajet boleh la buat kenduri kat sini. lengkap dengan pakej cuci tangan, tak payah si pengantin nak kena uruskan dari A-Z..serah je kat pihak katering kan

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni semua bakal pengantin cari pakej yang serba serbi lengkap. Nak buat satu² memang tak sempat. Bila dah ada pakej dengan harga yang menarik, memang rugilah tak grab.. Cantik pulak tu design pelamin mereka

    ReplyDelete
  9. Bakal oenganyin boleh lah recce Cassa Detik ni untuk realisasi kan perkhawinan mereka menjadi majlis yang meriah dan gah .Pakej yang ditawarkan pun menarik dan mampu milik. Nasib baiklah akak dah kahwin .

    ReplyDelete
  10. Amboiii sekarang dah rajin usha2 hal2 pengantin ya. Bila nak berlangsung tu ? Ahaks. Anyway cantik2 lah perkhidmatan yg pernah ditawarkan oleh Cassa Detik nie. Xpernah lg dengar nama mereka sblm nie. Nanti boleh usha2 gak website dorg kot2 berkenan ke kan. Eh

    ReplyDelete
  11. Canteknya baju pengantin dia. Best bila ada tawaran pakej perkahwinan macam ni. Murah dan berbaloi

    ReplyDelete
  12. Wow! i love their modern design and also the decor are so so elegant. Will share this with my friends

    ReplyDelete
  13. Nampak menarik. Thank you atas perkongsian. Nak suggest kat kawan saya, sebab dia sendiri tengah pening cari pakej kahwin. Dah la kerjanya asyik outstation, mana sempat nak handle sendiri.

    ReplyDelete
  14. Sbnrnya senang amik sekali macam ni. Tak payah nak pikir2 lagi dah. Semua dah ada. Tapi biasala. Kalau compare dgn buat sendiri 1-1 mmg boleh dapat murah cuma penat la nak cari. So berbaloi la dengan harga yg Cassa Detik ni tawarkan.

    ReplyDelete
  15. Nowadays it's really easy to prepare a wedding, Cassa Detik looks really fancy and the packages is really affordable too. Perfect for those who are looking for a one stop solution.

    ReplyDelete
  16. Senang kalau ada pakej yg macam ni. Yg semua lengkap. Kita bayar dan datang je kan. Tak perlu pikir itu ini dah.

    ReplyDelete
  17. Untung pengantin zaman sekarang, macam-macam pakej ada untuk majlis perkahwinan yg diidam-idamkan, ak yah dah penat2 nak buat sendiri..semua org lain aturkn sahaja..cuma pengantin siapkan duit je

    ReplyDelete
  18. Siapa yang taknak persiapan majlis teratur dan tersusun kan? tambah-tambah lagi kalau just cuci tangan je.. heheh.. semua dah tersedia .. just sedia duit je .. hehehe

    ReplyDelete
  19. Amazing ! skarang bakal pengantin tak perlu runsing nak fikir nak buat majlis dimana kerana, semua boleh upah wedding planner atur segalanya.

    ReplyDelete
  20. Great package.. just nice for those whom plan for marriage.. Hehehehe.. must be a great wedding for those whom ops for this packages...

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.