Aktiviti-Aktiviti Menarik Yang Saya Dan Rakan-Rakan Lakukan Di Bukit Gambang Resort City (BGRC) - emilinda

Monday, March 18, 2019

Aktiviti-Aktiviti Menarik Yang Saya Dan Rakan-Rakan Lakukan Di Bukit Gambang Resort City (BGRC)

Hai korang! Memandangkan saya baru je balik dari percutian singkat 3 hari 2 malam bersama rakan-rakan saya di Bukit Gambang Resort City (BGRC), so kali ni saya nak ceritakan serba sedikit aktiviti menarik yang korang boleh lakukan di Gambang Resort City (BGRC). Untuk makluman, ini merupakan kali pertama saya jejakkan kaki ke Bukit Gambang Resort City. Memang excited la bila rakan-rakan ajak ke sana! Kami bergerak ke sana menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) seawal jam 8 pagi.


Okay, saya nak skip hal-hal yang tak berkaitan, so saya nak terus ceritakan tentang aktiviti-aktiviti yang korang boleh lakukan di Bukit Gambang Resort City.

Bermain Air Sepuas Hati di Bukit Gambang Water Park



Ini aktiviti pertama yang kami terjah sebaik sahaja sampai ke sana. Dengan bayaran RM33 (dewasa), kami dapat terokai segala jenis aktiviti air yang ada di Bukit Gambang Water Park. Kalau nak tahu, Bukit Gambang Water Park ini dibina di kawasan hutan. So memang dikelilingi hutan dan segala jenis pokok la. Konsepnya macam water park in the jungle. Paling saya excited main kat sini adalah water slides. Ada 5 jenis water slides kesemuanya : Crystal Slide, Galaxy Slide, Canopy Slide, 6-Lane Racer, dan Family Raft Ride. Yang Galaxy Slide dengan Crystal Slide tu lebih kurang je cuma yang Galaxy Slide tu gelap. Terpekik-pekik ha kami kat dalam tu. Yang ni boleh naik sorang atau berdua. Tentu-tentunya lah saya naik berdua, haha. Family Raft Ride tu sumpah best, kami duk ulang naik sampai 7-8 kali hahaha. Tips kalau korang nak naik Family Raft Ride ni, korang make sure naik ramai-ramai selagi muat & make sure jumlah berat keseluruhan tu banyak. Bukan apa, lagi berat muatan lagi thrill. Terpekik-pekik masing-masing sebab takut tercampak keluar hahaha. As for 6-Lane Racer, saya tak berani naik sebab takut terpelanting keluar ahahaha. Dah la orangnya kurus keding. Tak confident la nak main benda alah ni.


Lepas dah puas main water slides, kami bergerak ke Coco Beach untuk berendam dekat Wave Pool. Berkali-kali jugak la saya terjatuh dalam air kat sini, sebab saya ringan sangat kot. Lagi-lagi bila datang ombak. The best part is ada giant piranha yang akan sentiasa splash air kat sesiapa yang duk berendam di Wave Pool.


Memandangkan trip kami kali ni melibatkan semua orang dewasa, so saya tak cerita sangat la tentang permainan air untuk kanak-kanak. Tapi memang ada banyak jugak aktiviti air untuk kanak-kanak kat sini.

Sempat bermain bola pantai di Coco Beach

Dah alang-alang kat water park, korang memang wajib cuba pizza dekat Pizza Time. Pizza dekat BGRC ni sumpah sedap weyh. Gambar pizza takde. Tak sempat tangkap gambar, masing-masing dengan lajunya habiskan pizza. Almaklum, lapar lepas penat bermain air. Btw, all transaction in Bukit Gambang Water Park is cashless. Korang topup je nilai kat kaunter, then korang akan dapat satu wristband. So tak perlu bawak duit. Bila nak beli pape, dorang akan scan je wristband tu. Don’t worry kalau ada balance, before keluar water park boleh dapatkan balik balance tu.

Melihat Kepelbagaian Binatang Liar di Safari Park Secara Lebih Dekat



Eh memang rugi gila kalau dah ada kat BGRC ni tapi tak ambil peluang ke Safari Park. Kalau nak tahu, Safari Park di BGRC ini merupakan taman safari terbesar di Malaysia. Ada macam-macam jenis binatang liar, yang korang takkan jumpa kat luar. Hutan yang seluas 138 ekar ini memiliki 2 zon iaitu Walking Zone dan Wild Savannah Zone. Dekat Wild Savannah Zone ni memang ada pelbagai jenis binatang liar dan korang boleh melihat dari jarak yang sangat dekat. Macam mana caranya? Korang boleh pilih samada nak naik tram, atau nak naik ATV. Syok gila naik ATV pusing dalam Wild Savannah zone. Eh tapi ada certain area dorang memang tak bagi masuk dengan ATV, sebab bahaya. So yang tu kena masuk dengan tram. Depends pada korang la, tapi kalau tanya saya, saya cadangkan korang boleh cuba dua-dua. Kedua-duanya memberikan pengalaman yang berbeza.





Llama ni comel sangat weyh. First time tengok llama in real life dan dekat macam ni

Dekat Walking Zone pun ada macam-macam jenis binatang yang kita boleh jumpa. Siap boleh bagi beruang makan roti lagi. Suka betul tengok gelagat beruang-beruang tu menunggu kita bagi makan roti. Seriously I don’t know that bear eats bread. Dah pergi BGRC ni baru tahu, hahah.


Menonton Variety Show
Kat kawasan Safari Park tu ada banyak variety show yang korang boleh tengok. Kami memang spend masa seharian di Safari Park untuk ATV ride, tram ride, jalan-jalan tengok binatang, tengok animal show dan segala show yang ada kat sini. Untuk show di kawasan tertutup, ada 3 arena iaitu predator arena, village arena, dan forest arena. Kat sini la boleh tengok pertunjukan dari binatang. Selain itu, ada 5 active show yang korang boleh tengok iaitu Wonderful Birds, Multi-Animal Kids, Indiana Stunt, Yabara Fire, dan Predator no-human-contact show.

Pertunjukan dari binatang


Barbeque (BBQ)
Kalau korang datang beramai-ramai, it is a good idea to have a BBQ session. We also have our own BBQ session during the first night. Time ni la orang kata, bonding time. Memandangkan kami menginap di Everia Villas, so kami buat BBQ di pekarangan villa yang kami menginap tu je. Right in front of the villa memang ada kawasan yang agak luas. Actually untuk BBQ ni, korang boleh bawa peralatan & sediakan bahan BBQ korang sendiri. Tapi kalau korang nak pihak BGRC yang sediakan peralatan dan bahan, pun boleh. Just let them know awal-awal. They will arrange it for you.

BBQ timeee

Flying Fox 
For those who are looking for adrenaline rush activity, boleh la cuba flying fox kat sini. Kami pun sempat cuba flying fox di BGRC Active Academy ni. Actually this is my first time naik a proper flying fox. Dulu pernah naik sekali tapi yang budak-budak punya, and not challenging at all. Untuk flying fox di BGRC ni, it is 153 metres down the slope of the hilly forest. Kena panjat sikit ke pelantar pokok, then dari situ la berlepas nanti. The interesting part is dari pelantar tu, korang tak nampak tau landing zone. So korang akan rasa lebih nervous, hahahah. But it was a great experience.



Awal-awal masa nk start tu memang takut especially for those yang takut tinggi, tapi once dah depart, syok weyh! Boleh tengok video pendek kat bawah ni untuk melihat pengalaman saya naik flying fox ni.


Paint Ball
They also have paint ball zone here. Tapi untuk kali ni, kami hanya buat paintball target shooting. Tak masuk paintball warzone pun sebab masa tak mencukupi.


Sukan Memanah
This is not my first time doing archery, but I had so much fun practicing my skill here. Hehe. Sukan memanah adalah salah satu aktiviti yang akan saya cuba setiap kali ada peluang. I really love the idea of archery. Puas hati gila bila dapat panah tepat ke sasaran.


Menunggang Kuda di Cowboy Town
Kat sini la kalau korang nak tengok pelbagai jenis kuda. Siap boleh merasai pengalaman menunggang kuda sekali tau. Kalau bawa kanak-kanak, confirm they all suka. Time ni saya teringat anak-anak saudara saya yang sememangnya penggemar binatang especially kuda. Next time mungkin boleh plan family day kat sini kot.



By the way kuda yang saya tunggang ni namanya Exo, sejenis kuda baka Belgian Dwarf. Comel betul. Nama kuda ni kemain kpop ye, hehe.

Makan Malam Bersama Singa Putih /White Lions
No, I’m not kidding. Kat BGRC ni ada satu restoran bernama Simba Hill Gourmet Hall. Kat sini korang boleh makan sambil bertemankan singa putih. Kami pun tak melepaskan peluang untuk makan malam di sini. But don’t worry, bukanlah singa putih tu bebas berjalan dalam restoran semasa korang tengah makan. The concept is; dinding restoran tu adalah kaca. Kat luar dinding tu adalah kawasan yang menempatkan singa putih. So singa tu bila-bila masa boleh berjalan kat situ, makanya korang boleh tengok secara lebih dekat. Hanya dipisahkan oleh sekeping dinding kaca. I was hoping that the white lions will come near me, so I pick a table which is nearest to the glass wall. Tapi time tu singa tengah bersantai-santai atas batu, so they didn’t come near me. I’m a bit frust, hahah.


Nampak tak singa putih tu tengah bersidai atas batu?

Nampak macam anak kucing je kan? Nope, ini anak singa putih

Oh ye, makanan kat restoran ni memang best. From the mushroom soup, to the chicken chop and dessert..semua sedap.




Kunjungan saya ke BGRC kali ni bersama rakan-rakan, dan sempat buat pelbagai aktiviti. Seronok betul rasanya. Personally saya merasakan BGRC adalah tempat yang sangat sesuai untuk seisi keluarga. Memang tersangatlah sesuai kalau nak bawa keluarga bercuti kat sini, terutama keluarga yang mempunyai anak-anak kecil. Pastinya menjadi pengalaman yang sangat berharga dalam memori anak-anak. Kalau nak buat family day kat sini pun tersangatlah sesuai. Memang selesa dan penuh dengan aktiviti. Memang recommended la untuk bercuti kat sini. Boleh lah lari sekejap dari kesibukan kota, kan.


Oh ye, mungkin ada antara korang yang tertanya-tanya tentang penginapan saya sepanjang kat BGRC ni kan? Tentang penginapan sepanjang trip kali ini boleh baca di sini : Menginap 3 Hari 2 Malam di Everia Villa, Bukit Gambang Resort City.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Bukit Gambang Resort City, boleh rujuk laman sesawang https://bgrc.com.my/

22 comments:

  1. sis dh pergi aritu.. alhamdulillah best

    ReplyDelete
  2. Rindu pulak nak ke bukit gambang ni...

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik. Tak pernah pergi bukit gambang. Kena try pergi juga one day.

    ReplyDelete
  4. Eh banyak jugak rupanya aktiviti kat sini. Dah lama sangat rasa tak pergi bukit gambang ni. Skang dah tak jauh dah dengan rumah sebab dah duduk kuantan. Next time boleh la pergi ajak husband.

    ReplyDelete
  5. so fun and adventure there, I like to go someday. got to save up money first as family plan to go together.

    ReplyDelete
  6. Banyak kan aktiviti2 menarik yg boleh dilakukan dekat BGRC nie. sesuai sangat kalau nak bawa satu family ke sini. Budak2 mesti suka. ada taman tema air, ada zoo lagi. syiokkk sangat !

    ReplyDelete
  7. bagus dik percutian yang sangat enjoy dan ekstrem. kalau pergi dengan kawan seronok sebab semua aktiviti boleh cuba. akak paling suka aktiviti yang adventure tu

    ReplyDelete
  8. Bestnya dia bercuti kat bukit gambang. Macam macam aktiviti boleh buat ye .Akak dah lama plan nak bawa anak anak pergi bukit gambang tapi tak tahu bila tahun nak sampai .

    ReplyDelete
  9. Lama dah tak pergi sini, Last pergi awal awal kahwin dengan family Fadzi. Time tu pergi safari, tengok haiwan dengan main air die je. tak banyak aktiviti macam sekarang

    ReplyDelete
  10. Seronoknyaaaa! Cx tak pernah pergi ke Bukit Gambang lagi . macam² aktiviti boleh buat ya? Bestnyaaaaa. Moga² satu hari nanti, cx ada peluang ntk ke sana dan buat semua aktiviti yang ada

    ReplyDelete
  11. Bestnya semua kat Bukit Gambang resort ni hehehe kita orang Pahang pun tak pernah sampai lagi kat sini wakakakkaak. Teringin sangat nak tengok binatang kat sana ada harimau putih tu comel hehehehehe sapa nak bawa kita ker sini nak pergi sendiri memang tak lah hehehe..

    ReplyDelete
  12. seronoknya dapat bercuti tempat macam ni. dapat mandi manda, lepas tu tengok haiwan lagi. sesuai sangat bawak family datang bercuti kat sini. boleh la suggest sedara mara yang anak ramai tu datang sini

    ReplyDelete
  13. best sangat bercuti di BGRC! macam-macam aktiviti ada, rindu masa kita bercuti dulu. Nak repeat lagi. Heheh

    ReplyDelete
  14. Wow.. Syoknya.. Datang sana memang penuh aktiviti yang boleh dibuat.
    So memang tak rasa bosan la kan..
    Suka aktiviti air yang macam tu.
    Dah lama juga la tak ke taman tema macam tu..
    Siap ada binatang lagi kat situ.
    Syok bawak anak anak ni.

    ReplyDelete
  15. Wah best nyer tempat ini, I pun dah lama tak naik atv nampak sangat exciting.

    ReplyDelete
  16. Tak pernah lg ke sini..nampak macam best je, kalau bawak anak sure dia suka ni. Nanti nak plan lah bawak dia ke sini

    ReplyDelete
  17. Bestnyaaaa. Paling suka safari tu sbb my kids love animals so much. Kalau pergi sini mesti spend plg lama masa kat situ je.

    ReplyDelete
  18. Rawlins pernah stay situ untuk konvensyen penyelidikan pejabat lama dulu. Best giler bilik dia. Rawlins paling gila bila pergi waterpark dia hahaha. Lupa diri dan sudahnya, balik tu badan hitam hahaha

    ReplyDelete
  19. bestnya macam-macam tarikan hinggalah ke mini zoo sana..saya setakat ni belum pernah sampai sana, harap-harap tahun ni atau tahun depan adalah peluang jalan-jalan sana pulak.

    ReplyDelete
  20. So there is a mini zoo in it as well. Guess it will be a good place for family and friends to relax and enjoy. :)

    ReplyDelete
  21. Bukit Gambang Waterpark ni masuk RM33 jer. Okaylah tu berbaloi sangat. Pernah dengar tempat ni x penah sampai lagi . Banyak juha aktiviti kat dalam ni yer.

    ReplyDelete
  22. Wah murah jugak ya. Kalau yg a famosa resort tu mahal.. Ada safari jugak semua.. Time belajar dlua pernah pi. Tu pun sebab derma darah dpt tiket free masuk situ.. Hahahhaha. Menarik yg safari tu. Akak suka

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.