Review Filem Animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal – Best! Wajib Tonton Seisi Keluarga. - emilinda

Monday, March 11, 2019

Review Filem Animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal – Best! Wajib Tonton Seisi Keluarga.

Sekitar minggu lepas saya dijemput ke Majlis Tayangan Perdana Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal di GSC Mid Valley. Jangan cakap korang tak kenal Upin & Ipin pulak. Tak payah duduk kat Malaysia la kalau tak kenal watak kembar animasi no. 1 di Malaysia ni, hehe. Watak Upin & Ipin ni memang dah tak asing lagi dalam kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa di Malaysia. Bukan kanak-kanak je yang layan animasi Upin & Ipin ni tau, tapi orang dewasa pun ramai je yang layan. Untuk pengetahuan korang, filem animasi Upin & Ipin yang terbaru bertajuk Keris Siamang Tunggal bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Mac 2019. Filem terbitan Les’ Copaque Production Sdn Bhd ini diarahkan oleh tiga pengarah muda berbakat iaitu Adam Amiruddin (Pengarah siri Upin & Ipin), Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim (Pengarah siri Puteri), dan Ahmad Razuri Roseli (Pengarah siri Pada Zaman Dahulu).


Barisan pelakon suara 

Antara pelakon suara yang membintangi filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ini adalah Asyiela Putri Azhar, Ahmad Mawardi Abdul Rahman, Mohd amir Asyraf, Fakhrul Razi, dan Ernie Zakri. File mini mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Selain dihadiri oleh penerbit, pengarah, pelakon suara, karyawan industri dan pihak media, majlis tayangan perdana file mini turut dihadiri oleh tetamu kehormat, YB Dr Mazlee (Menteri Pendidikan). Majlis turut diserikan dengan persembahan mantap Ernie Zakri & Fakhrul Razi. Ernie Zakri menyanyikan lagu Buai Laju-Laju, manakala Fakhrul Razi pula menyanyikan lagu Keris Sakti. Kedua-dua lagu yang didendangkan merupakan OST bagi filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal.


Sempat saya rakamkan sedikit nyanyian Ernie Zakri

Filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ini menelan kos hampir RM20 juta dengan menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan. Lepas dah tonton sendiri filem ni, saya sebagai anak Malaysia merasa bangga dan terharu dengan hasil kerja anak-anak tempatan kita, mampu menghasilkan filem animasi yang hebat dan tidak mengecewakan, setanding filem animasi antarabangsa.



Filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ini mengetengahkan pengembaraan Upin & Ipin bersama rakan-rakan mereka ke sebuah kerajaan dongeng yang diberi nama Inderaloka. Sepanjang berada di kerajaan Inderaloka, mereka berjumpa pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih, Pak Belalang, emak si Tanggang, dan juga Batu Belah Batu Bertangkup.  Serious bila tengok cerita ni saya terimbau kisah-kisah dongeng yang pernah saya dengar ketika zaman kanak-kanak dulu. Tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yela, biasa kita tengok kisah dongeng orang Barat je yang masuk panggung wayang. Kali ni dalam satu filem, dihadirkan juga kisah dongeng nusantara. Paling saya suka sebab dalam filem ini, keris diangkat sebagai tema utama. Kita sendiri tahu keris memang sangat sinonim dengan orang Melayu zaman dahulu kala.


Lepas dah tengok filem ni, saya memang merasa kagum dengan progress filem animasi di Malaysia. Makin bagus! Bila tengok, rasa macam tengok filem animasi antarabangsa. Dengan pilihan lagu OST yang sangat catchy dan merdu. Sampai hari ini, lagu Buai Laju-Laju tu asyik terngiang-ngiang di telinga saya. Dari segi bunyi pun memang jelas. Waktu Upin & Ipin terpisah dan masing-masing saling terkenangkan antara satu sama lain, sedih pulak kita yang melihat ni.


Jujur saya sangat sukakan filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal. Sepanjang menonton filem ni saya memang enjoy dan terdapat banyak scene yang mencuit hati. Macam yang kita sedia maklum, dalam animasi Upin & Ipin memang ada mengetengahkan pelbagai nilai-nilai rakyat setempat di Malaysia termasuk perpaduan, kasih-sayang, hidup berbilang kaum , nilai persahabatan, dan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Pendek kata animasi Upin & Ipin ni memang banyak memberi nilai positif terhadap para penonton. Saya suka betul penggunaan peribahasa dalam filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ni. Secara tak langsung kita mampu mengetengahkan peribahasa Melayu. Dengar cerita filem ini akan turut menembusi pasaran beberapa buah negara luar juga. Saya kira ianya adalah inisiatif yang sangat bagus bagi mewar-warkan budaya & adat di Malaysia kepada negara luar.



Filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ini akan mula ditayangkan di pawagam bermula 21 Mac 2019. Musim cuti sekolah tu. Apa kata korang bawa keluarga korang menonton filem ini. Memang sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan juga dewasa. Akhir kata dari hati saya, filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ini memang berbaloi untuk ditonton di pawagam.

18 comments:

  1. Macam menarik jer movie Upin Ipin yang baru ni, ditayangkan masa cuti sekolah..bleh la bawak anak- anak buah tengok wayang nanti..kakak dania dah besar panjang sure dia tak minat sangat tengok citer macam ni...

    ReplyDelete
  2. Kalau Upin dan Ipin akak satu kekuarga memang suka sangat .Tak sabar nak tengok movie Upin dan Ipin kat wayang nanti .Confirm .Ramai orang pergi tengok nanti kan ?Yelah Upin dan Ipin siapa tak suka tenfok. Betul tak ?Bangga tau movie Upin Ipin dah setaraf antarabangsa tau

    ReplyDelete
  3. I tengok trailer ni masa tengok Capten Marvel hari tu. Nampak macam best. Mesti mau tonton jugak. Sebab nak support product kita.

    ReplyDelete
  4. Wah filem baru upin ipin, cuti sekolah bulan ni wajib terjah ni. Anak2 mesti suka dengan filem upin ipin ni.

    ReplyDelete
  5. Cerita animasi upin ipin ni tak pernah tak menarik kan.
    Memang kalau tengok layan je la. Bukan anak anak je syok tengok ni, mak ayah pun boleh ikut layan sekali..
    Boleh bawak anak anak tengok di wayang ni.

    ReplyDelete
  6. Dari hari tu dok tengok iklan dekat youtube. Ingatkan episode macam yang biasa tu rupanya movie. Tapi kalau movie macam ni lagi better dari yang movie upin ipin memula dulu.

    ReplyDelete
  7. Seronok kalau dapat bawak anak2 tengok cite upin ipin ni..anak2 sure suka n happy, mak pun layan je kan..:). Masalahnya sis tak ada anak kecik, kena bawak anak buah lah gi tengok nanti

    ReplyDelete
  8. ni klau anak-anak Liez tahu ada movieupinipin yang baru memang dia ajak tgkni.. kalinilain sikit cerita upin ipin kan. boleh la bawak masa cuti sekolah nanti.

    ReplyDelete
  9. Wah! Cx dengan suami siap dah rancang nak bawa anak² pergi tengok nanti. Mesti teruja. Dah lama dinantikan upin ipin baru keluar. Tak sabar nak pergi tengok nanti bila baca entry ni. Mesti happening je menonton.

    ReplyDelete
  10. Ini yang membuatkan Rawlins tak sabar nak menonton filem keluaran Malaysia ini. Baca review, ada yang kata memang best, malah better than Capt M tu katanya. Membuak rasa nak tengok nie.

    ReplyDelete
  11. Wah seronok kalau bawk kakak dan adik datang sini ni.. Bolehlah tengok mmovie. .Lama tak oergi wayang sebb dok fikir budka2 ni.. Ahhaha.. Ramai cakap best cerita ni..

    ReplyDelete
  12. Nice!!! Wanna check this out soon as I love this carton character too!!! So cute and naive!! Can't wait to watch this!!

    ReplyDelete
  13. Nice ya !! Nampak menarik movie nie. Mesti budak2 suka kalau bawak pi wayang nie. Nanti nak bawaklah sedara mara tonton upin ipin nie. Rasa excited pulak.

    ReplyDelete
  14. I heard my friends mention about Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal movie is good. that is such an honoured to hear kan. Proudly made in Malaysia yeah!

    ReplyDelete
  15. Bangga gila dengan production team Upin Ipin ni. Start dari series kat TV, sekarang dah ada movie di cinema. Salah satu produk animasi terhebat di Malaysia. Sampai ke Indonesia famous Upin Ipin ni. BANGGA giler. Tahniah untuk filem baru ni 😍

    ReplyDelete
  16. This is quite fun and their latest movie macam menarik juga lah. I tengok ramai juga yang attend event ini, mesti best kan. Time cuti sekolah boleh bawak anak tengok wayang & jalan jalan kan.

    ReplyDelete
  17. tak lama lagi kan tayangan filem upin ipin ni. Tgk fb diorg pn macam best je. Dgr citer yg dh tengok preview pun cakap yg ni paling gempak..kena layanlah nanti

    ReplyDelete
  18. nak tengok la...nak go back to my childhood days when I can enjoy this kind of cartoons. I know two friends are going to cosplay as Upin dan Ipin when the movie comes out.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.