Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC

Korang pernah dengar tentang Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC tak? Unik betul nama restoran ni, kan? Hehe. Aku memula dengar nama restoran ni pun terdetik dalam hati bahawasanya nama restoran ni agak unik. Jadi tertanya-tanya apa yang specialnya dekat restoran ni. Actually Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC ni merupakan restoran milik pihak Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) yang baru memulakan operasi sejak 1 Jun 2015. Restoran yang terletak di tengah-tengah ibu kota di Kampus Putra, Wisma Sachdev ni merupakan usahasama antara kumpulan Cosmopoint dan Malai Food Industries. Walaupun restoran ni terletak di kampus KLMUC, tapi tetap dibuka untuk orang ramai juga. Bukan untuk pelajar KLMUC semata-mata. Bila dah jejakkan kaki ke restoran tu, barulah aku faham kenapa restoran ni dinamakan sebegitu. Restoran ni dinamakan Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC bersempena suasana restoran itu sendiri yang dihiasi dekorasi klasik dan gambar-gambar lama berlatarbelakang di tengah-tengah bandara…