Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

First time terperangkap dalam lif.

Alhamdulillah masih bernyawa dengan sihatnya . Beberapa jam lepas hampir aje aku ingat ajal dah mendekat . Iskkk . Macam biasa sekitar jam 6.50 pagi kitorang akan keluar dari rumah untuk memulakan rutin harian . Pegi hantar Qaseh kat babysitter , then masing - masing pegi keje . Abang ipar aku keje shift malam semalam , so dia belum balik . Kat situ ada 2 lif . Aku namakan Lif A dan Lif B . Kitorang sedia maklum bahawasanya Lif A ni dah uzur sangat dan selalu rosak . Tak boleh muat ramai orang , nanti dia tergelincir jatuh . Lif B pun sama buruk , tapi belum pernah tergelincir jatuh macam Lif A . So kitorang memang prefer naik Lif B . Nak dijadikan cerita Lif B pulak stop dekat level 14 x turun - turun . Lama betul . Kitorang tunggu kat Level 9 . So aroung 6.58 pagi bila Lif A sampai , aku pun ajak jela akak aku masuk . Memang ramai orang pun dalam tu . tapi tak fikir panjang terus kitorang masuk . Tak jangka akan jadi benda buruk kan .
Masa dalam lif tu aku dah mula rasa tak sedap h…

Sale Elianto, murah.

Hai korang !
Harini takde nak cerita apa sangat pun . Padahal banyak benda aku nak cerita kat blog ni tapi tak ebrkesempatan update blog . Sampai tahap dah banyak sangat cerita basi . Haha . Takpe , takde istilah basi dalam bercerita hokeyy , ada masa aku cerita satu persatu . Korang biasa shopping Elianto secara online tak ? Haaa . . aku ni kalau dah namanya perempuan memang suka la kan Elianto segala bagai ni . Tapi kalau pergi kat mana - mana mall , aku takkan lama kat kedai Elianto ni . In fact , selalunya aku tak beli pape pun sebab aku rimas pekerja dia asyik ikut je kat belakang . Terganggu privacy iols tahu ! Hehe .
So haritu aku try beli Elianto ni secara online . Kalau bukan sebab ada SALE , takdenya aku nak beli . Mana dengan postagenya lagi . That time aku pun tak sure dorang buat sale apa , tapi mostly barang sangat murah . Dan lagi best , FREE postage . Tapi kalau korang perasan , dekat kedai dia pun sekarang harga memang macam tu . Bukan online aje dia buat promosi . M…

Pre-Convo

Hai , entry kali ni takmo cerita panjang lebar . Just nak tampal gambar - gambar pre - convo haritu . Sehari before konvo , kitorang berempat [ me , Nad , Yana , Wahida ] buat group photoshoot sekitar UTHM . Saje la , nak jugak ada gambar kenangan yang cantik sket . Kalau nak harap gambar yang di tangkap masa hari konvo , rasanya memang tak sempat nak tangkap gambar sangat . 











Banyak sebenarnya gambar . Tapi takkan semua aku nak taruk sini kan ? Jenuh pulak aku nak upload banyak - banyak . Dah la setiap gambar tu besar pulak saiz dia . So korang tatap jela mana yang aku dah upload ni walaupun lebih kurang je gambarnya . Haha . Btw nasib baik kitorang decide nak buat photoshoot ni . Sebab time hari konvo tu seriously aku takde tangkap gambar sangat pun . Kalut dengan macam - macam hal . Disebabkan dah ambik time photoshoot tu , so aku takde la rasa ralat sangat hari konvo tu tak sempat nak tangkap gambar banyak . But still , gambar studio aku tangkap for both individual & family .

Officially graduated!

Alhamdulillah . Hari Isnin lepas , 13 Oktober 2014 aku secara rasminya dah pun tamatkan pengajian degree aku . Rasa sedih pulak nak tinggalkan UTHM . Padahal aku ni dah kira freshgrad yang dah basi la jugak sebab kitorang habis belajar hujung tahun lepas , tapi graduation hujung tahun ni . Such a big gap . Dan - dan je time dalam hall tu rasa sebak kemain . Takkan berjaya seorang anak tanpa dorongan dan doa emak ayah . Takkan berjaya seorang adik tanpa bantuan dan semangat dari kakak - kakak dan abang - abang . Takkan berjaya seorang murid tanpa didikan dari para guru . Takkan berjaya aku tempuhi kehidupan kampus seorang diri tanpa ditemani rakan - rakan . Iskkkk . Takkan berjaya aku terima ijazah ni tanpa emak , ayah , adik - beradik , para lecturer dan rakan - rakan . Awal - awal ayah dah bagitahu yang ayah tak boleh nak attend konvokesyen tu . Aku faham , ayah dah tua tak larat nak jalan jauh . So yang lain semua datang kecuali ayah dan adik aku Eddy . 
Terima kasih tak terhingga …