internships,

Tahniah emi.

December 31, 2013 emi 3 Comments

Tahniah Emi .

Kau dah berjaya habiskan tempoh praktikal kau . Kau dah habis belajar emi . So proud of you, walaupun pointer tidaklah membanggakan . Haihh , tak percaya pulak rasanya dah habis blaja . Cepat sungguh masa berlalu . Hari jumaat lepas hari last praktikal . Sepatutnya sekarang tengah giat memburu kerja , tapi ntahla kenapa malas sangat rasa ni . Macam tak ready je nak kerja , especially dalam bidang IT . Macam belum puas rehat . Nak pergi interview dah satu hal kecut perut rasa . Camne nih . Please la emi jangan jadi penakut sangat . Interviewer tu tak telan orang . Persetankan confident level , persetankan kau punya broken english . It's for the sake of ur future .


* taip entry sambil bermalas-malasan atas katil . Tak bangun-bangun lagi. Heavennya rasa bila tak payah pi keje *

3 comments:

aeon,

It's time to say a goodbye to my intern life

December 27, 2013 emi 1 Comments



Today , i'm officially finished my internships . Time flies so fast . Rasa macam baru je lagi join company tu sebagai student intern . And now , there's no more liferay , no more oc4j , no more eclipse , no more toad , no more javascript , no more documentation . At least for now la . Dah start kerja kat mana - mana nanti kena la hadap balik benda alah tu semua . Well , yang pastinya i'm no longer a part of ejkm team . Sobbsss :( *okei tak payah nak over sangat ye*


Lepas ni mesti ada orang lain duduk meja tu . Hmmm . Sedih jugak la . Happy sebab dah habis internships dengan jayanya . Sedih sebab rasa sayang pulak nak tinggalkan tempat tu . Walaupun tak sampai 6 bulan kat situ . Walaupun takde la rapat sangat dengan semua orang , but still ada yang buat kita rasa kehadiran kita dihargai . Cheeewahh , gitu . Haha . *takdelah gurau je*


Awal - awal masuk dulu tak kenal sesiapa kecuali my sis *my sis kerja situ that time , same department as mine . Bezanya she's a staff while i'm an intern student* . Pergi kerja dengan dia , balik dengan dia . Bosan - bosan kat ofis , bergosip dengan dia via skype . Lunch mengekor je dia dengan kawan - kawan dia *tak remaja sungguh rasanya kawan dengan kakak - kakak . Haha . I mean , i dun have any friends there yang sama baya* Forever alone , haih . Ada je student intern from another universities kat situ . Tapi macam kekok sikit sebab dorang kind of satu geng gitu . So kita rasa tersisih la . Ditambah pulak kita lapor diri lambat sebulan berbanding dorang . Rasa macam susah sikit la nak masuk dengan dorang sebab dorang sentiasa dengan geng dorang je . Get what i mean ? Haha anggap jela faham . Tapi ada jugak la lepak breakfast sesama dengan dorang sekali - sekala . Okei je dorang tu , baik dan sporting .


Then lepas my sis berhenti kerja kat situ , there's no more kawan gosip . Tapi beberapa hari aje la . Lepas tu , ngam dengan kak Haidah pulak . She's the one yang paling banyak tolong sepanjang kat sana . Bila kak Ayu assigned tugas tapi kita buat tak jadi - jadi , error macam - macam ,  kak Haidah la yang jadi tempat nak rujuk . Haha . Tak lokek ilmu dia tu . Memang dia akan cuba tolong sampai dapat . Tapi hari ni last day tak jumpa dia pun , sebab dia cuti . Hari selasa hari tu dia dah cakap awal - awal , "start Krismas sampai tahun baru , akak cuti . tak boleh jumpa emi dah . bye , jaga diri . goodluck interview kerja nanti ." wuuuuu . . sedih jugak .


Bila dah dekat nak habis , ramai pulak yang tanya "tak terus stay sini ke ? Bagitahu la Kak Ayu or En Rahim , nak terus kerja sini . Mintak dorang rekemenkan . Komfem dapat punya . Student praktikal before2 ni pun camtu " . Especially Kak Haidah dan Dzarif , beriya sungguh dorang suruh stay je situ . Petang tadi pun , lepas sembahyang Jumaat Dzarif tanya lagi , " Emi , kau tak mintak ea ? Pi la mintak kat En Rahim , cakap nak kerja sini . Boleh punya ." . Mekasih *dalam hati memang nak je terus kerja situ* . Malangnya dah berhari - hari tak nampak bayang kak Ayu mahupun En Rahim kat ofis . They're soooo busy . Dzarif suruh skype je en Rahim , malangnya maaplah , tak pernah pun add en Rahim kat skype .Takpelah , mungkin bukan rezeki .


Now i really have to say goodbye to my intern life *sobss* . Welcome to another phase of life . Moga kau cepat beroleh kerja , Emi :')


p/s : btw hari last jumpa kak Ayu haritu  , dia kasi satu sampul . Ada baucer AEON RM100 dalam tu . Dari company katanya . Tanda penghargaan untuk pelajar praktikal . Yeayyy .

1 comments:

ephyra,

Free sekotak Ephyra.

December 20, 2013 emi 12 Comments





Yeay , yeay yeayyyyy !! Ini namanya rezeki hari Jumaat ye kawan - kawan . Feeling so blessed . Alhamdulillah , suka sangat bila dapat email ni . Memang ternanti - nanti keputusan Contest Kasih Ephyra ni pun . Tadi tengah duk chat dengan Mama Izz Zara . Tetiba dia cakap dia dapat email menyatakan dia menang contest tu . Apa lagi , sepantas kilat terus check email . Tapi hampa , takde . Tak sampai 5 minit lepas tu , check email lagi . Ada !!!! Terus rasa nak buat lompat bintang . Happy gila kot . Tak sabar menanti bungkusan dari pihak Oceanlife :)


12 comments:

books,

Second round at The Big Bad Wolf.

December 15, 2013 emi 10 Comments


Semalam saya pergi The Big Bad Wolf Book Sale lagi sekali . Alah , yang dekat MIECC tu . Last week saya dah pergi sekali dengan kakak dan abang ipar . Time tu saya beli 10 buah buku untuk saya , dan 8 buku untuk anak sedara . Boleh baca kat entry INI . Last week pergi macam tak puas la cari buku memandangkan bawak si kecik Qaseh Izz Zara sama , so tak boleh berlama - lama . Haha . So this week saya ajak kakak saya yang lagi sorang pergi lagi sekali . Kakak saya yang ni belum pergi lagi sebab last week dia busy . Kali ni kitorang pergi naik KTM je . Konon sanggup la pergi dengan KTM kan , haha .

Menyempat aje posing on the way nak pergi stesen KTM . Haha


Dari rumah jalan pergi stesen KTM Tasik Selatan . Naik tren ke Serdang . Dari stesen Serdang jalan kaki pergi MIECC . Jauh jugak weyh . Ingat dekat . Haha . Berpeluh la jugak . Itu baru jalan melenggang tak bawak pape . Sampai je terus melahap kejap . Cari tenaga katakan . 


My second round .


Before datang tu , saya dah pikir nak beli buku apa . Beberapa buah jela . Tapi bila tengah cari buku tu , mestilah ada lagi yang TERberkenan . Haha . Banyak kot . Then lepas tu tapis balik beberapa kali . Buku yang saya nak tu , ada yang jumpa ada yang tak jumpa . Overall saya rasa lebih berpuas hati dengan buku yang saya beli kali ni . Dork Diaries dan Ex And The City tu memang saya nak sangat . Yang lainnya saya beli sebab lepas saya baca sinopsis sume , memang saya berkenan habis lah . Kali ni saya cuba minimize kan pembelian . So beli 6 buku je . Kakak saya beli 9 buah buku kalau tak silap .


Total RM50 . A great deal i guessed :)




Time cari buku tu pun dah nak patah kaki rasa , ini kan pulak time nak balik . Kitorang decide nak balik naik teksi je dari The Mines lepas makan . But then dekat sejam tunggu takde teksi jugak sebab jalan jammed , so teksi taknak masuk situ . Frust betul . Dah la penat , buku pulak melambak nak bawak . Pasrah . Kitorang pun menapak pergi stesen KTM . Hajat dihati nak naik teksi dari stesen KTM , tapi tak jaid sebab teksi tu nak cas mahal sangat . Cekik darah betul . So kitorang naik KTM ke Tasik Selatan . Penuh sesak orang dalam tren kot . Tak sangka pulak rakyat Malaysia ni suka membaca & suka naik pengangkutan awam rupanya . Hoho . Sampai je Tasik Selatan , terus ambik teksi balik rumah . Sampai rumah , dua - dua dah macam orang nak demam . Sakit kepala . Dinner pun tak , terus tido . Haha



Overall , puas hati la .



10 comments:

alam pekerjaan,

Student life akan berkhir tidak lama lagi :(

December 15, 2013 emi 2 Comments



Alhamdulillah , hari Khamis lepas lecturer dari faculty dah datang ke company praktikal saya untuk tujuan lawatan penyeliaan kali kedua . Berdebar tahu tunggu dia datang . En Firkhan datang dah petang dah masa tu . Kebetulan pulak my sv industry which is Kak Ayu , teramat lah busy minggu ni . Sebab next weeknya ada UAT , so memang ramai yang busy la kan . Nasib baik la En Firkhan tu baik orangnya . Dia datang tak lama pun . Tanya sikit - sikit , borak - borak kejap , bagi nasihat sikit , then dia mintak diri untuk balik . Everything was so smooth . Saya je yang risau tak bertempat . Haha .

Report , log book , dan borang markah .


Btw agak berat hati actually bila En. Firkhan nak balik tu . Why ? Sebab the moment dia balik tu , i realized that my life as a student will come to the end very soon . Berakhirnya latihan industri bermaksud permulaan baru bagi fasa hidup yang lain iaitu alam pekerjaan . Sedih kot . Rasa berat je hati ni . Tak ready lagi nak kerja . Masih mahu jadi student . Walaupun hujung tahun depan baru grad , tapi secara tak langsungnya saya akan habis belajar hujung bulan Disember ni . Grad je lambat . Sekarang pun memang tengah job hunting la . Tapi hati ni memang berat nak melangkah ke alam pekerjaan . Berat sangat . Haihhh , move on Emi . Takkan selamanya nak jadi student . Kan ? Nyesal tahu zaman universiti dulu tak betul - betul enjoy join macam - macam aktiviti . Huhu . Rasa nak je ambik degree lagi sekali . Haha . Memang la boleh sambung Master , tapi dah tak sama dah dengan zaman degree punya study . I know it .


Then keesokannya which is hari Jumaat , team saya buat simple farewell party untuk student praktikal . It's not really a party la , just jamuan simple - simple before balik kerja . Dalam team saya ni ada 6 orang student practical which is me , Mazni , Suhaili , Fiza , Sara , & Nazim . Diorang semua ni student UPM dan hari tu merupakan last day diorang kat company . Saya pulak ada lagi 2 minggu untuk habiskan tempoh praktikal . Walaupun takde la rapat sangat , takde la selalu lepak pun dengan diorang , but still i feel a bit sad . Lepas ni mesti rasa lain sikit bila pergi keje pagi - pagi . Takde dah dorang . Ah sedih pulak rasa !

My team kasi ini sebagai tanda perpisahan & penghargaan . 





p/s : Maaf lately ni saya agak busy sebab banyak kerja kat ofis . So saya tak sempat nak pantau progress giveaway , tak sempat nak review pihak sponsor lagi . InshaAllah saya akan mula buat semua tu esok . One by one la , curi masa sikit bila free :)


2 comments:

awesome,

Contest Kasih Ephyra ~ Phase 1

December 13, 2013 emi 6 Comments




Korang kalau nampak aje gambar Memey Suhaiza yang cun melecun ni , mesti dah tahu sangat kan entry ni nak cerita pasal apa . Mesti la produk supplement kegilaan ramai ni . Haha . Takpe , teruskan pembacaan anda . Dijamin tak merugikan , sebaliknya menguntungkan . Sape taknak muka flawless & cerah secantik Memey Suhaiza ni oiii . . . !


Dari mana saya tahu pasal produk Ephyra yang awesome ni ? Beberapa bulan lepas masa Halal Fest kat MIECC Mines , saya ada ikut kakak pergi sana la . Masa tu pergi saja - saja je bosan duk rumah , ikut la kakak . Then my sis cakap dia nak try satu produk ni , Ephyra . Kebetulan kat situ memang ada booth Ephyra . That is my first time tau dengar nama tu . I was like , "Amenda ? Elfira ? Elfira Loy ? " *elfira loy pun boleh , haha . Memula buat tak tahu je . Almaklum la , saya ni kalau dengar orang promote pasal supplement ni memang malas nak dengar . Sebabnya mostly supplement ni rasa dia tak sedap , tekak ni tak boleh nak terima . Dah la mahal untuk student macam saya ni . Pastu kakak suruh try dulu sikit masa kat booth tu . Yes , i tried . "Eh , ni supplement ke amenda ? Asal rasa tak macam supplement pun , rasa macam Tropicana Twister pun ada . " . Seriously agak terkejut la kan . Yela , before ni ada la jugak try supplement lain , tapi tak pernah maintain consume sebab rasa dia tu tak mampu nak diterima dek tekak ni . So my sis beli yang trial pack punya . Kitorang sambung jalan sekitar Halal Fest tu lagi . Masa jalan - jalan tu my sis dengan eksaitednya  bercerita serba sedikit pasal testimoni ephyra yang dia baca kat internet tu . Masa tu memang dah teringat - ingat dah rasa ephyra tu . Then my sis tanya , "Taknak beli?". Time tu jugak saya ajak kakak saya patah balik pergi booth Ephyra , beli trial pack untuk saya . Haha . Esoknya saya start minum Ephyra . That time kakak saya tak start lagi minum Ephyra sebab katanya dia nak habiskan dulu supplement dia yang lain . Lepas dua hari saya consume Ephyra , saya perasan something . Saya tak mengantuk dah tiap - tiap pagi time dekat ofis [saya student lagi tapi tengah dalam tempoh internship ] . Super excited hokeyy . Time tu dah rasa sikit perubahan pada muka . Kulit rasa lembut . Asyik rasa nak pegang je kulit sendiri . Haha . Cerita kat kakak , dia tak percaya sebab baru beberapa hari consume takkan dah ada kesan kan . Tapi saya ni memang dah eksaited tak ingat dunia . kemain duk cerita kat kawan sebab eksaited katakan . Haha . Then lepas tu baru kakak saya start trial pack dia . Then baru dia percaya apa saya cakap tu . Itu lah namanya , tak kenal maka tak cinta ! Kena try sendiri dulu baru tahu keberkesanan sesuatu produk tu . Sekarang ni saya dengan kakak memang tengah in love la dengan produk Ephyra ni . Terus tak nak pandang dah produk supplement lain . Muahaha . Btw melalui hasil pembacaan testimoni pengguna Ephyra , kesan Ephyra ni tak semestinya sama bagi setiap orang . Sesetengah orang tu kena consume sebulan baru berkesan , sesetengah tu pulak dua minggu hasinya dah kebaboomm ha . Dan ada jugak yang consume tak sampai seminggu tapi dah rasa kesan sikit - sikit .



Seriously setakat ni rasanya Ephyra la supplement paling awesome pernah saya try . Tapi trial pack Ephyra saya dah lama habis . Huuuu . That's why i wish to win this contest . Saya masih praktikal lagi . So memang takde banyak duet la kan nak beli Ephyra tiap - tiap bulan . Tapi InshaAllah kalau boleh memang lepas ni nak consume Ephyra secara berterusan . Hujung bulan ni habis praktikal , dah boleh start cari kerja . Kalau dah kerja nanti boleh la beli Ephyra tetiap bulan , heeee :D . Tapi sementara masih bergelar pelajar ni , baguslah kalau menang contest ni . Atleast ada stok Ephyra untuk sebulan dua sementara belum kerja ni . Hehe . Tak gitu ?


Nampak tak 5 kesan penggunaan Ephyra tu ? Haaa . . itu baru 5 . Kalau korang google testimoni Ephyra , banyak lagi pengguna Ephyra yang cakap Ephyra ni bagi macam - macam kesan positif kat dorang . Bagus untuk merawat tumit kaki merekah la , menghilangkan parut la , nak bagi susu banyak bagi ibu menyusu la . 




Apa yang membuatkan Ephyra ni awesome ? Of course la kandungan bahan yang digunakan tu . 




Korang masih ragu - ragu ? Meh sini saya tempek gambar - gambar testimoni pengguna Ephyra yang dah berjaya . Macam saya baru guna 10 sachet segan la nak taruk gambar . Pulak tu , dah sebulan lebih stop consume Ephyra sebab kehabisan stok . Haha . Tunggu la saya dah consume Ephyra balik nanti baru saya kasi testimoni sendiri .


Yang dalam gambar ni tak silap saya pengasas Ephyra , Kak Amiza . Cantik sungguh . Umur dah 34 , tapi macam baru 25 haaa . Macam artis dah cantiknya dia . Flawless haa . Kalau dapat jumpa akak ni , komfem eksaited gila mintak nak tangkap gambar bersama .




Cikgu sofbal . Kena sunburn masa bawak student bertanding . Ephyra la yang bantu hilangkan sunburn ni .

Eyebag dah hilang ! Ahhh , this one memang masalah saya . Selalu tak cukup tidur , so eyebag memang suka bertandang . 


Watie Elite pun guna tau !

Baik untuk bibir menggelupas . Tak payah susah payah pakai lipbalm selalu dah .

Merawat tapak kaki merekah


Nampak tak , nampak tak ? Haaaaa . . 



Korang tak tergoda lagi dengan Ephyra ni ? Ah , korang cuba la dulu . Macam yang saya cakap tadi , tak kenal makan tak cinta . Dah kenal , terangau - angau kat produk Ephyra ni nanti .

Paling best pasal Ephyra ni ialah rasa dia . Langsung takde rasa pelik . Sedap haa . Kalau duet berkepuk - kepuk dalam poket ni , ada jugak saya jadikan Ephyra ni macam air minuman . Dahaga je , minum . Macam minum jus . 


Kepada sesapa yang nak try , nak beli Ephyra ni boleh la contact pihak Oceanlife :

Email : oceanlife2u@gmail.com



Oh ye , kalau nak join contest ni , sila klik sini .

6 comments:

bbw2013,

hasil tangkapan di big bad wolf 2013 MIECC.

December 08, 2013 emi 12 Comments




Harini luangkan sikit masa pergi ke Big Bad Wolf Book Sale 2013 kat MIECC , The Mines . Pergi dengan kakak dan abang ipar . Memang before BBW2013 ni start lagi saya dah mula google pasal ni . Dah mula follow facebook Big Bad Wolf Books . So , tadi pergi around pukul 11 pagi . Alhamdulillah takde la sesak sangat pun jalan . Nak dapat parking pun senang je . Rezeki katakan . Padahal semalam kitorang lalu area situ , jalan memang jammed . Seriously saya memang excited nak pergi Big Bad Wolf 2013 ni . Almaklum la la , dah stalk awal - awal facebook Big Bad Wolf Books ni . Haha . So keterujaan tu memang berganda - ganda . Buku seriously murah sampai tahap rasa nak borong semua . Tapi kena la ukur baju di badan sendiri , kan ? Hehe

[credit : Big Bad Wolf Books]

Masa mula - mula masuk tu , tengok ramai gila orang . Tapi kemain tak sabar nak pilih buku . Haha . Buku kanak - kanak boleh dapat bermula RM1 . Novel Bahasa Melayu mostly RM5 . English novels mostly RM8 and RM10 . Yang hard cover pun camtu jugak harganya . Seriously rasa nak grab je semua . Komik RM3 mostly . Novel grafik yg macam Iron Man , The Avengers , Superman semua tu boleh dapat harga RM15 ke atas . Memang banyak la yang berkenan tadi . First - first jalan sekali dengan kakak & abang ipar . Lama - lama terpisah sebab ralit sangat belek buku . Haha . Kemain ambik macam - macam buku taruk dalam kotak . Bila dah banyak sangat , rasa berat pulak nak angkat kotak .Terus filter dulu buku mana yang tak nak , letak balik . Banyak kali jugak process nak filter buku ni . Almaklum la , kalau boleh nak semua . *Tamak sungguh


Actually saya tak go through semua rack pun . Banyak je yang skip sebab tak larat & kejar masa . Setelah berjam - jam , dan kaki sudah penat , tangan dah sakit , perut dah berbunyi , tekak dah dahaga , then baru la pi bayar . Alhamdulillah , takde la lama sangat time beratur nak bayar tu .

This is what we bought today . Tak banyak mana pun . Total money spent today at BBW3013 is RM141 for 32 items . Okay lah tu . My sis & her hubby  tak beli apa sangat pun untuk dorang . They just bought lots of books for 8 months Qaseh . Comel sangat tahu buku untuk budak - budak . Geram betul tengok , Dah la murah tahap nak arwah .

So , i bought 10 books for myself ! Haha . Agak banyak actually . Tapi sebab murah , so tak rasa banyak . 10 buah buku ni total hanya RM 64 . Murah kan ? 



Yang kat atas dua tu buku Sudoku . Oh well , that's my hobby . Alang - alang murah , beli la 2 terus . Yang kat bawah tu komik , tapi in English . Tak jumpa pulak cari yang Malay version . English pun takpe lah .


 Target saya mula - mula nak cari novel John Grisham , Nicholas Spark , Sophie Kinsella , and a few more authors . John Grisham punya ada la jumpa beberapa tajuk , tapi at the end i choose to put them back on stack . Nicholas Spark ada jumpa satu , tapi dah terkoyak kulit . So tak jadi beli . Sophie Kinsella langsung tak jumpa , haha . Ada nampak orang lain pegang , tapi tak tahu dorang ambik kat mana T__T

Yeay ! Dapat 1 buku Cecilia Ahern pun dah cukup happy . Hard cover tu . I'm a big fan of her too . Tapi actually macam dah berzaman tak baca novel ni . ALmaklum busy hidup sebagai student . Terfikir jugak beli banyak - banyak ni bila nak baca . Takpe la , i'll read them all one by one . Pretty sure . Chicken Soup for The Soul tu dari zaman sekolah lagi suka baca . Memang teringin nak ada semua collection Chicken Soup for The Soul ni . Tapi for now beli satu je dulu . Sebab ? Yang ni yang paling menarik yang saya jumpa tadi . Muahaha . Tengok je , terus yakin nak beli .

Ini buku cerita kisah nabi , beli untuk anak - anak sedara . RM1 / book . Murah gila kan ? Jumpa 8 je tadi , so beli 8 jela .



Yang lain - lainnya my sis beli untuk anak dia Qaseh Izz Zara . Ini je yang sempat nak snap gambar tadi . Btw buku untuk kanak - kanak seriously murah dan sangat menggoda hatilah pendek kata . Comel gila . Rasa nak beli banyak - banyak je , tapi kena sedar diri yang duet tak cukup banyak . Haha !


Tak sempat balik lagi dah penat gila . Nak patah rasa tangan buat angkat buku . Haha . Masuk kereta terus tertido . Now tengah sakit - sakit betis buat jalan tak ingat dunia cari buku . Haha . Kalau ada rezeki nak pergi lagi sekali , muahaha . Yela , tadi tak sempat nak jelajah semua rak .


Sesape yang belum pergi , belum terlambat . Sila lah pergi , memang berbaloi - baloi . Bukak 24 jam sampai 15 Disember jam 9 malam !





12 comments:

blog,

Tutorial tambah widget followers / join this site.

December 05, 2013 emi 3 Comments



Kalau korang perasan la , nak tambah widget Join This Site sekarang macam dah susah sikit . Tak macam dulu . Kalau zaman awal - awal saya buat blog dulu , memang widget followers tu dah ada kat situ. Yang sekarang ni macam dah tersorok pulak . Seriously tadi i tried creating a new blog . Tapi punya la lama duk cari macam mana nak tambah widget Join this site tu . Macam dah tak ada widget tu . Ada widget follower yang Google+ tu je . tak berapa suka yang tu . Memang tak suka pun . So godek punya godek , lama - lama baru jumpa . So nak share sikit la macam mana nak tambah widget Join this site ni .


Pergi ke Dashboard >> Klik Layouts 


Klik Add a Gadget . Akan keluar pop up window .




Klik More Gadgets >> Taip Join this Site >> Tekan Enter



Klik TAMBAH pada Members .



SIAP !




3 comments:

6-15 Disember 2013,

Untuk si ulat buku : Big Bad Wolf Book Sale

December 04, 2013 emi 7 Comments





Bagi pencinta buku , mesti tertunggu - tunggu event ni setiap tahun kan ? As for me , nak kata ulat buku sangat tu takla . Depends pada genre buku tu jugak . Kalau novel memang suka . Tak kisah la Malay novel ke , english novel ke . Buku ilmiah kurang sikit . Tapi kalau buku yang pasal journey ke apa ke , suka jugak baca . Pendek kata , bergantung pada jenis buku la . Komik pun sama , tengok genre komik tu jugak la . Kalau komik perang - perang , ganas - ganas tak suka . Dulu zaman sekolah memang sukaaa sangat baca buku . Sekarang pun suka baca jugak , tapi tak berkesempatan nak layan baca buku semua ni . Yela  fasa kehidupan dah berubah . Kalau dulu student , banyak masa terluang . Now dah dekat - dekat nak habis belajar , tak terkejar masa . Banyak sangat hal yang nak diuruskan . Projek sana - sini . Habis projek akhir tahun , join short course la , internship la . Ingat senang ke nak dapat segulung ijazah ? Susah tahu . Lepas ni nak kena fikir cari kerja lagi . Hmm . . makin dewasa , makin complicated hidup ni . 


By the way , back to Big Bad Wolf Book Sale ! Honestly before ni saya tak pernah pergi pun Big Bad Wolf Book Sale ni . Almaklum la , student kan . Belajar pulak kat Batu Pahat . Memang jauh la kalau nak pergi event ni . Now tengah praktikal , kat KL . Nak pulak Big Bad Wolf Book Sale ni buat kat The Mines , dekat sangat je dengan tempat tinggal sekarang . So memang awal - awal lagi dah pasang niat nak pergi event ni . By hook or by crook , nak pergi jugak . Nak develop balik hobi membaca . Cheeewaahhh , gitu . Haha . Big Bad Wolf Book Sale kali ni buat kat The Mines bermula 6 - 15 Disember 2013 . 10 hari yuollss , 230 hours non - stop . Nak tahu lebih lanjut pasal Big Bad Wolf ni , LIKE page Big Bad Wolf Books  ni . Boleh godek - godek kat situ . Heee :D


7 comments:

bukit jalil,

Hasil tangkapan di Jom Heboh.

December 01, 2013 emi 6 Comments



Semalam berkesempatan pergi Jom Heboh kat Bukit Jalil . Alah , sekangkang kera dari tempat tinggal sekarang , mesti la pergi . Haha . Tapi Jom Heboh kali ni rasanya macam tak banyak brand yang join . Tak banyak macam selalu . tak tahu la kot - kot time saya pergi tu ada booth tak bukak lagi . Tapi macam tak je . Memang tak banyak brand sangat pun . Tujuan utama saya pergi Jom Heboh ni nak beli barang makanan . Haha . Memang suka beli barang makanan kat Jom Heboh ni . Buat stok kat rumah katakan .


Gerai yang jual baju , aksesori memang agak banyak dan ada banyak benda yang berkenan nak beli sebenarnya . Tapi almaklum la , Malaysia ni memang panas . Tak larat nak duk lama - lama kat situ . Dah la ramai orang . Tak banyak pun beli .

3 helai tudung Aidijuma . Nak beli Fareeda tak mampu , beli Aidijuma pun jadilah . Huhu

Ini untuk anak - anak sedara sekalian . Camni la bila jadi Cikmie , asyik nak belikan untuk anak - anak sedara je .

Vitamin untuk anak sedara , Aina . Umi dia pesan suruh beli .


Yang lain - lainnya adalah barang makanan . Jacker , Mamee , Spritzer , etc . Biasalah , buat stok makanan tak berkhasiat kat rumah . Haha .






Ini hari punya cerita . Baju oren , tudung lilac color . Haishhh . . orang malas nak iron tudung camni la . Hahaha



6 comments: