Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan

Korang layan tak drama TV3 petang - petang , Kerana Terpaksa Aku Relakan ? Aku memula takde la layan sangat . Tapi bila dah start tengok tu , rasa taknak skip satu episod pun . Actually kalau ikutkan , office hour aku habis pukul 6 so selalunya pukul 7 lebih baru sampai rumah . Memang tak sempat pun ank follow dari awal . So kebiasaannya aku akan tengok online bebila aku free . Sukalah gabungan Izreen Azminda dengan Amar Baharin tu . Seriously aku bukanlah peminat Amar Baharin pun dulu - dulu . Tapi lepas tengok cerita ni , TERminat pulak . Baru perasan , manis pulak bila dia senyum . *fangirl mode is ON* . Izreen Azminda pulak bagi aku dia tu memang antara artis yang agak hebat lakonan dia . Watak kelam kabut dia tu memang buat cerita tu lagi best . Tengok aje la masa dia bawak watak Melly dalam cerita Tentang Dhia dulu . Memang menjadi kot . Watak jahat menjadi , watak baik pun menjadi . Novel Kerana Terpaksa Aku Lepaskan memang aku tak pernah baca pun . Apa ke nama adik Zen tu , T…

Ramadhan 2014

Hari ni dah bermula hari pertama puasa . Selamat berpuasa di ucapkan kepada semua pembaca blog ini . Alhamdulillah , dipanjangkan usia . . sempat merasa sekali lagi Ramadhan . Kali ni Ramadhan disambut sebagai seorang yang sudah bekerja . Selalu sambut Ramadhan dengan status student lagi . Flashback 2 tahun berturut - turut sebelum ni , teman bersahur dan berbuka aku adalah Nad . Ramadhan 2012 , berpuasa dekat asrama Taman Universiti , UTHM . Time tu sebilik dengan Nad , short sem . Time sahur bangun pergi beli nasi untuk sahur dekat pakcik yang jual lauk pauk dekat tepi hostel tu . Situ memang murah . Bukak puasa pun kadang - kadang beli dari dia . Ramadhan 2013 , puasa kat UMS , Sabah . Time tu join program Infosys . Pun all the time dengan Nad la . Makanan disediakan , tapi kurang menyelerakan sikit . Tahun ni bukan dengan Nad dah . Mungkin boleh la sekali sekala ajak Nad berbuka sama memandangkan Nad pun keje kat KL jugak . Tapi most of the time tahun ni akan berbuka dan bersahur…

Kuatnya ikatan kasih sayang adik-beradik.

Tengah scroll timeline Facebook , ternampak gambar ni . Terus tersebak sendiri . Terharu . Gambar ni betul - betul buat hati terharu . Dalam usia 9 tahun , si abang sudah mampu berfikir dengan matang . Tak panik . Kalau dia panik , mungkin dia akan tinggalkan je adik dia tu dan lari sorang - sorang . Tapi mungkin kerana rasa kasih yang menebal dalam diri seorang abang , buatkan dia terus dukung adik yang baru 4 bulan tu . Tak peduli penat lenguh semua . Sangat protective . Di usia sekecil ni dah tahu bertanggungjawab terhadap adik - adik . 

Nanti bila dorang dah besar kelak , kalau si adik ni tengok gambar ni mesti dia rasa terharu sangat - sangat . Kita orang luar yang tengok pun rasa terharu siap boleh TERmenangis sorang - sorang kat ofis . Betapa besar kasih sayang antara abang dan adik . Iskkk . Terus teringat kat adik beradik sendiri . Walau kadang - kadang gaduh dan tak puas hati , dalam hati tetap sayang . Anything happen , semua bersatu protect each other . Soal sikap dan per…

Tutorial Letak InstaVideo di Blog Entry

Fuyyoo . . . macam hebat je kan siap nak buat tutorial bagai nih . Haha . Okei , actually selama ni aku tak pernah tahu macam mana caranya nak letak instavideo kat blog entry . In fact , aku tak tahu pun benda alah tu boleh diletakkan dalam entry blog . Kalau korang baca entry aku yang pasal join Treasure Hunt Ephyra tu , haaa . . kat entry tu ada aku taruk instavideo . Kalau tak baca lagi entry tu , boleh baca kat SINI . Masa nak buat entry tu , aku ada la baca entry blogger lain yang join jugak Treasure Hunt tu . Dalam entry dorang ada taruk instavideo . So aku macam , "camne dorang boleh letak benda alah ni ek . Takkan la copy paste je . " . So aku pun rajin kan diri google sana , google sini . Akhirnya aku berjaya taruk instavideo kat entry blog . *Terasa hebat kejap time tu . Puiii *

Langkah 1 :  Bukak browser , taip https://instagram.com . Login instagram korang pakai PC / Laptop . Mesti ada yang jakun tak tahu bahawasanya instagram ni boleh di bukak pakai laptop , kan…

Anak amanah Allah, bukan beban sama sekali.

Ada baca tak berita pasal remaja OKU 15 tahun dijumpai kurus kering macam mayat hidup tu ? Ya Allah , berkali - kali aku google pasal tu . Bila tengok gambar dia , rasa tak sampai hati sangat - sangat . Sayu je . Memang tak sanggup aku nak letak gambar dia kat blog aku ni . Sampainya hati mak dia biarkan dia macam tu . Itu anak dia kot . Darah daging dia . Aku sendiri yang belum kawen belum punya anak , ada rasa sayang terhadap kanak - kanak . Tak payah nak tunggu anak sendiri untuk kita sayang . Anak orang lain pun , dah namanya budak memang patut kita sayang . Anak - anak sedara aku sendiri , memang aku dah anggap macam anak sendiri . Rasa sayang tu memang tak boleh dipertikaikan . Anything happen kat dorang , air mata aku ni yang turut sama menjejes keluar , hati ni turut sama  meraung . Kerana mereka semua kanak - kanak , tak salah apa - apa . Semua nya suci je . . . sejuk hati bila dekat dengan dorang . Aku tak faham , macam mana boleh wujud manusia yang tak suka budak - budak k…

Menyenangkan hati kanak - kanak.

Tadi tengah scroll timeline Facebook , tetiba terbaca ini :


Aku kira ini merupakan perkongsian yang sangat bermanfaat untuk semua . Paling menarik perhatian aku adalah fakta no 5 . Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang - barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anaknya , nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak . Tersenyum sendiri aku bila baca ni . Terus teringat dekat emak . Fakta no 5 tu sangat mencerminkan emak aku . Dari kitorang kecik lagi , kalau mak keluar ke mana - mana , confirm bawak balik something untuk anak - anak . Walaupun kadang - kadang hanya gula - gula sebiji sorang , mak takkan lupa belikan something untuk anak - anak . Pasti ada . Kadang - kadang kek Apollo , kadang - kadang aiskrim poli pong , kadang roti . Dengar aje enjin motor mak atau suara mak , gegas - gegas kitorang pi tunggu kat pintu . " Mak beli ape? " . Alahai . . rindunya zaman budak - budak dulu . Dan sebenarnya…

Banyak.

Banyak .
Ada banyak sangat benda yang aku nak buat .
Banyak idea kat kepala aku ni .
Especially regarding business .

Aku nak luaskan lagi bisnes Zara Pretzel .
Aku nak dapatkan lebih ramai customer Ephyra .
Aku nak buat bisnes sticker printing & craft .
Aku nak buat branding sendiri untuk hijab . New business in mind . A unique one .
Aku dengan rela hati nak tolong deco - deco & preparation abang nak kawen .
Aku nak buat semuanya sendiri . Doorgift , props , hantaran , guest book . Macam - macam .
Bisnes beg , aku nak ambik lebih banyak tempahan . Aku nak buat ready stock .
Semua - smeua yang aku senaraikan ni semua aku suka buat .


Banyak sangat . Tapi semua terhalang .
Sejak aku dah kerja ni .
Masa tak pernah cukup .
Last - last aku yang frust sendiri .
Sebab aku tak boleh buat apa yang aku nak buat .




Tertinggal spek.

Penat sungguh hari ni . Hari - hari pun kau nak mengeluh , kan Emi ? Haha . Tadi siang kat ofis tetibe bos - bos sekalian suruh follow dorang pergi somewhere . Nak tunjuk satu tempat ni , so that next time boleh la dorang suruh aku je pergi setelkan urusan kat tempat tu . Ape ntah nama tempat tu , lupa . Dekat bangunan sebelah The Weld tu . Jauh kot dari ofis , tapi kitorang pergi jalan kaki je . No hal lah , aku dah biasa jalan kaki jauh - jauh . Sambil - sambil tu dorang bawak aku pergi kedai buku untuk beli stationery untuk kegunaan di ofis . Aku dah rasa segan semacam dah . Yela , dorang semua lelaki . Bos - bos pulak tu . Aku ni memang tak suka sangat nak shopping kalau ada lelaki bersama tak kisah la lelaki tu kawan ke , ayah ke , abang ke sape - sape ke . Ini kan pulak bos , lagi la aku awkward . Terus aku tak tahu nak beli apa . Nasib baik ada Lin , officemate . Takde la aku terkulat - kulat sensorang . At least ada jugak kawan . Actually aku dan Lin tak kerja kat company yan…

Weekend

Hai hai sumorang ! Aku kalau weekdays memang busy tahap nak arwah jugak lah . Keje banyak jugak kat ofis tu . Pastu jarak ofis dari rumah takde la dekat . So sampai rumah agak lewat , dan kebiasaannya akan penat gila terus tido . So memang agak takde masa nak update blog . Weekend pulak mostly aku tak lekat kat rumah . Ada aje tempat nak pergi . Haha . So rasanya lepas - lepas ni aku akan banyak buat auto publish la . Yela , aku takmo la blog aku ni bersawang tak berupdate . Baru berazam ni nak jadi blogger yang aktif . 
Semalam aku keluar dengan Nad . Dah lama rasanya tak keluar dengan kawan - kawan . Menyedihkan sungguh rasanya . Berbeza betul life bila dah kerja ni nak compare dengan zaman study dulu . Huhu . So semalam aku keluar dengan Nad , pergi Ikea . Saje la jalan -jalan kan . Malam before tu aku tido rumah Nad . 

Sampai - sampai je terus mintak Nad snap kan picture . Tak malu betol .. Haha . Dah la bergambar tepi kereta sape - sape ntah . Memandangkan dari rumah lagi kitora…

"Ini untuk CekMi"

Ini cerita last week . Hari ape ntah , aku pun dah lupa . Masa tu anak - anak sedara aku ada kat KL lagi . Masa kat tempat kerja , akak aku whatsapp gambar anak - anak sedara tengah tido dalam bilik tempat aku tido tu . Ya ampun , macam tongkang pecah dah aku tengok . Memang la aku ni bukan jenis yang rajin sangat . Kadang - kadang baju bertimbun tak sempat lipat , especially bila aku dah kerja ni . Okei , kantoi baju selalu menimbun tak lipat ! Muahaha ! Tapi bila anak - anak sedara aku buat macam - macam aktiviti kat  bilik tu , makin nazak jadinya bilik tu . Haha . So bila balik dari kerja , aku masuk je bilik memang membebel panjang . Haha .

Dah separuh aku bebel kat budak - budak tu , tetiba aku nampak si Isya menyelinap masuk dalam bilik secara senyap - senyap , selit beberapa helai kertas kat atas meja aku . Ingat aku tak nampak la tu . Haha . Baru je aku nak marah , aku ternampak kertas yang dia selit tu . Terus tak jadi nak marah . Nak tahu kertas ape yang dorang selit ?

. . …

still underweight.

Sabtu lepas pergi jalan - jalan dengan kakak - kakak dan anak - anak buah . Masa dekat AEON AU2 , nampak penimbang . Laju aje aku korek syiling dalam beg . Hahah . Alhamdulillah , berat aku walaupun tak naik banyak , tapi at least better la dari zaman bercinta belajar dulu . Kalau beberpaa bulan lepas , berat aku 37 kg - 39 kg aje . Now okey la , dah atas dari 40 kg . Masih underweight . Takpe , pelan - pelan ye . Nanti stabil la tu :)



schoolbreak.

Sekarang kan musim cuti sekolah . So last week aku pergi JB kejap , ambik anak sedara . Dia nak datang jalan - jalan kat KL cuti sekolah ni . Cadangnya nak bawak Isya sorang je . Tetibe Danish pun nak ikut jugak . Bawak jela . Suka betul diorang bila sampai KL . Dah lama dorang nak datang KL , tapi abah dorang asyik busy je kerja . Biasalah , nak cari rezeki untuk anak isteri bukan senang . So sebagai mak sedara yang masih belum berkeluarga ni , luang kan la masa sikit bawak dorang jalan - jalan . Selang 2 hari lepas tu , anak sedara yang dari Kelantan pulak datang . Aina & Zakwan . Yang ni , dorang datang pakej dengan umi dornag sekali . Hehe .

Ini masa mula - mula sampai kat TBS . Suka betul dorang . Danish ni 4 tahun , Isya pulak 7 tahun . Susah jugak nak manage dorang ni . Makan memilih sangat - sangat . Ada jugak kebulur anak orang . Biasalah budak kan . Aku tersalah goreng telur mata kerbau jadi kecik sikit terus taknak makan . Nasi goreng tak nampak macam nasi goreng umi d…