Tutorial Letak InstaVideo di Blog Entry - emilinda

Monday, June 23, 2014

Tutorial Letak InstaVideo di Blog Entry



Fuyyoo . . . macam hebat je kan siap nak buat tutorial bagai nih . Haha . Okei , actually selama ni aku tak pernah tahu macam mana caranya nak letak instavideo kat blog entry . In fact , aku tak tahu pun benda alah tu boleh diletakkan dalam entry blog . Kalau korang baca entry aku yang pasal join Treasure Hunt Ephyra tu , haaa . . kat entry tu ada aku taruk instavideo . Kalau tak baca lagi entry tu , boleh baca kat SINI . Masa nak buat entry tu , aku ada la baca entry blogger lain yang join jugak Treasure Hunt tu . Dalam entry dorang ada taruk instavideo . So aku macam , "camne dorang boleh letak benda alah ni ek . Takkan la copy paste je . " . So aku pun rajin kan diri google sana , google sini . Akhirnya aku berjaya taruk instavideo kat entry blog . *Terasa hebat kejap time tu . Puiii *


Langkah 1 : 
Bukak browser , taip https://instagram.com . Login instagram korang pakai PC / Laptop . Mesti ada yang jakun tak tahu bahawasanya instagram ni boleh di bukak pakai laptop , kan ? Baik ngaku cepatttt ! Haha . Aku dah lama tahu . *sukahati kau je nak cakap orang jakun*


Langkah 2 :
Klik VIEW PROFILE , maka akan terpapar korang punya instagram profile .




Instagram aku . Sila follow kalau anda comel : @bearyblossom .


Langkah 3 :
Bukak mana - mana instavideo yang korang nak letak tu . Pastu kalau korang perasan dekat bahagian komen tu , bawah dia ada 3 titik . Haaa . . . tekan kat situ .


Bila korang dah tekan titik - titik tu , akan keluar perkataan EMBED macam gambar kat bawah ni . Korang klik je perkataan EMBED tu .




Langkah 4 :
Akan keluar paparan macam kat bawah ni .

Dah keluar code tu , korang COPY code tu . Lepastu dah boleh tutup instagram korang tu .


Langkah 5 :
Bukak entry korang yang belum siap lagi gara - gara tak tahu nak masukkan instavideo tu , pastu klik HTML . then PASTE je html code yang korang copy tadi tu . Make sure korang check bebetol location yang korang nak paste tu so that dia keluar cantik je dekat paraghraph yang korang nak tu .



Langkah 6 : 
Lepastu klik COMPOSE balik . Then siap lah . Makanya akan keluar la instavideo tu kat entry korang bila dah publish nanti .



Okei , dah . Harap bermanfaat tutorial ni untuk sesape yang tak tahu nak letak instavideo kat entry .

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.