Skip to main content

Weekend



Hai hai sumorang ! Aku kalau weekdays memang busy tahap nak arwah jugak lah . Keje banyak jugak kat ofis tu . Pastu jarak ofis dari rumah takde la dekat . So sampai rumah agak lewat , dan kebiasaannya akan penat gila terus tido . So memang agak takde masa nak update blog . Weekend pulak mostly aku tak lekat kat rumah . Ada aje tempat nak pergi . Haha . So rasanya lepas - lepas ni aku akan banyak buat auto publish la . Yela , aku takmo la blog aku ni bersawang tak berupdate . Baru berazam ni nak jadi blogger yang aktif . 

Semalam aku keluar dengan Nad . Dah lama rasanya tak keluar dengan kawan - kawan . Menyedihkan sungguh rasanya . Berbeza betul life bila dah kerja ni nak compare dengan zaman study dulu . Huhu . So semalam aku keluar dengan Nad , pergi Ikea . Saje la jalan -jalan kan . Malam before tu aku tido rumah Nad . 


Sampai - sampai je terus mintak Nad snap kan picture . Tak malu betol .. Haha . Dah la bergambar tepi kereta sape - sape ntah . Memandangkan dari rumah lagi kitorang memang belum makan pape , so first of all kitorang pergi melantak . Actually ni bukan first time aku datang Ikea . Before ni ada la datang a few times dengan kakak aku . Tapi aku tak pernah try meatball Ikea yang kononnya sedap sangat tu . Almaklum la , asyik ramai orang je kat situ aku tengok . Barisan beratur tak pernah perndek . So semalam kitorang pergi memang betol - betol pagi la .Sampai awal lagi , orang pun blom ramai . Makanya kitorang pi la try meatball Ikea tu .



Ini menu yang kitorang makan . Meatball , dan roti bakar . Tak sedappppp . Not my taste la . Orang lain berselera je aku tengok makan . Tapi di tekak aku , tak sedap . Pelik jugak bila ramai yang cakap sedap . Tak habis pun kitorang makan . Dah siap makan segala bagai , kitorang pergi shopping sesiket . Then pergi tengok wayang How To Train A Dragon 2 . Memula tu aku dah nekad dalam wayang nanti aku nak tido sebab penat . Tapi bila cerita dah start , terus aku tak jadi nak tido sebab cerita tu best . Bagi aku best la . 




Bestnya la hai kalau aku dapat sewa serumah dengan Nad ni . Takde la bosan sangat .







Comments

Alaaa.. jelesnyer tengok org dah kerja.. Boleh jalan2, boleh shopping selalu.. T.T
Yanano said…
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T.T
Yanano said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…