schoolbreak. - emilinda

Tuesday, June 10, 2014

schoolbreak.



Sekarang kan musim cuti sekolah . So last week aku pergi JB kejap , ambik anak sedara . Dia nak datang jalan - jalan kat KL cuti sekolah ni . Cadangnya nak bawak Isya sorang je . Tetibe Danish pun nak ikut jugak . Bawak jela . Suka betul diorang bila sampai KL . Dah lama dorang nak datang KL , tapi abah dorang asyik busy je kerja . Biasalah , nak cari rezeki untuk anak isteri bukan senang . So sebagai mak sedara yang masih belum berkeluarga ni , luang kan la masa sikit bawak dorang jalan - jalan . Selang 2 hari lepas tu , anak sedara yang dari Kelantan pulak datang . Aina & Zakwan . Yang ni , dorang datang pakej dengan umi dornag sekali . Hehe .


Ini masa mula - mula sampai kat TBS . Suka betul dorang . Danish ni 4 tahun , Isya pulak 7 tahun . Susah jugak nak manage dorang ni . Makan memilih sangat - sangat . Ada jugak kebulur anak orang . Biasalah budak kan . Aku tersalah goreng telur mata kerbau jadi kecik sikit terus taknak makan . Nasi goreng tak nampak macam nasi goreng umi dorang , pun taknak makan . Nak pergi  lunch kat luar siang - siang buta mintak kuew teow ladna . Haishhh . . siang - siang mana ada kedai jual masakan panas nak oiii . Sabor jela dengan dorang ni . Paling parah bila pepagi aku  nak pergi kerja , Danish melalak tak ingat dunia . Taknak kasi aku pergi kerja , kemain bergantung kat baju aku . Habis senget - benget tudung . Berat
 hati rasanya . Bila pergi kerja , tinggal dorang kat rumah abang aku . Kakak ipar aku yang jaga . Tapi anak - anak sedara aku ni takmo duk situ . Nangis - nangis taknak duduk . Dua hari je tinggal situ . Lepastu kakak aku dari kampung , which is umi Aina & Zakwan datang . So dia tolong tengok - tengokkan . Baru lah dorang ni okay . Bertambah riuh rumah dengan gelagat masing - masing .


Yang ni time sehari before aku hantar diorang balik rumah dorang semula . Bawak dorang pergi IKEA & The Curve . Bebudak ni kalau nak suruh buat pape , kena rasuah dulu . Nak suruh makan nasi pun nak kena janji belikan aiskrim dulu . Haishhh . Dorang stay seminggu je . The next weekend , aku hantar dorang balik . Tak larat nak jaga dorang . Kalau tak keje takpe la . Ada banyak lagi gambar & cerita pasal dorang ni actuallytapi gambar ada dalam camera . Tak transfer lagi . Next - next entry aku story lagi k :)


Rindu pulak kat bebudak ni . 



No comments: