Skip to main content

Tertinggal spek.



Penat sungguh hari ni . Hari - hari pun kau nak mengeluh , kan Emi ? Haha . Tadi siang kat ofis tetibe bos - bos sekalian suruh follow dorang pergi somewhere . Nak tunjuk satu tempat ni , so that next time boleh la dorang suruh aku je pergi setelkan urusan kat tempat tu . Ape ntah nama tempat tu , lupa . Dekat bangunan sebelah The Weld tu . Jauh kot dari ofis , tapi kitorang pergi jalan kaki je . No hal lah , aku dah biasa jalan kaki jauh - jauh . Sambil - sambil tu dorang bawak aku pergi kedai buku untuk beli stationery untuk kegunaan di ofis . Aku dah rasa segan semacam dah . Yela , dorang semua lelaki . Bos - bos pulak tu . Aku ni memang tak suka sangat nak shopping kalau ada lelaki bersama tak kisah la lelaki tu kawan ke , ayah ke , abang ke sape - sape ke . Ini kan pulak bos , lagi la aku awkward . Terus aku tak tahu nak beli apa . Nasib baik ada Lin , officemate . Takde la aku terkulat - kulat sensorang . At least ada jugak kawan . Actually aku dan Lin tak kerja kat company yang sama . Kitorang kerja company lain - lain , tapi bos sama . Kiranya bos kitorang ni ada more than one company under one roof la . Kalau untuk company yang aku kerja tu , aku sorang je pompuan . Same goes to company yang Lin kerja , dia sorang pompuan . Yang lain lelaki termasuk bos - bos sekalian . So tadi aku main hentam je ambik a few stationery . Time bos nak bayar , dia belek - belek benda yang kitorang beli tu pastu cakap " Apa benda la u beli ni . Macam guna je kan semua ni . Macam - macam color ada . " . Macam biasa , aku senyum je . Lin yang banyak jawab . Dah la masa kitorang duk pilih stationery tu , dorang tunggu kemain lama kat luar kedai buku . Nasib la , sape suh abwak kitorang . Kehkeh . Aku tahu , mesti dorang duk kutuk - kutuk leceh tunggu pompuan beli barang . Pilih sana , pilih sini , berjam - jam . Haha .

Ini Lin .



So tengahari tu before beli stationery , aku dan Lin makan kat satu kedai ni ape nama ntah . Aku ingat yang aku order tu tomyam , sekali bila sampai makanannya , bukan tomyam pulak . Nama ape ntah . Dan paling penting , pedas tahap nak arwah ! Makan sikit je , terus stop sebab pedas sangat . Tapi kan aku suka sangat cara dia serve ice lemon tea , dalam jag kecik macam dalam gambar kat bawah ni . Comel pulak rasanya minum dalam jag kecik camni .

Ku sangka tomyam , rupanya bukan . 



Lepas makan , aku dan Lin pi la solat kat surau The Weld tu . Ini part paling sadis . Nak ambik air sembahyang , aku bukak la spek . Pastu aku tertinggal . Dah la tertinggal , pastu langsung tak perasan bahawasanya benda alah tu dah takde kat mata sendiri . Haha teruk bebenor . Bila dah balik ofis , dan nak start sambung buat kerja , baru la aku perasan spek takde . Wuuuuu kena jalan jauh lagi sekali pergi The Weld semata - mata nak dapatkan balik spek tu .  Tercungap - cungap ha . Bukan dekat .

Dah balik ofis , baru aku perasan banyak jugak stationery yang aku beli tu actually memang dah ada kat ofis tu . Kan dah membazir . Di sebabkan takut bos  marah , so cecepat aku simpan benda alah tu semua dalam laci . Padahal dah terang - terang resit pembelian ada dekat bos , lagi nak sorok bukti . Haha .





Comments

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…