December 2018 - emilinda

Thursday, December 13, 2018

10 Produk Kecantikan Wajib Dibeli di Althea

December 13, 2018 18
10 Produk Kecantikan Wajib Dibeli di Althea
Hai korang!

Untuk yang dah selalu sangat membeli produk kecantikan di Althea, rasanya korang memang dah tahu sangatlah apa yang korang nak restock setiap kali buat pembelian di Althea, kan? Setelah bertahun jadi pelanggan setia Althea, saya sendiri pun dah boleh hafal apa produk best yang nak dibeli setiap kali buka Althea. Tapi, lain orang lain keperluan dan keinginan. So artikel kali ini saya nak kongsikan beberapa item yang saya boleh rekomen kat korang untuk dibeli di Althea. Actually banyak produk best kat Althea ni, tapi saya senaraikan 10 je dulu yang paling saya suka. Mungkin boleh jadi panduan atau idea untuk korang yang masih buntu nak beli apa kat Althea.

#1 Althea Bare Essentials Contour Cleansing 150g - RM23


Dah banyak kali saya restock pencuci muka ni. Saya tak pasti tentang kaum wanita yang lain, tapi saya sendiri memang ada banyak jenis pencuci muka. Kiranya akan ada lebih dari satu pencuci muka. Pastu pakai tukar-tukar ikut suka hati. Ini salah satu pencuci muka kegemaran saya. In fact, kat rumah sekarang ni memang most of the day saya guna yang ni. Ye, rangkaian skincare Althea Bare Essentials ni bukan pencuci muka sahaja. Terdapat juga Fixer Cream dan Primer Water. Semua saya ada. Tapi paling saya suka adalah Contour Cleansing ni. Saya teramat sukakan pencuci muka ni sebab muka rasa bersih sangat bila lepas guna ni. Rasa bersih & segar. Jujur, saya sejenis yang malas nak buang mekap menggunakan make up remover. Ya Allah, tobat malas! Rasa leceh sangat. Kalau boleh nak terus cuci pakai cleanser tanpa perlu makeup remover yang berminyak-minyak tu tapi at the same time nak kesan makeup tu betul-betul hilang. And yes, kalau korang sejenis yang liat nak guna make up remover, memang saya cadangkan Althea Bare Essentials Contour Cleansing ni.

#2 Etude House Drawing Eye Brow New 0.25g - RM11



Ingat lagi dulu-dulu waktu awal-awal beranikan diri melawa dan pakai makeup, saya memang tak reti langsung nak lukis kening. Serious masa tu kalau saya lukis kening, nampak lagi messy. So saya lebih memilih untuk biar je tanpa lukis. Acah confident kononnya kening dah semulajadi cantik, kahkah. Padahal sebab tak reti. Tiap kali lukis kening jadi macam kening shin chan. Itu belum cerita pasal eye brow asyik patah sebab saya tekan kuat sangat. Haha. And few years ago saya diperkenalkan dengan Althea. Duk scroll Althea, nampak Etude House Drawing Eye Brow ni. Macam menarik sebab bentuk pencil nya yang memudahkan kita pakai. Kira sesuai sangatlah untuk yang tak reti lukis kening macam saya ni. Plus, dia ada dual tips. Satu pencil untuk lukis, satu lagi untuk sikat kening. Harga murah pulak tu. Memang saya borong hampir semua warna. Dah banyak kali habis, dan dah banyak kali jugak restock. For those yang rasa tak reti sangat nak lukis kening, you really need this!


#3 Medi Heally Herb Warm Pack - RM13/3pcs OR RM29/9pcs


Ini sangatlah berguna untuk gegadis yang selalu mengalami masalah senggugut teruk bila datang bulan. For those yang memang biasa alami je yang tahu macam mana sakitnya bila senggugut teruk ni. Kadang sampai pitam, half-concious kat atas katil tu, terbaring je berperang dengan sakit. Biasanya apa nak buat bila macam ni? Kalau asyik telan ubat je tak elok untuk jangkamasa panjang. Dulu-dulu saya akan gagahkan diri saya masak air panas, isi dalam botol untuk tuam kat perut. Tak menghilangkan sakit, tapi mengurangkan. Itu kalau kat rumah la. Kalau kat ofis atau kat luar? Memang terganggu la urusan harian kan? Sebab tu bila nampak benda alah ni ada dijual di Althea, tak fikir panjang terus saya beli. Alhamdulillah, lebih convenient & practical untuk saya gunakan. Just buka plastik dan tampal kat bahagian bawah perut. Berkurang sakit. At least boleh la buat kerja. Medi Heally Herb Warm Pack ni memang saya pastikan sentiasa ada dalam beg saya.

#4 CP-1 Raspberry Hair Vinegar 500ml - RM31


Selama ni saya duk pakai shampoo dan conditioner rambut yang biasa dijual kat kedai tu je. Tapi last year salah seorang officemate saya ada beli hair vinegar ni dan katanya memang best, tak menyesal beli. Dari situ saya dah pasang niat nak beli jugak. Tapi tiap kali nak beli tiap kali tu la out of stock. Nampaknya memang laku keras. Akhirnya beberapa bulan lepas saya berjaya beli jugak, hehe. Dari segi kuantiti, memang sangat berbaloi dengan harga. Botolnya besar. Waktu pakai ni untuk kali pertama, saya macam pelik eh kenapa takde buih. Rupanya dia memang tak berbuih. Bukan macam shampoo. Just tuang ke tapak tangan, sapu ke rambut.Wangi gilaaaaa, bau berry kot. Bila siap mandi memang terasa bezanya rambut kita bila guna benda alah ni. Rambut jadi lembut, smooth dan senang nak urus. Selalu lepas mandi memang struggle jugak la nak detangle rambut yang berbelit sesama sendiri tu. Tapi bila guna hair vinegar ni, jadi mudah pulak. Saya target nanti nak beli few bottle of this CP-1 Raspberry Hair Vinegar untuk bagi dekat mak & kakak-kakak. Benda elok harus dikongsi.

#5 Althea Real Fresh Skin Detoxer (150ml each) - RM43 for each OR RM77/set


Actually produk ni masih baru lagi dikeluarkan oleh Althea, sekitar September 2018. Walaupun Althea Real Fresh Skin Detoxer ni masih baru, tetapi memang tak mengecewakan. Saya sendiri dah merasai kedua-dua variasi skin detoxer ni, dan memang terus jatuh cinta bila kali pertama cuba. Didatangkan dalam 2 variasi iaitu Green Tea dan Rose. Skin Detoxer ni sebenarnya berfungsi sebagai pek pencuci 2-dalam-1. Sebagai pencuci muka dan juga untuk detox kulit kita. Pakai sekitar 10 saat je, lepastu boleh terus cuci dan bilas. For me, skin detoxer ni bertindak macam instant fresher. Serious, pakai benda ni sekejap je lepastu muka dah rasa fresh, bertenaga dan lebih berseri. My fav is the Green Tea one, tapi yang Rose pun not bad jugak. Boleh pilih nak beli salah satu je atau dua-dua sekali. Nak lebih berbaloi, beli je dua-dua sekali lagi jimat.

#6 The Face Shop Highlighter Beam 13ml - RM29


The Face Shop Highlighter Beam ni bukan sebarang highlighter tau. Benda alah ni boleh bagi effect glossy and radiant look dekat muka kita. Kira macam pelengkap kepada mekap yang kita duk pakai hari-hari tu, it gives instant radiant & intense glow. This liquid highlighter shining up our face natural volume with moisturizing brightness. Dia bagi effect shining and dewy makeup look. Siapa tak nak muka nampak glowing kan?

#7 Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel 300ml - RM13


Masa awal-awal terjebak dengan Althea dulu, memang ini la antara item yang saya duk repeat beli. Siap promote kat member-member dan kakak-kakak. Sebab soothing gel ni memang best! Dah la best, murah pulak tu. Kalau korang beli kat outlet Nature Republic di Malaysia ni, memang tak dapat la harga macam ni. Apa yang bestnya soothing gel ni adalah ianya sesuai untuk digunakan kat macam-macam bahagian kat tubuh badan kita. Boleh sapu kat rambut untuk buat rambut jadi lembut. Boleh sapu kat muka atau bahagian kulit tubuh badan lain untuk kulit lembut. saya paling suka sapu soothing gel ni dekat bahagian kulit yang gatal-gatal / merah-merah, untuk kurangkan iritasi. Memang berkesan. Selain tu, kalau lepas shave pun saya suka sapu benada alah ni, pun untuk kurangkan iritasi jugak. Produk ni sapu dekat kulit  kanak-kanak pun boleh. If i'm not mistaken, kakak saya bagi anak dia pakai jugak untuk rambut dan kulit. Saya punya dah lama habis, so memang nak kena restock balik Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel ni.

#8 Laneige Water Sleeping Mask 70ml - RM77


Pernah satu ketika tu, saya duk gilakan produk Laneige ni. Almaklum, kat sana sini terpampang muka Song Hye Kyo kat iklan Laneige. Haruslah saya pun tergoda sama. Saya pernah beli Laneige Water Sleeping Mask, dan memang tak mengecewakan. Kulit saya memang jenis yang kering, so apa-apa skincare yang boleh tambah kelembapan kulit ni memang saya suka la. Bangun pagi muka rasa anjal dan cukup lembapan.

#9 It's Skin Power 10 Fomula Effector 30ml - RM30/each


Ini pun salah satu beauty item yang termasuk dalam wishlist saya. Belum pernah cuba, tapi beberapa orang rakan terdekat saya dah pun cuba Power Effector ni. Katanya best, memang berkesan. Ad 9 jenis semuanya. Tak perlu pakai kesemua 9 jenis pun. Almaklum, muka ada satu je, haha. Pakai la yang mana ikut kesesuaian dan keperluan. Kalau baca review, memang ramai yang berpuas hati. Katanya effector ni lightweight, tidak melekit dan senang menyerap ke kulit. Selain untuk perbaiki texture kulit, effector ni juga bagus untuk memudarkan parut dan mencerahkan kulit.

#10 Dear, Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop 35ml - RM102 DAN Dear, Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask 90g - RM122


Saya tak pernah punyai pengalaman menggunakan produk skincare dari jenama Dear, Klairs ni. Tapi selalu sangat baca review orang lain tentang keberkesanan produk ni. Ya Allah, memang tergoda habis. Tapi tengok harga tu terus terbantut, haha. Yela, banyak item dari jenama ni yang dikatakan best. Kalau semua nak beli, habislah duit kan haha. So saya study sikit review and feedback pengguna and finally i decided to give this one a try. Next purchase from Althea memang saya akan beli Freshly Juiced Vitamin Drop ni, i don't care nak jugak. Dah beli nanti kita review balik kat blog ye.


Saya baca lagi review & feedback orang lain, and they said kalau dah guna Freshly Juiced Vitamin Drop,, it's good to pair it with this Freshly Juiced Vitamin E Mask as well. Kira macam keberkesanan dia tu akan lebih cepat la kot. So yeah, i'm so gonna buy this too. RIP to my bank account. Hehe. Takpe, investment untuk kecantikan diri sendiri. Ayat nak sedapkan hati hahah.


Kalau nak senaraikan memang banyak produk kecantikan yang best kat Althea ni. Bergantung pada diri masing-masing la. Korang pulak apa produk yang korang suka sangat kat Althea tu? Kongsikan kat bahagian komen, kot-kot saya pun boleh terjebak sama suka dekat produk tu. Untuk sesiapa yang kali pertama nak beli di Althea, korang boleh dapat 20% discount untuk pembelian pertama bila korang Sign Up guna link ni : SIGN UP ALTHEA .


Sunday, December 2, 2018

Juadah IndoMie di IndoBowl Cafe, Lake Fields Sungai Besi

December 02, 2018 19
Juadah IndoMie di IndoBowl Cafe, Lake Fields Sungai Besi
Mi segera sememangnya sinonim untuk kita semua, lebih-lebih lagi ketika bergelar seorang pelajar. Almaklum, nak jimat makan mi segera je. Nama pun pelajar, bukan ada pendapatan tetap. Sumber kewangan samada ibu ayah, atau duit pinjaman/biasiswa. Makanya, salah satu langkah penjimatan adalah buat simpanan stok mi seger. Haha. Mi segera jenama apa je yang saya tak pernah cuba. Boleh dikatakan semua jenama dah cuba ketika tinggal kat asrama dulu. Zaman dah bekerja ni pun sekali-sekala rindu nak makan mi segera. Salah satu jenama mi segera yang menjadi pilihan saya ialah IndoMie. Paling suka mi goreng IndoMie, best! Rasanya korang pun mesti ada yang gemar makan IndoMie kan?


Kalau korang nak tahu, kat Malaysia ni dah ada beberapa cawangan restoran yang menyediakan makanan berasaskan mi segera IndoMie. Restoran yang diberi nama IndoBowl ini menyediakan pelbagai menu masakan yang memang berasaskan produk IndoMie. Saya dah lama tahu akan kewujudan restoran IndoBowl ini kerana salah satu cawangan restoran IndoBowl terletak berhampiran rumah abang saya. Setiap kali saya ke rumah abang saya di Sungai Besi, memang lalu depan restoran IndoBowl ni, tapi tak berkesempatan nak merasai sendiri menu masakan kat situ. Asyik rushing je tak sempat nak singgah. Kakak saya sendiri pun selalu lunch di IndoBowl memandangkan ianya berdekatan dengan lokasi pejabat kakak saya. Stress pulak saya bila dia asyik cerita tentang keenakan masakan kat situ. Katanya sambal yang dihidangkan bersama menu-menu kat situ sedap, memang wajib cuba.


Mula-mula sampai tak ramai orang pun, dah nak balik eh ramai pulak

Akhirnya semalam saya berkesempatan makan di restoran IndoBowl cawangan Sungai Besi. Setel urusan cari barang sikit, terus lajak ke sana semata-mata nak lunch di IndoBowl. Gigih kan? Haha. Nampak je IndoBowl depan mata, tersenyum sampai ke telinga, hahahah. Memang dah aim dari awal lagi nak cuba beberapa menu. Nampak tak, sebelum datang saya dah google sesiap menu apa yang ada kat situ. Tak nak sembang panjang sangat, korang layankan gambar-gambar kat bawah.



IndoMie Ayam Madura – RM12



IndoMie yang dihidangkan bersama ayam grill style Madura, berserta campuran sos istimewa .

IndoMie Dendeng/Ayam Balado  - RM10


Jika korang gemarkan ayam, boleh order IndoMie Ayam Balado. Jika sukakan daging, order je IndoMie Dendeng Balado. Sama je, yang membezakan hanya ayam dan daging.

IndoMie Iga – RM18 




IndoMie Salted Egg Chicken – RM11.90



Sejenis penggemar apa sahaja masakan yang dimasak bersama telur masin, memang ini la menu kegemaran saya. Hehe. Sedap betul, teringat-ingat salted egg chicken kat sini.

Apa yang bestnya, setiap hidangan disediakan bersama sambal yang memang kaw lah tahap kepedasannya. Bagi sesiapa yang suka makan nasi ayam penyet, mesti korang suka sambal kat sini. Memang sedap macam sambal nasi ayam penyet. Selain mi, ada juga disediakan nasi.

Nasi Goreng Giler – RM29.90



Nasi goreng ni portion dia memang besar. Serious saya makan sorang memang tak habis. Kena makan berdua atau bertiga baru ngam. Nasi goreng ni dihidangkan bersama sate, ayam, daging kambing, telur goreng, dan sotong celup tepung.

Mumbo Jumbo Seafood Soto – RM39.90



Yang ni memang portion untuk 2-4 orang makan. Macam-macam jenis seafood dia letak dalam ni. Ayam pun ada diletakkan jugak. Kuah berperisa soto. Termenung jugak la kitorang nak habiskan. Almaklum, sebelum tu dah tibai menu-menu lain kat atas tu, haha. Perut masing-masing dah penuh waktu ni. Kenyang teramat.


Last but not least, kitorang sempat cuba pencuci mulut yang diberi nama Ropang. Ropang ni singkatan kepada Roti Panggang. Ada 2 jenis flavour, iaitu Coklat dan Keju. Harga setiap satu adalah RM5.90 sahaja. Kalau dah kenyang tu, order satu dah cukup untuk pencuci mulut. Boleh kongsi-kongsi.


Pendapat jujur dari saya, saya memang suka menu yang bergoreng tu. Lebih terasa kesedapan sebab adanya sambal yang pedas. Memang bestlah. Tapi untuk Mumbo Jumbo Seafood Soto, saya makan sikit sahaja. I am not really a soto lover. Lagi pulak memang dah kenyang masa tu. Kalau makan beramai-ramai bersama family memang berbaloi, sebab boleh kongsi-kongsi. So boleh merasa semua jenis menu, hiks! As for Nasi Goreng Giler, nasi goreng dia sedap, dan saya suka kombinasi lauk pauk yang dihidangkan bersama. Makan berdua memang cukup mengenyangkan kalau tak order menu tambahan lain pun. Lepas dah cuba untuk kali pertama ni, adakah kemungkinan untuk saya ke sini lagi? Yes, saya akan repeat lagi lain kali. Harga pun memang berpatutan.

IndoBowl Cafe Lake Fields
72 Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields, Sg Besi 57000 Kuala Lumpur
Dibuka setiap hari dari 11:00 pagi –11:00 malam
Tel : 019-542 6869


Note : Selain  kat Sungai Besi, ada satu lagi cawangan IndoBowl, iaitu di USJ.