January 2019 - emilinda

Sunday, January 27, 2019

Cara Saya Tanggalkan Mekap Menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser

January 27, 2019 19
Cara Saya Tanggalkan Mekap Menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser
Assalamualaikum korang! Weekend kali ni tak buat apa sangat, dan tak ke mana sangat. So ada masa terluang ni, rasa nak review tentang Althea Pore Purifying Serum Cleanser. Actually dah beberapa minggu Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni ada dalam simpanan saya tapi tak sempat nak cuba. For the past few days baru sempat buka, belek sikit-sikit dan cuba. Jujur awalnya saya fikir this is another typical make-up remover macam yang ada dijual kat drugstore (which is I have a few from different brands, tapi end up tak guna sangat pun sebab either rasa terlalu berminyak atau kurang berkesan untuk tanggalkan mekap). Tapi bila baca balik nama dia, eh ada serum ye? Terus rasa berminat nak cuba.


First of all hasil baca komen pengguna lain, saya difahamkan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni berfungsi 2 dalam 1 iaitu sebagai pencuci muka tanpa buih, dan juga sebagai pembersih mekap. Alah tapi kedua-duanya pun bertujuan untuk menanggalkan mekap. Kalau tengok dekat website Althea, cara penggunaan yang disarankan adalah sebagai pencuci muka (basahkan wajah, sapu dan urut dalam gerakan membulat 5-10 saat, lepastu bilas dengan air). Tapi saya sendiri lebih suka guna Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni sebagai makeup remover. Kiranya saya tuang dekat tisu muka, lepastu wipe out semua kesan mekap kat muka ni. Bila dah rasa tanggal semua mekap, saya lengkapkan rutin permbersihan wajah saya dengan mencuci muka menggunakan Althea Bare Essentials Contour Cleanser. Fresh betul muka bila lepas tu.


Katanya Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni merupakan kombinasi pembersih dan serum yang boleh menghilangkan kesan mekap, kotoran dan minyak dimuka dengan menggunakan ekstrak mint sekaligus menghalang kulit dari kering. Bukan itu sahaja, ianya juga berkesan mengecilkan liang pori bagi menghasilkan kulit yang smooth bila disentuh. Penggunaan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni juga membantu menseimbangkan pH level kulit untuk kulit yang lebih sihat. Untuk yang kulit sensitive pun sesuai guna!


Tekstur Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni macam serum, dan teksturnya sangat light weight. Saya akui memang sedikit berbeza berbanding beberapa jenama makeup remover lain yang pernah saya guna. This one tak rasa too oily dan memang mudah menanggalkan mekap. Cuma hati-hati sedikit bila guna berdekatan kawasan mata, sebab boleh menyebabkan pedih mata seketika (dari pengalaman sendiri. Baru je semalam terkena mata sikit, pedih la kejap). Kat bawah ni saya tunjukkan kesan lipstick, foundation, dan eye liner yang Berjaya saya tanggalkan dengan mudang menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser.

Kesan lipstik, foundation dan eye liner

Senang tanggal bila guna produk ni

Tadaaa, hilang semua kesan mekap

Oh ye, sebenarnya semalam saya ada buat video bagaimana saya menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser untuk menanggalkan mekap. Saja la buat video sebab bosan duk sorang-sorang kat rumah, haha. Lepastu lupa nak tangkap gambar. Tapi takpelah, korang tengok jela video ye. Hehe.


Tanggal habis semua kesan mekap

Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni korang boleh beli di website Althea dengan harga RM33 / 150ml. Saya sendiri pun terfikir nak beli lagi satu untuk letak kat surau ofis. Senang sikit nak tanggalkan mekap sebelum solat, hehe.

ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Mask

January 27, 2019 20
ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Mask
Kalau zaman belajar dulu, face mask kegemaran saya adalah sheet face mask. Alah, yang pakai sekali lepastu boleh terus buang tu. Yang boleh dapatkan dengan harga bawah RM10 sehelai kat drug store. Almaklum, masa tu bukan mampu nak beli yang mahal. Sheet mask tu pun dapat pakai sekali atau 2 kali seminggu dah kira bersyukur sangat waktu tu. Bila dah masuk alam pekerjaan dan dan ada income sendiri, saya mula explore macam-macam option face mask. Masa ni kalau mahal sikit pun dah mampu nak beli. Lama kelamaan saya mula jatuh hati dengan pemakaian sleeping mask. Sheet mask pun saya masih pakai dan masih gemar pakai beberapa kali seminggu. Tapi sleeping mask memang jadi pilihan saya untuk dipakai setiap hari. Memang suka sangat pakai sleeping mask sebab boleh rasa kesannya tiap hari lepas bangun dari tidur. For now terdapat beberapa jenama sleeping mask yang memang saya bergilir-gilir guna setiap hari.


Baru-baru ni saya dapat tahu bahawasanya jenama ID.AZ rupanya ada keluarkan sleeping mask jugak. For those yang pernah guna sheet mask jenama ID.AZ, korang tentunya tahu betapa best mask jenama ID.AZ. Memang bukan calang-calang mask. Senang cakap memang mask premium la, berkesan sangat. Harga untuk sheet mask ID.AZ pun sedikit mahal berbanding jenama lain. Ada dijual di Watsons. Saya pernah tulis tentang ID.AZ sheet mask ni dulu. Korang boleh baca kat sini – ID.AZ Sheet Mask. Bila dapat tahu ID.AZ pun ada keluarkan sleeping mask, tentu sahaja saya yang merupakan penggemar sleeping mask ni tak melepaskan peluang untuk mencuba.


For those yang tak biasa pakai atau kurang jelas tentang sleeping mask ni, sleeping mask merupakan mask yang korang pakai kat muka sebelum tidur. Kebiasaannya berbentuk gel/krim/pudding, dank orang boleh pakai sleeping mask ni tanpa menanggalkannya sebelum tidur. Pakai je macam pakai moisturizer, lepastu boleh tidur seperti biasa. Keesokan pagi masa nak mandi atau cuci muka, cuci macam biasa je. Sleeping mask ni kita pakai sebelum tidur setiap hari sebab ianya akan memberi kesan kat kulit kita ketika kita tidur.. Macam tu lah lebih kurang. Berbalik kepada ID.AZ sleeping mask ni, ianya diberi nama ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Mask. Haaa, baca namanya aje kita dah boleh agak apa hasil yang boleh kita expect dari sleeping mask ID.AZ ni.


Kotak ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Mask ni berwarna hitam dan bila buka, mashaAllah cantic betul bekas packaging nya. Bekasnya yang berbentuk segi empat tu simple tapi nampak elegan dan eksklusif. Nampak macam bekasnya kaca, tapi sebenarnya plastic. Seriously bekasnya sangat unik. Selalu kita tengok sleeping mask dalam bekas bulat kan. Apa yang kita boleh expect dari ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Mask ni? Haaa katanya kandungan SDC (Sodium Deoxycholate) dalam sleeping mask ni mampu menghilangkan lemak pada kulit wajah dan mengurangkan garis-garis serta kedutan di wajah. Tang nak hilangkan garis-garis dan kedutan tu memang saya rasa sangat perlu untuk saya sebab usia dah makin meningkat, kalau diteliti memang nampak garis-garis halus di wajah.



Sleeping mask ni bertindak sebagai anti-aging and very good to improve skin density and to improve sagging face. Kira dia boleh lift up our skin la, takde la pipi kita nampak jatuh je. Selain itu, terdapat Elasticity IDEA LIFT yang membantu meransang penghasilan hormone yang meningkatkan keanjalan kulit wajah. No wonder la bila saya pakai, bangun keesokan paginya rasa kulit lebih halus & anjal. Saya baru lagi cuba sleeping mask ni, belum masuk 2 minggu pun. Tapi dalam tempoh beberapa hari pakai pun dah boleh rasa hasilnya kat kulit kita.  By the way teksturnya adalah dalam bentuk krim lembut berwarna putih. Bau pun takde bau pelik-pelik dan baunya tak kuat sangat.


Pendapat jujur saya tentang produk ni, dari segi tekstur dia memang mudah nak pakai dan sejuk je rasa bila sapu kat muka. Langsung tak ada rasa panas. Ada sedikit rasa macam melekit bila pakai, tapi sikit jela. Or maybe sebab saya sapu banyak sangat? Mungkin. So tak perlu sapu tebal sangat, sapuan nipis je pun dah memadai. Jarang kan kita dengar produk skincare mampu membuang lemak dan meruncingkan serta mencantikkan V-line? As for me saya pakai produk ni sebab nak hilangkan kedutan halus dan nak buat kulid jadi lebih anjal serta elastic. Gitteww, haha. Oh by the way, setakat ni ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Mask ni tak langsung mengeringkan kulit saya. In fact, bila bangun pagi muka rasa lebih fresh, kulit rasa lebih halus dan lebih moisture. Untuk kedutan tu saya tak pasti sebab masih baru lagi pakai produk ni. Tapi kalau dah berkesan menganjalkan dan menghaluskan kulit, rasanya penggunaan yang konsisten memang boleh mencapai target untuk kurangkan kedutan halus kat dahi tu.


Dengah harga RM199 / 30ml, korang boleh dapatkan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Mask ni di mana-mana cawangan Watsons. Eh tapi tadi ternampak kat Watsons online, ada diskaun. Beli online kat https://www.watsons.com.my/face-fit-cu-v-tensioning-sleep-mask/p/BP_98213?text=&page=0 boleh dapat dengan harga RM169.15 je (as of today, 27 January 2019). Korang boleh check dari semasa ke semasa.

P/S : Honestly bagi saya harga RM199 tu bukan murah, tapi untuk produk yang bagus dan berkesan macam ni memang berbaloi sangatlah. I don’t mind spending money on good skincare because I need to improve my skin condition in order to look gorgeous on my upcoming special day, hihi. Kbye!

Friday, January 11, 2019

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist, Wangian Pertama Althea Kolaborasi Dengan Titi Kamal #TitixAltheaKorea

January 11, 2019 8
Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist, Wangian Pertama Althea Kolaborasi Dengan Titi Kamal #TitixAltheaKorea
Selama ni kalau bercerita tentang produk eksklusif dibawah jenama Althea, semuanya berkaitan kosmetik dan skincare. Tapi baru baru ni Althea turut mengeluarkan wangian di bawah jenama Althea sendiri. Excited weyh! Mahunya tak excited, wangian pertama keluaran Althea ini merupakan kolaborasi antara Althea dan artis Indonesia, Titi Kamal. For those yang baya-baya saya rasanya memang cukup kenal la Titi Kamal ni.  Apa tidaknya, zaman awal remaja dulu kitorang duk adore sangat dengan Titi Kamal ni menerusi lakonannya sebagai Maura di dalam filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC). Eh, cantik kot Titi Kamal ni.


Berbalik kepada wangian pertama Althea, iaitu Stay Fresh Body Sparkling Mist. Stay Fresh Body Sparkling Mist ni merupakan wangian feminine yang menggabungkan bau buah-buahan dan bunga-bungaan. To be specific, ianya merupakan campuran bau manis oren dan peach serta suntikan bau bunga-bungaan. Of course la saya sendiri tak melepaskan peluang untuk menjadi antara pengguna terawal Stay Fresh Body Sparkling Mist ni.


My first impression towards this body mist is, I am a bit upset of the packaging size. Because I’m expecting something more handy & smaller, yang boleh muat dalam handbag. I know, muat je body mist ni dalam handbag korang. But I have a lot of items in my handbag and I guess my handbag is not large enough haha, so I’m expecting a smaller size body mist. Tapi bila fikir balik, kalau kecik sangat nanti cepat habis la pulak. As for this one, it is 100ml and only cost RM35. Sangat-sangat mampu milik dan berbaloi.


Okay now let’s go deeper. Dari segi bau, I really really like the lightweight & soft scent of this body mist. Macam mana nak cakap eh, dia macam ada bau fruity & rosy floral yang fresh, tapi tak terlalu kuat. Kira tak menyucuk hidung ni sangat bila kita hidu. For me I don’t like strong scent for my perfume/body mist. Rasa macam mengganggu sangat kalau pakai wangian yang berbau terlalu kuat. So I guess this one meet my expectation for a feminine body spray.

Overall saya suka Stay Fresh Body Sparkling Mist dari Althea ni. Harga mampu milik walaupun untuk student sekalipun. Despite on the bottle size which is not small enough for my handbag,  i'm in love with the scent. Alah lagipun I normally guna body mist lepas mandi, waktu bersiap-siap. Spray kat badan, so I don’t see the need of bringing it in my handbag. At least not for now. But still, if Althea keluarkan the mini version of this Stay Fresh Body Sparkling Mist, I will be the happiest one. Okay, that’s all my feedback on this body spray.


Korang boleh dapatkan Stay Fresh Body Sparkling Mist ni di Althea dengan harga RM35/100ml. Kalau korang first time nak beli, boleh register guna referral link saya ni (https://share-my.althea.kr/x/M0G3Vv) untuk dapatkan 20% discount for first purchase.

Tuesday, January 8, 2019

Pengalaman Menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan di Zura’s Akademik Bangsar

January 08, 2019 23
Pengalaman Menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan di Zura’s Akademik Bangsar
Sebelum 2018 melabuhkan tirai haritu, saya sempat setelkan salah satu perkara yang dah lama saya nak setelkan tapi asyik bertangguh, iaitu kursus pra-perkahwinan. Mak dah membebel dah sebab asyik postpone je. Bukan apa, orang kata waktu tak busy la kita patut setelkan mana-mana hal yang boleh setelkan. Tak perlu tunggu last minute baru nak buat. Lagi pulak makin lama harganya makin naik. Rasa menyesal gila tak ambil kursus kahwin ni sesiap masa belajar dulu. Bila dah di alam pekerjaan ni makin sibuk sebenarnya, makin tak sempat nak luang masa hujung minggu untuk hadiri kursus kahwin. Jika saya tak silap kalau ambil kursus kahwin zaman universiti dulu, harganya tak cecah RM100 pun. Masih murah lagi. Tapi sekarang kemain harganya mahal. Dah survey banyak tempat, kadar harga kursus kahwin sekarang adalah RM120.

Oh by the way for my non-muslim readers, untuk makluman, kami yang beragama Islam ni memang diwajibkan menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan selama 2 hari bagi membolehkan kami berkahwin. Basically boleh ambil kursus pra-perkahwinan ni kat mana-mana akademi yang menyediakan kursus ini. Kursus pra-perkahwinan ini adalah berbayar, dan memang diwajibkan bagi setiap individu Islam di Malaysia yang ingin berkahwin. 

Ramai jugak artis yang ambil kursus kahwin di sini. Kat belakang tu semua gambar artis yang ambil kursus kahwin di sini.

So sekitar pertengahan November 2018, saya ajak rakan sebilik saya Ekin untuk join kursus kahwin sama-sama. Pergi berteman ni takde la krik krik sangat. Lepas dah survey sikit secara online, then kitorang decide nak ambil kursus kahwin yang terdekat dengan kawasan rumah sewa kitorang je iaitu di Zura’s Akademik Bangsar. Memang tak jauh pun, naik grab dari rumah dalam RM5-RM7 je per trip. Lokasi dia dekat deretan rumah kedai, first floor.

The first day of our pre-wedding course is on 24th November, hari Sabtu. Hari pertama pendaftaran bermula tengahari. Hari kedua baru full day pagi sampai petang. So hari pertama tu lepas solat Zohor kitorang terus gerak ke sana untuk registration. Waktu registration baru bayar RM120, then proceed masuk kelas. Masa ni kitorang ingat dia sediakan lunch sebab katanya makanan disediakan. So kitorang tak lunch, just makan nasi for breakfast je. Rupa-rupanya makanan yang disediakan tu untuk hari kedua. Tahan jela perut sampai habis kelas sekitar jam 7 petang.

Lepastu untuk hari kedua, katanya atas sebab-seba tertentu kelas terpaksa ditunda ke Ahad seterusnya. Kitorang tak dapat join hari Ahad seterusnya sebab Ekin balik kampung. So plan nak proceed Ahad yang selepas minggu Ekin balik kampung tu. Tapi pihak Zura’s Akademik cakap takde kelas on that day. So postpone lagi ke 16 Disember 2018. Hari kedua ni berjalan lancer, dan kelas habis awal. Sebelum asar lagi dah habis, tak silap sekitar jam 3.30 petang dah habis. Lega kot kelas habis awal, haha. Breakfast disediakan, lunch pun disediakan. Lunch disediakan tu dekat satu kedai mamak kat bawah sederet dengan Zura’s Akademik.

Surau kecil tetapi selesa

My feedback on kursus pra-perkahwinan di Zura’s Akademik :
Ada disediakan surau dan tandas. Tandas agak usang dan kotor sikit, tapi surau okay je selesa. Kalau nak makan, kedai terdekat adalah kedai mamak kat bawah tu. Lupa nama kedai mamak tu. Dari segi pegisian semasa kelas tu, overall okay. Takde la rasa mengantuk sangat. Ada satu sesi pada hari pertama je saya rasa mengantuk, sebab ustaz tu macam bagi ceramah yang dia sorang je bercakap non-stop. Takde two way communication, sebab tu rasa mengantuk sikit. Sesi yang lain semua okay. Banyak ilmu saya dapat kat situ. Oh lagi satu, saya tak pasti adakah semua akademi kursus kahwin memang mewajibkan peserta ambil gambar atau tak. Tapi kat Zura’s Akademik ni hari pertama dorang akan ajak tangkap group photo. Katanya gambar tu akan diberikan kepada kita sekali dengan sijil kursus kahwin tu nanti. Masa ni dia langsung takde mention pasal cas tambahan untuk gambar tu. Masa hari kedua tu baru dia mintak tambahan RM15 seorang. Bila kita tanya, katanya untuk printed photo tu. Masa tu rasa macam “eh, ada extra charge eh?” tapi cakap dalam hati jela. So total cost untuk kursus kahwin ni adalah RM135 seorang.

Saturday, January 5, 2019

Mulakan 2019 Dengan KL New Year Run

January 05, 2019 19
Mulakan 2019 Dengan KL New Year Run
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog saya ni. Kejap je masa berlalu, dah menginjak ke tahun 2019. Dah bertambah usia lagi setahun, hehe. One year older and wiser. Alhamdulillah, 2018 berlalu. How was 2018? Entahla, ada bahagianya, ada sedihnya. Ada indahnya, ada peritnya. Biasalah hidup kan. Masam manis kehidupan. Tak syok la kan hidup ni kalau semuanya indah aje. Sekarang ni kita kena terus pandang ke depan. Fokus pada tahun 2019 pulak. Banyak perkara yang say anak buat pada tahun 2019. Fasa kehidupan pun inshaAllah akan berubah pada tahun ni. Doakan yang baik-baik sahaja ye.


Oh by the way, tahun 2019 ni saya mulakan dengan menyertai KL New Year Run 2019. Rupa-rupanya larian ni memang diadakan setiap tahun pada 1 Januari. Tapi tahun ni baru kali pertama saya join. InshaAllah next year nak join lagi. Actually dah lama dah kitorang daftar untuk join KL New Year Run 2019 ni. Pertengahan Oktober lagi dah register dengan bayaran RM55 untuk larian 5km. Mampu lari 5km je buat masa sekarang, 10km belum mampu haha. Yang 5km tu pun banyak berjalan je dari berlari.

Here's to more and more run in 2019

Seawal jam 7 pagi lagi kitorang dah ada kat Dataran Merdeka. Pergi ke sana naik tren je. Dalam tren pun memang dah ramai peserta KL New Year Run 2019. Saya memang tertunggu-tunggu nak join larian ni. Masa saya sampai, peserta untuk larian 10km dah pun memulakan larian. Sekitar 7.30 pagi barulah peserta 5km pulak yang memulakan larian. Meriah betul kat situ. Siap ada yang join satu family. Lepastu yang bawak baby dalam stroller pun ada. Seronok je tengok dorang beraktiviti sihat macam ni sekeluarga.

Eating ice-cream after the run

Ambil masa satu jam jugak la untuk kitorang siapkan larian 5km tu. Penat memang penat, tapi saya suka sangat buat aktiviti macam ni. Kitorang terlambat sikit sampai, so tak sempat nak breakfast sebelum mulakan larian. Kiranya lari dengan perut kosong la. Bila dah tamat larian baru la makan roti sikit untuk alas perut. Roti dan air ada disediakan untuk para peserta. Selain tu, ada juga disediakna booth aiskrim untuk para peserta. Free flow ice-cream. Not bad aiskrimnya. Saya siap ambil 2 kali.
Sijil penyertaan diberi secara online

Suka design baju dan design medal untuk KL New Year Run 2019 ni. Harap-harap lepas ni berpeluang join pelbagai jenis larian lagi.